Meriahnya The Blogger Dinner 2017 di Hotel Concorde - Blog Eyzamiel

21.5.17

Meriahnya The Blogger Dinner 2017 di Hotel Concorde

Ada orang tanya Eyza... Best ke jadi Blogger? Apa yang korang dapat bila jadi blogger? Erm..
 Camne ek nak terangkan. 

Banyak yang best sebenarnya.. Salah satu yang buat Eyza rasa seronok jadi blogger ni ialah bila blogger berkumpul. Best tau bila kita jumpa blogger yang selama ni kita kenal kat alam maya je. Macam-macam cerita yang keluar.

Sebab tu la bila Blogger Tersohor, Abang Hasrul Hassan bagitau nak buat Blogger Dinner terus Eyza setuju nak pergi.

Buat julung-julung kali Hexa Cooperation & Lynk.my menganjurkan Dinner untuk Blogger. Dinner ni dibuat di Concorde Hotel Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ramai blogger dan ada juga artis yang hadir.


Eyza dengan Emi dah janji nak jumpa dekat Stesen Monorail Bukit Nenas. Eyza pergi naik train je senang sebab malas nak drive.. hari Jumaat memang terkenal dengan hari jammed. So, malas la nak menyusahkan diri mengadap jammed. Masa tengah jalan nak ke Concorde, jumpa pulak dengan Blogger Alja.. Yeay ada gang.. berjalan beriringan la kami ke Concorde.


Sampai je, daftar terus ke Photo Booth. Blogger dan gambar memang tak dapat dipisahkan. Jom la kita posing dulu sementara tunggu nak masuk dewan.


Pangacara malam tu ialah Sharifah Syahira.. Cantik jugak dia bila tengok live. Suka tengok dia mengacara. Bersahaja je. Sempoi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan dari Abang Hasrul. Bila dengar Abang Hasrul bercakap kat depan tu terus rasa nak jadi blogger hebat macam beliau.


Masa daftar kami semua dapat nombor untuk cabutan bertuah nanti. Eyza dapat no 190. Dalam hati dah niat, tak kisah la hadiah kecik ke besar janji dapat.


Makanan kat Concorde ni memang sedap. Eyza paling suka sushi kat sini. 2 kali Eyza tambah. Hahaha.


Sambil-sambil makan tu Eyza dengar no Eyza dipanggil. Yeay. Alhamdulillah.. dapat jugak cabutan kali ni. Eyza dapat antara terawal. Tak kisah la janji dapat kan. Tapi best jugak sebab Eyza dapat Perfume Prince dari @PERFUMEBYCINTA .


Ramai membe2 blogger yang dapat pelbagai hadiah hebat. Emi dapat ipad uolls. Bestnya... Rezeki dia.

Dan.. malam tu jugak ada award.. Best ni.. dah macam artis dah.. hihihi...

Nak tau tak sape dapat Award Best Blogger? Ha.. Award ni dimenangi oleh Ida dari Blog http://www.sayaiday.com


Wow.. Bertuah betul Ida.. Rasa bersemangat nak jadi blogger hebat macam dia.


Eyza terpaksa balik dalam pkl 10 lebih sebab Eyza naik train dan husband Eyza pun demam malam tu. 


Rasa sayang nak tinggalkan kawan-kawan yang happening tu awal-awal. Tapi nak buat macam mana kan.. Suami lagi penting.. Dia bagi izin pergi berjimba ni pun dah cukup baik... hihihi..

Kredit : Sally Samsaiman

Harap tahun depan dapat lagi join Event macam ni. Happy bila tengok goodies bag sebab ada Lola Lip Cream (Honolulu Pink No 04)  dari LOLALOVECOSMETICS , La Jolie Lipmatte by GLOWHITE (Venice) dari Glowhite dan Discount Voucher RM 50 dari @lola_little_heaven


Moga makin murah rezeki semua sponsor untuk majlis ni terutamanya hexacooperation.com  , http://ikedaikami.com/ dan Lynk.my . Tq uolls.

10 comments:

  1. Wah syok tu dpt p dinner blogger pastu dpt adiah perfume lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun nasib baik buat dalam KL, kalau jauh memang tak dapat jugak nak pegi. hihihi

      Delete
  2. wow! best event ni especially bila abg HH berucap..
    tahniah menang lucky draw!

    moga sue pun dapat join kalau ada lg.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Sue.. Dengar kata Dinner ni nak buat acara tahunan.. Tahun depan boleh la join..

      Delete
  3. Bestnya dapat lucky draw tak kisahkan besar atau kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. sebab Eyza ni susah Lucky.. kalau dapat dah kira syukur rahmat dah.. Hihihi..

      Delete
  4. bestnya.. HH buatlah hari cuti.. nak join jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan join tau. Harap2 jadi acara tahunan lepas ni..

      Delete
  5. Wahhh! Seronoknya baca! 🤗

    Cik Lisa blogger status bilis comel lagi, so semua benda ni pun macam masih still baru dan banyak benda yang Cik Lisa tak tahu.

    Thanks sebab share entri ni dapat lah sedikit sebanyak kita nak tahu apa ada dalam dunia blogger ni kan? Maklumlah sebab masih bertatih kan? 🤗

    Salam perkenalan 😊.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Cik Lisa.. takpe pelan2.. Eyza dulu pun buat blog suka2 je.. Tak sangka dapat ramai kawan dengan blog je..

      Delete