Emergency Beauty Kit Hermosa x Pinkboxcereal - Blog Eyzamiel

5.5.17

Emergency Beauty Kit Hermosa x Pinkboxcereal

Happy Me!!! Maunya tak happy bila Eyza dapat Emergency Beauty Kit Dari PinkBoxCereal . Dah nama pun cereal mesti ada yang ingat ada makanan dalam ni kan?

Eh.. tak la.. dalam ni ada Emergency Beauty Kit Hermosa x PinkBoxCereal  dari Hermosa dan Pinkboxcereal. Nape panggil Emergency Beauty Kit? Ha.. sebenarnya kan.. kalau kita pergi mana-mana dan cuma ada barang dalam kotak ni je pun dah boleh buat kita cantik. Tak payah barang mekap lain. Best kan?

Shoppinkboxcereal.com telah dilancarkan pada 1 April 2017 dan dalam masa seminggu, lebih dari 100 Emergency Beauty Kit telah dapat dijual. Sebenarnya ni adalah first #emergencybeautykit dalam Asia tau! Wah... Eyza rasa bertuah sangat jadi salah seorang yang terawal ada Beauty Kit ni.Dah la ShoppinkBoxCereal adalah yang pertama memperkenalkan Emergency Beauty Kit dalam Malaysia dan pelanggan boleh order pelbagai barangan kecantikan dari jenama tempatan dan antarabangsa.


Eyza dari dulu lagi suka sangat tengok Founder Pink Box Cereal ni iaitu Shafiqah Shafie buat kelas mekap. Dah la kelas mekap dia santai-santai je. Nampak dekat instgram best giler. Teringin nak join tapi sampai sekarang belum berkesempatan lagi. Maybe one day dapat join.

shoppinkboxcereal.com sekarang ni diasaskan oleh Shafiqah dan suaminya, Lylia Fahmi. Bestnya.. muda-muda dah ada bisnes yang berjaya.


Dah la ianya didatangkan dalam kotak keras dan cantik. Rasa sayang nak buang. Boleh simpan barang-barang mekap dalam tu.  Packaging produk pun cantik.

Eyza teruja tengok packaging Hermosa x Pinkboxcereal Limited Edition Cleansing Water dan Limited Edition Matte LipCreme.

Limited Edition Hermosa x Pinkboxcereal Cleansing Water dibuat dari Minyak Argan dan ianya dapat menghilangkan kedut dibawah mata. Selain tu ianya dapat buat muka kita jadi fresh je pepagi. Botol pun cantik. Sebotol cuma berharga RM 55.00. 

 

Macam tau-tau je Eyza ni penggemar Lip Matte. Mula-mula tengok packaging, kaler dan botol.pun Eyza teruja. Semua Eyza suka.


Hermosa x Pinkboxcereal Limited Edition Matte Lipcreme ni memang best. Bibir x kering. Warna cantik dan bau pun wangi. Pendek kata semua la Eyza suka dekat Lipcreme ni.


Antara jenama yang ada di Shoppinkboxcereal ialah:
- TRUE ISLAND
- ARGANIA
- OHMOSTWANTED
- HOPE GIRL
- DOTTSY
- COCOMESS
- HERMOSA BY BELINDA
- ALYSA
- SHEE BEAUTE
- NADRE
- CELEBRITY SERUM
- LANNA COSMETICS
- TOUCHMINERALS (ULU KELANG)
- PINKBOXCEREAL BEAUTY

So.. kalau uolls pun berkenan dan jatuh cinta macam Eyza.. jom la tengok kat sini:

Instagram : @shoppinkboxcereal
Facebook : https://m.facebook.com/pinkboxcereal

Selamat Shopping uolls!

3 comments:

  1. Cantik betul kotaknyaaa... huaaaaaa pink! Nak jugakk hiks

    ReplyDelete
  2. perghhhh...padan la manjang cantik! hahahaha!

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tahu pun pasal ni.macam best je tgk

    ReplyDelete