Cuti hari Buruh hari tu, Eyza ke Hotel Bangi-Putrajaya sempena Majlis Perasmian Pembukaan Restoran Hotel ni yang telah diberi wajah baru dan nama baru iaitu Restoran Funtasia dan juga Ulangtahun ke 20 Hotel Bangi-Putrajaya.Selamat Ulangtahun yang ke 20!
Restoran Funtasia ni menggunakan tagline "A MAGICAL CULINARY EXPERIENCE" . Sampai je kat kaunter pendaftaran, Eyza dah nampak lolipop yang warna-warni ni. Anak buah Eyza happy la tengok gula-gula ni. Senyum sampai ke telinga bila staff hotel bagi kat diaorang. Pandai diaorang ambik hati budak-budak.
Melangkah masuk ke dalam Restoran, terus je nampak Kincir Funtasia yang ada pelbagai jenis snek untuk kita pilih. Macam pesta Fun Fair pulak. Unik jugak buat konsep macam ni. Buat kita tertunggu-tunggu snek apa lagi yang akan turun. Hihihi.
Dengan ruang yang lebih moden dan besar serta dapat memuatkan lebih kurang 800 tetamu, Restoran Funtasia memang sesuai untuk semua golongan tanpa mengira lapisan umur.
Kalau sebut je Hotel Bangi-Putrajaya ni, makanan kat sini tak pernah mengecewakan Eyza. Sentiasa pelbagai dan sedap di tekak Eyza ni.
Nasi campur x payah cerita la. Lauk pauk dia pelbagai dan cukup rasa plak tu. Eyza paling suka rendang kat sini.
Nak awet muda? Jangan risau.. ulam-ulaman pun ada uolls.
Kalau tak nak makan nasi, boleh je try soto atau mee kari dekat Noodles Station ni.
Kalau datang sini, jangan lupa try Mushroum Soup.. Sedap wei... Eyza suka sebab siap ada potongan mushroum dalam tu. Dah la roti tu lembut sangat. Memang kena la kombinasi roti dan sup tu.
Ni lagi satu yang Eyza akan cakap, kalau tak try memang rugi. Sebab apa? Sebab puding roti kat sini sedap sangat. Cukup rasa dan x manis melampau. Eyza ni dah la peminat puding roti. Tak cukup kalau ambik satu slice je.
Sape kata kat hotel xde cendol? Kat Restoran Funtasia ni ada tau. Kita layan diri je. Letak la sendiri bahan2.. Memang puas makan sbb bahan banyak..
Untuk penggemar Pizza, jangan risau. Kat sini ada juga pizza. Dohnya nipis dan rangup. Kalau dah sejuk pun still sedap lagi.
Dekat luar disediakan makanan jepun.. ada kek green tea, mee soba dan sushi. Eyza paling suka kek green tea. Rasanya unik.
Hotel Bangi-Putrajaya jugak memperkenalkan Nasi Goreng 1 Minit. Biar betul? Ye.. memang betul.. Nasi Goreng ni dimasak oleh mesin tau. Mesin ni pulak diimport khas. Masukkan je semua bahan dalam tu, dan mesin yang akan goreng. Senang sangat.
Nama pun Funtasia kan... dah tentu-tentu tema ni sesuai untuk kanak-kanak. Anak-anak buah Eyza happy sangat sebab dah la tadi dapat lolipop.. ni bila masuk kat dalam ada Cha Cha The Clown, Gula-gula kapas dan popcorn.
Eyza makan Dim Sum dengan pau je dah kenyang.. Unik cara diaorng letakkan sos dim sum ni. Picit je berapa banyak sos yg kita nak.
Penggemar air panas jangan risau. Kat Funtasia ni ada juga air panas. Nak buat pun senang. Sekali tekan je dah siap air yang kita nak.
Macam Eyza kurang sikit minum kopi, so Eyza tekan Hot Chocolate. Sedap. Cukup rasa. Tak perlu dah tambah gula atau krimer.
Lagi satu tarikan yang bukan saja budak-budak.. mak budak pun suka ialah ada gelato aiskrim oreo dan bunga kantan. Eyza tak rasa yang bunga kantan. Just ambik Oreo je sebab dah kenyang sangat. Tapi ramai yang cakap bunga kantan tu sedap. Rugi tak try.
Kat sini, tetamu jugak akan dihiburkan dengan live band. Takde la sunyi sepi je bila time makan tu.
Ha.. lagi satu yang palinggg budak-budak suka ialah bila Clown tu ajak buat aktiviti kat luar. Banyak hadiah dia nak bagi.
Anak buah Eyza bila nampak permainan macam ni happy la dia. Sampai takmo balik. Jenuh memujuk. Hahaha.
Walau apapun...Hotel Bangi-Putrajaya ni memang best. Tahun lepas Eyza datang review Buffet Ramadhan pun macam ni. Staf-staf ramah dan sangat membantu. Kawasan hotel cantik, bersih dan tak sesak.
Moga Hotel Bangi-Putrajaya ni bertambah success dan jemput Eyza tiap-tiap tahun datang sini. Hahaha.
Untuk maklumat lanjut:
No. Tel : 03-82102222
Website : Hotel Bangi-Putrajaya
Instagram : https://www.instagram.com/hotelbangiputrajaya/
huwoooo! tertarik betul acik dengan makanan yang dihidangkan di sini.. Ruginyaa tak pergi haritu sebab ada masalah personal.. sobss!
ReplyDeleteFuntasia ni unik sebab ianya berkonsepkan moden dan riang...mmg bila masuk je nampak roda ferris ni buat kita rasa macam kita ada kat funfair kan!
ReplyDelete