December 2020 - Blog Eyzamiel

19.12.20

Jadi kan Grill Butter Chicken Di The Chicken Rice Shop Jodoh Anda

Saturday, December 19, 2020 0
Jadi kan Grill Butter Chicken Di The Chicken Rice Shop Jodoh Anda


GBC Jodoh anda? Ha.. Apa tu GBC? GBC tu Grilled Butter Chicken. The Chicken Rice Shop dah keluarkan balik menu meletup diaorg dulu iaitu Grilled Butter Chicken. Tapi apa kena mengena dengan jodoh pulak kan? Mula-mula Eyza pun tertanya-tanya jugak tapi bila Eyza sendiri rasa Grilled Butter Chicken ni baru Eyza dapat jawapan. 


Kombinasi Ayam yang di goreng dan Grilled Butter memang serasi sangat. Macam pasangan bercinta gitu. 

Grilled Butter Chicken dekat The Chicken Rice Shop ni memang tak muak langsung sebab ada rasa pedas dan manis serta lemak gitu. Susah nak describe sedap dia macam mana. Yg pasti lepas letak kuah butter ayam still Rangup lagi. 


Ada 3 pilihan Set yang kita boleh pilih. Eyza tadi pilih Set A untuk seorang makan. Tu pun Eyza rasa portion dia besar. Share berdua dengan Husband baru habis. Dalam set ni juga kita boleh add on Boba Drinks dengan Mantou. 


Sekarang ni The Chicken Rice Shop tengah buat Peraduan GBC Jodoh Anda. 10 pemenang bertuah akan di pilih untuk memenangi Baucer dari The Chicken Rice Shop. Cara nak sertai pertandingan ni Mudah je. 



Ikut je step-step kat bawah ni:

1. Muat turun penyertaan anda di salah satu media sosial iaitu Instagram Feed / Instagram Stories / Facebook atau Tik Tok. 

2. Syarat kedua kena beli Grilled Butter Chicken Di The Chicken Rice Shop dan ambil gambar hidangan tersebut. 

3. Buka Instagram Stories anda dan cari Filter "FAKE VIDEO CALL". 

4. Pilih gambar Grill Butter Chicken dengan klik "Add the Photo / Add the Media". 

5. Muat naik video tersebut di salah 1 media sosial seperti di atas. 

6. Pasti kan anda tag @TheChickenRiceShop dan letakkan tanda pagar #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken di posting anda. 

7. Pasti kan Posting anda dibuka untuk Public. 


So, tunggu apa lagi. Jom la kita ke The Chicken Rice Shop. Jangan lupa pesan Hidangan Grilled Butter Chicken dan join contest ni. Mana tau rezeki menang baucer pulak nanti. 

Facebook
https://www.facebook.com/thechickenriceshop

Instagram
https://www.instagram.com/thechickenriceshop/?hl=en

#TheChickenRiceShop
#TCRS
#GrilledButterChicken
#JadikanGBCJodohAnda