Melancong kini lebih mudah dengan 1 Sim Card untuk semua Negara - Blog Eyzamiel

20.5.17

Melancong kini lebih mudah dengan 1 Sim Card untuk semua Negara

Sape suka travel macam Eyza? Mesti ramai yang suka kan? Eyza kalau pergi ke luar negara susah hati betul kalau tak ada internet. Susah nak berinteraksi, pastu susah pulak nak cari sesuatu info kalau ada kat luar. Kalau dalam hotel senang la sebab banyak wifi.


Minggu lepas Eyza sempat ke TPC Kuala Lumpur untuk Majlis Pelancaran M8 World Sim oleh Syarikat Enabling Asia Tech Sdn. Bhd. (EA).

M8 World Simcard ni mesti akan jadi kegemaran Traveller sebab ianya boleh digunakan sewaktu Travel ke luar negara tanpa perlu beli dan tukar sim card negara yang kita pergi. Best kan macam ni. Senang je. 


Enabling Asia mengeluarkan Simcard Prepaid iaitu Buzzme World Simcard tanpa kita perlu risau tentang bill jika kita guna internet di luar negara.

VISI Syarikat ni dalam melaksanakan produk ni ialah "One Region, One Brand". Selepas ni semua orang boleh melancong tanpa perlu risau tak ada internet.


Setakat ni M8 World Sim ni dijual di 5 negara Asi iaitu Malaysia, Thailand, India, Filiphina dan Myanmar.

Syarikat Enabling Asia Tech Sdn. Bhd bekerjasama dengan U Mobile serta Syarikat Taiwan, Taisis Technologies Co Ltd.


Kelebihan Sim Card Buzzme World ni ialah :
- Tempoh sehingga 1 tahun
-Baki kredit boleh disimpan sehingga 20% kalau tak guna dan boleh dibawa ke bulan depan.
- internet roaming tanpa had
- tambah nilai yang mudah sama ada melalui sistem atas talian atau boleh ke 7 eleven.
- Tak perlu beli Sim Card setiap kali kita travel ke luar negara.

Harga untuk Sim Card ni cuma RM 99 (Nilai RM 50). Sim Card ni boleh dibeli di:
2. 7 Eleven
3. EPay (Touch Point)

Untuk keterangan lanjut boleh layari :
2. 011-34004400 (hotline)
3.hello@buzzme.com.my (email)

Kredit gambar : cyrill hassan ,  kaikiat0909 dan sally.samsaiman


No comments:

Post a Comment