Blog Eyzamiel: hai blogger
Showing posts with label hai blogger. Show all posts
Showing posts with label hai blogger. Show all posts

2.10.16

Kembara Media Sempena Sambutan 50 Tahun Felcra Berhad

Sunday, October 02, 2016 2
Kembara Media Sempena Sambutan 50 Tahun Felcra Berhad
Alhamdulillah. Pada 23 dan 24 September hari tu, Eyza bersama-sama media yang lain dapat join Kembara Media Sempena 50 Tahun Felcra Berhad ke Lumut, Perak. Eyza memang teruja nak join Kembara ni sebab ada ramai Blogger dan wartawan yang turut serta. Terima kasih pada Halim dari Hai Blogger yang sudi bagi peluang ni.


Ni pengalaman pertama Eyza join Konvoi macam ni. Sebelum ni, kalau konvoi ramai-ramai just nak pergi kenduri kahwin je. Hihihi.

Bila sebut Felcra, mesti ada yang tak berapa tahu kan fungsi sebenar Felcra ni. Ye la, kalau nak dibandingkan Felda dan Felcra, ramai yang lebih mengenali Felda kan? Walaupun Bapak Mertua Eyza kerja dengan Felcra, tapi tak pernah sekalipun Eyza tanya dia tentang Felcra ni. Tapi, bila Eyza join Kembara ni, barulah Eyza tahu banyak peranan Felcra dalam membantu anak bangsa kita.

FELCRA atau nama lainnya Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Ok, berbalik tentang Kembara Media ni, seawal jam 9 pagi kami semua dah berkumpul di R&R Sg. Buloh. Eyza tumpang Blogger Achik Huda. Kira macam Co-Pilot la.


Setelah selesai tampal sticker Kembara Media, bermulalah Konvoi Kembara kami. Memandangkan hari itu adalah hari Jumaat, kami sempat singgah untuk kaum Adam menunaikan solat Jumaat dulu di Masjid Nur Sa'adah.

Selesai solat, kami pun teruskan Kembara ke Felcra Lekir yang kini dikenali dengan nama Kampung Aman Jaya. Teruja Eyza bila sampai sini. Meriah betul sambutan penduduk dekat sini. Siap ada paluan kompang bagai. Rasa macam VIP pun ada.


Kami juga dihidangkan dengan lauk pauk yang sedap-sedap belaka. Dah la dapat makan best, kami juga dihidangkan dengan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, duku dan rambai. Tercapai hajat kami nak makan durian.


Selesai makan, kami dibawa bersiar-siar keliling kampung dengan menaiki traktor yang dihias cantik. Pengalaman pertama untuk kami ni. Pakcik Hamzah banyak bercerita tentang jerih perit diaorang sebelum Felcra ni berjaya. Sekarang ni, Banyak kemajuan yang penduduk kampung ni capai. Boleh dikatakan, kebanyakan peneroka Felcra ni semua ada bisnes. 


Pakcik Hamzah ni merupakan salah seorang Ketua Kampung kat sini dan beliau memiliki bengkel membaiki jentera. Wah. Memang hebat.


Sebelum balik, kami semua dibekalkan dengan Ikan Bilis. Bukan sekilo, tapi rasanya lebih dari 3 kilo tu. Rezeki betul.

Selesai di Felcra Lekir, kami pun bertolak ke tempat penginapan iaitu di Swiss Garden Beach Resort.  


Sempat la kami melepak kat pantai sebelum bersiap-siap untuk Networking Dinner Bersama Felcra Berhad. Majlis malam tu, dihadiri oleh Pengerusi Felcra iaitu Datuk Bung Mokhtar Raden. 



Eyza macam biasa la, kalau part cabutan bertuah memang tak bertuah. Hihihi. Tapi, kami semua tak balik dengan tangan kosong. Dapat kain pasang dari Jakel. Dah la dapat warna kegemaran. Happy la.

Selesai Dinner, semua dah penat. Balik bilik tido.

Esoknya, seawal jam 6.30 pagi kami semua dah berkumpul di Lobi.

Kredit: Yazid Izzat
Selesai Check Out hotel, kami semua bertolak ke Seberang Perak untuk ke Pusat Komersial Pembenihan Padi. Tak sangka Eyza, rupanya Felcra Berhad ada kawasan penanaman padi lebih kurang 80,000 hektar yang terletak di Seberang Perak.

Selesai sarapan, kami dibawa ke bendang untuk melihat padi ditanam secara moden menggunakan Transplanter. Dengan menggunakan mesin ini, kira-kira 3000 benih padi dapat ditanam dalam sehari.


Kredit : Felcra

Eyza rasa teruja diberi peluang untuk naik transplanter ni. Dan yang lagi best, Eyza berpeluang pandu Transplanter dan tanam padi cara moden ni. 

Kredit : Felcra
Kredit : Felcra
Selain itu, kami juga diperkenalkan dengan ELA Gyrocopters. Di Malaysia ni, hanya Felcra satu-satunya yang menggunakan ELA Gyrocopters untuk menyembur racun. Ianya boleh terbang serendah 2 meter. Juruterbang yang ditugaskan membawa ELA Gyrocopters ini merupakan anak peneroka Felcra. Bangga sangat.

Selesai tanam padi, kami semua bertolak pulak ke Felcra Seberang Perak. Felcra Seberang Perak mempunyai Koperasi Peserta-peserta Rancangan Felcra Seberang Perak. Koperasi ini dimiliki oleh Peserta-peserta Rancangan Felcra Seberang Perak dan anak-anak anggota koperasi. Di bawah koperasi ini, telah banyak yang dapat dicapai seperti penubuhan Stesen Minyak Shell, Coop Mart, Coop Cafe, Bengkel Kejuruteraan dan banyak lagi.


Bermula dengan saham hanya berjumlah RM 35,000 dan 5 orang pekerja, kini koperasi telah berkembang dengan Modal Syer Saham terkumpul telah berjumlah RM 4,211,155.72. Wow. Banyak tu.

Selesai melawat kawasan sekitar koperasi, kami dibawa pula untuk melawat Rumah Generasi Kedua iaitu Taman Felcra Jaya.


Ada 4 jenis rumah yang ditawarkan untuk generasi kedua ni. Harganya pulak, sangat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran sekarang. Rumah ini hanya dibuka untuk anak-anak peneroka Felcra. Bagi yang bujang tu, boleh beli tapi kena kahwin dengan anak peneroka Felcra dulu la.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra berulang kali mengingatkan anggota Felcra supaya tidak menjual tanah pertanian yang ada sebab ianya merupakan harta yang tidak ternilai.


Sebagai acara penutup Konvoi Kembara Media ni, kami dijemput makan tengahari dulu. Semua lauk pauk sedap sangat. Ada Patin Masak Tempoyak, Ayam Bakar, Masak Lemak Udang, Ulam-Ulaman dan yang paling best ada Ikan pekasam. Betul-betul membuka selera.


Banyak pengalaman yang dapat Eyza kutip sepanjang Kembara Media ni. Selama ini, Eyza ingatkan Felcra hanya tertumpu pada Kelapa Sawit, tapi tekaan Eyza tu salah. Sebenarnya Felcra merangkumi Kelapa Sawit, Padi dan juga Getah.

Kredit : Felcra
Moga Felcra makin pesat membangun dan makin ramai anak-anak Felcra yang berjaya tak kira dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

20.5.15

Yaya Rosly, Pereka Fesyen popular untuk si genit!

Wednesday, May 20, 2015 3
Yaya Rosly, Pereka Fesyen popular untuk si genit!

Baru-baru ni aku dan Geng Hai Blogger telah berkesempatan untuk hadir ke Butik Yaya Rosly yang bertempat di Seri Kembangan. 


Sampai je depan butik.. aku dah terpegun tengok dress pengantin ni.. selain tu, banyak lagi koleksi baju pengantin yang cantik sangat-sangat. Rambang mata aku dibuatnya.



Siapa Yaya Rosly? Yaya Rosly adalah bekas pelajar Fesyen lulusan University Lim Kok Wing.. Masih Muda..  Yaya telah menceburi bidang fesyen hampir 4 tahun. Dan.. nak tau tak.. apa kelainan Yaya berbanding pereka fesyen lain... Kelebihan dan kelainan Yaya Rosly ialah dia adalah pereka baju untuk gadis genit atau 'petite'. Bukan senang tau nak cari pereka fesyen untuk si kecik molek.


Yeay.. mesti korang yang genit ni suka kan.. sebab aku tau.. bukan senang nak cari designer yang boleh reka baju orang genit ni dengan cantik.. baju kat pasaran pun banyak untuk orang tinggi lampai jer... kesian kita-kita yang kurang ketinggian  ni kan? ;)



Banyak koleksi baju kawen yang Yaya reka  khas untuk gadis genit... semua nampak cantik dan wow.. materialnya pun bukan jenis biasa-biasa tau.. memang jenis berkualiti..





Lagi satu, kelainan dan kelebihan rekaan Yaya adalah pada bahagian belakang baju serta manik dan labuci baju.. Ya Allah.. memang cantik.. setiap manik dan labuci dijahit dengan teliti dan kemas..  Bahagian belakang baju akan diberi perhatian sama teliti dengan bahagian depan baju.. jadi, memang baju dari Yaya Rosly akan nampak cantik depan belakang.



Ini adalah salah satu koleksi yang aku sukaaaaa sangat.. warna cantik.. design menarik.. geram je tgk... Korang yang tinggi jangan plak risau tak boleh pakai koleksi Yaya Rosly ni... eh.. boleh la... Antara selebriti wanita yang pernah pakai koleksi Yaya Rosly ni adalah Mawar Rashid, pelakon cilik Mia Sara Nasuha , Nellydia Senrose dan Elizabeth Tan. Elizabeth Tan tinggi tau uolls.. so, kalau ada yang tinggi dan nak Yaya designkan baju.. boleh jer.. gi terjah Butik Yaya Rosly.



Selain dari baju perempuan.. Yaya Rosly juga ada membuat suit untuk lelaki jugak... antara selebriti lelaki yang pernah menggayakan koleksi Yaya Rosly ialah DJ sonic, DJ Ebby Halim dari Radio Klasik dan Pelakon Arja Lee.




Kot hijau ni dibuat dengan sangat teliti.. dan jahitan di kolar tu dijahit dengan tangan tau.. bukan mesin.. tengok.. betapa komitednya Yaya Rosly demi kepuasan pelanggan...


Selain dari koleksi baju.. Yaya Rosly jugak ada designkan kasut.. Ha.. kalau korang nak ada kasut yang ekslusif.. boleh trs tempah ngan Yaya.. Harga mampu milik tau.. 


Comelkan kasut ni.. aku ni dah la suka kasut yang ada design reben-reben camtu.. rasa kiut je bila pakai...


Dekat butik Yaya Rosly ni jugak, pelanggan boleh memilih sendiri kain yang diaorang suka.. dah tak perlu nak beli kain tempat lain dan tempah kat tempat lain.. semua dah disediakan di butik Yaya Rosly... Bincang je ngan Yaya.. semua bisa diatur..





Koleksi baju Yaya Rosly jugak boleh dibeli di Website.. kat sana korang kena cepat.. kalau lambat.. Sold Out la jawabnya nanti.. ;)


Ada jugak koleksi Shawl By Yaya Rosly.. Banyak corak dan pattern.. bole cuci mata kat website.. 


Yaya Rosly juga akan keluarkan koleksi untuk Hari Raya nanti...  Yaya Rosly akan mengeluarkan lebih dari 20 design dan setiap design adalah LIMITED.. kalau habis, Yaya dah takkan restock tau... tu baru la ekslusif.. takde la..pergi sini.. nampak pattern sama.. pergi sana pun sama lagi.. tak best ar camtu kan... Aku memang tak sabar nak tunggu Koleksi Raya ni... mesti lagi debomb kan..

Di Majlis itu juga.. Yaya ada tunjukkan Durrah Caftan dan aksesori dari Yaya Rosly.. Cantik... Set tu berharga RM 150.00


Dan Alhamdulillah... kami semua dapat sorang satu set sebagai cenderahati.. happy wei... dapat pakai koleksi designer terkenal cam Yaya Rosly ni...




Rupanya Durrah Caftan ni direka dan dijahit khas untuk kami semua yang hadir pada hari tu.. eksklusif sangat tau...

Selain itu, kami semua dijamu dengan makanan yang memang sedap dari Eua Claire Restaurant Bukit Jalil dan Cup Cakes yang Super Sedap dari @cakesdelemari.. serius sedap.. rasa macam nak tapau bawak balik jer...







Semua geng-geng Blogger happy sangat hari tu.. Hadiah dapat.. Makan pun sedap.. ;)

Korang! Jangan terlepas peluang untuk dapatkan Koleksi Ready Made Hari Raya by Yaya Rosly nanti.. kena alert tau.. Yaya akan update bila koleksi dah keluar.. aku pun tak sabar nak tunggu ni.. maklum la.. aku pun golongan petite gak.. harap-harap la ada pattern yang sesuai untuk Plus size cam aku ni.. ;)

Alamat :
Yaya Rosly Couture 
E-8-1, Taman Pinggiran Putra,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Whatsapp : 012-6460210

Website : Yaya Rosly
Facebook : Yaya Rosly
Instagram : @YayaRosly