Blog Eyzamiel: watsons
Showing posts with label watsons. Show all posts
Showing posts with label watsons. Show all posts

12.8.17

Watsons offer Free Shipping untuk lebih 5000 produk Seluruh Malaysia di Shopee

Saturday, August 12, 2017 4
Watsons offer Free Shipping untuk lebih 5000 produk Seluruh Malaysia di Shopee
Assalammualaikum...

Hai uolls.. Sape suka shopping kat Watsons? Eyza dari zaman sekolah lagi memang akan shopping barang-barang keperluan diri kat sini sebab harga yang ditawarkan dekat Watsons ni sangatlah berpatutan. Tambah2 kalau time offer, memang murah dari tempat lain.

10 Ogos hari tu Eyza sempat ke Watsons Sunway Piramid untuk sama-sama meriahkan Watsons x Shopee Beauty Buffet.


Pihak Watsons & Shopee telah memilih beberapa orang pemenang untuk join Beauty Buffet ni dan pada majlis tu juga, kami para media diberi no untuk cabutan bertuah. 15 nombor dicabut dan nombor siapa yang naik, dia berpeluang untuk sama-sama join Beauty Buffet ni. Wow. Bestnya.


Eyza macam biasa la.. tak bertuah.. hahaha.. Antara membe blogger yang terpilih ialah Kak Halimah, Kak Lily dan Broframestone.


Walaupun Eyza tak terpilih, Eyza tetap bagi support tau kat diaorang. Semua peserta diberi 1 kotak dan mereka boleh pilih apa saja barangan kecantikan dalam masa 60 saat tapi tak boleh melebihi RM 200. 


Bestkan? Dah la kat Watsons ni ada pelbagai barangan mekap yang best-best. Eyza pulak yang teruja bila tengok ni.





Bayangkan dalam masa 60 saat nak ambik mekap dan nak kira harga. Tak ke kelam kabut. Hihihi.



Part yang paling nervous bagi Eyza ialah waktu cashier punch harga sebab nak tahu berapa harga barang yang diaorang dah ambik.


Semua berdebar-debar dok tunggu barang Kak Lily di scan harga.


Terer jugak Kak Lily ni. Total barang yang dia ambik ialah RM 199.90. Ha.. Nasib baik takde barang yang harga sepuluh sen. Kalau x mesti genap RM 200.



Thanks to Watsons & Shopee sebab anjurkan event yang happening macam ni bagi meraikan pelanggan mereka.


Watsons tawarkan Free Shipping untuk lebih 5000 barang Semenanjung Malaysia di shopee

Watsons Malaysia telah melancarkan kerjasama dengan website membeli belah atas talian yang popular iaitu Shopee. Lebih 3 juta rakyat Malaysia boleh menikmati pembelian barangan dari Watsons di Shopee dan yang paling bestnya ialah mereka menawarkan free shipping untuk pembelian secara online.

Terdapat lebih dari 2000 produk yang ada di kedai rasmi Watsons di Shopee yang terdiri daripada kosmetik, barangan penjagaan rambut, skincare dan supplements.

Dengan adanya Shopee kita dah tak perlu nak ke Watsons semata-mata nak dapatkan barangan penjagaan diri. Kita boleh beli je dari Shopee.

Eyza nak bagitau rahsia ni.. Kalau nak dapatkan weekly special in-collabration dengan Shopee uolls digalakkan beli ketika "Watsons Wednesdays". Ada pelbagai benda menarik dan ekslusif setiap hari Rabu di Shopee. Sebagai tambahan, pembeli online di Semenanjung Malaysia  akan dapat 20% offer bila Shopping di Watsons Official Store di Shopee.

Untuk cari Watsons Malaysia di Shopee, cuma perlu cari Watsons di Shopee app atau website. Shopee juga boleh dimuatnaik secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store atau layari www.shopee.com.my untuk keterangan lanjut.

3.8.17

BELANJA SAKAN RAYA UNTUK 10 AHLI VIP WATSONS BERTUAH

Thursday, August 03, 2017 4
BELANJA SAKAN RAYA UNTUK 10 AHLI VIP WATSONS BERTUAH
Eyza ni memang suka shopping dekat Watson. Ada few benda yang Eyza suka jenama watson dan Eyza rasa kualitinya sama dengan barangan yang berjenama terkenal.

Jenama Watsons lebih sinonim dengan produk berpatutan, berkualiti tinggi dan lebih nilai-untuk wang. Mempunyai pengikut setia kalangan pelanggan, baru-baru ini Watsons telah melayan sepuluh ahli VIP Watsons untuk berbelanja sakan bersama Fasha Sandha yang merupakan Rakan Selebriti Watsons bersempena dengan kempen “Tukar dan Jimat” dengan produk jenama Watsons.


“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terbesar Asia, produk jenama Watsons yang merupakan jenama kami sendiri telah terbukti disukai oleh para pelanggan kami, menawarkan beraneka barangan penjagaan peribadi, keperluan kecantikan dan penjagaan kesihatan. Kami sentiasa mendengar maklum balas dari pelanggan kami untuk memberikan produk berkualiti yang terbaik setanding dengan jenama terkemuka dipasaran. Aktiviti belanja sakan ini ialah salah satu cara untuk kami berterima kasih kepada para pelanggan yang dihargai diatas sokongan berterusan kepada jenama Watsons dan juga bersempena meraikan Hari Raya” kata Caryn Loh, Pengurus Besar (Ketua Negara) Watsons Malaysia.


Diadakan di cawangan Watsons dipusat beli belah My Town, Cheras,  pemenang-pemenang “Tukar dan Jimat” telah dipilih melalui kempen peraduan di instagram yang dianjurkan terdahulu, peserta dikehendaki memuat naik gambar di instagram dan berkongsi pendapat mengapa mereka bertukar kepada jenama Watsons dengan hashtag #myswitchandsave dan #watsonmalaysia. Sepuluh pemenang telah dipilih dan diberikan layanan berbelanja sakan selama 60 saat bersama Fasha Sandha yang juga Rakan Selebriti Watsons, dalam  satu tempoh masa yang diberikan mereka dikehendaki mengambil produk jenama Watsons seberapa banyak yang boleh. Para pemenang berjaya mengambil produk jenama Watsons sejumlah RM6,538.99 dalam tempoh masa yang diberikan.


Dengan rangkaian yang luas dan beraneka produk, rangkaian Jenama Watsons memberi pilihan kepada pelanggan untuk berjimat dengan banyak tanpa berkompromi dengan kualiti.

Caryn Loh menambah, setiap produk jenama Watsons akan melalui pelbagai peringkat  program pembangunan dan penyelidikan dengan proses kawalan kualiti yang ketat. Produk-produk jenama Watsons akan melalui proses ujian kawalan kualiti selama 18 bulan. Ini untuk memastikan pelanggan Watson hanya menerima produk terbaik dan menjadikan produk yang dikeluarkan selamat dan berkesan untuk memenuhi kehendak pelanggan yang dihargai.


“Ia merupakan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bila dapat menyaksikan aktiviti belanja sakan oleh pemenang peraduan, ketika kita merayakan Hari Raya. Ia adalah satu cara kami membalas budi kepada pelanggan yang telah menyokong produk jenama Watsons’, ujar Fasha Sandha , pelakon terkenal yang juga merupakan pemenang anugerah.


“Sebagai pelakon, ibu dan usahawan dalam satu masa, saya mempunyai jadual harian yang sangat sibuk. Saya akan memastikan keluarga dan diri saya akan mendapat produk yang terbaik untuk penjagaan peribadi dan saya sangat gembira menyatakan  bahawa produk jenama Watsons memberikan kepuasan kepada keluarga saya. Ia meliputi rangkaian penjagaan diri, keperluan kecantikan dan barangan penjagaan kesihatan dimana  ia memenuhi kehendak keluarga saya,” jelas Fasha Sandha.



Kempen Tukar dan Jimat merupakan inisiatif berterusan oleh jenama Watsons Malaysia untuk memastikan Ahli VIP dan pelanggan mendapat  produk berkualiti terbaik pada harga yang berpatutan. 


Sila ke cawangan-cawangan kami dan untuk promosi atas talian, lawati: www.watsons.com.my/switchandsave