Blog Eyzamiel: KeIndonesiakekita
Showing posts with label KeIndonesiakekita. Show all posts
Showing posts with label KeIndonesiakekita. Show all posts

7.2.18

Tips, Itinerary, Pakej dan Bajet untuk 4 hari 3 malam ke Jogja / Yogyakarta

Wednesday, February 07, 2018 0
Tips, Itinerary, Pakej dan Bajet untuk 4 hari 3 malam ke Jogja / Yogyakarta
Alhamdulillah.. Eyza berjaya jugak habiskan entry trip ke Jogja. Sebelum ni entry bercuti tak pernah habis. Hahaha.


Ok.. Last entry ni Eyza nak share tips kalau ke Jogja.

Tips
- Kalau ke Goa Pindul wajib bawak baju spare dan selipar sebab baju kita akan basah semua ye. 
- Kena pandai mengelak dari peniaga di Candi Borobudur. Diaorang akan ikut kita start kita turun kereta dan nanti bila kita dah turun dari Candi pun still ramai yang ikut. Kalau x sampai hati beli la tapi harga agak mahal kalau kita tak tawar menawar. 
- Pakai kasut yang selesa. Eyza lebih prefer sport shoes sebab banyak tempat yang kita kena jalan jauh dan mendaki macam Candi Borobudur.
- Tak payah bawak banyak sangat duit rupiah sebab barang kat sana murah.



Tentatif 4 hari 3 malam

14jan
Pick up airport
Jurang tembelan
Rumah hobbit
Hutan pinus
Cek in hotel

15jan
Merapi mount
Borobudur
Bukit rhema
Back hotel

16jan
Timang beach gondola
Cave waterafting goa pindul
Pintoe langit
Back hotel

17jan
Cek out hotel
Kalibiru
Tamansari
Beli oleh2 shoping market
Drop airport

Pakej 

Pakej supir +hotel +tiket masuk:

6pax
Seorang rm675

Termasuk:
-hotel 4h 3m(bintang 2/3)
-transport supir minyak parking
-semua tiket masuk tempat
-naik jeep merapi
-naik pokok kalibiru
-alat+pemandu cave waterafting goa pindul
-naik jeep menuju timang beach

Tak termasuk:
-naik gondola timang beach



Bajet
Tiket Flight (Pergi Balik) - RM 367.90

Pakej Supir - RM 675.00

Luggage - Balik 20kg RM67 + RM33.50 20kg (share dengan partner)
Total : RM 100.50

Meal atas flight - RM20
Pergi Nasi Ayam
Balik Chicken Lasagna

Insurans - RM28

Duit Makan - RM150

Duit belanja kat Jogja:
Hari Pertama - RM 24.00
Hari Kedua - RM 122.10
Hari Ketiga - 125.50
Hari keempat - 23.70
Total : RM 295.30

Tukar RM300
(Dapat 1 juta rupiah)

Total belanja trip Jogja untuk 4 hari 3 malam ialah RM 1636.70



Ha.. tu la bajet Eyza ke Jogja.. Kalau beli tiket time promo mesti lagi murah sebab maksu dengan yan dapat tiket dalam 220 je. Kitaorang beli lambat, tu harga lain. Untuk pakej supir tu Eyza puas hati sebab semua dah bayar. Just bawak duit belanja dan duit naik gondola je.  Kalau tak shopping tukar RM 100 je dah cukup. Eyza bawak RM 300 siap ada balance lagi RM 4.70.. Hihihi.. ok la tu kan balance duit rupiah boleh buat kenang-kenangan..

Settle dah trip Jogja.. Tahun depan ke mana pulak ye? Hihihi.

Entry lain pasal Jogja:






2.2.18

Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta (Hari Keempat)

Friday, February 02, 2018 8
Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta (Hari Keempat)
Wah.. hari ni dah hari keempat dan bermakna hari terakhir kami kat bumi Jogja ni. Walaupun hari terakhir tapi kami tetap ada tempat yang kami nak terjah. Selesai sarapan dan check out, kami semua bertolak ke Kalibiru.


Dekat sini suasana tenang je. Tapi kan... dari parking ke dalam Kalibiru ni korang kena mendaki sikit. Takde la jauh sangat tapi mengah jugak la sebab ianya menaik je. 


Kalibiru

Dari satu spot ke satu spot pun boleh tahan la nak naik turun tangga. Last-last kami pilih spot 2 je. 

Satu pentas tu cuma boleh naik minima 2 orang je. Sebelum naik kami dipakaikan tali keselamatan. Ye la, boleh tahan tinggi jugak tu. Kalau jatuh naya.


Nak mendaki pun satu hal jugak. Takut tapi nak naik. Orang gayat Eyza tak syorkan korang naik sebab tinggi jugak ni.

Tapi serius, kalau dh naik korang tak nak turun sebab pemandangannya cantik. Dekat sini diorang dah sediakan jurugambar. Korang just bayar je. Nnti diaorang bagi soft copy terus masuk dalam handphone.

Eyza tak tahu berapa bayaran naik sekali gambar sebab Pak Rudy dh bayarkan. Tapi gambar cuma 4 je yang dah bayar. Kalau nak tambah kena bayar sendiri. Eyza tak beli pun. Amik 4 keping yg free tu je. 




Mula-mula Eyza naik dulu, posing dan lepas tu Leeya pulak naik. Ambik gambar berdua, settle Eyza turun baru Leeya amik gambar sorang. 



Settle kat Kalibiru, kami ke Pusat Oleh-oleh pulak sebab nak cari Bakpia iaitu sejenis kuih tradisional Jogja. 

Pusat Oleh-Oleh Bakpia Pathok 25




Eyza beli perisa kacang hijau dan keju. Tapi serius yang kacang hijau sedap sangat. Makan kat sana masa panas-panas lagi best. Yang keju tu Eyza tak berapa gemar sebab ianya berderai dan tak rasa keju sangat.


Ayam Goreng NY.SUHARTI


Untuk lunch Mas Rudy bawak kami ke sini. Dia kata ayam goreng kat sini sedap sebab ada kriuk kriuk.



Serius sedap! Wajib try bila sampai Jogja. Ayam ni dijual sebelah ekor dan seekor je. Nasib baik kami 6 orang, so amik la seekor setengah. 


Eyza suka sebab Ayam Lembut dan kriuk kriuk tu sedap.

Pusat pembuatan Silver


Sepatutnya lepas makan kami ke Tamansari tapi semua dah penat dan kekenyangan, dah tak mau dah pegi sana. So, Mas Rudy bawak kami tengok cara buatan silver dan kat sini pun ada pusat pameran n kita boleh beli silver jugak kat sini.




Memandangkan duit rupiah kami nyawa-nyawa ikan je, semua x beli just tengok je. Tapi, serius lawa silver kat sini. Halus je buatannya. Kalau nak bayar pakai RM pun boleh tapi kami sayang duit pulak nak beli.Hahaha.


Akhirnya kami ke Airport untuk balik KL. Flight pukul 5.25 petang tapi pukul 2.30 kami dah mintak Mas Rudy hantar ke Airport sebab semua dah letih and dah malas nak jln.Lepak je la kat Airport.

Memandangkan duit collection makan ada balance lagi, kami pun wrap la semua bag termasuk la bag sandang merah tu dengan harapan bag semua selamat sampai ke KL tanpa cacat cela macam bag Leeya yang pecah tu.

Tapi... malang tak berbau.. Bag Eyza pecah jugak.. Sedih tau.. Baru pakai 2 kali dh pecah. Nasib baik la AirAsia dah ganti baru. Nanti Eyza cerita dalam entry lain ye.


Saki baki rupiah ada sikit lagi. Beli susu pisang kat Airport. Harga susu ni 10 ribu, Leeya belanja 6 ribu dan Eyza keluarkan 4 ribu.


Setelah puas melepek kat Airport, kami pun naik flight nak balik KL. 


Yeay.. tamatlah percutian ohsem kami selama 4 hari 3 malam ke Jogja.

Tq Ina ajak join trip ni. Best dapat kenal Maksu, Zura, Leeya n Yan.. Dah la semua sekepala. Lepas ni kami plan nak ke negara lain pulak. Agak-agak ke mana ye? Hihihi. Kami sendiri pun tak pasti lagi. Kena tengok harga tiket mana yang murah. Tamat sudah cerita percutian di Jogja. Next entry eyza bagitau bajet untuk semua ye.

Kira-kira untuk hari keempat:

Bakpia Keju - 40 ribu (RM 12.00)
Bakpia Kacang Hijau - 35 ribu (RM 10.50)
Susu Pisang - 4 ribu (RM 1.20)

Total Hari terakhir : RM 23.70

Entry lain berkaitan Jogja:







30.1.18

Hotel dan Supir di Jogja / Yogyakarta

Tuesday, January 30, 2018 2
Hotel dan Supir di Jogja / Yogyakarta
Ok.. kita rehat sat dari cerita aktiviti kat Jogja ni. Eyza nak cerita pasal hotel best yang kami duduk kat Jogja selama 3 malam.

Hotel semua dah termasuk dalam pakej. Kami ikut ja hotel mana yang diorang provide.


Kat jogja ni kami tidur dekat Lynn Hotel. Deko simple tapi moden. Tak sarat dengn hiasan dan sedap mata memandang.


Lobi pun santai je. Siap ada service hantar bag ke bilik. Bukan setakat masa check in, tapi balik dari shopping pun diaorang siap ambik dekat pintu lobi dan hantar sampai bilik. Memang layanan puas hati.Macam hotel 5 star.



Bilik walaupun kecil tapi cantik. Ada ruang untuk solat dan ada jugak penunjuk arah kiblat.








Semua kelengkapan ada dalam bilik cuma iron kena call Room Service nanti diaorang hantar kat bilik.

gambar : agoda

Ada jugak swimming pool tapi tak sempat mandi pun sebab jadual full.. Tiap-tiap hari balik malam. Pool kat sini dibuka sampai pukul 8 malam ya.

gambar : agoda

Sarapan pun ada macam-macam pilihan. Larat tak larat nak makan je.




Yang paling rare buffet sarapan kat sini sebab ada Jamu. Banyak kali diaorang offer try jamu tapi Eyza tak berani sebab takut sakit perut. Jangan buat hal plak nanti.


Eyza try check kat Agoda dan harga semalam hotel ni murah je. Berbaloi sangat. Dah la wifi laju. Siap malam2 layan cerita Kekasih Paksa Rela kat Youtube. Lnagsung tak sangkut2.


Untuk perkhidmatan Supir pulak Eyza memang recommed korang ambik dengan Mas Heru Heriyanto .


Supir kami sepanjang 4 hari kat sana ialah Mas Rudy. Dia layan je karenah kami yang macam-macam ni. Hihihi.

Pengangkutan kat sana pulak ialah van purple (macam gambar atas) yang dipanggil Jetbus. Yang uniknya van kat sana pintu macam pintu kereta je pun. 

Kalau datang Jogja Eyza memang recommed korang menginap kat Lynn Hotel dan ambik perkhidmatan jalan-jalan dengan Mas Heru. Puas hati sangat!

Entry Jogja yang lain: