Blog Eyzamiel: eyzamakanmakan
Showing posts with label eyzamakanmakan. Show all posts
Showing posts with label eyzamakanmakan. Show all posts

20.3.21

Sedap ke Makanan dekat Kafe Kleptokrat yang tengah Viral tu?

Saturday, March 20, 2021 0
Sedap ke Makanan dekat Kafe Kleptokrat yang tengah Viral tu?
Assalammualaikum.

Allah.. Lama betul Eyza tak menulis. Rindu sebenarnya nak pot pet pot pet kat sini tapi apakan daya busy nau nau.

Ni pun Eyza curi-curi update masa anak tengah tido. Kang kalau dia bangun, dia pun nak tulis jugak.

Jumaat lepas Eyza sempat la pergi Kafe Kleptokrat yang tengah viral sekarang ni. Kebetulan hari tu Eyza bertugas dekat Hotel Kuarantin. Dekat sangat hotel dengan kafe, kita lunch la kat situ.

Kami sampai dalam pukul 12.20 tghr macam tu. Kafe Full dan katanya kena tunggu dalam sejam. Ok, kitaorg pun xde apa yang nak rushing. Tunggu je la. Alhamdulillah, x sampai sejam kami dapat tempat. Tepi Pool pulak tu. Berbaloi.


Makanan kat sini kebanyakkannya adalah dari Negeri Johor. Ada lontong Kering, Soto dan Bakso antara signature Johor. Tapi sayang masa Eyza pergi tu Laksa Johor takde. Padahal tu yang paling Eyza teringin nak makan.

Konsep kat sini kena order dan bayar dulu baru duduk dekat meja. Dah takde laksa Johor, Eyza pun order la Nasi Lemak Rendang Daging.


Dalam setengah jam jugak menunggu makanan. Kalau rasa boring tunggu, boleh la bergambar dulu sekeliling kafe sebab tempat dia cantik.





Alhamdulillah semua makanan kami order sedap. Puas hati sangat. Sambal dengan rendang Nasi Lemak sedap sangat-sangat cuma nasi lembik sikit. Tapi Eyza rasa kombinasi dia memang mabeles la. Puas hati. Kawan-kawan Eyza pun cakap makanan diaorang sedap. Next time nak rasa Lontong Kering pulak.





Pendapat Eyza tentang Kafe ni ialah berbaloi untuk pergi sebab tempat cantik dan makanan sedap. Dari segi harga lebih kurang je dengan Harga Kafe Hipster yang lain. Kalau mahal tapi sedap memang berbaloi. Eyza akan singgah lagi nanti. Harap kafe ni dapat kekalkan servis dan rasa makanan sampai bila-bila.

27.10.20

Rakyat Malaysia akan Mala-tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown!

Tuesday, October 27, 2020 0
Rakyat Malaysia akan Mala-tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown!
Ayam Goreng Mala terbaharu Marrybrown menjanjikan pengalaman berapi!

Sape suka Ayam Goreng? Kebanyakan Rakyat Malaysia ni mesti suka kan? Eyza ni boleh dikatakan peminat tegar Ayam Goreng Marrybrown. Tambah-tambah bila Marrybrown baru je buka cawangan terbaru diaorang dekat je dengan area rumah. Bertambah-tambah senang la Eyza nak beli Ayam Goreng kegemaran. Ok, jangan cakap bab diet bila ada Ayam goreng Marrybrown ni. Hihihi.

                                  


Ni ada 1 lagi berita yang best untuk penggemar Ayam Goreng Marrybrown. Siap sedia warga Malaysia untuk letupan rasa yang mengejutkan! Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown kini memperkenalkan menu terbaharu mereka yang bakal memikat citarasa anda: MB Mala Fried Chicken! Bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020, menu terbaharu Marrybrown ini menjamin kepuasan terutama kepada penggemar rasa pedas.

Berpegang pada motto, “something different”, hidangan terbaharu Marrybrown merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas buat pengalaman gastronomi yang luar biasa! Peminat Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau!

Menurut Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, inspirasi utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya dari minat dan rasa cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil mengikuti trend ledakan Mala.

 

"Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan - ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian, rakyat Malaysia sentiasa memerlukan rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan! Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua,” kata Dato’ Joshua. 

“Ketika mencipta menu ini, kami di Marrybrown berusaha untuk memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain untuk citarasa yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak terlalu kuat.”

 

Rakyat Malaysia boleh menikmati MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas di Marrybrown bukan hanya dengan satu tetapi empat hidangan berbeza! Peminat ayam goreng pedas mempunyai dua pilihan kombo iaitu Ayam Goreng 2-pc atau Ayam Goreng 3-pc – kedua-dua kombo dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad.

 

Bagi yang inginkan kepedasan sederhana, ada juga pilihan yang sesuai untuk mereka nikmati iaitu Kombo Bubur Ayam MALA dimana sesuap bubur dapat menghilangkan rasa bisa kepedasan Ayam Goreng Mala – walaupun begitu, kelazatan Mala tetap dapat dirasakan!

 

Bagi mereka yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala sepenuhnya, pilihan keempat, Mala Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad, dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai. Set kombo ini juga dihidangkan bersama  kentang goreng  Mala yang unik.

 

Harga bermula dari RM14.60 dan ke atas, setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola yang menyegarkan untuk mengatasi kehangatan!

 “Selama bertahun perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyajikan pelbagai hidangan yang memikat hati peminat. Tujuan utama yang tidak pernah berubah adalah untuk terus berusaha dalam menyediakan hidangan terbaik kepada para peminat MB serta sentiasa mencipta sesuatu yang berbeza dan melazatkan seperti MB Mala Fried Chicken yang terbaharu ini,” kata Dato 'Joshua.

 

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna - di kedai mahupun di rumah!


Serius weh Ayam Mala-tup ni betul-betul Meletop! Pedas tapi sedap. Tambah-tambah bila kita gabungkan dengan Bubur Ayam Marrybrown, bertambah-tambah meletop wei. Rugi kalau korang tak try Menu ni. Eyza tengah taip ni pun dok terasa lagi kesedapan dan kepedasan Ayam Mala-top bergabung dengan Bubur. Yummy.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

Twitter: MarrybrownMY

YouTube: MarrybrownTV

Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/




14.4.19

Sedapnya Dessert berasaskan Coklat di Salon Du Chocolate

Sunday, April 14, 2019 3
Sedapnya Dessert berasaskan Coklat di Salon Du Chocolate

Kita ni hantu dessert. So, dalam konon-konon nak diet tu, dah termakan coklat. Bukan sikit-sikit yang Eyza makan. Punah la diet. Sadis betul.

Mentang-mentang la Salon Du Chocolate dekat je dengan ofis. Memang asyik ngidam coklat je la. Hihihi.


Ni kali kedua Eyza makan kat sini. Coklat dia memang sedap. Ada 3 pilihan coklat kalau tak silap Eyza.


Kalau tanya bab harga, memang agak mahal la. Tapi, korang boleh share2 sebab coklat tak boleh makan banyak sangat. Nanti muak. Tambah-tambah kalau yang jenis pekat macam ni.


Kalau dah makan manis-manis ni, helok la kita order air mineral je. Ni pun 3 hinggit sebotol. Nasib botol cantik. Eh. Hahaha.


Nasib baik kawan-kawan opis baru dan lama nak teman kita makan coklat. Rasa bahagia sangat.


Oh. Lupa pulak nak bagitau. Ni Eyza pegi Salon Du Chocolate cawangan Quill Mall tau. Yummy.

3.10.18

Peminat IndoMie Wajib datang makan dekat IndoBowl

Wednesday, October 03, 2018 1
Peminat IndoMie Wajib datang makan dekat IndoBowl

Ada peminat Mee Segera tak kat sini? Ok, atau lebih tepat lagi Maggi Indomie? Dulu-dulu kalau Maggi goreng Eyza memang akan cari Indomie ni.Memang mengimbau kenangan sangat bila makan Indomie ni.

Bagi penggemar Mee Segera Indomie, Eyza nak bagtau ni yang Mee Segera ni dah ada Cafe tau! Wow.. Best kan?

Serius korang.. Eyza jamin yang tak minat Mee Segera pun akan suka bila korang datang Cafe ni.


Kafe ni adalah cetusan idea Indomie dari Indonesia dan ianya bermula pada Bulan Julai  2017. Makanan yang dihidangkan dekat sini adalah inspirasi dari makanan jalanan yang terdapat dekat sana.

Eyza dah try makanan kat sini n semuanya sedap-sedap belaka. Cafe ni dibuka dekat LakesField Sungai Besi. Tak susah pun nak cari. 


Eyza suka susun atur yang simple tapi cozy dalam cafe ni. Warna dan hiasan pun sedap mata memandang. Kalau korang tak mau makan dalam kedai, boleh juga makan kat luar. Open Air gitu.

Kafe ni jugak boleh menampung 50-70 pax dalam satu masa. Kalau korang nak buat gathering pun boleh kat sini.


First bila dah datang Cafe camni, Eyza suka tengok menu. Masa tu fikir nak makan apa. Kat sini ada 2 jenis air yang memang jadi favourite customer iaitu Soda Gembira dan Es Cendol. Erm.. Panas-panas dapat air sejuk macam ni memang buat rasa best je.


Mula-mula kan Eyza ingat harga makanan kat sini mahal. ye la, bila tengok Konsep dan lokasi Cafe memang nampak mahal. Tapi orang kata jangan tengok luaran je, kena jugak tengok dalaman. bila Eyza sendiri dah datang sini dan belek-belek menu, rupa-rupanya harga makanan kat sini sangat la berpatutan. Kiranya dalam kategori mampu makan la.

Indomie Mumbo Jumbo (RM 59.00)

Eyza paling suggest korang try Indomie Mumbo Jumbo kalau korang datang 3-4 orang sebab ada macam-macam dalam ni. Portion banyak dan jimat.Dalam set ni ada IndoMie, Chicken Madura, Lamb rack,Rib Eye, 2pcs Chicken Satay, Telor Mata dan Sambal Merah dan Hijau yang paling ramai suka kat sini.

Ada 3 jenis sambal kat sini iaitu Sambal Merah, sambal Hijau dan sambal Matah. Indonesian Food kalau tak ada sambal memang tak sah. Tapi, sambal-sambal ni la yang menjadikan makanan ni bertambah 'kick.


Indomie Cheesy Chicken Chop (RM 14.90)

Bagi penggemar Cheese, korang kena try menu ni. Dalam ni ada Chicken Chop dengan sos cheese. Walaupun ianya ada cheese, tapi tak muak tau, Ayam tu pun lembut je. N jangan tertipu dengan gambar sebab kat bawah tu ada Indomie. Bukanlah makan ayam tu semata.Sebab ayam tu besar, dah tutup mee kat bawah tu. Hihihi. Berbaloi tau order ni.

Indomie Salted-Egg Chicken (RM 11.90)

Ni pun salah satu menu favourite kat sini. Ada Indomie, telur mata dan ayam yang dimasak dengan Golden Salted Egg Yolk. Sedap tau. Makan pulak dengan sambal merah tu. Memang terangkat la.

Mambo Jumbo Seafood Soto (RM 39.90)

Kalau korang jenis yang tak suka Indomie versi goreng/kering, korang boleh try Mambo Jumbo Seafood Soto ni. Dalam ni ada Indomie n pelbagai jenis Seafood, bukan setakat Seafood dalam ni ada jugak Chicken Chop. Berbaloi sangat sebab hidangan ni boleh makan 2-3 orang.


Walaupun cafe ni specialty dia Indomie, tapi nasi pun ada tau. Kalau penggemar nasi pun boleh je makan kat sini. Korang kena try sambal hijau dan merah kat sini. Memang terangkat.

So, kalau korang jenis yang sukakan kelainan dan nak cuba Indomie yang dah dipelbagaikan ni, boleh la ke Cafe diaorang yang terletak di Lakesfield Sungai Besi ni. 

Alamat :

INDOBOWL CAFE
72, JALAN TASIK UTAMA 7,
LAKESFIELD, SUNGAI BESI,
57000 KUALA LUMPUR.
(Cawangan Kuala Lumpur)

INDOBOWL SS15
66, JALAN SS 15/4C, SS 15,
47500 SUBANG JAYA.
(Cawangan SS15)

Waktu Operasi:
ISNIN - AHAD (11 PAGI HINGGA 10.30 MALAM)

Website:

Facebook:

Instagram:


23.9.18

Makanan Western murah waktu tengahari dekat Quill City Mall

Sunday, September 23, 2018 3
Makanan Western murah waktu tengahari dekat Quill City Mall

Set Lunch Di Roast & Grill|Sebenarnya kan dah dekat 3 bulan Eyza pindah opis. Eyza lupa plak nak cerita pasal Majlis Perpisahan hari tu. Tengok la nanti kalau rajin. Hihihi.

Ofis baru Eyza ni dekat je dengan Quill City Mall. Boleh kata selalu pergi Lunch kat situ je. Senang sebab banyak kedai makan kat dalam Mall tu.

Minggu lepas membe-membe opis lama datang kat Quill. Kami lepak la makan dekat Restoran Roast & Grill. Restoran ni sebelah Red Lobster je. Rasanya owner sama kut sebab Air Mineral Eyza dr Red Lobster.


Apa yang bestnya kat sini sebab ada Set Lunch. Yeay.Jimat duit.Makanan pun nampak macam menarik je. Tu yg kami lepak sini tu.

Dalam Set Lunch ni ada Main Menu, Air dan Honey Wheat Bun. Eyza makan Chilli Chicken Pasta.


Nampak simple tapi sedap tau. Ada rasa pedas2 macam tomyam tu. Portion pun banyak. Puas hati la.


Azie pulak order Golden Crunchy Chicken Burger. Yg ni pun best. Fries tu dibuat dengan ubi keledek. Manis n sedap. Tak puas makan tu.


Ni plak pilihan Atul. Mak buyong tu makan Grill Black Pepper Chicken. Sesuai sangat menu ni utk sesiapa yang nak diet.


Dan Hajar order Spagethi Carbonara. Agak muak sikit sebab terlampau Creamy. Kalau ada cili api maybe ok sikit rasanya.


Dan yang paling best, Honey Wheat Bun ni lembut dan sedap. Dihidangkan panas-panas dan kita boleh minta refill percuma. Unlimited! Rasanya meja kitaorang je berapa kali tambah. Tapi serius sedap.


Apa yang Eyza boleh share, Eyza memang puas hati makan kat sini n lepas ni nak cuba menu lain pulak. Sorang tak sampai pun RM 20. Berbaloi la.


19.9.18

TAPAK URBAN STREET DINING - Tempat Makan Hipster di Bandar Sri Permaisuri

Wednesday, September 19, 2018 0
TAPAK URBAN STREET DINING - Tempat Makan Hipster di Bandar Sri Permaisuri

TAPAK URBAN STREET DINING - Korang buat apa cuti 3 hari minggu lepas? Eyza dengan Hubby just lepak kat KL je. Tak pergi mana-mana. Saje sebab nak spend time kat rumah. Dapat la kemas rumah dan buang apa yang tak perlu dalam rumah tu.

Petang pulak, kami laki bini pergi keluarkan peluh dekat Taman Tasik Permaisuri. Asyik terperap je kat rumah pun tak best jugak.

Dekat Tepi Tasik Permaisuri tu ada Stadium Kuala Lumpur. Tepi tu ada la diaorang ni buat TAPAK untuk peniaga Food Truck meniaga. Wow. Best jugak ni. Tak perlu nak pergi jauh-jauh.

Kami pun apa lagi, saja la jalan-jalan tengok makanan apa yang best kat situ.Lepas ni kalau boring boleh la lepak kat situ malam-malam.


Ada banyak jugak Food Truck dengan pelbagai Jenis makanan. Jangan tak tahu, kat sini ada jual Aiskrim Jipangi yg kontroversi dulu sebab bentuk tu. Hihihi. Lepas ni dah x payah nak pergi Shopping Mall bagai kalau nak makan Aiskrim tu.

Selain Truck Aiskrim, makanan lain pun best jugak. Kalau datang sini, kita akan jadi rambang mata. Tapi, beli yang kita nak makan je la sbb harga makanan pun boleh tahan. Hahaha.



Jalan sampai hujung, korang akan nampak Ayam Penyet Surabaya. Masa pergi Jogja hari tu, Eyza paling suka Ayam Bakar dekat kedai Ayam Penyet Surabaya ni. Lepas ni dah tak payah pergi Indonesia dah kalau teringin. Makan je kat sini.Tapi rasa sama ke tak Eyza tak sure sebab belum rasa. Nanti nak try la.





Kerusi meja pun diaorang dah sediakan siap dengan payung lagi.Memang selesa la tempat tu untuk kita lepak.


Eyza dengan hubby bukan nak makan pun. Kami dah kenyang. Tapi saja la lepak-lepak petang kat situ sambil makan Nachos.




Air buah-buahan yang Eyza beli tu memang sedap. Hubby ambik Mango Susu Float dan Eyza ambik Dragon Fruit Blended. Sedap. 

Nanchos pulak ok je tapi Cheese dia sikit sgt. Tak puas. Nanti nak try ada Bolognese pulak.


Apa-apapun lepas ni Eyza dah ada tempat baru nak lepak ngan hubby kalau boring kat rumah. Kalau korang nak datang sini, landmark dia Stadium Kuala Lumpur atau Tasik Permaisuri. Tak jauh pun dari HUKM. Bye Korang.