Blog Eyzamiel: Food Trail
Showing posts with label Food Trail. Show all posts
Showing posts with label Food Trail. Show all posts

10.10.18

Asam Laksa Terbaik di Restoran Mangkuk Ayam, D'Pulze Cyberjaya

Wednesday, October 10, 2018 4
Asam Laksa Terbaik di Restoran Mangkuk Ayam, D'Pulze Cyberjaya

Sorry la korang, kalau lately ni Eyza asyik cerita bab makan-makan je.Maklumlah Food Hunter. Mesti la nak cari tempat makan yang best-best. 

Ha.. Kali ni Eyza ke D'Pulze Cyberjaya. Sebenarnya kan, Eyza dah 3 kali datang sini. Tapi sebelum ni Eyza makan dekat Restoran Lain. Tapi, kali ni Eyza ke Restoran Mangkuk Ayam. Baca betul-betul tau. Jangan salah sebut pulak.

Dekorasi


Kedai ni taklah besar sangat. Tapi boleh la kalau kita nak bersantai dengan kengkawan atau family. 


Eyza suka susun atur dalam kedai ni sebab ada banyak Ayam dekat dalam ni. Masa mula-mula Eyza datang sini,Eyza ingat kedai ni just jual menu yang berasaskan ayam je tapi rupanya ada jugak menu lain.

Nama kedai ni Mangkuk Ayam sebab semua mangkuk, cawan, piring dan sudu ada gambar ayam.Bukan tu je, dekat dinding pun diletakkan mangkuk hiasan yang ada jugak gambar ayam.


Memang Unik betul la konsep hiasan Restoran ni. Kedai pun bersih dan kemas.


Boleh dikatakan majoriti hiasan dalam ni berkisarkan ayam.


Mula-mula Eyza ingatkan menu yang kat atas ni je yang ada kat kedai ni.Tapi, rupa-rupanya ada banyak jugak menu yang best-best sampaikan Eyza tak tahu nak makan yang mana dulu.

Main Menu

Asam Laksa (RM 11.90)

Eyza dah lama teringin nak makan Asam Laksa macam masa Eyza kat zaman sekolah dulu. Bila Eyza rasa je Asam Laksa kat sini, betul-betul buat Eyza rasa macam dulu. Rasa memang lebih kurang je. Kena dengan tekak Eyza. Suka sangat.

Mee Kari (RM 11.90)

Kuah Mee Kari ni pun sedap. Tak cair n tak pekat sangat. Sedap-sedap rasa orang kata. Siap disediakan cili kalau kita nak extra pedas.

Nasi Rendang Daging (RM 13.90)

Penggemar Rendang wajib try menu ni sebab rendang ni rasa macam rendang mak-mak kat kampung masak. Cukup Rasa semua.Best.

Nasi Kari Ayam (RM 12.90)

Menu ni Eyza tak rasa sebab dah kenyang sangat.Tapi kalau tengok rupa, Eyza rasa sedap ni sebab ada kari dan sambal tumis.Dua kombinasi tu memang ngam.


Setiap menu kat sini portion dia memang besar. Ada yang boleh makan 2 orang.Berbaloi harga dan portion makanan.

Kuey Teow Sup Ayam (RM 11.90)

Koay Teow ni Eyza tak sempat rasa.Tapi, bila tengok pinggan membe yang makan ni licin Eyza dah tau dah yang menu ni pun sedap.

Bubur Ayam (RM 8.90)
Gambar : Azwar

Bubur Ayam ni nampak je simple tapi sedap tau uolls. Kalau anak-anak jenis yang suka makan bubur boleh order set ni sebab tak pedas. Mak-mak pun suka.

Snack & Desert

Mee Rojak Ayam (RM 10.90)

Ni pun antara favourite Eyza kat sini.Jangan tak tahu, Eyza siap tapau bawak balik.Berbaloi sangat harga dengan portion makanan ni. Kuah kacang tu sedap.Tak puas makan kat situ, Eyza tapau pulak. 

Mee Rojak Sotong (RM 11.90)

Mee Rojak Sotong ni lebih kurang je dengan Mee Rojak Ayam cuma tukar ayam dengan sotong. Tapi dua-dua sedap.

Rojak Buah (RM 7.90)

Kalau datang sini, wajib order rojak buah ni sebab kuah dia sedapppp. Eyza makan sampai rasa tak mau share. Tapi, memang tak larat nak makan sorang. So, better la share.

Taufu Sumbat (RM 7.90)

Pecal Sayur (RM 7.90)

Kari Bebola Ikan (RM 7.90)

Kalau korang nak makan makanan yang simple dan tak heavy boleh la order makanan macam kat atas ni.

Lai Chee Kang (RM 6.90)

Untuk pencuci mulut pulak, korang kena try 2 menu ni iaitu Lai Chee Kang dan Mangga Ais. Sedap je lalu kat tekak.

Mangga Ais (RM 7.90)

Teh Tarik (RM 3.90)

Teh tarik kat sini sedap sangat. Cukup pekat, susu dan teh. Rasa tak cukup secawan. Eyza memang recommend korang order teh tarik. Gerenti tak menyesal. 


Ni Eyza sertakan senarai harga dan menu kat Restoran ni. Harga sangat la berpatutan. Kalau la Restoran ni dekat opis Eyza, hari-hari Eyza makan kat sini.

Kalau nak jimat, korang jugak boleh order Kombo Set. Memang berbaloi sangat set ni sebab dapat air sekali. Air pulak boleh pilih Teh O Ais Limau ataupun Air Bandung.

Eyza ada jugak buat video simple tentang Restoran ni. Boleh tengok kat bawah ni.



Overall Eyza puas hati makan kat sini. Berbaloi datang jauh semata-mata untuk makan. Semua makanan sedap dan portion pun banyak.

Kedai ni terletak sederet dengan parking di tingkat P10 dan berhadapan dengan News.com.


Alamat:
Restoran Mangkuk Ayam
P10, D'Pulze Shopping Centre,
63000 Cyberjaya,
Kuala Lumpur.

Facebook:

3.10.18

Peminat IndoMie Wajib datang makan dekat IndoBowl

Wednesday, October 03, 2018 1
Peminat IndoMie Wajib datang makan dekat IndoBowl

Ada peminat Mee Segera tak kat sini? Ok, atau lebih tepat lagi Maggi Indomie? Dulu-dulu kalau Maggi goreng Eyza memang akan cari Indomie ni.Memang mengimbau kenangan sangat bila makan Indomie ni.

Bagi penggemar Mee Segera Indomie, Eyza nak bagtau ni yang Mee Segera ni dah ada Cafe tau! Wow.. Best kan?

Serius korang.. Eyza jamin yang tak minat Mee Segera pun akan suka bila korang datang Cafe ni.


Kafe ni adalah cetusan idea Indomie dari Indonesia dan ianya bermula pada Bulan Julai  2017. Makanan yang dihidangkan dekat sini adalah inspirasi dari makanan jalanan yang terdapat dekat sana.

Eyza dah try makanan kat sini n semuanya sedap-sedap belaka. Cafe ni dibuka dekat LakesField Sungai Besi. Tak susah pun nak cari. 


Eyza suka susun atur yang simple tapi cozy dalam cafe ni. Warna dan hiasan pun sedap mata memandang. Kalau korang tak mau makan dalam kedai, boleh juga makan kat luar. Open Air gitu.

Kafe ni jugak boleh menampung 50-70 pax dalam satu masa. Kalau korang nak buat gathering pun boleh kat sini.


First bila dah datang Cafe camni, Eyza suka tengok menu. Masa tu fikir nak makan apa. Kat sini ada 2 jenis air yang memang jadi favourite customer iaitu Soda Gembira dan Es Cendol. Erm.. Panas-panas dapat air sejuk macam ni memang buat rasa best je.


Mula-mula kan Eyza ingat harga makanan kat sini mahal. ye la, bila tengok Konsep dan lokasi Cafe memang nampak mahal. Tapi orang kata jangan tengok luaran je, kena jugak tengok dalaman. bila Eyza sendiri dah datang sini dan belek-belek menu, rupa-rupanya harga makanan kat sini sangat la berpatutan. Kiranya dalam kategori mampu makan la.

Indomie Mumbo Jumbo (RM 59.00)

Eyza paling suggest korang try Indomie Mumbo Jumbo kalau korang datang 3-4 orang sebab ada macam-macam dalam ni. Portion banyak dan jimat.Dalam set ni ada IndoMie, Chicken Madura, Lamb rack,Rib Eye, 2pcs Chicken Satay, Telor Mata dan Sambal Merah dan Hijau yang paling ramai suka kat sini.

Ada 3 jenis sambal kat sini iaitu Sambal Merah, sambal Hijau dan sambal Matah. Indonesian Food kalau tak ada sambal memang tak sah. Tapi, sambal-sambal ni la yang menjadikan makanan ni bertambah 'kick.


Indomie Cheesy Chicken Chop (RM 14.90)

Bagi penggemar Cheese, korang kena try menu ni. Dalam ni ada Chicken Chop dengan sos cheese. Walaupun ianya ada cheese, tapi tak muak tau, Ayam tu pun lembut je. N jangan tertipu dengan gambar sebab kat bawah tu ada Indomie. Bukanlah makan ayam tu semata.Sebab ayam tu besar, dah tutup mee kat bawah tu. Hihihi. Berbaloi tau order ni.

Indomie Salted-Egg Chicken (RM 11.90)

Ni pun salah satu menu favourite kat sini. Ada Indomie, telur mata dan ayam yang dimasak dengan Golden Salted Egg Yolk. Sedap tau. Makan pulak dengan sambal merah tu. Memang terangkat la.

Mambo Jumbo Seafood Soto (RM 39.90)

Kalau korang jenis yang tak suka Indomie versi goreng/kering, korang boleh try Mambo Jumbo Seafood Soto ni. Dalam ni ada Indomie n pelbagai jenis Seafood, bukan setakat Seafood dalam ni ada jugak Chicken Chop. Berbaloi sangat sebab hidangan ni boleh makan 2-3 orang.


Walaupun cafe ni specialty dia Indomie, tapi nasi pun ada tau. Kalau penggemar nasi pun boleh je makan kat sini. Korang kena try sambal hijau dan merah kat sini. Memang terangkat.

So, kalau korang jenis yang sukakan kelainan dan nak cuba Indomie yang dah dipelbagaikan ni, boleh la ke Cafe diaorang yang terletak di Lakesfield Sungai Besi ni. 

Alamat :

INDOBOWL CAFE
72, JALAN TASIK UTAMA 7,
LAKESFIELD, SUNGAI BESI,
57000 KUALA LUMPUR.
(Cawangan Kuala Lumpur)

INDOBOWL SS15
66, JALAN SS 15/4C, SS 15,
47500 SUBANG JAYA.
(Cawangan SS15)

Waktu Operasi:
ISNIN - AHAD (11 PAGI HINGGA 10.30 MALAM)

Website:

Facebook:

Instagram:


23.9.18

Makanan Western murah waktu tengahari dekat Quill City Mall

Sunday, September 23, 2018 3
Makanan Western murah waktu tengahari dekat Quill City Mall

Set Lunch Di Roast & Grill|Sebenarnya kan dah dekat 3 bulan Eyza pindah opis. Eyza lupa plak nak cerita pasal Majlis Perpisahan hari tu. Tengok la nanti kalau rajin. Hihihi.

Ofis baru Eyza ni dekat je dengan Quill City Mall. Boleh kata selalu pergi Lunch kat situ je. Senang sebab banyak kedai makan kat dalam Mall tu.

Minggu lepas membe-membe opis lama datang kat Quill. Kami lepak la makan dekat Restoran Roast & Grill. Restoran ni sebelah Red Lobster je. Rasanya owner sama kut sebab Air Mineral Eyza dr Red Lobster.


Apa yang bestnya kat sini sebab ada Set Lunch. Yeay.Jimat duit.Makanan pun nampak macam menarik je. Tu yg kami lepak sini tu.

Dalam Set Lunch ni ada Main Menu, Air dan Honey Wheat Bun. Eyza makan Chilli Chicken Pasta.


Nampak simple tapi sedap tau. Ada rasa pedas2 macam tomyam tu. Portion pun banyak. Puas hati la.


Azie pulak order Golden Crunchy Chicken Burger. Yg ni pun best. Fries tu dibuat dengan ubi keledek. Manis n sedap. Tak puas makan tu.


Ni plak pilihan Atul. Mak buyong tu makan Grill Black Pepper Chicken. Sesuai sangat menu ni utk sesiapa yang nak diet.


Dan Hajar order Spagethi Carbonara. Agak muak sikit sebab terlampau Creamy. Kalau ada cili api maybe ok sikit rasanya.


Dan yang paling best, Honey Wheat Bun ni lembut dan sedap. Dihidangkan panas-panas dan kita boleh minta refill percuma. Unlimited! Rasanya meja kitaorang je berapa kali tambah. Tapi serius sedap.


Apa yang Eyza boleh share, Eyza memang puas hati makan kat sini n lepas ni nak cuba menu lain pulak. Sorang tak sampai pun RM 20. Berbaloi la.


19.9.18

TAPAK URBAN STREET DINING - Tempat Makan Hipster di Bandar Sri Permaisuri

Wednesday, September 19, 2018 0
TAPAK URBAN STREET DINING - Tempat Makan Hipster di Bandar Sri Permaisuri

TAPAK URBAN STREET DINING - Korang buat apa cuti 3 hari minggu lepas? Eyza dengan Hubby just lepak kat KL je. Tak pergi mana-mana. Saje sebab nak spend time kat rumah. Dapat la kemas rumah dan buang apa yang tak perlu dalam rumah tu.

Petang pulak, kami laki bini pergi keluarkan peluh dekat Taman Tasik Permaisuri. Asyik terperap je kat rumah pun tak best jugak.

Dekat Tepi Tasik Permaisuri tu ada Stadium Kuala Lumpur. Tepi tu ada la diaorang ni buat TAPAK untuk peniaga Food Truck meniaga. Wow. Best jugak ni. Tak perlu nak pergi jauh-jauh.

Kami pun apa lagi, saja la jalan-jalan tengok makanan apa yang best kat situ.Lepas ni kalau boring boleh la lepak kat situ malam-malam.


Ada banyak jugak Food Truck dengan pelbagai Jenis makanan. Jangan tak tahu, kat sini ada jual Aiskrim Jipangi yg kontroversi dulu sebab bentuk tu. Hihihi. Lepas ni dah x payah nak pergi Shopping Mall bagai kalau nak makan Aiskrim tu.

Selain Truck Aiskrim, makanan lain pun best jugak. Kalau datang sini, kita akan jadi rambang mata. Tapi, beli yang kita nak makan je la sbb harga makanan pun boleh tahan. Hahaha.



Jalan sampai hujung, korang akan nampak Ayam Penyet Surabaya. Masa pergi Jogja hari tu, Eyza paling suka Ayam Bakar dekat kedai Ayam Penyet Surabaya ni. Lepas ni dah tak payah pergi Indonesia dah kalau teringin. Makan je kat sini.Tapi rasa sama ke tak Eyza tak sure sebab belum rasa. Nanti nak try la.





Kerusi meja pun diaorang dah sediakan siap dengan payung lagi.Memang selesa la tempat tu untuk kita lepak.


Eyza dengan hubby bukan nak makan pun. Kami dah kenyang. Tapi saja la lepak-lepak petang kat situ sambil makan Nachos.




Air buah-buahan yang Eyza beli tu memang sedap. Hubby ambik Mango Susu Float dan Eyza ambik Dragon Fruit Blended. Sedap. 

Nanchos pulak ok je tapi Cheese dia sikit sgt. Tak puas. Nanti nak try ada Bolognese pulak.


Apa-apapun lepas ni Eyza dah ada tempat baru nak lepak ngan hubby kalau boring kat rumah. Kalau korang nak datang sini, landmark dia Stadium Kuala Lumpur atau Tasik Permaisuri. Tak jauh pun dari HUKM. Bye Korang.