Blog Eyzamiel: apa-apa ajer
Showing posts with label apa-apa ajer. Show all posts
Showing posts with label apa-apa ajer. Show all posts

23.11.11

::Cendol::

Wednesday, November 23, 2011 0
::Cendol::

Dah dekat seminggu gak la aku ngidam nak makan cendol kat Giant Ulu Klang... Tapi, asyik tak kesampaian..

Balik kerja tadi, aku nampak la lori jual cendol kat tepi jalan.. aku suh hubby berenti sebab nak bungkus jer... tapi, hubby ajak minum kat situ...ok la... Aku amik cendol campur (kacang merah+jagung+pulut), hubby pulak amik cendol biasa ngan rojak...

Rasa? bola la.. tapi tak kick sebab dia pakai santan serbuk..macam pelik jer.. sedap lagi cendol kat Giant... rasanya, tu la pertama dan terakhir aku minum kat situ.. tiada kedua kalinya.. ;)

3.11.11

::Syukur::

Thursday, November 03, 2011 3
::Syukur::

Alhamdulillah... tadi, secara rasminya... kami dah dapat geran kereta hubby.... Ansuran kereta tu dah settle.. sepatutnya, ansuran tu habis tahun depan... tapi, berkat rezeki dari Allah untuk kami... kami dah dapat selesaikan sebelum waktunya.... sekarang ni cuma tinggal kereta aku jer yang belum abis bayar... Lepas ni, bolehla kami survey rumah untuk dibeli... Mudah-mudahan Allah permudahkan usaha kami untuk membeli rumah pulak lepas ni.. Amin...

P/s: Bila Allah merencanakan sesuatu untukmu.. pasti ada hikmah yang tersembunyi... Jika Allah lambatkan permohonan doamu untuk mendapat rezeki (zuriat)....mesti, Allah gantikan dengan rezeki yang lain... InsyaAllah, suatu hari nanti Allah akan memberi jugak rezeki yang satu itu (zuriat)... Amin...

15.5.11

::Selamat Hari....... ::

Sunday, May 15, 2011 0
::Selamat Hari....... ::


Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru x kira di mana berada...

Bila sebut hari guru...
mesti semua teringat kenangan zaman2 sekolah dulu kan?
masa sekolah rendah lagi best...
kalau sampai jer hari guru, mesti merancang nak beli hadiah..
walaupun kekadang x ade duit nak beli...
sanggup simpan duit sekolah sebab nak beli hadiah..
padahal... cikgu2 semua tu x mengharapkan hadiah pun...
tapi aku rasa cam x lengkap kalau aku sorang jer x bawak hadiah gi sekolah...
takut cikgu x sayang aku..
hi..hi..hi.. lawak ajer...

adik bongsu (adik aku no. 4) aku lagi best...
dia siap amik hadiah besday kakak dia (adik aku yg no. 3)..
pastu bungkus dan bagi kat cikgu dia...
bila kakak dia balik...
memang kena marah la...
siap mengamuk-ngamuk lagi kakak dia..
sebab tu hadiah dia yang paling dia sayang...
habis tu nak buat macam mana..
takkan nak mintak balik kat cikgu tu...
kesian jgk la aku tgk adik bongsu aku kena marah....
kenangan betul time tu...
masa tu dua-dua sekolah rendah lagi..
sekarang ni dah besar panjang...
dah x ingat kut peristiwa tu... :)

dan.........

rasanya aku lom terlambat lagi nak wish...


Selamat Hari Jururawat...
Walaupun kat opis aku ni...
hari-hari aku tgk Jururawat....
Ade yang ok n ade yang ko.. :)
tapi aku x berpeluang nak wish kat diaorg...

Walau apapun...
buat semua jururawat..
buatlah kerja dengan ikhlas dan...
jangan marah2 pesakit yer (bukan semua)....
InsyaAllah akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda.....

Jangan lupa moto KKM....

"Kami Sedia Membantu"....





Malas betul nak kerja esok..mesti ramai yang sambung cuti... x meriah la opis esok.... :(

Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

9.4.11

::Bosan::

Saturday, April 09, 2011 1
::Bosan::
Walaupun hari ni aku cuti... tapi tetap bangun awal cam nak pergi keja...pas suboh terus buat breakfast untuk hubby..... hari ni hubby keja... aku cuma buat cucur udang n air teh.... pagi2 hubby jarang nak amik heavy breakfast kalau hari dia keja.....
Bila hubby dah pergi keja... aku rasa bosan sangat..... kalau ada anak x lah bosan camni... bole melayan karenah dia.... ni, tinggalla aku sorang2 kat umah..... pas buat keja umah n masak pun still bosan lagi... aku ni dah la jenis x tido siang.... x tahu nak buat apa... last2 bukak laptop n taip entry ni... pun rasa bosan gak....pas ni x tahu la nak buat apa pulak....

p/s: abang, cepatla balik.... busan ni......

Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

10.3.11

Thursday, March 10, 2011 0
dah lama aku x menulis.....

aku pun dah tak tahu nak mulakan citer macam mana... sebenarnya banyak citer tapi dah basi..... :)


hari tu aku ade citer yg aku dah dapat broadband kan.... tetiba.. bila dah ade broadband, laptop aku pulak buat hal... rosak!
bawak gi kedai nak repair tapi org kedai tu ckp baik beli baru ajer sbb kos nak baiki lebih kurang harga baru......
ish...ish..ish... macam2 hal... lepas satu, satu yg dtg...... selepas di survey2 akhirnya.... aku beli notebook ni...... biasa jer... tapi ok la dr x de kan...... :)
:
:
:
:
:
:
:



(credit to google)

jenama hp...








ja

1.5.10

::kopitiam kaki katak::

Saturday, May 01, 2010 3
::kopitiam kaki katak::
tadi masa aku check email.... aku buka la satu email yg membe aku bagi..... tajuknya kaki katak dalam mee goreng.... aku ingatkan restoran non-halal.. maklum la ada sesetengah restoran mmg ada sediakan makanan eksotik macam tu.... tapi rupa2nya... makanan tu adalah makanan dari salah satu kopitiam yg femes gak la kat malaysia ni.... (x yah la aku bgtau kopitiam mana).....aku pernah dgr yg kopitiam ni x halal... tapi aku tgk ramai gak org melayu kita yg makan kat situ....... geli la tekak aku nak citer pasal ni.... korang analisa jer la gambar2 ni.....






p/s: nasib baik budak tu x tertelan kaki katak tu...kalau x.... hi..hi.....

::Selamat Hari Pekerja::

Saturday, May 01, 2010 0
::Selamat Hari Pekerja::
Hari ni merupakanhari cuti umum utk semua pekerja2.... dah ada plan ke nak gi mana? aku lom tahu lagi.. tapi hubby dah janji nak bawa gi jalan2.... so... Selamat Hari Pekerja n Selamat Bercuti...... Have a nice weekend.....

11.4.10

::nak mintak pendapat::

Sunday, April 11, 2010 3
::nak mintak pendapat::
mula2 aku ingat nak citer pasal pertandingan boling smlm... tapi ingat nak tangguh dulu la sbb gambar2 ada kat kawan aku... x best la plak citer tanpa gambar.....sok baru leh upload kut......

hari ni,aku sebenarnya nak mintak sgt pendapat korang ttg satu kes ni.....

kalau ade remaja dalam lingkungan umur 17 tahun... bawak motor, tapi x der lesen..... pastu x-cident... ade org langgar dia..... tapi org yg langgar dia tu meninggal..... dia plak cedera parah..... adakah dia akan dituduh membunuh tanpa niat atau macam mana?atau adakah dia akan dipenjarakan? aku nak sgt uolls tolong... kalau ade lawyer nak bgtau penyelesaiannya lagi ok...tolong yer uolls........

7.4.10

::anak::

Wednesday, April 07, 2010 3
::anak::

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada
kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,
mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka
bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak
penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran
sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak,
kadang-kadang tangisan nyaring.


Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang
dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.


Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia
bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.
Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang
mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.
Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya.

Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan. Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap
ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

"Mama, abang minta maaf ... Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat. Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.


Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada
di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran
longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana,
dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu
keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.


"Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga
telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.

"Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat
kerana kesakitan itu.

"... Abang janji tak akan buat lagi."

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa
merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."


"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..."


Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.


Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola
matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.
"Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.


"Anak puan ... Telah meninggal dunia."


Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.
Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun
kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.


Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah
semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.


**********


Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu
nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.


Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu,
hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

6.4.10

::kejam tul diaorg ni::

Tuesday, April 06, 2010 0
::kejam tul diaorg ni::
masa lunch tadi tetiba jer tangan aku gatal nak bukak HMetro on9.. x tau pun citer ape yg best hari ni... tetiba aku terbaca citer yg rumah arwah Pak Din aka Din Beramboi tu dimasuki pencuri..Ya Allah.... sampai hati diaorg... dah la family dia tgh bersedih, tergamak pencuri tu ambik barang2 kenangan arwah utk anak2 dia.....
x per... Allah tu Maha Esa... satu hari nanti diaorg akan dapat pembalasan yg setimpal......

P/s: Woi pencuri..Ko xkan selamat dunia akhirat!

28.3.10

::Pa&MA::

Sunday, March 28, 2010 0
::Pa&MA::
jgn salah faham.... rezeki aku lom sampai utk jadi pa&ma... sebenarnya aku nak citer yg dalam majalah Pa&Ma keluaran terbaru ni ade citer ttg hospital pilihan utk bersalin.... utk ruangan hospital kerajaan, hospital tmpt aku keja jadi pilihan... kat hospital tu, walaupun gov, husband dapat teman wife bersalin, lagipun hospital ni dah dapat pengiktirafan Hospital Rakan Bayi.... so, pada sesapa yg blom tau lagi nak bersalin kat private @ gov...bole la beli majalah ni (wah..promote majalah plak). hospital gov skrg pun dah setaraf ngan private... so, tepuk dada... tanya husband.... sbb dia yg nak bayar bil hospital nanti...ha..ha...

6.3.10

::Le Tour De Hulu Langat::

Saturday, March 06, 2010 0
::Le Tour De Hulu Langat::
pagi tadi jalan kat depan umah aku ni ade ramai sgt polis... mula2 aku ingatkan x-cident ke ada kes bunuh ke...cuak sekejap la aku.... siap ade bunyi siren polis tu... bila aku tgk kat luar.... jammed sgt.... rupanya polis tgh buat persiapan utk pasukan Le Tour de Langkawi.... diaorg nak lalu situ... patut la ramai org....
dah la aku tgh bersiap-siap nak gi beli ikan kat ampang... macam mana aku nak lalu jalan tu ni? aku buat tak tahu jer drive depan polis2 tu... diaorg x cakap apa2 pun... aku terus jer la.... sepanjang jalan ade polis ngan wartawan..... rasa macam aku ni artis plak...hi..hi..perasan.... kebetulan plak cuma ada keta aku ngan 2 biji keta lagi kat belakang aku.... sampai jer kat ampang rupanya diaorg dah tutup jalan... nasib baik aku dah lepas.... kalau x... x de benda la aku nak masak hari ni....
mula2, ingatkan pas beli ikan terus nak balik.... tapi bila pikir2 balik, mesti lambat baru diaorg bukak semula jalan depan umah aku tu.... aku x jadik beli ikan dulu.... aku gi sarapan dulu kat Bistro..... lepak jap ngan adik aku n pastu baru gi kedai..... beli stok utk seminggu n terus balik... takut gak kalau diaorg masih tutup jalan... tapi Alhamdulillah, bila aku lalu kat situ tgk diaorg dah x der... selamat aku.... kalau x, tak tau nak lepak kat mana pulak........

p/s: Mr. Hubby... sok gi jalan2 nak? bosan la asyik dok umah jer.... hi..hi...

16.1.10

::Hari Tanpa Beg Plastik::

Saturday, January 16, 2010 2
::Hari Tanpa Beg Plastik::
Sabtu minggu lepas aku pg tesco ngan hubby...
kitaorg nak beli barang dapur... macam biasa aku ngan hubby akan amik banyak barang....
ikan, sayur, daging n benda2 lain lagi...dekat separuh penuh la troli.....
bila kitaorg nak bayar tu... cashier tu bgtau yg hari sabtu x disediakan plastik....
budak tesco tu ckp ini arahan kerajaan negeri selangor.... semua kedai kat selangor x sediakan plastik hari ni.....

alamak...dah la kitaorg beli banyak ikan..macam mana nak bawak naik atas rumah ni....
pastu cashier tu suruh beli beg 'green' tesco.. seringgit satu.... nak tak nak....kena la jgk beli beg tu...
kalau x, mcm mana aku nak bawak naik barang2...... ada sesetengah customer tu beli sampai 10 beg..ye la, kalau dah beli barang penuh satu troli....nak buat mcm mana.....pastu aku ngan hubby pg la kedai runcit biasa...pun sama...x der plastik..kalau nak jgk....diaorg jual sehelai 20 sen..terpaksa la beli lagi....dah macam shopping kat IKEA pulak....

utk semua bloggers yg nak gi shopping kat selangor hari sabtu ni...sila la bawa beg sendiri yer.... kalau x...duit abis beli plastik jer... syg duit o....

20.12.09

::macam sama jer::

Sunday, December 20, 2009 0
::macam sama jer::
aku baru pas tgk citer Dunia Belum Kiamat kat Astro Prima......
aku rasa cam pernah tgk jer jalan citer yg macam ni...bila aku ingat2 balik...o...baru aku teringat yg citer ni sama ngan satu citer hindustan..tapi citer hindustan tu lagi best la...kalau x silap aku pelakon dia sunil shetty,akshay kumar ngan saper ntah lagi sorg...lupa la pulak....tajuk citer tu pun aku x ingat..tapi mmg sama sgt jalan cerita dia.....
agak2nyer... hindustan tiru citer kita ke kita yg tiru citer hindustan? hi..hi...mesti ramai yg tahu jawapannya kan?