Pengalaman Mengiringi Persembahan Live Kumpulan Saujana dan Azmi Caliph Buskers di Konsert Gema Gegar Vaganza - Blog Eyzamiel

1.5.17

Pengalaman Mengiringi Persembahan Live Kumpulan Saujana dan Azmi Caliph Buskers di Konsert Gema Gegar Vaganza

Alhamdulillah.. Sabtu lepas Eyza berpeluang untuk nyanyi koir bagi mengiringi persembahan Kumpulan Saujana dan Azmi Caliph Buskers di Pentas Gema Gegar Vaganza yang berlangsung di CIDB Convention Centre, Cheras.

Eyza tak pernah bermimpi pun untuk dapat peluang macam ni. Tq pada Cikgu Delly, Cikgu Ina dan Cikgu Syazwan yang percaya dengan group koir kami.

Sebenarnya group kami ni adalah gabungan 3 Jabatan sebenarnya. Eyza dan beberapa kawan yang lain wakil dari Koir Simfoni (JKWPKL) , ada wakil dari koir D'glitters (KKM) dan wakil dari Koir MOT. 


Kami semua cuma sempat berlatih sekejap je. Dapat tahu Hari Rabu, praktis hari Khamis selama 2 jam, lepas tu Hari Jumaat raptai dan Sabtu terus Konsert.

Tipu la kalau Eyza cakap Eyza tak gementar. Of course i gementar. First time. Dah la live. Memang tak boleh buat kesilapan langsung.

Hari Jumaat, kami semua kena berkumpul di CIBD pada pukul 3 petang untuk sesi raptai. Dari situ, Eyza  dapat tengok betapa gigih krew-krew Gema Gegar Vaganza ni untuk menjayakan konsert ni tanpa sebarang masalah esoknya.




Masa sesi raptai kami dah dapat jumpa semua artis termasuk la dengan Siti Nordiana (Nana). Ya Allah, humble giler Nana ni. Suka tengok dia. Moga rezeki dia bertambah murah lepas ni.




Untuk raptai ni kami berkampung dari pukul 3 petang dan habis dalam pukul 10.00 malam. Barulah Eyza tau bukan senang tau jadi artis. 

Esoknya pulak, pukul 3 petang kami dah kena ada kat sana untuk sesi sound check dan nyanyi lagi supaya malam nanti takkan ada kesilapan.

Petang tu semua pakai baju biasa dulu sebab takut nanti berpeluh-peluh pulak kalau pakai jubah siap-siap.


Dalam pukul 6 petang kami pun siap-siap nak mekap. Mula-mula pihak produksi cakap diaorang akan mekapkan kami tapi memandangkan kami ramai dan artis pun ada yang belum mekap, kami semua pun mekap la sendiri. Mekap artis just touch up je. Takpe.. kami boleh buat sendiri. Nasib ada yang pandai mekap, so.. pakat tolong menolong la.

Dan nasib baik jugak Eyza bawak BB Cream Seqybeauty.. Dapat la Eyza buat base untuk mekap. 


Semua gigih mekap sendiri. Nasib diaorang sediakan cermin.


Selesai mekap, kami ke dewan makan untuk Dinner dan sesapa yang boleh sembahyang pergi sembahyang Maghrib dulu.


Di dewan makan, sempat la kami praktis lagi dengan cikgu. Masa ni dah rasa debaran.


Sementara menunggu giliran, kerja kami asyik bergambar je la. Happy Eyza dapat bergambar dengan Abang Lah Ahmad. Dah lama minat dia baru dapat jumpa. Naaib baik dia sporting.


Kami dapat giliran No 2 ( Kumpulan Saujana) & No. 5 (Azmi Caliph Buskers). Memang kami semua tak boleh berpecah sebab takut susah nak cari nanti. 




Bila Floor Manager bagitau suh kami standby belakang pentas sebab dah sampai turn untuk kumpulan Saujana, masa ni Eyza memang dah rasa berdebar. Tak dapat nak describe macam mana. Alhamdulillah, selesai je persembahan dengan Saujana terus bukak fon. Ramai kawan-kawan dengan family sempat capture gambar kitaorang atas pentas. Bila tengok terus je cakap.. Gemuknya atas pentas.. padahal kalau kat reality pun bukan kurus.. Hahaha...



Untuk persembahan Azmi kamera tak fokus kat kami sebab Azmi nyanyi sedap sangat sampai semua fokus kat dia. Takpe... Azmi memang best pun malam tu.

Habis je persembahan terus rasa lega. Kumpulan Saujana pun baik sangat. Siap ucap terima kasih dan berborak dengan  kami. 

Eyza ni dah la peminat diaorang dari zaman Kolej lagi. Tapi nak mengaku segan.. Rasa macam tak percaya dapat menyanyi sekali satu pentas dengan diorang.




Masa diaorang buat pengumuman nak umumkan siapa yang akan dapat lagu untuk mara ke minggu depan, kami semua dah berdebar. Takut salah satu dari diaorang ni tersingkir. Risau kalau tersingkir mesti orang salahkan kami. Hahaha.

Bila dapat tau je yang Azmi dan Kumpulan Saujana dapat teruskan perjuangan, terus rasa happy giler.



Dah habis tu ingat nak bergambar dengan Oki tapi ramai sangat yang kerumun dia. Malas la nak berhimpit-himpit. Dapat tengok dia dari tepi je. Cantik sangat. Senyum je dia.Berseri-seri.


Tak sangka gabungan kami ni walaupun sekejap je tapi semua boleh jadi rapat dan gila-gila. Harap lepas ni ada artis lagi nak panggil group kami ni. Hahaha.


Rasanya ni memang pengalaman paling manis untuk Eyza sejak Eyza join pasukan koir ni.

Thanks uolls.

P/s: Gambar yang tiada watermark diambil dari group whatsapp.

3 comments:

  1. Wah bestnya tapi bab nervous tuh takleh bayanglah saya..hehe

    ReplyDelete
  2. Perghhh best betul kak yong diberi peluang untuk dapatkan pengalaman sebegini... mesti suara kak yong sedapp.. jejom karok one day hiks

    ReplyDelete
  3. salam...nak tanya kalau org luar public nal tengok live kat cidb macam mana ye?boleh walk in ke

    ReplyDelete