Blog Eyzamiel: Magnum
Showing posts with label Magnum. Show all posts
Showing posts with label Magnum. Show all posts

14.9.15

Parti mewah oleh Magnum White Almond

Monday, September 14, 2015 2
Parti mewah oleh Magnum White Almond
 Baru-baru ni aku sempat hadir untuk Party Mewah oleh Magnum White Almond yang bertempat di Hilton Kuala Lumpur. First time aku jejak ke Hilton KL ni... 

Sampai je sana.. aku terpegun tengok hiasan yang diaorang buat untuk Party ni.. memang ohsem... Tampak Mewah dan Elegant...


Magnum, jenama aiskrim tangan pertama amat terkenal dengan kemewahan dan keseronokan dalam setiap gigitan serta hanya diperbuat menggunakan kandungan terbaik. Terkenal sebagai pakar coklat, Magnum diperbuat daripada aiskrim vanila bak selembut sutera dan disaluti dengan coklat Belgium tebal. 

 Sebagai peneraju kenikmatan dalam hidup, Magnum memperkenalkan inovasi produk tebaharu - Magnum White Almond. Edisi baharu daripada Magnum ini merupakan tambahan kepada variasi aiskrim sedia ada dengan kepuasan berganda bersama salutan coklat putih serta hirisan badam yang rangup pada aiskrim vanila. Magnum White Almond memaparkan keanggunan, kelas yang tersendiri dan kepuasan serta kenikmatan mutlak.

 “Di Magnum, kami tidak hanya fokus terhadap menghasilkan aiskrim yang berkualiti; malah kami juga bersemangat tinggi dalam memenuhi keinginan para pemburu keseronokan (pleasure seeker) yang mahu menikmati manisan mewah pada harga berpatutan. Malam ini merupakan parti eksklusif Sensasi Magnum in White. Magnum dengan bangganya mempersembahkan kepada anda Magnum White Almond. Lapisan coklat putih dengan hirisan badam panggang yang rangup pasti menjanjikan anda kepuasan mutlak. Edisi terbaharu ini memberi jaminan terhadap rasa yang tidak dapat dilupakan,” ujar Pengerusi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Rakesh Mohan. 

 Pelancaran Magnum White Almond diraikan secara unik dan luar biasa iaitu melalui penganjuran parti eksklusif dan premium. Para tetamu yang hadir turut terpesona dengan kehadiran penuh bergaya oleh pemilik-pemilik kereta berkuasa tinggi. Masing-masing kemudiannya melangkah keluar dari kenderaan dengan penuh stail dan segak. 

 Majlis dimulakan dengan keletah pengacara majlis, Stephanie Chai diikuti ucapan Pengerusi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Rakesh Mohan yang seterusnya merasmikan pelancaran pada hari itu. Acara diteruskan dengan pengenalan Magnum White Almond yang dipersembahkan dalam koreografi tarian di udara sehingga memukau seluruh tetamu. 

 Kemuncak parti Sensation in White memberikan para tetamu pengalaman premium menerusi kewujudan tiga stesen menyeronokkan. Setiap stesen melambangkan kenikmatan mutlak yang boleh ditawarkan di dalam kehidupan. Stesen santapan sensasi Magnum mempamerkan kepelbagaian manisan White Decadent, manakala stesesn kecantikan menawarkan khidmat rias kuku dan tatu yang berkonsepkan warna putih Magnum. 

Akhir sekali adalah stesen Magnum White Almond yang dipenuhi tetamu yang semestinya memberikan keseronokan dan kenikmatan mutlak. Parti hanya bermula selepas belon-belon putih yang bergantungan di siling dilepaskan dan menghujani segenap dewan sambil DJ Joey G mula menonjolkan kemahiran turntable-nya sekali gus menghidupkan kegamatan parti. Menerusi pelancaran Magnum White Almond, Magnum menyasarkan untuk meraih pengiktirafan sebagai perintis gaya hidup mewah dan premium yang tidak sekadar tertumpu sebagai mediator fesyen.



Sebelum party bermula.. kami semua bergambar dulu kat luar... Ramai jugak blogger yang dijemput...


Penat berphoto gediks kat luar.. masuk dalam sebab acara dah nak bermula... Hiasan dalam dewan lagi best.. sana sini ada Aiskrim Magnum White Almond.. Tak sabar nak try...





Selain Magnum White Almond, kat situ juga dipamerkan pelbagai jenis Aiskrim keluaran Magnum...






Di tengah-tengah ruang legar.. ada Magnum White Almond yang besar... kalau makan yang ni memang tak habis-habis.. hihihi...





Sana sini Aiskrim.. sampai tak larat plak nak makan... aku suka bila kita gigit je... rangup Almond tu terasa... sedap.. cuma aku rasa white Almond tu manis sikit untuk aku yang tak berapa suka manis ni... tapi bila Coklat Putih digabung dengan Aiskrim Vanila.. memang serasi la..











Magnum Almond White kini boleh didapati di semua Pasaraya Besar, Kedai Serbanika, Kedai Stesen Minyak dan Kedai Runcit. Aiskrim ini boleh didapati dalam pek individu pada harga runcit RM 4.50 atau pek pelbagai (3 batang aiskrim) dengan harga runcit cadangan RM 13.50.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Magnum White Almond, sila layari laman Facebook www.facebook.com/Magnum atau www.walls.com.my/magnum


13.7.15

Makanan Sedap di Magnum Kuala Lumpur

Monday, July 13, 2015 2
Makanan Sedap di Magnum Kuala Lumpur
Maaf la kalau entry aku ni mengganggu gugat Puasa korang.. 
Takpe.. tak lama je lagi nak raya.. Sabar ye.. ;)

Baru-baru ni aku sempat berbuka puasa Di Magnum Kuala Lumpur. First time aku datang sini.. Sebelum ni nak pergi, tapi selalu je penuh n meriah.. So, ingat nanti-nanti la pergi.. Sampai la aku dapat jemputan ni... Baru la merasa jejak kaki ke sana....


Magnum Kuala Lumpur, kedai Magnum yang pertama di dunia dengan dua bar infiniti yang telah dibuka secara rasmi di Malaysia pada Disember 2014 dengan memperkenalkan kepakaran pelbagai makanan menarik dan pencuci mulut yang hebat.


Terletak di Mid Valley, kedai yang berkeluasan 4,200 sgft mempunyai 2 tingkat dan dihias indah dengan gaya kontemporari. Magnum Kuala Lumpur boleh memuatkan sehingga 100 orang pada satu-satu masa.


Selain di Mid Valley,  Magnum juga telah membuka satu lagi cawangan di IOI City Mall Putrajaya dan mempunyai keluasan 5126 sgft dengan hiasan kontemporari. Terdapat dua tempat duduk. Dibahagian dalam boleh menampung sebanyak 70 orang dan kawasan luar boleh memuatkan sehingga 100 orang.






Disebabkan opis aku amatlah dekat ngan Mid Valley.. aku antara orang terawal yang sampai... dah sampai awal tu apa lagi.. bergambar la dulu...


Kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang best dan menepati selera aku...

Magnum Syrup Affogato

Chicken Toasties
Deep fry minced chicken spread on toast, served with spicy chunky tomato dip
 (RM 20.00 for sharing portion)
Rating: 5/5

Sedap! Rekemen sangat... tak puas rasanya makan.....

Sosnya rasa masam-masam macam tomato... tapi kena la dengan roti tu...

Oxtail Soup with Sushi Rice
Spicy and hearty beef broth with vegetable, shallots rice, fish crackers
(RM 35.00 for individual portion)
Rating:  3/5

Sup ekor di sedappp sangat.. rasa cukup semua rempah.. pastu ekor dia sangat lembut... best...
Rating:  5/5

Chicken Rendang Pasta
Malaysian inspired spicy chicken rendang with pasta
(RM 36.00 for sharing portion)
Rating:  4/5

Aglio Olio with Shrimps
Tossed with garlic, chili padi and olive oil
(RM 40.00 for sharing portion)
Rating: 5/5

Carbonara Pasta
 Button mushroom, beef bacon, creamy cheese sauce
(RM 46.00 for sharing portion)
Rating:  3/5

Death By Chocolate
Baked to order warm chocolate molten lava cake, magnum chocolate brownies ice cream, chocolate crunch pearls
(RM 32.00 for sharing portion)
Rating: 4/5

Semua harga termasuk GST dan Service Tax

Alhamdulillah kenyang.... Tapi, sebelum balik... kami semua bole pilih topping yang disukai untuk Aiskrim Magnum... Bestnya.. walau dah kenyang.. aku tak nak ketinggalan rasa... Bukan selalu kan...




Aku pilih Almond, Pistachio dan Asam Jawa.. macam-macam topping ada kat sini.. Chilli Flakes pun ada tau... tapi aku tak berani try.. tak tau la apa rasanya... ;)


dah pilih 3 topping.. nnt petugas kat situ akan tanya nak Aiskrim coklat atau Vanilla... aku ambik vanilla... dan pastu celup dalam dark Chocolate...


Letak topping...


Hiaskan dengan coklat putih...


Tara.. dah siap Aiskrim kita....



Untuk keterangan lanjut:

Cawangan Mid valley
Address:
T-023, 052 & 053, Level 3, Mid Valley Megamall

Operation hours:
10am – 10pm Daily

For Reservation & Inquiries:
03 – 4065 0830 or 03 – 4065 0839
Restaurant Managers: Mae / Syamil / Firdaus

___________________________________________

Cawangan Putrajaya
Address:
GE-3, Ground Floor, IOI City Mall, 62502 Putrajaya

Operation hours:
10am - 10pm

For reservation and inquiries:
 03-8328 0662
Restaurant Managers: Fendy / Fadil / Marcus