Blog Eyzamiel: mekap
Showing posts with label mekap. Show all posts
Showing posts with label mekap. Show all posts

14.4.18

Cara mencuci berus mekap

Saturday, April 14, 2018 1
Cara mencuci berus mekap
Hai uolls. Eyza ni jenis yang suka juga pakai mekap tapi tak la heavy sangat. Asal muka tak pucat dah la.

Eyza suka kalau pakai foundation guna berus sebab nampak lagi kemas. Kalau dah hari-hari kita guna berus, dah tentu-tentu la warna berus tu pun berubah. Dah tu, takkan la nak pakai je berterusan tanpa cuci kan.

Ha.. ni Eyza nak bagitau cara Simple je nak cuci Berus Make Up kita ni supaya bersih. Kalau korang banyak bajet boleh la beli pencuci berus mekap tu. Tapi harganya agak mahal la bagi Eyza. Lagipun kita bukannya Mua yang selalu mekapkan orang. Just muka kita sendiri je. Rugi pulak beli mahal-mahal.

Untuk jimat, ikut je cara Eyza ni.


Ambik berus yang kita nak cuci tu. Eyza ni bukan Mua, so koleksi berus mekap pun x banyak. Boleh la kalau setakat nak mekap diri sendiri.


Tengok! Sampai berus tu semua dah berkaler-kaler. Memang patut la bagi dia mandi.


Sediakan Make Up remover (x kisah jenama apa). Tapi kalau nak pakai baby bath pun boleh. Lagi best sebab ada buih. Eyza takde baby bath tu yang guna make up remover je. Takpe.. mana-mana pun boleh.


Tuang dalam 10 titik make up remover dalam bekas berisi air paip. Air jangan banyak sangat sebab nanti kita nak rendam berus tu tak nak air kena batang banyak sangat.. Nanti berus cepat rosak.


Rendam dan godek-godek lembut berus dalam air tu sampai air tukar kaler. Tengok air dalam bekas tu pun dah berubah jadi coklat. Maknanya kotoran semua dah keluar.


Ambik towel kecil. Lap lembut-lembut dan jemur je berus tu. Depends la sama ada nak letak bagi berdiri atau tido. Eyza baringkan je berus-berus tu. Biar je sampai kering.

Selamat Mencuba uolls!

4.8.17

PINKBOXCEREAL HERMOSA BEAUTY KIT

Friday, August 04, 2017 5
PINKBOXCEREAL HERMOSA BEAUTY KIT
4 hari lepas, Eyza dapat 1 kotak dari Pos laju. Aik. apa ni? Bila tengok alamat baru Eyza tau yang barang dari PinkBoxCereal. Yeay.. Eyza ni memang suka sangat barangan dari PinkBoxCereal ni. Sebelum ni pun Eyza dah pernah ada. Boleh baca kat sini.


Eyza suka PinkBoxCereal ni sebab packagingnya cantik dan kemas. Lagi satu yang best sebab sebelum pos, diaorang akan pack cantik-cantik supaya bila sampai dekat Customer nanti kotak masih cantik dan tak kemek.


Lapisan luar pakai kotak keras, dalam tu ada satu lagi kotak dibalut dengan Bubble wrap dan kertas pembalut. Lepas tu baru jumpa Kotak Emergency Beauty Kit.



Untuk Edisi ni kaler Gold pulak. Nampak mewah. Sebelum ni kaler Pink. Kalau uolls nak dapatlan Gold Digger Box Limited Edition ni boleh upgrade dengan harga RM 30.00 dengan setiap pembelian RM 150 ke atas.


Dalam kotak pun, barang-barang disusun dan diletakkan dengan kertas supaya barang dalam kotak tak banyak ruang nak bergerak.Barulah barang tak berselerak sangat bila kita buka.


Dalam PinkBoxCereal Hermosa Kit ni ada 3 barang iaitu :

1x HERMOSA LIP CREME (CHOOSE YOUR SHADE)

- 1x HERMOSA 24K GOLD SERUM (Anti-acne & Glowing) 15g
- 1x HERMOSA CLEANSING WATER (50ml)


HERMOSA 24K GOLD SERUM (Anti-acne & Glowing) 15g
-Serum ni best sebab ada 24k Gold. Eyza memang tengah mencari produk yang boleh pudarkan parut jerawat. Serum ni sesuai untuk semua kulit yang bermasalah.

HERMOSA CLEANSING WATER (50ml)
-Make Up Lover wajib ada ni satu kat rumah. eyza dah ada. Best tau bila pakai. Makin senang Eyza nak tanggalkan mekap dengan Hermosa Cleansing water ni. Spray je kat Cotton Pad, sapu je kat muka. Pastu boleh cuci muka macam biasa. Muka akan rasa fresh je.

HERMOSA LIP CREME (CHOOSE YOUR SHADE)
-eyza memang suka LipCreme Matte dari PinkBoxCereal ni, sebelum ni dah ada satu. Ni tambah lagi satu koleksi. Lip Matte ni tak mengeringkan bibir. Warna pun cantik.Rasa macam nak grab semua warna je.


Ada 5 pilihan warna yang boleh kita pilih.


Eyza suka kaler macam Nude sikit. so, pilihan Eyza dah tentulah BELLE.


Sesuai tak kaler ni ngan Eyza. Eyza suka sebab nampak natural gitu.

Harga satu set ni cuma RM 165.00

Kalau nak beli boleh klik sini

Untuk keterangan lanjut boleh layari:



5.5.17

Emergency Beauty Kit Hermosa x Pinkboxcereal

Friday, May 05, 2017 3
Emergency Beauty Kit Hermosa x Pinkboxcereal
Happy Me!!! Maunya tak happy bila Eyza dapat Emergency Beauty Kit Dari PinkBoxCereal . Dah nama pun cereal mesti ada yang ingat ada makanan dalam ni kan?

Eh.. tak la.. dalam ni ada Emergency Beauty Kit Hermosa x PinkBoxCereal  dari Hermosa dan Pinkboxcereal. Nape panggil Emergency Beauty Kit? Ha.. sebenarnya kan.. kalau kita pergi mana-mana dan cuma ada barang dalam kotak ni je pun dah boleh buat kita cantik. Tak payah barang mekap lain. Best kan?

Shoppinkboxcereal.com telah dilancarkan pada 1 April 2017 dan dalam masa seminggu, lebih dari 100 Emergency Beauty Kit telah dapat dijual. Sebenarnya ni adalah first #emergencybeautykit dalam Asia tau! Wah... Eyza rasa bertuah sangat jadi salah seorang yang terawal ada Beauty Kit ni.Dah la ShoppinkBoxCereal adalah yang pertama memperkenalkan Emergency Beauty Kit dalam Malaysia dan pelanggan boleh order pelbagai barangan kecantikan dari jenama tempatan dan antarabangsa.


Eyza dari dulu lagi suka sangat tengok Founder Pink Box Cereal ni iaitu Shafiqah Shafie buat kelas mekap. Dah la kelas mekap dia santai-santai je. Nampak dekat instgram best giler. Teringin nak join tapi sampai sekarang belum berkesempatan lagi. Maybe one day dapat join.

shoppinkboxcereal.com sekarang ni diasaskan oleh Shafiqah dan suaminya, Lylia Fahmi. Bestnya.. muda-muda dah ada bisnes yang berjaya.


Dah la ianya didatangkan dalam kotak keras dan cantik. Rasa sayang nak buang. Boleh simpan barang-barang mekap dalam tu.  Packaging produk pun cantik.

Eyza teruja tengok packaging Hermosa x Pinkboxcereal Limited Edition Cleansing Water dan Limited Edition Matte LipCreme.

Limited Edition Hermosa x Pinkboxcereal Cleansing Water dibuat dari Minyak Argan dan ianya dapat menghilangkan kedut dibawah mata. Selain tu ianya dapat buat muka kita jadi fresh je pepagi. Botol pun cantik. Sebotol cuma berharga RM 55.00. 

 

Macam tau-tau je Eyza ni penggemar Lip Matte. Mula-mula tengok packaging, kaler dan botol.pun Eyza teruja. Semua Eyza suka.


Hermosa x Pinkboxcereal Limited Edition Matte Lipcreme ni memang best. Bibir x kering. Warna cantik dan bau pun wangi. Pendek kata semua la Eyza suka dekat Lipcreme ni.


Antara jenama yang ada di Shoppinkboxcereal ialah:
- TRUE ISLAND
- ARGANIA
- OHMOSTWANTED
- HOPE GIRL
- DOTTSY
- COCOMESS
- HERMOSA BY BELINDA
- ALYSA
- SHEE BEAUTE
- NADRE
- CELEBRITY SERUM
- LANNA COSMETICS
- TOUCHMINERALS (ULU KELANG)
- PINKBOXCEREAL BEAUTY

So.. kalau uolls pun berkenan dan jatuh cinta macam Eyza.. jom la tengok kat sini:

Instagram : @shoppinkboxcereal
Facebook : https://m.facebook.com/pinkboxcereal

Selamat Shopping uolls!

7.12.16

Tersuka Tanpa Sengaja dengan LED Glitter Gloss dari PSK

Wednesday, December 07, 2016 2
Tersuka Tanpa Sengaja dengan LED Glitter Gloss dari PSK
Dalam banyak-banyak koleksi mekap Eyza, lipstik, lip gloss dan lip balm la yang paling banyak Eyza kumpul. 

Sebab tu bila Eyza dapat peluang untuk Redeem barangan dari PSK di Website BFF Eyza pilih LED Glitter Gloss dari PSK . BFF ni adalah website yang menjual barangan kecantikan dari pelbagai jenama. Selain dari Glitter Gloss ni, PSK juga ada barangan lain jugak macam CC Cream dam Maskara.


Untuk LED Glitter Gloss ni, Eyza pilih warna 03 iaitu Pink. Eyza memang suka pakai warna pink sebab nampak muda remaja gitew. Hihihi.


Bekas Glitter Gloss ni pun cantik. First time buka dah jatuh cinta dengan design botol sebab ada cermin kat tepi botol. Senang nak sapu kat mana-mana je. Tak payah dah nak bawak keluar bedak kompak untuk cermin.


Kaler pun cantik. Light2 je. Ni bukan lipstik ye. Jangan pulak rasa ni lipstik, tapi boleh je kalau uolls yang suka kaler light-light sapu terus Glitter Gloss ni kat bibir. Kalau nak warna bibir lagi menyerlah, boleh pakai lipstik dulu baru pakai Glitter Gloss ni. 

Eyza suka pakai dua-dua cara. Cuma bila Eyza sapu terus warna tak berapa menyerlah sebab bibir Eyza gelap. Sebab tu la Eyza lebih galakkan pakai lipstik dulu baru sapu Glitter Gloss.


Nak tengok barangan lain? Bole terjah Website BFF

Happy Shopping uolls.

19.3.16

Jatuh Cinta dengan Rangkaian Mekap dari Golden Rose

Saturday, March 19, 2016 4
Jatuh Cinta dengan Rangkaian Mekap dari Golden Rose
Sape suka mekap? Aku memang suka sangat mekap dan kalau bole nak je belajar mekap2 terkini. 

Dan bila aku dapat jemputan untuk join Beauty Blogger Makeup Workshop ni. Macam pucuk dicita ulam mendatang. Happy sangat. Dah la dapat belajar dengan Mekap Artis. Banyak benda2 baru yg aku boleh belajar.


Bertempat di Butik Golden Rose yang terletak di Lot 4-8 Sunway Putra Mall KL, Beauty Workshop ni diajar oleh MUA Eiman Stella dengan menggunakan produk Golden Rose. Sebelum ni aku pernah dengar tentang produk ni cuma belum pernah try.

Sementara menunggu rakan2 blogger yang lain sampai, aku sempat la ushar produk2 dari Golden Rose ni. 













Ni sebahagian dari produk yang terdapat di Golden Rose ni. Aku rasa produk dari GR ni memang lebih murah berbanding jenama lain. Memang mampu milik. Pelajar pun boleh beli.

Ada yang cakap, ala.. kalau mekap murah mesti hasilnya tak cantik. Eh.. eh.. salah tu. MUA Eiman Stella dah tunjuk kat kami cara mekap dengan menggunakan produk Golden Rose ni. Memang meletops hasilnya.



Ha.. ni la hasilnya.. Cantik kan?


Produk Golden Rose ni berasal dari Turki dan telah berada di pasaran lebih dari 30 tahun.

Kami juga diberi peluang untuk cuba sendiri barang-barang mekap di Golden Rose.





Kat sini juga ada tempat utk kita try mekap. Bole ajak kawan2 datang untuk main mekap2. Bole test dulu baru beli.

Aku datang tak bermekap, balik bukan main lagi mekapnya. Tapi aku suka sebab eiman ajar mekap sweet2 je. Tak tebal macam opera cina.




Terima Kasih Golden Rose dan Eiman Stella atas jemputan dan tips n trick serta tunjuk ajar yang diberikan. Banyak ilmu yang dapat kami sedut. Lepas ni kalau mekap habis, memang kat sini la tempat terbaik nak cari.

Web : http://www.goldenrose.com.my
Email : enquiry@goldenrose.com.my
FB : goldenroseMY
Instagram : @GOLDENROSEMALAYSIA