Blog Eyzamiel: TTC
Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

4.4.18

Gugur lagi buat kali kedua (6 Minggu)

Wednesday, April 04, 2018 20
Gugur lagi buat kali kedua (6 Minggu)
GUGUR LAGI BUAT KALI KEDUA / Assalammualaikum dan hai korang. Dah baca entry Eyza pasal eyza mengandung lagi buat kali kedua? Kat situ Eyza ada bagitau yang ada sesuatu yang buat Eyza risau. 


Ye! Buat kali kedua Eyza gugur lagi. Allahhuakbar! Subhanallah! Eyza cuba kuat kali ni. Lebih kuat! Eyza Redha atas Ujian Allah pada kami.

22 Mac 2018
Pagi tu Eyza bangun tidur dan nampak ada darah kat pantyliner. Hati dah mula rasa tak sedap. Tapi, Eyza gagahkan juga pergi kerja sebab baca kat Internet ada yang cakap tu tanda-tanda nak menempel. Ok, siap-siap pergi kerja walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.

Dalam pukul 10.00 pagi, Eyza dapat rasa macam darah banyak keluar. Hati dah tak sedap dan terus drive balik ke rumah ambik husband dan kitaorang pergi Klinik Sri Permaisuri sebab member suggest pergi situ. Masa sampai dah nampak ramai orang. masuk je dalam, nurse cakap kena tunggu sebab ada 12 orang lagi patient. Maybe dalam  sejam atau lebih kena tunggu. Hubby tak nak. Kami pun keluar dan cari Klinik dekat sekitar Cheras. Kebanyakan klinik tak buat scan. Lepas tu, nampak Klinik Putrijaya dekat area ni. Takde orang. Ok. tanya dia ada buat scan? Nurse cakap ada. So, Eyza proceed nak check kat situ.

Masuk jumpa Doktor, cerita sikit-sikit kat dia n dia scan. Tau tak apa doktor cakap? Eyza tak mengandung. Ha???? Dia kata dah scan xde baby pun. Rahim pun tak ada tanda-tanda macam mengandung. Padahal, dia godek 2,3 kali dah cakap macam tu. macam tak ada effort pun nak check. At least ko suruh buat upt ke apa untuk sahkan. eyza pulak dah blur plus risau memang tak terfikir nak buat UPT kat situ. eyza tunjuk UPT yang Eyza buat sebelum tu kat Doktor, Dia pandang macam tu macam tu je. Pastu decide Eyza tak mengandung.Tanya doktor, perlu ke Eyza ambik Duphaston, dia kata tak mengandung buat apa nak ambik. Eyza pun keluar dari bilik Doktor dengan muka sedih dan confius. Check ala kadar macam tu, tanpa ubat apa terus kena bayar RM 68.00. Bayar je la.Ok, dapat MC sehari, tu pun lepas Eyza tanya. Kalau tak memang dia tak bagi.Eyza memang tak suggest korang scan pregnancy kat sini. Huhuhu.

23 Mac 2018
Eyza decide ambik cuti untuk berehat dekat rumah sebab darah masih keluar. Lagi banyak dari semalam. Buat UPT still positif. Eyza just baring je apa pun tak buat. Sambil tu dok fikir jugak, betul ke aku tak mengandung tapi UPT POSITIF.

24 Mac 2018
Sama jugak macam semalam, still bleeding. eyza just baring je seharian.

25 Mac 2018
Still sama. Darah turun tapi macam dah tak banyak.

26 Mac 2018
Eyza rasa macam tak sedap hati. eyza decide ke HUKM. Buat UPT. Tapi masa tu tak dapat kencing. Air kencing sikit sangat-sangat. Nurse buat UPT dia kata negatif. Ok, masa ni Eyza rasa tak mengandung la ni. Tapi eyza still ada rasa loya dan sakit kepala. Pastu alah bau masakan n bau vape. Lepas ke HUKM Eyza masuk opis sebab dapat time slip je.


27 Mac 2018
Pagi ni still bleeding. pergi kerja macam biasa. Pagi tu ok, dok happy-happy dengan kawan-kawan. Petangnya dalam pukul 2.30 makin banyak bleeding dan perit sakit macam masa gugur yang first. Eyza dah rasa tak sedap hati sebab kalau period tak macam ni.Eyza terus minta kebenaran bos ke Klinik Kesihatan Tanglin.Bila sampai sana, daftar semua tunggu turn. Lepas nombor dah dipanggil, jumpa Nurse untuk saring sebelum jumpa doktor. Cerita semua kat Nurse, dia dah risau. terus dia bawa eyza pergi makmal untuk check urine. Dapat je result, keputusannya posiif. Terus masuk bilik Doktor. Doktor pun risau bila positif tapi bleeding banyak. doktor terus bagi surat rujukan ke Hospital. Eyza minta nak ke HUKM je.

Balik tu, terus pergi toilet sebab nak kencing. Terasa ada benda keluar. Eyza teringat yang masa gugur first, doktor suruh bawa kalau ada yang keluar macam ketulan. Eyza pun ambik letak dalam bekas nak bawak ke Hospital.Bentuk macam hati ayam tu.Lepas tukar pad semua, Eyza ajak husband makan dulu baru ke Hospital sebab Eyza tak makan tengahari tu.

Selesai makan, terus ke Hospital. Lepas jawab soalan lebih kurang dengan student barulah Doktor check Eyza. Eyza kena TVS Scan (Scan ikut bawah). Doktor masukkan muncung itik, dan check kat bawah.Lepas tu Doktor cakap ah clear. Semua dah keluar sendiri.Tiub dua-dua ok. masa ni, Eyza hanya mampu bersyukur sebab bukan mengandung luar rahim. Sedih memang la sedih, tapi Eyza fikir positif sekurang-kurangnya Eyza masih ada harapan untuk mengandung lagi.Kalau mengandung luar rahim, Eyza kena operate. takutnya. Eyza bersyukur Allah lindung eyza untuk ujian yang lagi berat.

Lepas ambik darah, Doktor pun terangkan yang Eyza dah gugur. Masa tu kandungan Eyza baru masuk 6 minggu.Menitik juga airmata. Bohong la akalu tak sedih, 10 tahun kami tunggu cahayamata ni. tapi Allah sayangkan kami dengan anak-anak kami. Takpelah.. Sekurang-kurangnya ada 2 anak syurga kami nanti tunggu kami kat Syurga.

Doktor bagi MC 3 hari je sebab dia kata gugur bawah 10 minggu.Nasib baik la MC tu sampai Jumaat, Sabtu Ahad tu memang cuti. dapat la rehat. Isnin tu masih tak sihat, so Eyza ambik Cuti Rehat. Gugur kali ni Eyza hilang banyak darah dan muka pucat giler sampaikan Doktor suh continue makan Obimin.

Sekarang ni pun Eyza masih berpantang. Datang kerja pun pakai stokin, makan pun masih jaga. Ais memang tak sentuh langsung. Dah 2 anak syurga Eyza. Doakan Eyza masih ada peluang untuk dapat zuriat satu hari nanti.


28.3.18

Alhamdulillah... Mengandung semula selepas 3 Bulan Keguguran

Wednesday, March 28, 2018 11
Alhamdulillah... Mengandung semula selepas 3 Bulan Keguguran
Alhamdulillah.. Eyza pun tak sangka Rezeki Allah bagi secepat ni. Syukur sangat. 

Lepas je gugur hari tu, Eyza memang tak ada follow up kat Hospital walaupun sebenarnya Eyza ada appoinment dekat HUKM awal bulan 3 hari tu. Eyza tak pergi sebab lupa!!!

Adoi.. jenuh la.. Simptom-simptom penuaan dah ketara. Hahaha.

Macam biasa,bila sampai waktu untuk Cik P datang kita memang dah sedia pad dalam handbag. Tunggu punya tunggu x datang. Patutnya 12 Mac hari tu la period. Aish.. lain macam ni.. sejak-sejak period dah regular,kalau x datang rasa lain sangat. Feeling-feeling la pregnant.. Hahaha.

Masa 11 Mac tu,balik kerja terus gi Watson beli UPT sebab takde rasa macam nak period. Pagi 12 Mac (hari yang sepatutnya period) pun xde jugak. Kita pun,bangun tido pagi tu terus la buat UPT. Nampak 1 line terang dan 1 line lagi samar sangat2. Masa ni dah terdetik. Pregnant ke? Tapi diam-diam dulu. Kat Hubby pun tak bgtau.

12 Mac 2018
Bila dah dapat keputusan samar macam tu, Eyza still confius. Rabu tu buat lagi sekali upt sbb dekat ofis ada ujian kecergasan. Nak double cornfirm. Takut je buat2 je aktiviti tu nnti rupa-rupanya ada baby dalam rahim. Kali ni keputusannya terang sikit dari sebelum ni. Tapi masih samar.  Hubby pun perasan Eyza happy pagi tu n dia teka Eyza pregnant. Tunjuk UPT kat dia, terus dia pun happy. Eyza bagtau dekat urusetia ujian kecergasan, Eyza tunjuk upt dan bgtau dr tarikh last period. Doktor anggarkan dalam 4 minggu macam tu.

14 Mac 2018
Ya Allah.. Happy sangat. Pastu, x puas hati. Buat lagi UPT pada 16 Mac 2018. Nak buat sampai UPT nampak terang. Pun sama. Still samar. Tapi nampak la line yg kedua tu.

16 Mac2018

18 Mac tu buat lagi. Nampak terang sikit dr sebelum ni. Tapi yg ni buat petang.Masa ni dah yakin sikit kata mengandung.

18 Mac 2018

Bila stok UPT pun dah habis, Eyza terus borong kat Lazada pulak. Suka UPT kaler pink ni. 21 Mac 2018,Buat lps bngun tido dah nmpk terang..

21 Mac 2018

Sebab stok ada banyak rajin la nk celup.. pagi ni celup lagi..  Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah..

23 Mac 208

Eyza suka tengok UPT bersusun.. senang nak tengok..


Alhmdulillah.. Sujud syukur.. Kandungan Eyza baru lagi.. Tapi.. Ada sesuatu yang dah jadi... Nanti Eyza update kat entry seterusnya ye.

18.3.18

Bidan Urut lepas bersalin/keguguran di Kedah & Penang

Sunday, March 18, 2018 0
Bidan Urut lepas bersalin/keguguran di Kedah & Penang
Hai korang.. Pejam celik pejam celik dah dekat 4 bulan Eyza keguguran. Allahhuakbar!! Rasa macam baru je lagi. Bukan rezeki Eyza lagi masa tu, lepas ni kita usaha lagi. Hihihi.

Lepas je gugur hari tu, Eyza balik kampung berpantang kat sana. Walaupun Eyza gugur, Eyza tetap pantang 2 minggu. Urut tungku semua Eyza buat. Sama macam kita pantang bersalin jugak. 

Eyza rasa bertuah sangat sebab kakak senior masa sekolah dulu sekarang ni dah jadi Bidan jaga orang lepas pantang. Dia dulu bekas nurse dekat Hospital Swasta kat Penang ni. Lepas tu, dia ambik kursus dan belajar ilmu-ilmu perbidanan ni dan sekarang memang expert la.

Sebelum balik kampung, Eyza dah booking akak ni. Eyza panggil dia Kak Ilah tapi ramai yang kenal dia dengan panggilan Maksu.

Eyza ambik pakej 3 hari berturut-turut. Rawatan yang Eyza ambik ialah :
* Bertangas
* Body Stim
* Mandi Herba
* Berurut
* Bertungku
* Pakai Bengkung

Bertangas
Hari pertama, mula-mula Eyza kena Bertangas dulu. Panas. Asyik bangun duduk bangun duduk je. Hahaha. Tapi bertangas ni bagus tau untuk kesihatan badan dan peranakan. 


Ada 7 kebaikan bertangas ni iaitu:
1. Mengecutkan rahim dan menguatkan otot vagina
2. Mengurangkan bau badan dan bau yang kurang menyenangkan pada alat sulit.
3. Membantu mempercepatkan pemulihan selepaa bersalin/keguguran
4. Melancarkan darah Nifas
5. Mengurangkan masalah rahim
6. Mengelakkan masalah kegatalan
7. Membantu melangsingkan tubuh


Body Stim
Dah selesai bertangas, Eyza buat body stim. Yang ni lebih kurang dengan sauna jugak. Badan akan rasa segar je.


Mandi Herba
Mandi Herba ni pun best tau! Settle buat body stim, kita akan mandi air herba untuk buat badan kuat, segar dan wangi sebab bidan Eyza ni buat sendiri tau rempah ratus mandian herba ni. Dia pun ada jual. Tapi Eyza tak ingat pulak sepeket berapa RM.

Berurut
Dah segar badan lepas mandi, barulah berurut. Menjerit-jerit Eyza masa urut tu sebab badan dah masuk angin. Macam mana tak masuk angin, dah seminggu gugur baru balik kampung nak buat treatment ni semua.Tapi lepas urut badan best la.

Bertungku
Seumur hidup Eyza tak pernah bertungku. Ni baru nak buat. Ingatkan just letak tungku and dap dap je. Rupanya kena tekan. Hahaha.. menjerit lagi la jawabnya.

Bengkung
Bengkung ni memang wajib la pakai kalau kita berpantang sebab ia buat badan kita tak menggelebeh dan boleh kembali shape gitu. Bidan Eyza ni dia pakai bengkung panjang yang jenis ikat. Memang rasa jalan pun macam robot, tapi demi untuk penjagaan semula dalaman dan luaran. Apa ada hal. Tapi serius memang best sebab perut tak buncit.

3 hari berturut- turut Eyza buat treatment yang sama, cuma hari last bidan Eyza siap lulurkan badan Eyza dengan lulur yang dia buat sendiri. Best habaq hang. Kulit lembut je. Dah la wangi.

Eyza memang puas hati sangat ambik dengan maksu ni. Dah la harga berpatutan, maksue siap datang rumah cust tau. Tak payah susah-susah kita nak pergi rumah dia. Lagi satu, maksu jugak ada buat pakej untuk jaga ibu berpantang start dari urut, masak dan jaga baby semua dia buat.

Harga? Eyza jamin memang berpatutan dengan servis dia. Kat KL memang tak dapat la harga macam ni. Berbaloi sangat.

So, kalau sesiapa yang plan nak berpantang area Utara (Kedah / Butterworth / Penang) bolehlah contact maksu. Diskaun? Tu Eyza tak pasti. Tapi try la cuba nasib dengan sebut blog Eyza. Hihihi.

Boleh contact maksu kat nombor macam kat bawah ni.

Maksu : ±60195153539

Selamat Berpantang uolls!

Gambar : kredit google


1.1.18

Pregnancy : Keguguran ketika kandungan 12 minggu

Monday, January 01, 2018 23
Pregnancy : Keguguran ketika kandungan 12 minggu
Selamat Tahun Baru 2018!

Ramai kawan-kawan tertanya-tanya kenapa Eyza dah lama tak update blog. Diaorang nak tahu perkembangan kandungan Eyza. Maklumlah 10 tahun tunggu. Bukan Eyza je happy, kawan-kawan yang tahu pun excited.


Mungkin ada yang dah tahu, dan ada yang belum tahu. Sebenarnya Allah lebih sayangkan baby Eyza. Allah hanya pinjamkan selama 12 minggu je dalam perut ni. Sedih? Allahhuakbar.. hanya Allah je tahu perasaan Eyza masa tu. Setiap masa hanya menangis je sebab Eyza dah menanti selama 10 tahun. Kawan-kawan yang kahwin sama tahun, anak-anak diaorang semua dah masuk darjah 5 tahun ni. Sedih macam mana pun, itu yang Allah takdirkan untuk kami suami isteri. Alhamdulillah.. sekarang ni Eyza dah boleh terima dan Redha atas ujian Allah. Sekurang-kurangnya Eyza tahu yang Eyza boleh mengandung cuma rezeki melahirkam tu belum sampai lagi.


Macam mana boleh gugur? Ni la soalan yang paling banyak Eyza dapat dari kawan dan saudara mara yang tahu Eyza keguguran. Masa mula-mula, asal orang tanya je sambil taip whatsapp bagitau sambil menangis. Hampir semua yang Eyza bgtau Eyza akan menangis sampailah Eyza buat status dekat FB supaya tak ada lagi yang akan bertanya. Kalau ada yang tanya pun Eyza diam je sebab Eyza dalam proses nak rawat hati sendiri dulu.Nasib baik la Husband dan family banyak bagi sokongan kat Eyza.

Kronologi keguguran :

6 Disember 2017 - Eyza nyaris nak eksiden pagi tu dan rasa perut macam tak selesa. Malamnya terus Eyza ke Klinik Az Zaara kat Ampang untuk scan. Masa tu Eyza risau sebenarnya sebab simptom2 pregnant macam dah hilang. Eyza dah tak muntah waktu pagi. Tapi Eyza sedapkan hati maybe Morning Sickness Eyza sekejap je.Masa nak scan tu Eyza berdebar sangat. Bila Sonografer scan je, dia kata baby duduk dalam kantung cuma heartbeat x nampak. Eyza dah cuak. Patutnya masa ni dah 11 minggu. Mustahil x nampak. Bila ukur pun dia kata kandungan kecik macam 8 minggu je. Eyza dah menangis teruk dah masa ni. Husband dok tenangkan Eyza tapi Eyza memang tak boleh kawal perasaan. Terus Eyza nak jumpa Doktor. Bila dah jumpa Doktor dia pulak bagi gambaran yang memang baby tak dapat diselamatkan. Siap dia bg contoh Dato Siti lagi yang still boleh mengandung walau pernah gugur. Eyza rasa tak dengar apa yang Doktor dok bebel. Eyza just nangis tanpa henti depan Doktor tu. 

10 Disember 2017 - Start bleeding tapi sikit je. Bila google ramai yang cakap bleeding sikit tu biasa. Eyza pun buat tak tahu je. Masih cuba sedapkan hati yang tak ada apa-apa.

11 Disember 2017 - Dah 12 Minggu. Masa ni Eyza ada appoinment dekat HUKM untuk check up pregnancy.Dalam hati ni hanya Allah yang tahu betapa risaunya Eyza.Eyza tak bagi hubby ikut pegi check up sbb Eyza kalau nampak dia nanti akan nangis. Eyza suruh hubby tggu dalam kereta je. So.. Eyza cekalkan hati Eyza pergi sorang. Masa ni Eyza dah bersedia dengan segala kemungkinan. Bila scan, sonografer beritahu yang baby Eyza tak grow Eyza senyum je. Cuba Redha. Masa jumpa Doktor, lembut je Doktor tu bagitahu. Airmata terus je mengalir. Tapi tak la sebanyak dan sekuat masa kat klinik Az Zaara tu... Habis tu call hubby, masuk je dalam keta terus menangis teruk padahal sebelum tu ingat mampu tak nangis.

Doktor bagi 3 pilihan:
Pilihan Pertama : Dia akan bagi 2 minggu untuk janin keluar sendiri, kalau tak keluar jugak dia suruh proceed option kedua.

Pilihan kedua : Masuk ubat. Ubat ni kena beli kat Private Wing HUKM dan masukkan 3 kali. Kalau tak silap yang ni kena admit wad.

Pilihan ketiga : Cuci atau lebih dikenali dengan D&C. Doktor tak suggest buat yang ni sebab katanya sebab badan Eyza besar takut ada yang luka masa cuci tu sebab diaorang masukkan alat tapi tak nampak keadaan kat dalam.

Apa pilihan Eyza? Setiap malam Eyza doa supaya baby keluar sendiri sebab Eyza takut kalau cuci.

Alhamdulillah.. Allah perkenankan doa Eyza. 

14 Disember 2017 - Eyza dah start sakit sikit-sikit masa dekat opis. Tapi Eyza bertahan je. Malamnya makin kuat. Dalam pukul 9 malam.. Darah makin banyak.. Sakit yang teramat sangat.. Lagi sakit dari senggugut. Rasa perut ni macam kena carik. Eyza hanya mampu istigfar dan mengucap sebab terlampau sakit.

Eyza asyik ulang alik ke toilet. Darah keluar ketul sikit-sikit macam period. Pukul 10 lebih, Eyza rasa nak buang air besar. Duduk je kat toilet, Eyza dapat rasa ada ketulan darah yang besar keluar. Dalam mangkuk toilet dah penuh darah. Tak nampak apa langsung yang ada hanya warna merah. Eyza pun tak sangka yang janin dah keluar masa ni sebab ingat ketul darah macam sebelum ni, Eyza pun terus pam toilet.Lepas tu perut rasa kurang sakit tapi darah makin banyak tak henti-henti sampaikan kain batik Eyza pakai lencun.

Hubby paksa gi HUKM sebab tengok muka Eyza dah pucat. Dengan kain batik je Eyza gi hospital. Pergi Emergency O&G HUKM, masa daftar tu kain dah lencun dengan darah sampaikan nurse suruh tukar kain hospital. Masa Doktor scan, dia kata dah kosong. Janin dah keluar sendiri. Ya Allah, masa tu baru Eyza teringat ketulan besar yang Eyza rasa keluar tu rupanya janin. Sampai sekarang Eyza menyesal sebab pam tanpa tengok baby sendiri. Maafkan IBU sayang. 

Sebab rahim dah kosong, Doktor tak bagi ubat atau suntik apa-apa pun. Eyza tak kena admit wad dan dapat mc seminggu sebab tak cuci. Kalau cuci MC 2 minggu.. Dapat MC sampai 20 Disember, Eyza ambik cuti rehat sampai hujung tahun. Tak mampu nak masuk opis lagi. Takut ramai yang tanya Eyza akan lagi sedih..Nasib baik bos memahami. Tq Bos.

Esok Eyza akan kerja balik. Harap tahun 2018 ni akan bagi Eyza semangat baru dan baby baru. Mudah-mudahan Eyza kuat. Buat semua kawan-kawan TTC, Moga tahun 2018 ni akan lebih bersinar untuk kita dan Moga kita semua akan dapat Baby 2018.

Amin..

4.9.14

Asid Folik Appeton untuk yang merancang nak hamil macam Aku!

Thursday, September 04, 2014 106
Asid Folik Appeton untuk yang merancang nak hamil macam Aku!
Sesapa yang dah lama follow blog aku mesti tau yang aku ni seorang dah lama TTC (Trying To Conceive)... Cuma aku jarang sangat-sangat citer kat blog... Dah lama sebenarnya.. Lebih 7 tahun aku usaha untuk pregnant.. Tapi... belum sampai waktunya.. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku... Memandangkan aku baru jer dapat anak buah, bolehla aku tumpang kasih sayang ngan dia.. Tetiba plak rindu kat dia.. Nurin Izzara Addreana.. kelass nama..hihihi..

Tahun lepas, aku memang tak serius langsung untuk TTC.. biar je.. malas nak fikir.. lagipun masa tu hubby PJJ ngan aku.. sorang kat KL, sorang kat Mersing.. kami fikir, biarlah.. kalau ada rezeki adalah.. tapi.. sampai tahun ni still takde rezeki...

Tetiba, bulan ni.. aku rasa macam.. OMG.. umur dah makin meningkat.. sorang anak pun xde.. nak TTC balik la.. mana la tau berkat dah duduk sekali ngan hubby ni.. So, langkah pertama.. untuk persediaan untuk mengandung ni aku beli Asid Folik...


Dulu aku makan Asid Folik yang ambik kat hospital tu jer.. tapi, bila aku dok search n baca dari blog-blog lain.. Ramai yang suggest beli Asid Folik jenama Appeton sebab dos yang dibagi memang sesuai untuk orang yang TTC ni....

Pentingnya Asid Folik untuk Kesuburan & Kehamilan

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.

Apa itu ASID FOLIK?
Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?
  1. Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  1. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah(anemia). 
  1. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  1. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  •     Sumbing lelangit (cleft palate)
  •     Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  •     Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  •     Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil?
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertamaIni kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?
Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.
Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesisBagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.
sumber: sini


Oleh itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha ALLAH menentukan.  


Aku beli kat Watson je.. Sekotak ada 90 biji... sepatutnya stok untuk 3 bulan... tapi.. disebabkan aku ngan hubby sama-sama makan.. akan jadi stok sebulan setengah je la.. 1 pil tu 400 mcg.. jumlah yang dah sedia untuk kita yang TTC ni.. kalau ambik kat klinik kalau tak salah aku 1 pil 5mg.. kalau ambik yang 5mg.. korang jangan la risau plak.. sama je ngan appeton.. cuma kalau terlebih, takpe.. nanti akan keluar sekali ngan air kencing... Don't Worry... ops lupa plak.. masa aku beli ni ada diskaun.. aku dapat RM 37.00 sekotak.. Harga asal RM 39.00.. ok la kan..less 2 ringgit.. walaupun Asid Folik brand Appeton ni agak mahal berbanding yang biasa.. tapi.. demi untuk anak.. apa la yang kita nak berkira kan? Bye..

16.4.14

Ole-ole dari Mekah

Wednesday, April 16, 2014 2
Ole-ole dari Mekah
Hari tu membe kat tempat kerja aku ni pergi Umrah... aku langsung x kirim apa2..  doa pun x... sebab aku lupa..hihihi... pastu, bila dia balik.. aku xde la mengharap apa-apa pun... tup-tup.. dia panggil aku.... la.... rupa-rupanya dia ada belikan aku sesuatu... Nak tau apa yang dia bawak balik utk aku? cuba tengok kat bawah ni...

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

apa ek?

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Jap yer

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Tara....



Alhamdulillah... aku dapat serbuk debunga kurma dengan coklat kurma... Thank's Cik Kiah... Syukur sangat dapat kawan-kawan yang memahami dan memberi semangat untuk aku terus berTTC.. Mudah-mudahan berjaya kali ni.. Amin... 

27.3.14

Rugi ke kalau kita tiada anak?

Thursday, March 27, 2014 7
Rugi ke kalau kita tiada anak?
Aku tertarik dengan Entry Neenaanuar hari ni...  pasal anak... kebanyakkan orang (tapi tak semua la) akan kata orang tak ada anak ni rugi... ye ke rugi?... dari satu sudut... memang aku akui.. rugi tak ada anak.. ye la, x ada waris kan? nanti bila kita dah meninggal.. xde anak2 yang nak bacakan Yasin untuk kita... Bila kenangkan semua tu.. aku rasa DOWN sangat.. aku pernah menangis bila orang-orang disekeliling aku malah orang yang rapat dengan aku pun tak faham perasaan kami yang TTC (Trying To Conceive) ni.. selalu tanya soalan-soalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab...

~Bila nak ada anak ni?
~Sampai bila nak hidup berdua?
~Tak rasa rugi ke tak ada anak?
~Umur dah makin meningkat, anak tak ada lagi... 
~Sayang ko tak ada anak, kalau tak bole join kitaorang pergi ekspo baby....
~La... tak ada anak lagi? dah lama kan kawen? kawan ko xxx tu dah berderet anak dia..ko kawen dulu kan sebelum dia?

Korang tak rasa sakit hati ke kalau dengar soalan macam ni?... tambah2 kalau time tu tengah kenduri kendara.. ramai orang.. dari orang tak tahu.. sampai tahu.. pastu, mula la ada yang mencelah... Kkdg diaorang hanya pandai bertanya jer... penyelesaian xde... menyakitkan hati jer....

Ada ke orang yang kawen x nak anak?... bohong la kalau kata tak nak.. walaupun mula2 x nak..lama-lama nnt mesti perasaan nak jadi ibubapa tu akan ada jugak kan? kalau orang kata aku tak berusaha... dia tahu ke apa yang aku buat? aku tak pernah cerita treatment aku kat sini... sebab? aku tak nak terlampau fikir soal ni... tapi... orang yang tak tahu.. main tuduh jer.. kata kami suami isteri ni tak berusaha... apa yang aku tak buat? aku pernah sampai tahap cucuk perut sendiri dengan ubat kesuburan.. tapi, xkan aku nak cerita semuanya tu pada org2 yang TERLALU AMBIL BERAT.. kang kata aku mintak simpati pulak.... susah kan nak puaskan hati orang?... kalau aku tak de anak, hati diaorang tu sakit sangat agaknya kut..... Ye la.. diaorang tak dapat pergi bercuti berdua @ bercuti bujang ngan kawan2 sebab xde orang jaga anak... Agaknya la kut kan?

Walau apapun, aku respek dengan kawan2 aku yang faham.... yang bagi kata-kata semangat.. yang suggest suruh aku try produk2 kesuburan... yang tak pernah bertanya tentang anak kat aku sebab takut aku kecil hati... yang pinjamkan anak diaorang untuk aku jadikan anak angkat dan teman untuk aku lepaskan rindu untuk ada anak sendiri..... Aku juga rasa bersyukur sangat sebab ada keluarga yang faham... yang tak pernah bertanya... yang tak mendesak... dan Alhamdulillah sebab aku dapat suami yang sangat..sangat...sangat.... memahami dan menyayangi aku sama seperti 12 tahun dulu (waktu kami mula-mula bercinta).. dan sampai saat ini kami masih dalam mood bercinta... Hubby bukan setakat My Soulmate.. tapi dia juga teman dan pendengar yang setia.. dia juga selalu bagi bahu dia utk aku bersandar dan menangis bila ada mulut2 yang mengata aku..

Ya Allah.. Aku bersyukur dengan kurniaanmu... Aku bersukur kerana menganugerahkan aku keluarga, Family In Law dan Hubby yang paling memahami dalam hidup aku... Aku Bersyukur Ya Allah...

Nak jugak letak gambar berdua macam Neenaanuar... hahaha.. 
* Tahniah pada rakan TTC, Azie sebab dah dapat baby yang comel sangat.. selamat berpantang... :)

6.2.14

Kenapa Perlu Bertanya Soalan Yang Terlalu Sensitif?

Thursday, February 06, 2014 4
Kenapa Perlu Bertanya Soalan Yang Terlalu Sensitif?
Baru-baru ni aku balik kampung...Kenduri kahwin adik aku.. Adik lelaki tunggal... memang kalau boleh semua aku nak buat sendiri..maklumla time aku dulu semuanya agak terhad... tapi, aku bukan nak citer tentang Majlis Kenduri tu..nanti2 aku citer tentang tu.. sekarang ni aku nak citer tentang orang-orang yang terlampau concern kat aku.. Concern ke menyibuk? ntahla...

Situasi 1:
Masa tengah sibuk-sibuk nak siapkan Candy Buffet... Ada sorang makcik ni tanya... mana anak? aku cakap blom ada... terus dia cakap.. La... dah 2 kali kenduri pun xde lagi (sebelum ni adik aku alang kawin dan sekarang angah)..tu yg jadi 2 kenduri... Aku cuma boleh senyum dan kata dalam hati... Habis tu makcik nak saya buat apa? 2 kali kenduri kena ada 2 anak ke? 

Situasi 2:
Tengah borak-borak ngan sorang pakcik ni... tetiba terus dia kata.. Anak 2 orang kan? aku terus la kata..blom ada anak lg.. blom ada rezeki.. terus dia kata..la...ingatkan dah lama kawin dah ada 2 anak... Aku? terus cakap... Saya masih Honeymoon lagi... dan terus blah dr situ...

Situasi 3:
Sekumpulan kenalan tengah bersembang..maklumla kenduri..masa ni la semuanya nak berkumpul...tetiba terus cakap... Ha.. Nora (kt kg nama panggilan aku Nora).. bila lagi nak ada anak ni..Faezah (adik aku yg kahwin hari tu) yang kahwin lambat dr hang pun dah mengandung.... Aku terus je jawab... x tau la nak jawab soalan tu macam mana.. soal mengandung ni bukannya bila kita kata nak mengandung hari ni terus dapat...kena la percaya pada rezeki yang Allah nak bagi..pastu, aku terus blah dari situ...

Situasi 4:
Jiran aku kat kg... tanya pasal anak... tapi aku langsung x terasa dengan makcik ni sebab dia lembut jer... pastu, dia terus bersungguh-sungguh suruh aku call dia lepas kenduri sebab nak bawak aku pg berurut... aku rasa terharu sangat... (nanti2 aku citer aku pg berurut kat mana ye)

Ramai jugak yang bertanya pasal anak kat aku.. tapi aku jawab.aku tengah honeymoon lagi.. tu je la cara yang paling sopan untuk aku jawab... malas nak fikir... nak tanya..tanya la... tapi, bila mengenangkan balik soalan2 tu.. aku boleh menangis.. ye la, lebih2 lagi bila ada yang bertanya seolah-olah kita yang TTC ni tak ada perasaan... macam kita boleh jawab soalan2 tu...kalau kita boleh tahu bila kita akan ada anak senang la.. x payah la kita nak buat treatment bagai.. isk... buat semua orang yang terlampau concern pada aku..aku hargai..cuma.. kkdg pertanyaan tu semua akan buat aku sedih.. kalau sekali dua bertanya tak apa..tapi kalau berkali-kali..asyik dok tanya soalan yang sama jer... tak ke buat aku naik angin nanti...

28.1.14

TTC : Period selepas 4 bulan tak didatangi lampu merah itu...

Tuesday, January 28, 2014 2
TTC : Period selepas 4 bulan tak didatangi lampu merah itu...
Alhamdulillah.... 24 Jan 2014 hr tu aku dah period... hepi sangat... walaupun aku x pregnant, tapi sekurang-kurangnya aku period..lepas ni bole cuba lagi.... bila x period, aku risau sangat..ye la, macam mana nak kira waktu subur macam tu...

Bila dah period, aku pun makan clomid start dari hari kedua.. x habis lg makan..ada lg  sehari nak habiskan.. mudah2an cycle kali ni berjaya... Amin...

Nak tau aku minum apa utk period? tungguuuu.....

25.3.13

::Berehat sekejap::

Monday, March 25, 2013 2
::Berehat sekejap::
Dah lama aku x menulis... macam-macam yang terjadi... sekarang ni aku berehat dulu dari sebarang ubat dan rawatan kesuburan... dan alhamdulillah... dah 4 bulan period aku ok.. dari bulan 12 sampai la bulan 3 ni..tiap-tiap 22hb mesti period... walaupun usaha utk mengandung masih blom berjaya, tapi sekurang-kurangnya period aku yg ting tong dah ok sikit...lepas ni baru bole fokus balik... tahun ni aku ngan hubby berehat dulu dari sebarang treatment.. biarkan aje..kalau dah ditakdirkan rezeki aku ngan hubby, InsyaAllah..satu hari nnt kami akan jadi ibu dan ayah.. Amin...

27.3.12

::TTC~ Petua Untuk Sang Suami::

Tuesday, March 27, 2012 13
::TTC~ Petua Untuk Sang Suami::

Sekarang ni mood nak update dah ke laut...
Tak tau la nape makin lama makin malas nak update...
Nak kata takde cerita, ada..
Nak kata ada cerita, malas nak tulih....
Macam2 aku ni kan....

Ok, cerita pasal TTC..
tadi masa aku ngan membe aku yang sama2 TTC makan kat Pantry..
Tetiba CC Unit Sumber Manusia masuk...
Dia tanya la membe aku tentang trip dia gi Langkawi..
Pastu, tetiba dia bagi satu petua untuk pregnant....

Dia kata...
Petua ni untuk suami amalkan....
cuma guna susu segar ngan Badam Serbuk....
Mula-mula, panaskan susu..
Tak kisah la susu lembu atau susu kambing....
Pastu, masukkan dalam cawan dan campur ngan badam serbuk....
Masa masukkan serbuk tu, selawat sikit dan niat dalam hati untuk dapatkan zuriat...
Kemudian bagi husband minum....
InsyaAllah berjaya sebab sedara dia dah kawin 7 tahun..
Cuba petua ni dan Alhamdulillah, dah ada anak sorang....

Aku memang nak cuba..
tapi....
aku kan PJJ ngan hubby....
takkan la seminggu dua kali jer nak buat camtu.... *alasan la tu kan
lagi satu, mana pulak aku nak cari susu segar ni....
dan kalau ada pun, hubby bole telan ke? hi..hi..hi...

Kawan2 TTC, nak try ke?

8.4.11

::Jalan-jalan::

Friday, April 08, 2011 4
::Jalan-jalan::
Pagi tadi puspanita ada buat pertandingan memasak makanan untuk kanak-kanak...
aku x masuk... ye la.. aku bukannya arif sgt ttg makanan kanak-kanak...
takut terkeluar dari tema pulak...
jalan terbaik... tak payah gatai-gatai nak masuk.....

disebabkan keja pun kurang dan bos pun takdak, aku pun jalan2 la kat blog orang lain (Habisla, kalau bos aku baca... :) )
dan kebanyakan blog yang aku masuk, semuanya senasib ngan aku....
TTC...
Rupanya ramai sgt yang senasib ngan aku....
kkdg aku rasa down sgt bila fikir tentang anak...
aku fikir hanya aku jer yang diuji (padahal tahu ramai yang senasib)..
tapi still x dapat terima...
tapi, hari ni...
masa aku jalan2 dari satu blog ke satu blog....
rupanya ada ramai yang ujiannya lagi hebat dari aku...
ada yang ade cyst, fibroid, endremetreosis dan ada yang hanya tinggal satu jer rahim...
ada juga yang suami ada perempuan lain bila isteri x dpt bagi zuriat.... ada yang suami langsung x bagi sokongan bila isteri ajak buat rawatan.....

Tetiba,aku baru tersedar...
aku harus bersyukur tak kena semua tu...
hubby aku bg sokongan setiap apa yang aku buat...
dialah yang sentiasa bg perangsang bila aku rasa frust sgt dgn cakap2 orang...
dialah juga yang pinjamkan bahu untuk aku menangis bila ade yang mencerca...
Aku x bole cepat berputus asa...


"Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, Apabila Dia lambat makbulkan doamu, Dia ingin mengujimu, Apabila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah"



P/S:Semoga kita-kita semua yang sedang diuji oleh Allah...
akan sabar dan tabah menghadapi segala kemungkinan....
InsyaAllah... suatu hari nanti kita akan mendapat juga permata yang ditunggu-tunggu..... Amin....


eyza