Blog Eyzamiel: LANGKAWI
Showing posts with label LANGKAWI. Show all posts
Showing posts with label LANGKAWI. Show all posts

23.6.17

Beli tiket Feri Langkawi secara Online

Friday, June 23, 2017 13
Beli tiket Feri Langkawi secara Online
Cuti Raya ni ada yang nak pergi bercuti ke? Cuti panjang kan? Takkan duduk rumah je.

Salah satu tempat yang akan jadi tumpuan bila time cuti ni dah tentu la Pulau Langkawi. Eyza pernah pergi sana masa Tahun Baru Cina, Ya Allah ramai giler beratur nak beli tiket feri. Sampai lemau rasa dok beratur je.

So, kalau ada yang plan nak ke Langkawi Waktu Perayaan atau Cuti Sekolah, better la beli tiket feri online. Senang dan jimat masa.

Cara-cara membeli tiket Feri Langkawi Online:

Buka web Ferry Line. Klik sini


Sign up dulu untuk mudahkan kita nak beli nanti.


Lepas dah register semua, boleh la pilih sama ada nak beli pergi balik atau pergi je dulu. Kat situ jugak boleh pilih naik dari mana, tarikh dan jumlah orang. Sekali beli maksimum 10 orang je. Kalau lebih kena beli lepas yang ni selesai.


Settle pilih tu, kita kena pilih masa pulak.Ikut suka la kita nak pilih pukul berapa, tapi pastikan 30 minit awal dah kena ada kat Jetty.


Lepas tu check dulu tiket betul ke tak, baru proceed ke maklumat Penumpang. 


Kalau ada 10 penumpang, 10 la kita kena isi detail. Jangan silap tau.


Selesai isi, boleh la  ke payment. Eyza pakai online banking je senang.

Baca syarat-syarat dulu. Kalau setuju terus proceed.


 

Settle bayar, boarding pass akan dihantar kat email dan kita print je.

Senang kan? tau perlu dah nak beratur panjang-panjang kat kaunter nanti. 


Yeay.. Ni Boarding pass kami. Ni tiket untuk 10 orang, itu yang ada 4 keping tu. Eyza beli time pergi je dulu. Balik nanti tengok keadaan kaunter. Kalau penuh jugak waktu sampai tu, memang Eyza beli online je. Senang.

P/S: jangan lupa print boarding pass siap-siap sebab kalau nak minta kaunter print pun boleh tapi kena caj sekeping RM2. Rugi. :)

2.10.15

Pertama kali menginap Di Resort World Langkawi

Friday, October 02, 2015 12
Pertama kali menginap Di Resort World Langkawi

2 malam kat Amzar Motel.. dan malam last kami kat Langkawi kami dah tukar Hotel yang best sikit... Aku pilih Resort World Langkawi.. Dulu hotel ni dikenali dengan nama Awana Porto Malai.. 


Tak jauh pun dari Jetty nak Island Hoping... Hotel ni agak privacy sebab satu-satunya hotel kat kawasan tu...

Sampai je.. hubby turunkan aku kat Lobi Hotel.. aku dah biasa angkat bag sendiri letak tepi sementara tggu hubby parking kereta.. tetiba, terperanjat aku.. ada budak hotel ni cepat2 datang nak angkat bag aku ke bilik... kita siap cakap tak payah leh bawak sendiri.. hihihi....

Aku tinggal je bag kat situ.. Gi Check in dulu.. cepat je dah siap... Pekerja kat Front Desk tu pun very Soft Spoken.. aku suka... :) dapat kunci bilik aka kad access..... hubby datang bawak bag trs naik bilik... letih amat dah rasanya.. padahal naik Duck Tour je kut....

Kad Access bilik...
 Naik je bilik.. teruja aku sebab ada 2 katil queen... Yeay.. leh ambik sorang satu.. takyah berebut... muahaha.. Honeymoon apa tido asing-asing kan.. kuang-kuang-kuang...


Bilik pun ok... luas jugak la..


TV pun besar..


Ada tempat nak bersantai...


Ada cerek elektrik.. bole je nak bancuh nescafe atau teh sebab diaorang sediakan sekali yang dalam peket tu..


Air minerel pun ada 2 botol.. sorang satu.. takyah berebut..


Dalam bilik air pulak diaorang dah sediakan berus & ubat gigi (2 pek) - so, kalau x bawak dari rumah pun x pe . sabun, shower cap, syampoo & Body Wash.. Bilik air pun bersih...


n lagi satu yang best.. Ada Bath tub.. bole berendam.. nak mandi kat swimming pool tak bole sebab kena pakai pakaian mandi je.. so, aku ngan hubby tengok je la orang mandi.. nasib baik bole berenang-renang dalam Bath Tub walaupun kecik je.. jadi la kan.. hahahah...


Aku ngan hubby sempat la jalan-jalan sekitar kawasan hotel.. Cantik.. Tempat pun Privacy.. sesuai kalau nak HoneyMoon..




Ada gazebo.. bole berehat sambil tengok laut *abaikan model berbaju kuning tu.. hahaha






Nak booking? Bole terjah 


Online booking lagi murah rasanya.. Nak tau berapa rate aku dapat dan tempah kat mana? Nanti aku update ye.. Bye..

27.9.15

Taman Mini Korea di Oriental Village

Sunday, September 27, 2015 1
Taman Mini Korea di Oriental Village
Turun dari Duck Tours.. aku ngan hubby berjalan-jalan la dalam Oriental Village.. tak naik pun Skyway sebab dah pernah naik 2 kali.. malas la nak naik lagi...

Masa jalan-jalan dalam tu.. terjumpa la dengan Taman mini Korea ni.. apa lagi.. sempat la bergambar sekeping dua kat sini...






Nak pergi Korea tak tahu lagi bila bole pergi.. dapat bergambar kat sini dulu pun jadi la kan.. hihihi....

26.9.15

Pertama kali naik Langkawi Duck Tours

Saturday, September 26, 2015 0
Pertama kali naik Langkawi Duck Tours
Sape pernah naik Langkawi Duck Tours? Sebelum ni aku dok tengok jer.. tak pernah teringin nak naik.. tapi sebab percutian kami kali ni bertema kan santai.. Aku pun masukkan la Langkawi Duck Tours ni dalam Tentatif program kami.. Bole duduk-duduk dalam tu sambil nikmati keindahan alam.. ;)


Duck Tours ni terletak dekat Oriental Villoage.. ala... kat tempat Skyway tu.. betul-betul kat pintu masuk.. 



so, sebelum masuk untuk naik Skyway, bole la cuba naik Duck Tours.. dan kalau nak masuk 3d Museum baiklah korang ambik pakej kombo... Aku cuma naik Duck Tours je.. tak masuk pun museum art...


Harga untuk Langkawi Duck Tours ni ialah RM 38.00 seorang. Sama je harga untuk orang Malaysia dan Pelancong.. Takde keistimewaan.. 


Teringin nak merasa naik bolehla beli tiket... Masa aku pergi tu tak ramai pun naik.. cuma ada 7 orang jer... kami je satu2nya couple Malaysia.. lain semua pelancong....


Ok la tak ramai.. santai je dalam tu...

Ok.. Jom naik.. nak jalan dah ni...



Mula-mula kami dibawa melalui jalan darat.. suka tengok kehijauan alam dan suasana tenang kat sana... Kami dibawa sampai ke satu tempat untuk kita nak masuk ke dalam air plak..


Ni la tempat untuk Kapal Itik ni turun... 


sebelum turun tu...pemandu pelancong dah suruh kami semua pakai jacket keselamatan dan duduk kat tengah-tengah sikit sebab nanti air akan terpercik... 


Alhamdulillah aku ngan hubby tak basah.. tapi ada sorang pelancong ni dia tak dengar sebab dok pakai ipod... last-last.. masa masuk je dalam air... terus air tu terpercik kena kat dia.. banyak jugak la... dah la seksi.. basah lencun.. lagi seksi n seksa nak tengok.. sian dia...


Cantik betul Ciptaan Allah ni.. teruja aku dok tengok keindahan alam ni...






Eksited aku tengok kapal-kapal mewah kat sini.. Bestnya la kan pemilik kapal ni...




Dah selesai dok menikmati keindahan alam... dah naik kat darat.. la.. tak puas lagi dok pusing-pusing dalam air...



Naik ke darat.. Bot ni akan berhenti sebab diaorang cuci dulu dengan air paip biasa.. ye la.. air laut kan banyak garam.. kalau tak dibilas nnt cepat berkarat...


Nanti diaorang akan hantar kita semula ke oriental Village... Kalau ada anak, mesti lagi seronok naik Duck Tours ni.. So, kalau gi Langkawi.. Try la naik.. satu pengalaman yang berbeza tau...