February 2024 - Blog Eyzamiel

29.2.24

Buffet Ramadan 2024 bawah RM 100 di Restoran Rebung Kuala Lumpur

Thursday, February 29, 2024 0
Buffet Ramadan 2024 bawah RM 100 di Restoran Rebung Kuala Lumpur
Assalammualaikum...

Pejam celik pejam celik dah nak masuk Ramadan lagi. Sekejap je kan. Rasa macam baru je lagi Ramadan tahun lepas.

Macam biasa la setiap tahun Restoran Rebung Taman Botani akan sediakan Buffet Ramadan dengan tema yang best. Untuk tahun 2024 ni, tema : Ceq Lapaq Nasik lah! telah menjadi pilihan Chef Ismail and team.


Untuk tema kali ni, Restoran Rebung akan tampilkan 5 jenis hidangan nasi yang popular di Malaysia dan jarang ditemui iaitu Nasi lemuni, Nasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu. Setiap hidangan nasi ni didatangkan dengan Set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan yang di makan bersama nasi-nasi tersebut.






Selain tu, ada macam-macam jenis lauk pauk, kuih muih dan beraneka manisan untuk pemanis mulut. Antara favourite eyza kat sini ialah Goreng Pisang, Lauk Pauk Kampung yang super super sedap, Sup Tulang, Nasi Ulam dan terpaling di cari setiap tahun ialah Pulut yang di makan bersama serawa durian. 

Sambil pelanggan menjamu selera, pelanggan juga dihiburkan dengan persembahan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer.

Pakej Buffet Ramadan Restoran Rebung 2024 akan berlangsung sepanjang Bulan ramadan bermula 12 Mac hingga 8 April 2024.

Harga Buffet Ramadan 2024
Dewasa           : RM 99 nett
Kanak-Kanak  : RM 69 nett 
(umur 5-12 tahun)

Untuk Tempahan Buffet Ramadan boleh hubungi : 011-67433535

Bayaran boleh dibuat secara tunai, credit card, debit card dan juga e-Perolehan (Agensi Kerajaan)

Ruang makan dekat sini boleh menampung sebanyak 450 orang dalam satu masa. Terdapat juga bilik Orange (10-12 orang), Blue room (15-18 orang), Red Room (60-80 orang), Green Room (90-110 orang), Stage Area (110-130), Yellow Room (45 orang dan Anjung (60-80 oarang).

Kalau berbuka puasa dekat sini jangan risau terlepas Maghrib sebab ada di sediakan surau lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang dalam satu masa.

Kemudahan Lift dan kawasan restoran juga mesra OKU. Bab parking pun jangan risau sebab parking kereta awam disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM 4.40 sekali masuk. Murah kan? Tak perlu nak tengok berapa jam dah masuk. 

Restoran Rebung juga sediakan perkhidmatan Katering tertutup dan boleh mengadakan event di sini. Selain itu, ada juga Buffet Hari Raya bermula 16 April 2024 hingga 9 Mei 2024. Harga adalah RM 79 nett (dewasa) dan RM 59.00 nett (kanak-kanak).

Tempahan boleh dibuat di talian +603-22763535 /+60322762525

Alamat:
Restoran Rebung,
5-2, Aras 5, 
Parkir Bertingkat Bukit Aman,
No. 1, Jalan Tanglin,
Taman Botani Perdana,
50480 Kuala Lumpur.

Emel: restoranrebungchefismail@gmail.com
FB : Restoran Rebung Chef ismail
IG : rebung_taman_botani
Tiktok : restoranrebung
Waze: Restoran Rebung Dato Chef Ismail