Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat dan Pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat - Blog Eyzamiel

5.5.17

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat dan Pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat

Pagi tadi Eyza ke Pusat Pungutan Zakat - MAIWP yang terletak di Wisma PPZ Shamelin.  Tak sabar Eyza nak update. Pergi Pagi, petang dah update. Semangat tau.


Eyza ke sini sempena Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat dan Pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat.


Wah... Pusat Pungutan Zakat sekarang dah ada Sahabat Zakat. Sahabat Zakat ni adalah cetusan idea dari Unit Khidmat Pelanggan PPZ-MAIWP sendiri.

Antara objektif penubuhan Sahabat Zakat ini ialah:
1. Menambahkan bilangan prospek pembayar baru
2. Mendekatkan lagi PPZ-MAIWP dengan masyarakat yang terdiri dari pembayar zakat dan bakal pembayar.
3. Untuk menjadikan sahabat-sahabat Zakat Pendakwah Zakat kepada masyarakat di luar sana.
4. Membekalkan kepada masyarakat maklumat yang tepat dan betul berkaitan isu-isu zakat.

Hari ni juga Pusat Pungutan Zakat melancarkan Facebook Rasmi Sahabat Zakat. Jangan lupa like tau. 

 Banyak aktiviti yang diaorang buat dan salah satunya ialah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat.

Pertandingan ini merupakan julung-julung kali diadakan sejak tertubuhnya Sahabat Zakat pada tahun 2013.


Eyza ni tak kreatif, memang takde harapan la nak menang pertndingan mencipta logo macam ni. 

Tapi takpe...ramai yang kreatif rupanya.. Pertandingan ini disertai oleh 70 orang dengan 130 penyertaan. Seorang peserta boleh hantar maksimum 3 penyertaan. Dalam banyak-banyak penyertaan tu, 8 orang telah disenarai pendek untuk dipilih sebagai pemenang. 


Dan majlis hari ni adalah untuk umumkan nama pemenang. Eyza yang tak hantar penyertaan ni pun rasa berdebar nak tahu siapa la yang menang. 

Tapi sebelum umukan nama pemenang, Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan dari En. Mohammed Hassan, Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP.


Dan setelah itu diumumkan  pemenang.. Nak tahu siapa yang menang? 

Ha.. jom kita tengok..

Tempat ketiga dimenangi oleh En. Hamdan Bin Abd. Mubin. 


En. Hamdan membawa pulang Wang Tunai RM 500 dan plak.


Tempat Kedua dimenangi oleh En. Mohamad Nur Azizi Bin Basri.


En. Mohamad Nur membawa pulang wang tunai RM 1000.00 dan plak.


Dan Juara yang ditunggu-tunggu. Tempat pertama dimenangi oleh En. Mohd Fauzi Bin Mohammad Hassim dan beliau membawa pulang wang tunai RM 1500.00 dan plak.



Lumayan kan hadiahnya. Buat logo je, menang dapat duit. Best tu.


Selain dari pemenang tempat pertama hingga ke tiga, 5 lagi peserta yang disenarai pendek telah menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM 150.00 setiap seorang beserta plak.



Seronok jugak jadi Sahabat Zakat ni. Aktif betul. Semua orang layak untuk menjadi sahabat zakat. Mesti ramai yang nak tau kan apa kelebihan jadi Sahabat Zakat ni? Ada banyak sebenarnya, tapi ni antara kelebihan yang kita dapat iaitu:
- Dapat maklumat berkaitan program/aktiviti PPZ-MAIWP dengan tepat.
- Sahabat Zakat akan dapat Jemputan Khas untuk program anjuran PPZ-MAIWP.
- Dapat bertemu selebriti dakwah yang dibawa kgas oleh PPZ-MAIWP
- Dapat cenderahati ekslusif khas untuk sahabat zakat.

Setakat hari ni Sahabat Zakat dahpun mencecah 21,700 orang. Ramai kan?


Eyza harap sangat dengan adanya usaha yang tak putus-putus dari Pusat Pungutan Zakat ni dapat membuatkan masyarakat tampil membantu PPZ-MAIWP khususnya, institusi zakat seluruh Malaysia amnya untuk menyebarluaskan dakwah zakat, menyebarkan perkara-perkara yang benar, yang sahih sekaligus menjadi agen-agen dakwah PPZ serta lebih ramai akan menjadi pembayar zakat.

Maklumat lanjut boleh layari :

FB: 

FB Sahabat Zakat: 

Twitter: 

YouTube: 

1 comment:

  1. Hopefully, dengan pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat ni...Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dapat mendekatkan diri dengan masyarakat disamping menambah bilangan prospek pembayar zakat yang baru dan mereka dapat membekalkan maklumat yang tepat dan betul berkaitan dengan isu-isu zakat.

    ReplyDelete