Blogger Cooking Challenge daripada California Raisins-Sweet Naturally - Blog Eyzamiel

30.5.17

Blogger Cooking Challenge daripada California Raisins-Sweet Naturally


Hai uolls.. Minggu lepas Eyza join Pertandingan memasak tau! Ni first time Eyza join event macam ni. Excited la bila Sally ajak. Dah lama teringin nak masak-masak camni. Satu kumpulan ada 4 orang dan nasib baik Eyza satu kumpulan dengan Ayue, Sally dan Naomie . Semua gang masuk air cam Eyza gak. Hahaha. Sampaikan Chef Rohani pun tanya kitaorang ni dah lama kenal ke sebab nampak mesra dan serasi gitu.


Pertandingan ni dibawakan khas oleh California Raisin. Dah namanya Raisin kan, so masakan kami pada hari tu haruslah menggunakan Raisin/Kismis. Group kami ni dah la last minit baru dok bincang nak masak apa dan malam sebelum pertandingan baru decide nak pakai sedondon tudung biru.Pendek kata semua benda last minit la. Nasib baik sentuhan menjadi pada hari pertandingan tu.

Pertandingan ni diadakan di The Cooking House, Bangsar. Ada 5 kumpulan yang bertanding kali ni dan kami satu-satunya kumpulan Melayu kali ni. Setiap kumpulan diberi meja dan alatan untuk memasak. Kami team 3 dan nama kumpulan kami ialah FunTasty 4.


Pihak penganjur dah sediakan bahan-bahan sampingan yang kami boleh pilih untuk dimasukkan dalam masakan. Kalau ada bahan sampingan, mesti la ada bahan Utama iaitu Raisin/Kismis dari California Raisin. Banyak pilihan kismis. Ha..Pandai-pandailah olah nak masak apa.




Sebelum pertandingan, kami semua dapat tengok demo masakan dari Chef Rohani Jelani. Tengok Chef masak, terus Eyza pun rasa berkobar-kobar nak teruskan pertandingan.




Selesai Chef demo, kami pun naik ke tingkat atas untuk teruskan dengan Pertandingan. Group kami masak Raisin Churros hasil idea Sally dan Ayue. Wow. Eyza ni dah la penggemar Churros. memang sesuai la kan.


Setiap orang ada tugas masing-masing dan Alhamdulillah kami berjaya siapkan hidangan kami mengikut masa yang ditetapkan iaitu cuma 1 jam je.



Dah siap tu, Eyza rasa Nervous jugak bila tengok hidangan pasukan lain semua semuanya hebat-hebat. Ada yang bawak ayam dan mangkuk tingkat buat prop. 

Ni 5 hidangan yang dipertandingkan.Cuba teka yang mana satu hidangan kami? Hihihi.






Ha..Yang Peacok ni la hidangan kami. Kami sendiri pun berdebar-debar tunggu keputusan sebab tak letak harapan yang tinggi pun.Tapi bohonglah kalau kata tak nak menang kan? Hahaha.


Dan keputusannya ialah.... 

Kami menang 1st Runner UP.. Alhamdulillah.. 




Tq pada team (Ayue, Sally & Naomie) yang sudi invite Eyza join sekali untuk pertandingan ni dan tak lupa jugak untuk California Raisin sebab anjurkan Bloggers Cooking Challenge ni.




Jangan lupa beli California Raisin untuk buat Biskut Raya uolls lebih sedap tahun ni. Moga Raya anda akan lebih manis bersama California Raisin.


No comments:

Post a Comment