Blog Eyzamiel: Plus Size
Showing posts with label Plus Size. Show all posts
Showing posts with label Plus Size. Show all posts

26.12.19

Kat mana nak cari Baju Plus Size yang cantik dan selesa?

Thursday, December 26, 2019 1
Kat mana nak cari Baju Plus Size yang cantik dan selesa?

Pejam celik pejam celik dah tak lama kita nak masuk Tahun 2020. Dah capai ke azam Tahun 2019?

Aku tahu ramai yang berazam nak kurus kan? Berapa orang yang berjaya. Aku ni contoh salah sorang yang tak berjaya. Hahaha.

Tapi kan, zaman sekarang dah senang dh nak cari baju cantik-cantik. Kalau nak tunggu kurus, memang tak bergaya la jawabnya.

Salah satu tempat shopping Plus Size yang aku suka dah tentu la Mis Claire. Dekat sini semua baju trendy dan sesuai untuk kita-kita yang Plus Size ni.


Minggu lepas diaorang baru je lancarkan koleksi Mis Claire x Siti Nordiana. Cantik-cantik wei koleksi ni. Boleh mix n match lagi. Aku tengok diaorang pakai, terus aku pun berkenan jugak. Tak sabar nak tunggu baju aku sampai.






Dekat majlis tu jugak, ramai kawan-kawan yang pernah kena "Body Shaming" ni share pengalaman diaorg. Bagi aku, orang yang suka Body Shaming orang ni memang tak patut hidup bermasyarakat. Pi dok kat hutan sorang2 baru dia ada akai.




Aku dulu masa sekolah pun ada jugak org ejek. Pernah rasa down, tapi x lama. Lepas tu aku bangkit dan lantak la kat orang yang mengata aku tu. Sekarang ni, kehidupan aku jauh lagi bagus dr dia.

Ok.. tak mau la cerita sedih2. Aku sebenarnya nak cerita pasal baju je pun. Takpa2, kita boleh buktikan walaupun kita Plus Size tapi kita tetap hot tau.



Tak mau cerita banyak-banyak. Korang gi la terjah Website diaorang. Gerenti rambang mata macam aku.


Tapi kalau korang nak pergi Butik terus pun boleh. Korang boleh ke Robinsons KL atau ke Taman Sea, PJ. Boleh tengok detail dekat:

IG : Mis Claire   FB : Mis Claire

5.6.17

Shopping Baju Raya Plus Size di Mis Claire

Monday, June 05, 2017 3
Shopping Baju Raya Plus Size di Mis Claire
Salam Ramadhan uolls. Kejap je kan dah 10 Ramadhan. Dah beli baju raya ke? Eyza sekarang ni memang malas dah nak tempah-tempah. Beli siap je senang. Dah banyak online shop jual baju untuk Plus Size macam Eyza ni.

Rasanya dah 3 tahun Eyza tak tempah baju. Bukan apa, selalu kalau tempah mesti dapat malam raya walaupun tempah 3 bulan sebelum puasa. Sadis kan? Sebab tu la Eyza beli siap je. Baru puasa hari pertama baju raya dah sampai. Hahaha. Over sangat kan.

Ramai jugak kawan-kawan dok tanya Eyza shopping baju dekat mana. Erm.. penat jugak nak cerita sorang-sorang. Cara paling senang, Eyza up je kat blog. Sape tanya lagi, Eyza suruh je bukak blog. Senang kan?

Untuk tahun ni, Eyza beli baju raya dekat Mis Claire yang memang dah terkenal dengan fesyen baju untuk wanita-wanita comel macam Eyza ni.Sebenarnya ni bukan kali pertama Eyza shopping kat sini, dah banyak kali pun. Semua baju kat sini menepati apa yang Eyza nak.

Mis Claire adalah salah satu jenama baju wanita plus-size dari Malaysia.
Reka bentuk pakaian dari Mis Claire tertumpu kepada
gaya yang kemas dan anggun, serta pemilihan material yang terperinci bagi memastikan keselesaan wanita plus size.

Sempena Aidilfitri 2017, Mis Claire mengeluarkan koleksi Raya yang merangkumi corak, gaya dan warna yang menawan
dari saiz 2XL sehingga 7XL.Eyza sendiri pun rasa macam nak beli semua je.

Koleksi Minimalistik



SET  KEBAYA  MINIMALISTIK


Baju Kebaya telah menjadi pakaian tradisional dalam budaya dan sejarah kita. Ia merupakan salah satu busana kemestian yang sesuai untuk majlis dan keraian - potongan yang menyerlahkan kewanitaan dengan warna polos yang menarik, dan ditambah dengan aksesori mampu menyerlahkan penampilan anda.

*tidah termasuk kerongsang




KURUNG  MODEN  RENDA

Minimalistik yang ditampilkan, si pemakai masih mampu tampak mewah dengan renda berjurai


KURUNG MODEN  STAIL “NEELOFA

Walaupun rekaan berunsur minimalistik, set kurung ini tetap tampil moden dengan gaya yang diinspirasikan oleh Neelofa.



Koleksi Noir



KEBAYA RIAU
Kebaya Riau Yang dikemasi dengan tenunan keemasan mampu menonjolkan sisi anggun wanita selain memberikan gaya unik.






                       KURUNG  PAHANG
 Baju Kurung Pahang yang berdasarkan potongan pesak, klasik dan sopan semestinya pilihan utama untuk Hari Raya. Baju dan kain dijual berasingan.


                             
Koleksi Garland

Koleksi Garland diinspirasikan dari corak floral yang unik dan romantik. Rekaan dan potongan koleksi ini membuat pemakai nampak lebih langsing walaupun dengan corak bunga yang padat.
Baju dan kain boleh dibeli berasingan, saiz sesuai sehingga 6XL.





Koleksi Floral


KURUNG MODEN BABYDOLL
Potongan "Babydoll" yang menjadi trend semasa digubah menjadi kurung moden.



KEBARUNG  FLORAL

Gabungan dua rekaan klasik, kebaya dan kurung yang menjadi pilihan ramai pada tahun ini.
Set kebarung moden rekaan floral, ekslusif dari Mis Claire bakal menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.


Selain dari baju Untuk koleksi Raya, Mis Claire juga ada baju kasual untuk kita santai. 



Rambang mata kan? Ni baru sikit yang Eyza tunjuk. Kalau masuk web lagi la tak tahu nak pilih yang mana satu. Koleksi ni semua dah dilancarkan kecuali koleksi Floral yang akan dilancarkan esok. So, esok jangan lupa duduk depan PC untuk shopping kat sini. Eyza dah pilih. Uolls bila lagi? Nak tahu baju mana satu yang Eyza beli kat sini? Kena la tunggu Raya. Kalau tunjuk sekarang tak surprise la. :)


Bilik Pameran Mis Claire

Waktu Operasi:
Selasa - Sabtu 
(10.00 pagi - 5.00 ptg)

Alamat:
35-First Floor,
Jalan SS 23/15,
Taman Sea,
Petaling Jaya,
Selangor.

Waze:
Mis Claire

No. Telefon:
03-78876008
*Sila hubungi untuk temujanji sebelum datang







12.11.15

Happeningnya di Plusify Anniversary Sale

Thursday, November 12, 2015 2
Happeningnya di Plusify Anniversary Sale

Hari tu kan aku ada war-warkan pasal Plusify Anniversary Sale ni... So, harus la aku tak lepaskan peluang datang sini.. Padahal aku dari kampung, sampai je KL terus gegas datang sini.. semangat tau sebab Baju Plus Size punya pasal...


Yang bestnya shopping hari tu adalah sebab banyak diskaun.. Yeay... mana nak dapat diskaun sampai 30% kalau takde sale.. hihihi...


Banyak jugak pilihan baju, handbag dan aksesori... rambang mata dibuatnya..


Bikini pun ada tau... yang ni aku tak beli la..bila aku nak pakai kan... hahaha...










Ramai orang hadir hari tu... aku plak tak tau nak pilih baju mana sebab semua cantik...


Masing-masing semua muka happy sebab dah dapat baju yang diidam-idamkan...


Aku pilih baju n Clutch bag ni.. trendy tau.. ;)


So, kalau nak cari baju yang trendy dan comel.. bole la terjah ke Plusify Boutique.. 



21.10.15

Plus Size! Jom ke Plusify Anniversary Sale

Wednesday, October 21, 2015 2
Plus Size! Jom ke Plusify Anniversary Sale
Aku tau mesti Plus Size macam aku ni susah cari baju kan? Aku pun sama gak.. kebanyakan baju aku beli online je.. tapi bila kita beli online kadang-kadang bila baju sampai tak seindah yang kita nampak dalam gambar... Frust di situ..


Tapi.. sekarang ni korang dah takyah risau.... sebab dah ada Butik Plus Size yang best.. Butik Plusify yang terletak di Jalan Suppiah Pillay... Ada banyak pilihan baju yang trendy untuk kita.. untuk yang bertudung kita bole mix n match supaya tetap menepati syariat....


Dan apa yang lagi Best... Plussify akan adakan Anniversary Sale tak lama lagi..

Detail:

 Tarikh:
Hari Ahad
25 Oktober 2015

Masa
11 pagi hingga 3 petang 

di
Plusify Private Boutique
33-1 Jalan suppiah Pillay Off jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur.


Aku pun tak sabar nak pegi Plusify Anniversary sale ni.. Banyak benda best tau.. Kalau korang menjadi antara 30 terawal yang mendaftar untuk hadir di Laman Web Plusify, korang berpeluang untuk mendapat goodies bag yang bernilai RM50.00. Best kan?

Macam mana nak daftar? senang jer..


kena masuk Laman Web Plusify .. Klik Sini .. Pastu cari Registration (yang aku bulatkan dalam gambar kat atas)

Then.. isi detail dalam tu... senang je kan?

Selain dari goodies bag.. Plusify studio juga akan memberikan potongan sehingga 30% untuk barangan mereka tapi hanya pada hari tu je tau.. Dapat goodies.. pastu dapat diskaun lagi.. sape tak nak kan? Jom ramai-ramai kita memeriahkan suasana dan shopping selai dua baju kat sana..


Aku siap bagi peta sekali ni tau.. Takde alasan tak tau tempat.. 

Instagram : Plusify
FB : Plusify
Web : Plusify

Jumpa kat sana ye... ;)