Blog Eyzamiel: ipoh
Showing posts with label ipoh. Show all posts
Showing posts with label ipoh. Show all posts

2.2.16

JJCM IPOH : ICE CREAM MACARON

Tuesday, February 02, 2016 2
JJCM IPOH : ICE CREAM MACARON
Satu lagi tarikan makanan yang agak unik kat Ipoh ni bagi aku adalah Ice Cream Macaron. Kat KL pun aku tak pernah jumpa. Masa lunch kat Restoran Tasik Raban, kami nampak la ada gerai jual Ice Cream Macaron. So, kami decide nak cuba.

kredit Sally
Aiskrim ni dibuat oleh Chef tau. Chef Yus namanya. Kat sini, korang boleh pilih nak Macaron saja atau Ice Cream Macaron. memandangkan Macaron dah biasa makan, kami pun cuba Ice Cream Macaron plak. 


Yang uniknya, Ice Cream kat sini dibuat sendiri oleh Chef Yus. Macaron dan Ice Cream, dua-dua home made.


Korang boleh jengah fb dan insta Chef Yus ni. Mana la tau kut nak order banyak, contact je no kat bawah ni ye.

Sherry : 016-225 4562
Chef Yus : 016-202 2747
Facebook : Maison Du Macaron


1.2.16

JJCM IPOH ~ PATISSERIE BOUTIQUE CAFE

Monday, February 01, 2016 2
JJCM IPOH ~ PATISSERIE BOUTIQUE CAFE

Ok. Selain dari kami ke Ipoh untuk menginap di The Haven, kami jugak ada misi kat sini. Apa misinya? Mesti la nak cari makanan sedap kat sini. Dan hasil dari cadangan di Mr Google kami buat keputusan untuk makan kat Patisserie Boutique Cafe.


Muka happy nak gi makan
 Cafe ni terletak Di Jalan Yusuff.. Tempat yang agak sesak dan agak happening kat sini. Kebetulan plak kami sampai waktu Lunch. So, apa lagi bertabah la cari parking. Berkat kesabaran dapat jugak kami parking tak jauh dari kedai tu.


Masuk je dalam kedai. Aku agak kagum dengan hiasan dan susunan dalam tu. walaupun kedainya agak kecil tapi deko dan pilihan makanan yang pelbagai yang buatkan pelanggan tak putus-putus datang.


Kat sini, makanan adalah berkonsepkan western dan simple je. Kalau nak makan nasi, sini bukan tempatnya ok. ;)





Ni pulak antara makanan yang kami pesan.








Overall, kami puas hati dan kalau datang lagi ke Ipoh mesti akan singgah sini lagi. Yang paling win bagi aku kat sini adalah desert dia.. Creme Brulee dia sedap. 

Ok, kalau korang datang Ipoh dan teringin nak rasa kelainan makanan western, boleh cuba kat sini.

Pâtisserie BoutiQue Cafe
Address:
103, Jalan Sultan Yusuff, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia

Phone:
+605-241 1385

Hours:
11:00 AM – 6:00 PM, Closed on Wednesday


5.1.16

Bestnya bercuti di BEST WESTERN PREMIER THE HAVEN, IPOH

Tuesday, January 05, 2016 2
Bestnya bercuti di BEST WESTERN PREMIER THE HAVEN, IPOH
Bulan lepas adalah bulan yang sangat-sangat stress bagi aku.. Macam-macam yang aku kena handle.. Sampaikan aku rasa macam nak lari je dari kesibukan Kota Kuala Lumpur ni.... Tapi nak pegi mana?  Erm.. nak ajak hubby, dia pun busy.. adoi la.. bertambah stress pulak bila pikir...

Pastu, disaat-saat aku memang perlukan ketenangan dan percutian yang santai.. Ayue Idris offer aku gi bercuti dengan rakan-rakan blogger di  The Haven Ipoh... Yahoo.. pucuk dicita ulam mendatang.. memang tak tolak la offer tu.. hihihi..



The Haven Ipoh ni berkonsepkan Condotel iaitu Condo + hotel dan bertaraf 5 Bintang.. wow..  Kalau dah bertaraf 5 Bintang tu mesti korang fikir harga dia mahal kan? Eh takla.. harga masih berpatutan dan setimpal dengan ketenangan yang korang akan dapat kat sini. Ianya kini beroperasi di bawah Rangkaian Best western International (BWI) setelah dinaik taraf .


The Haven terdiri dari 3 Tower iaitu Tower Acacia, Banyan dan Cycas.Ketiga-tiga tower ini mempunyai 26 tingkat dan 512 unit. 150 unit diuruskan oleh The Haven dan selebihnya untuk Resident dan untuk dijual. Kalau la dapat beli sebiji.. Heavennya rasa.. hahaha.. tapi, apa bole buat.. berangan je la...

Aku sebilik dengan Ayue, Sally dengan Siti dan Nomi dengan husband tercinta. Honeymoon gitu. Aku dengan Ayue dapat Suite. Wah. Bila masuk je dalam bilik, teruja aku rasa.. cantik kut.. dan lagi best bila lepak kat Balcony.. Bole nampak pemandangan hijau dan mendamaikan yang sangat cantik. Hilang semua masalah aku kat KL..  Tenang sangat-sangat..






Dapur pun ada.. tapi kalau korang stay sini seminggu atau lebih baru la bole masak.. tapi jangan risau bab makan.. makanan kat The Haven sedap.. dah tu mementingkan kesihatan plak tu.. NO MSG tau.







Suite kami ni ada 1 bilik dan 1 bilik air.. siap ada Bath Tub lagi.. sesuai untuk sesapa yang nak honeymoon.. bole berendam lama-lama..hihihi..



Dari bilik air bole terus nampak katil.. tapi jangan risau, ada blind untuk tutup cermin tu.. takde la seksi sangat..




Setiap bilik dibekalkan iron dan iron board.. dah tak perlu call room service minta diaorang hantar..

Cantikkan Suite ni? Kat sini ada 7 jenis Suite. Yang membezakan setiap suite adalah bilik dan pemandangan. Ada pemandangan Lakeview dan Horizon View... Tapi aku suka Lake View.. Pemandangan dia ohsem...

Pemandangan One (1) & Two (2) Bedroom Suite
Pemandangan  2+1 Lakeview Standard
Pemandangan  2+1 Lakeview Deluxe

Pemandangan 2+1 Lakeview Suite & 3 Bedroom Suite

Pemandangan 3+1 Bedroom Premier Suite - Living Room

3+1 Bedroom Premier Suite - Bathroom

Ni pulak harga bilik kat sini..




Pool kat sini unik sebab berbentuk Kuda Laut dan ada 5 level serta berkeluasan 60 meter. Sebab apa dipanggil 5 level? sebab ada Jacuzzi Pool, Infant pool, Leisure Pool, Lap Pool dan Infinity Pool. Best o.. Puas la kami berendam dalam tu. swimming pool ni dibuka sampai pukul 10 malam tau.. Bole berendam puas-puas..


Kalau nakkan kelainan dengan berjacuzi dalam swimming pool memang The Haven la tempat yang best. InsyaAllah.. kalau ada peluang nak datang sini lagi.. tak puas tau duduk sini setakat 2 hari 1 malam.. 

Best Western Premier The Haven, Ipoh

Jalan Haven (Persiaran Lembah Perpaduan),
31150 Tambun, Ipoh, Perak, Malaysia.

Tel: +605 220 9000
Fax: +605 220 9011

Email: reservations@bestwesternhaven.com.my
Website: www.thehavenresorts.com

GPS Coordinates:
Latitude N - 4°38'14.2
Longtitude E - 101°9'43.2

Check-in from 15:00 | Check-out until 12:00
*Pets are not allowed.