Blog Eyzamiel: AABC
Showing posts with label AABC. Show all posts
Showing posts with label AABC. Show all posts

31.3.16

AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 ke lima negara Asean

Thursday, March 31, 2016 2
AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 ke lima negara Asean

AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 ke lima negara Asean
  • Pertandingan serantau tahun ini memberi peluang kepada pereka muda dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia; mewujudkan platform serantau untuk mengangkat bakat belia dalam industri fesyen
  • Hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang AirAsia’s Most Promising Designer 2016

Pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) akan ke serantau Asean tahun ini melibatkan negara Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina, serta Malaysia bagi menyediakan platform untuk pereka muda dari seluruh rantau ini untuk mempamerkan bakat dan membantu melonjakkan mereka ke dalam industri fesyen.

Pencarian pereka fesyen muda ini yang diadakan buat kali kedua dengan kerjasama pihak Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear (KLFW RTW) telah dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini oleh Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhadbersama Encik Andrew Tan, pengasas KLFW RTW.

Ujibakat akan diadakan di Jakarta (16 April), Manila (23 April), Kuala Lumpur (30 April), Singapura (7 Mei) dan Bangkok (14 Mei) untuk mencari bakat-bakat tempatan dari setiap bandar serantau. 3 perserta terbaik dari bandar masing-masing akan mewakili negara mereka untuk ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada bulan Ogos di pentas peragaan KLFW RTW 2016 yang berprestij.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Terdapat begitu banyak bakat baru di rantau ini, dan sebagai syarikat penerbangan yang berlandaskan Asean, kami ingin meluaskan pencarian pereka fesyen muda ini ke negara-negara Asean lain selain Malaysia. Adalah harapan kami untuk menyediakan satu platform bagi pereka-pereka muda fesyen seluruh Asean untuk membangunkan dan melonjakkan kerjaya mereka dalam industri fesyen. Pencarian pereka fesyen serantau ini akan menyatukan pereka fesyen muda dan industri di rantau ini buat pertama kalinya pada skala ini. Kami teruja untuk melihat bakat-bakat baru tahun ini dan AirAsia amat bangga untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.”

Andrew Tan, pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear berkata, “Adalah satu penghormatan bagi kami untuk berkongsi platform ini bersama AirAsia untuk memupuk bakat-bakat baru dan memberi peluang kepada pereka fesyen muda ini untuk mempamerkan koleksi dan kreativiti mereka di sebuah landasan peragaan profesional. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia untuk kali kedua, berikutan kejayaan pencarian pereka fesyen Malaysia pada tahun lepas; dan membawa pertandingan tahun ini ke tahap yang lebih tinggi.”

Aireen Omar dan Andrew Tan selaku panel hakim bagi AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 akan disertai oleh Vivy Yusof, pemilik laman web e-dagang fesyen terkenal FashionValet.com, Alia Bastamam, pereka fesyen terkenal danSuzie Adnan, Ketua Pengarang majalah GLAM sebagai panel hakim untuk pertandingan ini.

Pencarian pereka fesyen ini terbuka kepada pelajar fesyen berumur tidak melebihi 28 tahun yang sedang belajar atau telah lulus dari sekolah reka fesyen di mana-mana lima buah negara yang terlibat di dalam pencarian ini. Tiga (3) lakaran berilhamkan destinasi Asean harus disertakan bersama borang pendaftaran yang lengkap. Borang pendaftaran boleh di muat turn di laman klfashionweek.com dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 April 2016.

Sepanjang pusingan ujibakat di setiap negara, pereka-pereka muda yang berpotensi ini perlu mempersembahkan lakaran rekaan bertemakan Asean kepada panel pengadil di setiap bandar mereka. 3 finalis terbaik yang dipilih dari setiap negara akan diberi peluang mempamerkan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016 pada bulan Ogos 2016 dan bersaing untuk menjadi AirAsia’s Most Promising Designer 2016.

Hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang pertandingan ini termasuk slot untuk mempamerkan koleksi penuh di KLFW RTW 2017, mentor dari pasukan KLFW RTW, RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul dan dijual di laman fashionvalet.com, mata ganjaran AirAsia BIG sebanyak 150,000, tiket pergi balik AirAsia atau AirAsia X dan beberapa lagi hadiah yang akan diumumkan kelak.

AirAsia adalah Preferred Travel Partner KLFW RTW 2016 dan akan menerbangkan pereka fesyen dari Singapura, India, Indonesia, China, Australia dan Korea Selatan melalui rangkaian penerbangan luas AirAsia untuk memperagakan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016.

Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 melalui webisodes di Youtube (youtube.com/user/AirAsia), laman sosial AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) atau melalui hashtag media sosial #AirAsiaRunway.

Jadual Ujibakat AirAsia Runway Ready Designer Search 2016

Tarikh
Lokasi
16 April 2016
Jakarta, Indonesia
23 April 2016
Manila, Philippines
30 April 2016
Kuala Lumpur, Malaysia
07 May 2016
Singapore
14 May 2016
Bangkok, Thailand


11.12.15

Majalah travel 3Sixty° AirAsia raikan isu yang ke-100

Friday, December 11, 2015 0
Majalah travel 3Sixty° AirAsia raikan isu yang ke-100

Bertempat di Marini's on 57, AirAsia telah mengadakan satu majlis untuk meraikan isu yang ke 100 Majalah Travel 3Sixty AirAsia. Kalau korang selalu naik Flight AirAsia mesti korang akan perasan dengan majalah ni.. memang akan ada atas Flight.


Majalah Travel 3Sixty dah menang macam-macam anugerah  sejak dimulakan pada tahun 2007.majalah ni juga merupakan satu-satunya majalah dalam penerbangan yang diaudit dan disahkan oleh Audit Bereau  of Circulation of Malaysia (ABCM).


Misi utama majalah ni adalah untuk memaparkan yang terbaik dalam percutian , budaya dan cara hidup dan pembaca dapat merasai pengalaman dan menpelajari tentang sesuatu.






Satu pertandingan khas yang bertemakan ‘travel 3Sixty°’ turut diumumkan bersempena dengan isu ke-100 ini. Pertandingan ini membuka peluang kepada pembaca majalah untuk menjemput pasukan editorial untuk melawat kampung halaman mereka dan juga akan ditampilkan sebagai rencana utama, membolehkan cerita-cerita tempatan dapat dikongsikan sebagai cerita serantau melalui majalah itu.


Inspirasi untuk pertandingan khas ini datang dari seorang guru sekolah dari kawasan luar bandar di Tebedu, Sarawak yang telah menghantar emel kepada pasukan editorial dan telah berkongsi cerita bagaimana beliau menggunakan majalah travel 3Sixty° untuk mengajar murid-muridnya tentang budaya lain di rantau ini, selain daripada meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.
Inisiatif beliau sampai ke telinga pasukan editorial apabila guru sekolah menulis dan meminta salinan lama majalah untuk disumbangkan kepada sekolah beliau. Sejak dari tu, salinan majalah travel 3Sixty° telah dihantar ke sekolah tersebut untuk digunakan sebagai sebahagian daripada pelajaranmereka.
travel 3Sixty° telah memenangi banyak anugerah dan penghargaan sejak ditubuhkan pada Ogos 2007. Yang terbaru pada bulan Jun 2014, majalah itu meraih Anugerah Pencapaian Platinum di Majlis Anugerah Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Award 2014 bagi kategori Media Cetak Antarabangsa yang mempunyai 22 penerbitan disenarai pendek dari seluruh dunia yang bersaing dalam kategori yang sama.


Travel 3Sixty boleh didapati dalam penerbangan Malaysia AirAsia, AirAsia X, Thai AirAsia, Thai AirAsia X , Indonesia AirAsia, Indonesia AirAsia X, Philippines AirAsia dan India AirAsia. Pencapaiaan lain Travel 3Sixty selama penubuhan majalah ini adalah :

  • Sabah Tourism Award 2009 - Best Tourism Article On Sabah Published in Malaysia (Magazine)
  • 25th ASEANTA Awards for Excellence, Manado 2012 - Best Asean Travel Article.
  • 26th ASEANTA Awards for Exellence, Vientiane 2013 - Best Asean Travel Article.
  • Marketing & Advertising Singapore's Magazine of The Year 2013 - Third Place Magazine Of The Year in (Inflight Magazine Category)
  • 27th ASEANTA Awards for Excellence, Kuching 2014 - Best Tourism Photo.
  • 28th ASEANTA Awards for Excellence for Best Asean Travel Article, Nay Pyi Taw 2015.


31.10.15

AirAsia menyokong inisiatif kesedaran kanser di negara menerusi kempen #AirAsiaMAKNA

Saturday, October 31, 2015 1
AirAsia menyokong inisiatif kesedaran kanser di negara menerusi kempen #AirAsiaMAKNA

18 Oktober hari tu, aku sempat hadir Majlis Penyerahan Cek untuk Majlis Kanser Negara atau MAKNA. Syarikat Air Asia telah berjaya mengumpul sebanyak RM120,945.64 untuk MAKNA melalui kempen tanggungjawab sosial selama 5 bulan bagi membantu pesakit dan penyelidikan berkaitan Kanser.





Di Majlis tu jugak aku sempat tulis kata-kata semangat untuk pesakit Kanser.. Aku betul-betul terharu dan bangga tengok semangat pesakit-pesakit kanser tu.. Tabahnya mereka...



Dana terkumpul tu adalah hasil dari kempen #AirAsiaMakna di mana baju T-shirt istimewa yang direka seperti uniform krew dan juruterbang  Air Asia telah dijual bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit kanser sekaligus dapat mengutip dana untuk disumbangkan kepada MAKNA.


Baju T-shirt edisi terhad ini direka khas oleh kakitangan Air Asia dan dijual dengan harga RM30 sehelai di 23 lokasi seluruh Malaysia dan juga di laman membeli-belah MAKNA.



Kempen ini juga bukan setakat untuk mengumpul dana tetapi ianya adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit Kanser.






Syarikat penerbangan Air Asia juga ada anjurkan peraduan Instagram dimana sesiapa yang dah beli baju T ni boleh memuat naik gambar kreatif dengan memakai baju T dan meletakkan hashtag #AirAsiaMakna. Seramai 75 penyertaan.. ramai jugak tu.. Hadiah pun best.. bole dapat penerbangan ke Sapporo dan Maldives.


Husband Yasmin Hani iaitu @shaarin telah memenangi percutian ke Sapporo dan hadiah ke Maldives pulak dimenangi oleh @suzanekassim


Blogger Lan Careno jugak memenangi percutian ke Langkawi.. Bestnya..



Ramai jugak artis-artis tempatan yang menyokong kempen ini. 



Maya Karin pun ada petang tu.. siap nyanyi 3 buah lagu... cantik bila tengok Live..


Duta Traveling Beruang mesti la wajib ada kan..


Tanuja plak emcee untuk petang tu..


Shasha ni putih lepak macam anak patung..


Dapat jugak selfie ngan Maya.. Hubby minat giler ngan dia.. saja selfie nak tunjuk kat hubby.. hahahah


Ungku Ismail Aziz ni tengok Live mmg hensem.. putih bersih muka dia...


Partner aku petang tu.. Shiqin


Aidid Marcelo pun ada.. dulu-dulu aku suka tengok dia jadi pengacara rancangan remaja kat TV3 tu.. 

Fakta pantas mengenai Kempen #AirAsiaMAKNA: 
● Baju T dijual pada harga RM30 sehelai, tersedia dalam saiz dewasa dan kanak-kanak. 
● #AirAsiaMAKNA telah berada di 23 lokasi di Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang, Pahang, Johor 
dan juga Indonesia. 
● Baju T masih boleh di beli di laman web MAKNA [www.makna.org.my/airasiamakna] 
● Kempen turut disokong oleh selebriti tempatan, terutama di laman media soasial - mencapai 
lebih dari 7 juta pengikut, menyebarkan kesedaran mengenai kanser. 
● Peraduan Instagram telah menerima 750 penyertaan, menyebarkan mesej ke lebih dari 7.4 juta 
pengikut termasuk yang dikongsi oleh selebriti - terus menyumbang kepada objektif kempen ini. 
● Pos Instagram mendapat penyertaan dari 4 negara termasuk Indonesia, Thailand dan Brazil. 

Ikuti perkembangan terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook 
(facebook.com/AirAsia) serta ketahui lebih lanjut fakta pantas mengenai kanser.