Blog Eyzamiel: Printcious
Showing posts with label Printcious. Show all posts
Showing posts with label Printcious. Show all posts

17.9.17

Cantiknya Fridge Magnet & Luggage Tag yang ditempah di Printcious!

Sunday, September 17, 2017 4
Cantiknya Fridge Magnet & Luggage Tag yang ditempah di Printcious!
Sebelum ni Eyza pernah cerita tentang satu web online yang kita boleh design barang-barang ikut yang kita suka. Kalau nak baca boleh klik Sini: Printcious

Eyza ni kalau masuk Web Printcious ni memang akan rambang mata. Macam-macam yang Eyza nak design dan beli. Semua nampak best.

Dalam banyak-banyak barang kat web tu, Eyza nak beli Fridge Magnet dengan Luggage Tag pulak sebab sebelum ni dah pernah beli bantal kat sini. Lepas je design, Eyza terus submit dan buat payment. Dalam masa 3 hari je barang dah sampai. Giler cepat. Tak sangka jugak secepat ni.

Barang dibungkus dalam kotak dan dibalut dengan bubble wrap bagi menjamin barang dalam parcel tu tak pecah.Alhamdulillah.. semua barang sampai cantik je.. Kotak pun tak kemek.

Bukak je kotak Eyza dah teruja sebab barang yang Eyza order sebiji macam yang Eyza design. Setiap kali beli barang kat sini memang tak pernah mengecewakan. Memang recommmed sangat.


Yang love tu Fridge Magnet dan yang petak tu Luggage Tag.


Eyza pilih Fridge Magnet tu sebab ia cute dan Eyza nak abadikan tarikh nikah Eyza supaya setiap kali Eyza pegi untuk buka peti ais Eyza akan nampak tarikh keramat tu. Barulah makin hari makin sayang. Hihihi.


Luggage Tag pulak Eyza tempah sebab Eyza ni suka travel. Lepas tu kadang-kadang masa nak ambik bag ada je bag yang sama dengan bag kita. Kekadang confius takut salah pilih bag. Kalau ada Luggage Tag ni senang sebab dari jauh lagi kita dah tahu mana satu bag kita. Lagipun dekat tag tu ada nama blog. Kiranya dalan masa yang sama, Eyza promosikan juga blog Eyza ni.

Kalau uolls pun nak barang-barang yang uolls design sendiri, boleh layari laman web Printcious

Selamat shopping uolls!

10.8.17

Boleh design hadiah yang kita nak di Printcious!

Thursday, August 10, 2017 2
Boleh design hadiah yang kita nak di Printcious!
Tiap kali Birthday family dan rakan-rakan terdekat,  Eyza selalu la pening dok fikir nak bagi hadiah apa sebab kalau nak beli sampai tahap tak tau nak beli apa.Tambah-tambah kalau hadiah untuk Hubby. Asyik-asyik baju, takpun perfume sebab kalau nak beli kasut atau jam tak mampu sebab hubby ni taste tinggi kalau 2 barang tu. Yang mahai-Mahai je. Hahaha. Sesekali teringin jugak nak bagi hadiah yang kita design sendiri. Nasib baik la ada Printcious. Boleh la Eyza tempah kat sini je.

Eyza suka tempah dekat Printcious sebab ada macam-macam hadiah yang menarik. Dan lagi best kita boleh design ikut apa yang kita suka.

Sebelum ni Eyza dah pernah tempah Stylish Cushion kat sini. Kualiti memang terbaik. Sampai sekarang bantal tu still elok je.


Selain bantal, ada jugak T-Shirt, Puzzle,Mug, Ceramic Tiles,Baby Rompers, Cap, fridge Magnet dan macam-macam lagi la. Rambang mata bila kita masuk website ni. Tak tahu nak buat pilihan yang mana.


Nak tempah pun senang je. Ikut je step by step macam yang Eyza tunjuk kat bawah ni.

1. Mula-mula klik https://www.printcious.com/my


2. Klik member, kat situ nanti kita boleh Log in untuk yang dah jadi member..kalau belum boleh klik Join Us


3. Pilih Create

4. Eyza suka tengok rompers comel-comel kat sini. ingat nak buat satu untuk anak buah yang kecik tu sebab hari tu pergi Korea tak jumpa rompers untuk dia. So, Eyza select rompers. So, cute.Kita boleh pilih nak yang lengan pendek or panjang.

5. Klik pilihan kita sama ada tangan panjang atau pendek dan kita design la ikut yang kita suka.

6. Dah siap design, klik done dan add to chart. Kalau dah tak ada yang kita nak beli, boleh la terus buat payment melalui perbankan online.

Senang kan? Sekejap je dah siap design dan bayar. Just tunggu je barang sampai depan rumah. Jimat masa dan tenaga. Dah la barang yang kita nak tu ikut kepuasan diri sendiri.

Dan yang paling best dan semua orang suka dah tentu la sebab ada Promosi sekarang ni. Wah jimat tau.

Ada diskaun sehingga 30% yang akan berakhir pada 26 Ogos ni. Hanya masukkan promo code MERDEKA60 , uolls akan dapat diskaun. Senang je kan dapat diskaun.Eyza pun suka kalau shopping dapat potongan harga. Berbunga-bunga hati ni nak design barang yang Eyza suka.

Selain dari Diskaun 30%, Pelanggan jugak boleh pulangkan semula barang dalam masa 7 hari kalau barang yang kita dapat tak seperti yang kita design atau pecah. 

Cara nak pulangkan balik ni pun senang je. Cuma ikut step by step macam kat bawah ni.

1. Tangkap gambar Barang, Parcel & Consignment note dan emailkan ke feedback@printcious.com.
2. Pihak Printcious akan respond 
3. Caj penghantaran semula akan ditanggung oleh Pihak Printcious
4. Tunggu je barang sampai kat rumah

Tapi.. tawaran ni sah cuma dalam masa 7 hari je dari tarikh kita terima barang. Kalau dah masuk hari ke8 tu maaf la ye. Memang takkan dilayan..


Eyza kalau beli barang, Eyza suka kalau ada Free shipping sebab tu la eyza jual barang pun tak ambik kos postage. Sebab kekadang Eyza rasa rugi je bayar postage tapi kalau dah penjual tu kenakan postage kena la kita bayar kan?

Dekat Printcious ni, harga postage tak mahal pun. Tapi.. kalau nak lagi jimat.. buatlah pembelian melebihi RM 70 sebab akan dapat free postage. Ha.. Best kan? Lagipun Eyza jamin mesti ramai yang rambang mata dan akan buat pembelian melebihi RM 70 punya.

Ha.. apa tunggu lagi? Jom lah tempah sekarang untuk dapatkan hadiah yang ekslusif dan tertera nama kita sendiri. Memang tak ada dijual kat kedai tau sebab ianya dibuat khas mengikut citarasa kita sendiri.

Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”

Untuk keterangan lanjut uolls boleh layari:

Website - https://www.printcious.com/blog
Facebook - https://www.facebook.com/printcious
Instagram - https://www.instagram.com/printcious
Twitter - https://twitter.com/printcious
Youtube - https://www.youtube.com/c/printcious-gifts


11.2.16

Puas hati dengan perkhidmatan Printcious

Thursday, February 11, 2016 0
Puas hati dengan perkhidmatan Printcious

Hari tu aku ada citer kan yang aku order barang dekat Printcious? Ha.. kalau lupa leh tengok kat entry ni. Aku order Bantal yang leh print nama aku ngan hubby. Bantal ni dah lama sampai. Baru sekarang sempat nak up kat blog. Servis diaorang pantas giler. Aku submit order pagi, petangnya dah pos dan esoknya dah dapat. Giler cepat. tak pernah aku beli barang custom made yang secepat tu.

Dah la servis pantas, barang datang sebiji macam yang aku pesan. Takde perubahan. Aku memang suka sangat-sangat. Hubby pun cakap cantik. Kusyen lembut kain pun berkualiti. Lepas ni boleh order lagi.

Kat Printcious ni ada pelbagai barang yang kita boleh buat ikut citarasa sendiri.Kita boleh create ikut perisian yang pihak mereka bagi nanti. Dah siap create, boleh send dan buat payment. Pastu tunggu je barang sampai depan rumah. Tak perlu nak buang masa dan tenaga pergi kedai.

Aku suka servis kat sini dan aku bagi 9/10 bintang. Lepas ni nak order T-shirt plak. Bole buat T-shirt  untuk aku n hubby. Baru la sama. hihihi.


Berminat? Boleh order kat:

atau boleh juga layari:



13.1.16

Macam-macam hadiah menarik di Printcious. Rambang mata dibuatnya!

Wednesday, January 13, 2016 3
Macam-macam hadiah menarik di Printcious. Rambang mata dibuatnya!
Aku ni kalau part beli hadiah memang failed. Bukan sebab apa, kekadang jadi blur tak tau nak bagi hadiah apa. Alih-alih, hadiah yang ready made dan biasa jual kat kedai tu je aku beli. Tak special Langsung. 

Nasib baik la aku dapat tau tentang Printcious ni.  Senang sikit kerja aku.Beli je kat sini. Dah la cantik. Harga pun berpatutan. Sesuai la dengan tagline diaorang,  Precious Gifts From Your Heart!

Macam-macam produk ada dijual kat web ni. Semuanya boleh ditempah mengikut citarasa pelanggan. Ada T-shirt, Mug , Puzzle ,Cushion dan macam-macam lagi la. Bagitau je diaorang design macam mana korang suka. InsyaAllah, diaorang akan realisasikan macam yang korang nak.


Tahun Baru Cina tahun ni adalah Tahun Monyet dan kalau korang berminat nak tempah sesuatu sempena CNY ni, korang boleh tempah kat siniMacam-macam design ada.

Untuk Valentine's Day pun ada tau. Untuk sesiapa yang sambut Valentine tu n nak surprisekan yang tersayang dengan hadiah yang best, bole la tempah kat sini.



 Selain dari 2 hari penting tu, korang jugak boleh tempah untuk Birthday,Wedding, Baby atau untuk hadiahkan diri sendiri pun bole. Dan kalau kita nak buat T-shirt nama kita dan pasangan pun mereka boleh buat.


 Ni ada contoh produk yang bole kita tempah kat sini. 




Sekarang ni Printcious tengah buat offer tau. Rugi kalau tak grab. Korang boleh masuk laman web Printcious dan akan nampak macam gambar bawah ni. Bole guna kod tu untuk dapat diskaun *tertakluk pada terma & syarat






So, apa tunggu lagi. Jom tengok kat web Printcious.. Macam-macam ada. Pilih je design dan corak yang korang nak. Aku pun tak sabar nak shopping kat sini. Semua nampak best. Rambang mata. Tak tau nak pilih apa. hihihi.. Nak tau apa yang aku pilih? Tunggu..