Blog Eyzamiel: ::pertandingan::
Showing posts with label ::pertandingan::. Show all posts
Showing posts with label ::pertandingan::. Show all posts

30.5.17

Blogger Cooking Challenge daripada California Raisins-Sweet Naturally

Tuesday, May 30, 2017 0
Blogger Cooking Challenge daripada California Raisins-Sweet Naturally

Hai uolls.. Minggu lepas Eyza join Pertandingan memasak tau! Ni first time Eyza join event macam ni. Excited la bila Sally ajak. Dah lama teringin nak masak-masak camni. Satu kumpulan ada 4 orang dan nasib baik Eyza satu kumpulan dengan Ayue, Sally dan Naomie . Semua gang masuk air cam Eyza gak. Hahaha. Sampaikan Chef Rohani pun tanya kitaorang ni dah lama kenal ke sebab nampak mesra dan serasi gitu.


Pertandingan ni dibawakan khas oleh California Raisin. Dah namanya Raisin kan, so masakan kami pada hari tu haruslah menggunakan Raisin/Kismis. Group kami ni dah la last minit baru dok bincang nak masak apa dan malam sebelum pertandingan baru decide nak pakai sedondon tudung biru.Pendek kata semua benda last minit la. Nasib baik sentuhan menjadi pada hari pertandingan tu.

Pertandingan ni diadakan di The Cooking House, Bangsar. Ada 5 kumpulan yang bertanding kali ni dan kami satu-satunya kumpulan Melayu kali ni. Setiap kumpulan diberi meja dan alatan untuk memasak. Kami team 3 dan nama kumpulan kami ialah FunTasty 4.


Pihak penganjur dah sediakan bahan-bahan sampingan yang kami boleh pilih untuk dimasukkan dalam masakan. Kalau ada bahan sampingan, mesti la ada bahan Utama iaitu Raisin/Kismis dari California Raisin. Banyak pilihan kismis. Ha..Pandai-pandailah olah nak masak apa.




Sebelum pertandingan, kami semua dapat tengok demo masakan dari Chef Rohani Jelani. Tengok Chef masak, terus Eyza pun rasa berkobar-kobar nak teruskan pertandingan.




Selesai Chef demo, kami pun naik ke tingkat atas untuk teruskan dengan Pertandingan. Group kami masak Raisin Churros hasil idea Sally dan Ayue. Wow. Eyza ni dah la penggemar Churros. memang sesuai la kan.


Setiap orang ada tugas masing-masing dan Alhamdulillah kami berjaya siapkan hidangan kami mengikut masa yang ditetapkan iaitu cuma 1 jam je.



Dah siap tu, Eyza rasa Nervous jugak bila tengok hidangan pasukan lain semua semuanya hebat-hebat. Ada yang bawak ayam dan mangkuk tingkat buat prop. 

Ni 5 hidangan yang dipertandingkan.Cuba teka yang mana satu hidangan kami? Hihihi.






Ha..Yang Peacok ni la hidangan kami. Kami sendiri pun berdebar-debar tunggu keputusan sebab tak letak harapan yang tinggi pun.Tapi bohonglah kalau kata tak nak menang kan? Hahaha.


Dan keputusannya ialah.... 

Kami menang 1st Runner UP.. Alhamdulillah.. 




Tq pada team (Ayue, Sally & Naomie) yang sudi invite Eyza join sekali untuk pertandingan ni dan tak lupa jugak untuk California Raisin sebab anjurkan Bloggers Cooking Challenge ni.




Jangan lupa beli California Raisin untuk buat Biskut Raya uolls lebih sedap tahun ni. Moga Raya anda akan lebih manis bersama California Raisin.


2.4.11

::Masterchef::

Saturday, April 02, 2011 0
::Masterchef::
Masterchef dah sampai kat Malaysia.... Biar betul ni? Betul.... kenapa x percaya ker? Aku lebih suka tgk rancangan masakan Masterchef ni drpd Top Chef.... Dah banyak negara dah Masterchef ni pg... n sekarang dah sampai pulak kat Malaysia.... Ade sapa2 yang berani nak masuk? Aku ni mmg suka memasak... tapi just utk hubby n family jer la... bukannya pandai sangat pun.... x sesuai nak masuk pertandingan2 bagai.... cukupla sekadar dapat memenangi hati hubby ngan keluarga.... kat luar sana ramai yg berbakat.... so, tunggu aper lagi.... Ramai2 la mendaftar.....

Logo Masterchef US.... aku paling suka tgk yg ini.. Pemenangnya seorang pelajar perempuan berumur 22 tahun n antara yg termuda..... Nama dia Whitney.... comel budaknya....

Barisan pengadil yang garang ya amat.... pernah diaorag buang makanan salah seorang peserta sbb ape ntah aku x ingat... kesian budak tu.....

Peserta Masterchef US season 1.... Whitney yang kat barisan belakang n duduk tengah2 logo Masterchef.... kiut jer budaknya... kecil2 cili api.....

Ni pulak Logo Junior Masterchef Australia.... Budak2 ni masak mcm orang dewasa.... nampak sedap jer..... rasanya org dewasa pun x mampu lawan diaorang ni.....

Peserta Junior Masterchef Australia...... comel2 kan.. paling muda umur 9 tahun kalau x salah aku......
Juara Masterchef Australia Isabella... Dia berentap ngan Jack masa final tu..... Isabella ni ade kembar x seiras nama Sofia... dua2 masuk rancangan ni.... diaorg bercita-cita nak bukak Restoran nama Is-Sofia... Bestkan.... Rezeki lebih memihak pada Isabella.... tapi semua yg bertanding mmg best.... Bila pulak Malaysia nak buat Junior Masterchef Malaysia? :) Pic: kredit to google

27.3.11

::Dapat No. 2::

Sunday, March 27, 2011 0
::Dapat No. 2::
hari ni puspanita opis aku ada buat pertandingan boling... sebenarnya, dah 2 kali aku masuk pertandingan ni..... tapi x pernah menang.. asyik dapat saguhati ajer...... dahlah, 2 ahli group aku tarik diri saat2 akhir..... terpaksa cari pengganti....... akhirnya, ade jgk rezeki kami...... Alhamdulillah group aku dapat no.2.....

di antara peserta..... ada 17 kumpulan semuanya..... satu kumpulan ade 4 orang......


confident jer baling.....


konon2 pro... :)

happy sebab menang....

ahli kumpulan aku.... sorang x der sbb terpaksa balik awal....

scoreboard kami.... markah aku yg paling sikit.... nasib baik yg lain cover aku... :)

terima hadiah dr En. Shaarani.....

naib johan....

Group yg baju oren tu Johan 2 kali berturut-turut..... Diaorg ni mmg terer sbb jatuhan pin keseluruhan dapat 1066. Group kami dapat 833 n tempat ketiga dapat 817.....

bergambar beramai-ramai......


Piala kami..... shantek........