Blog Eyzamiel: runway show
Showing posts with label runway show. Show all posts
Showing posts with label runway show. Show all posts

1.5.16

"MARA IN FASHION (MiF) RUNAWAY 2016" mengetengahkan pereka muda yang berbakat.

Sunday, May 01, 2016 1
"MARA IN FASHION (MiF) RUNAWAY 2016" mengetengahkan pereka muda yang berbakat.
Eyza suka tengok orang berfesyen. Sekarang ni wanita berhijab pun boleh bergaya dengan fesyen-fesyen terkini selagi ianya patuh syariah dan tidak keterlaluan.


Seiring dengan perkembangan fesyen Muslimah, Majlis Amanah Rakyat ataupun lebih dikenali dengan nama MARA telah menganjurkan program "MARA in Fashion (MiF) Runway 2016.

Program ni dibuat bagi mengetengahkan bakat-bakat pereka muda dan seramai 20 peserta telah dipilih menyertai MiF, tapi dalam ramai-ramai tu cuma 17 peserta saja yang layak ke peringkat akhir dan diberi peluang untuk memperagakan rekaan mereka sempena program ni.

Sempena majlis ini, MARA dah pun memilih 3 pereka fesyen yang dirasakan ada potensi untuk menyertai program London Muslim Lifestyle Show yang akan diadakan pada 30 April 2016 hingga 1 Mei 2016.

Dalam majlis ini, Eyza sempat tengok rekaan dari pereka-pereka muda ni.Idea yang segar serta rekaan yang cantik  buatkan penonton rasa tak puas nak tengok apa lagi koleksi yang akan diperkenalkan.

Semua koleksi ini menampilkan idea yang berbeza dari setiap pereka.



Baju2 yang bergaya elegant. Sesuai untuk ke pejabat atau untuk acara rasmi.






Eyza suka sangat baju ni. Walaupun ianya bergaya klasik tapi tetap nampak kelainan dan ada ciri2 moden disitu.






Selain baju yang kasual dan santai, ada juga jubah yang direka khas untuk kita mengerjakan umrah atau haji.




Untuk wanita muda yang sukakan kelainan dan stail yg lebih santai bolehlah cuba fesyen seperti dibawah ni.




Koleksi batik dan songket yang dimodenkan ni pun menarik perhatian eyza. Ianya lari dari kebiasaan. Selalunya batik dan songket cuma buat kain pakai, tapi pereka ni buat seluar. Cantik dan sopan je. 




Tengok dari koleksi-koleksi ini tak sangka yang ianya adalah hasil pereka muda tempatan. Mereka terdiri dari 17 orang. Setiap rekaan mereka mempunyai tema yang berbeza. 

17 pereka muda itu adalah:
1.DANIAL ARIF BIN SHAHBUDIN
2.SURYANI BINTI ROSLI
3.SITI MARYAM BINTI MUSA
4.NOR ATIQAH BINTI NOR OZMAN
5.FADZLUN BT ABAS
6.NUR ANIS BT MOHAMED NOOR
7.FARAH HANI BT SHAHARUDDIN
8.SHAHRI BIN MAHATIR
9.SHARIFAH NOOR AISYAH BT SYED ABDULLAH
10.FAUZI B ABDUL HAMID
11.SITI FAUZIAH BT MASNAN
12.AMIRA FATIHA BT ABD HAMID
13.NUR AIN BT MOHD SALEH
14.NUR SABRINA BT ABU HASSAN
15.AMIRUL FADZUAN BIN SHAHAROM
16.NADIA HASMIN BT HASSAN
17.MOHD HAZZERWAN B MOHD HAZLEE







Di antara pelbagai koleksi dan jenama ini,  ada satu jenama iaitu Mardhiyah Hijab datang dari jauh tau. Dari negeri Sabah. Mardhiyah hijab mengetengahkan rekaan baju, tudung dan mutiara Sabah. Ada sesetengah baju dari koleksi ini dihiasi dengan mutiara asli Sabah.






MiF dapat memperkukuhkan strategi pembangunan usahawan fesyen dengan meningkatkan nilai rekaan, kualiti jahitan dan tukang jahit yang berkemahiran tinggi. Ianya dapat dizahirkan dengan menjalinkan pelbagai jaringan dan kolaborasi serta mewujudkan peluang-peluang perniagaan fesyen yang lebih besar bersama. 


Alhamdulillah dan tahniah kepada Mara kerana berjaya menganjurkan program ni serta memberi peluang kepada anak2 muda menunjukkan bakat masing2. 

9.4.16

Koleksi Terkini Zeeta Zarith yang menambat hati

Saturday, April 09, 2016 2
Koleksi Terkini Zeeta Zarith yang menambat hati

Zeeta Zarith adalah satu label busana muslimah dan tudung yang sedang meningkat naik.

Dan, baru-baru ini Zeera Zarith telah menganjurkan "Semarak Cinta Runway Show" yang bertempat di Hotel Laman Seri, Shah Alam.

Sebagai peminat fesyen, dah tentulah eyza tak nak terkecuali untuk hadir majlis ni.

Macam biasa, partner event kita mestilah adik2 dari EAOfficialCrew.


Kali ni, Koleksi Zeeta Zarith adalah hasil kerjasama dengan 'in-house designer' dan tema kali ni adalah "Comeback with World Fashion Zeeta Zarith".

Sebelum Pertunjukan feayen bermula, kami dihiburkan dengan nyanyian dari seorang penyanyi yang berbakat besar. Tapi maaf, aku x ingat plak nama adik tu. Tapi suara memang sedap.


Zeeta Zarith mempersembahkan sebanyak 5 koleksi pada hari ni.

Zarith Amani
Zarith Hana
Zarith Zara
Zarith Sofea
Koleksi Zarith yang lain



Ianya adalah gaya klasik yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Dengan warna2 yang memang menjadi trend masa kini. Baju kurung ini amat sesuai untuk orang yang badan kecil dan gempal.




Koleksi ni adalah dress dengan gaya santai. Ianya selesa kerana tidak ketat dan mempunyai potongan yang menyerlahkan penampilan si pemakai. Koleksi ini juga sesuai untuk yang bertubuh kecil dan gempal.












Rambang mata kan tengok koleksi2 dari Zeeta Zarith ni. Eyza dah ada baju yang berkenan. Raya nanti boleh la pakai baju Zeeta Zarith ni.

Tetamu jemputan istimewa hari tu adalah Anis Al-Idrus. Pelakon yang tengah meletup dengan cerita Uda dan Dara kat Astro tu.

Baju Anis juga direka khas oleh Zeeta Zarith. So Cantik.


Dan yang ditunggu-tunggu. Inilah pengasas Zeeta Zarith iaitu Puan Zaiti Noordin. 



Untuk dapatkan koleksi2 dari Zeeta Zarith ni bolehlah layari:

FB : http://www.facebook.com/zeeta-zarith
Instagram : @zeetazarith