Blog Eyzamiel: Althea Angels
Showing posts with label Althea Angels. Show all posts
Showing posts with label Althea Angels. Show all posts

19.5.19

Althea Angels My First Gathering + A'Bloom Launch

Sunday, May 19, 2019 0
 Althea Angels My First Gathering +  A'Bloom Launch

Kalau yang follow Eyza dekat IG mesti tahu yang Eyza ni salah seorang dari Althea Angels. Eyza happy bila dapat cuba pelbagai barangan dari Althea Korea. Dah la semua produk dia best-best.Memang berbaloi sangat.


Baru-baru ni telah diadakan Althea Angels My First Gathering +  A'Bloom Launch yang bertempat di Softsrve Ice Cream, Desert and Ballon Bar yang terletak di Desa Park City.

Mula-mula rasa segan nak pergi. Ye la, kita ni biasa-biasa je. Yang pergi nanti dah tentu-tentu la cantik-cantik belaka.

Bila borak-borak dengan Mamajue, dia kata dia pergi jugak. Yeay. Ada gang. Mula-mula plan Jue tumpang Eyza, nak dijadikan cerita last minit plan bertukar. Eyza yang terpaksa tumpang Jue. 


Party ni adalah untuk pelancaran produk baru dari Althea iaitu A'Bloom dan bertemakan Warna Pastel. Eyza tak beli baju baru pun. Guna je baju sedia ada. Cuma just Mix n match je. Eyza pilih pakai warna Mint.


Sampai je kat sana, dah nampak warna pink. Yeay. Trademark Althea tu.Walau tempat tu penuh dengan Althea Angels dan agak sempit sikit, tapi kami semua happy sebab dapat makan dan buat aktiviti seperti menghias bekas loose powder.

Eyza sempat mencuba beberapa produk yang ada kat situ. Ada antara produk tu, Eyza dah ada pun. Boleh kata kebanyakkan barang mekap Eyza adalah dari Althea Korea.




Untuk makanan, kami semua dapat kupon dan redeem apa yang kami nak makan dulu. Best sebab ada teh, kopi, soft drink, waffle dan Aiskrim. Tak puas makan waffle dan  aiskrim tu sebab sedap sangat.





Aktiviti menghias bekas loose powder pun best sebab dapat asah bakat kita jadi kreatif. Tapi Eyza ni tak kreatif. Habis comot. Hahaha.




Lepas tu Majlis diserikan dengan ucapan dari Mamasan Tammy. Tq Tammy bagi Eyza peluang jadi salah seorang Althea Angels.


Di Majlis tu, kami diperkenalkan dengan tiga produk A'Bloom dan telahpun mula dijual di Website Althea Korea mulai 23 April 2019.


A'bloom Meringue Puffs 
[Baby Meringue Puffs & Giant Meringue Puff]


Puffs comel ni ada 2 saiz. 1 yg Giant dan satu baby. Yang giant boleh mengembang sebanyak 1.5 dari bentuk asal manakala yang baby ada 3 dalam 1 bekas.

Lepas ni senang la Eyza nak pakai foundation. Ada yang besar dan kecik. Boleh guna dua-dua. Dah la puff ni gebu giler. Senang nak pakai.


Harga pulak sangat la murah. Yang Giant cuma berharga RM 8 dan yang baby RM 11.


Untuk pembelian boleh klik dekat Sini

A'bloom BHA Blackhead Blaster


Eyza ni dah la jenis banyak Blackhead. Produk ni sangat sesuai la untuk Eyza. Eyza memang suka sangat pakai ni. Langsung x sakit.


Ianya hitam Arang dan berbau wangi Tea tree Oil. Nak pakai pun senang je. Just sapu selama 1 minit di hidung. Semua blackhead akan tanggal dan hidung nampak bersih je.


Harga satu ni cuma RM 16. Kalau nak beli boleh klik dekat sini

A'bloom Mask Sheet [Watermelon, Avocado, Lemon Lime & Peach


Mask ni ada 4 jenis iaitu:
1)Water-Me-Long-Moisturizing Watermelon Mask Sheet
2)Sparkle-Me-Bright - Brightening Lemon Lime Mask Sheet
3)AC-Me-Peach - Anti Blemish Peach Mask Sheet
4)Avo-Cuddle-Me - Nourishing Avocado Mask Sheet


Sekeping cuma berharga RM 2 dan kalau beli 10 keping cuma RM 15 je. Berbaloi-baloi. Dah la mask ni best.



Kalau nak beli, boleh klik sini

Happy rasanya bila dapat join First party Althea Angel ni. Moga tahun2 akan datang akan lebih happening. Seronok dapat berkumpul dengan semua Althea Angels.


Untuk maklumat lanjut dan pembelian produk-produk Althea, boleh layari https://my.althea.kr/

26.2.19

Althea Make up yang sangat best dari Althea Korea

Tuesday, February 26, 2019 2
Althea Make up yang sangat best dari Althea Korea
 

Kebanyakan barang mekap aku sekarang ni semuanya dari Althea. Tapi sebelum ni, aku beli kat Althea jenama lain. Tapi, kali ni Althea sendiri pun dah keluarkan rangkaian barang mekap jenama sendiri. 

Wow. Dan aku antara yang bertuah sebab antara yang terawal dapat cuba produk-produk ni. Yang bestnya, bukan 1 produk je tau. Tapi ada macam-macam barangan mekap yang best. Sampai aku sendiri rambang mata tak tahu nak pakai yang mana dulu.

Macam biasa la, Video unboxing dan mekap aku ada kat ig aku Eyzamiel . Boleh follow aku jugak kat ig.

Kali ni aku dapat kotak berkonsepkan Hanbok iaitu pakaian tradisi masyarakat Korea. Cantik plak tu kaler dia.

Nak tau apa yang ada dalam kotak tu? Jom kita tengok satu-satu.

SKIN RELIEF SPOT FILM GEL
RM 15 / 19 ML


Produk ni best sebab ianya gel dan senang sangat menyerap. Sesuai sangat kalau korang yang berjerawat. 

Sapu je dekat jerawat dan jerawat pun segan nak tumbuh. Aku plak dah buat eksperimen. Aku letakkan dekat muka sebelum mulakan mekap. Apa yang bestnya, kulit jadi lembap macam pakai pelembap gitu. 

Ok la kan. Boleh kecutkan jerawat dan dalam masa yang sama boleh cantikkan mekap.

Untuk pembelian boleh klik sini

FLAWLESS CREAMY CONCEALER
RM 15 / 6 GM


Aku suka betul dengan concealer ni. Ada 4 jenis warna yang sesuai untuk kulit dan kegunaan yang berbeza.

Empat Kod Flawless Cremy Concealer:

√  #01 Vanilla
√  #02 Ginger
√ #03 Honey
√ # Mocha

Macam aku, semua warna aku pakai. Utk Vanilla aku letak kat batang hidung. Ginger plak untuk tutup lebihan pensil kening dan bawah mata. Mocha untuk buat batang hidung dekat kiri dan kanan. Last sekali untuk Honey, aku buat foundation. Sapu je seluruh muka. Dap dap blend blend. Dah nampak macam pakai bedak.

Yang bestnya bila concealer ni dapat tutup parut-parut jerawat dekat muka aku ni. Nampak sekata je.


Untuk pembelian, boleh klik sini

EYE PALLETE SUNRISE AND MOONRISE BCL X A
RM 140


Serius korang kena ada Eye Pallete ni. Kaler dia sangat terang dan berbaloi untuk beli. Sapu sikit pun dah nampak. Tak perlu tonyoh banyak kali.

Dah la semua kaler yang ada tu cantik. Sampaikan aku sendiri pun x tahu nak pakai yang mana tu. 

Paling best yang glitter tu. Cantik sangat bila kita dah sapukan dekat atas mata. Melekat kaler dia.


Kalau ada yang mencari Eye Pallet yang kaler dia terang dan tahan lama, korang kena beli ni. Dah la murah. Cornfirm tak menyesal.

Kalau nak beli, korang boleh klik sini

WATERCOLOUR CREAM TINT
RM 20 (4.5 ML)


Serius Warna Cream Tint ni sangat-sangat terang. Korang just sapu sikit pun dah berbaloi. 

Cream tint ni dicipta untuk uolls2 yang suka bibir ala-ala kpop gitu. Sapu sikit n ketap bibir pun dah menyerlah warnanya.

Cream Tint ni pun ada 4 warna iaitu:

√ #01 Plum Cream
√ #02 Strawberry Cream
√ #03 Peach Cream
√ #04 Marron Cream


Aku dah cuba empat-empat warna. Memang terbukti semua kaler terang. Cream Tint ni jugak boleh buat blusher. Sapu sikit je kat pipi dan dap dap. Cantik tau.





Kalau nak beli, boleh klik sini

SPOTLIGHT EYE GLITTER
RM 24 (4.5 ML)


Eyza ni bukan la kategori yang pandai pakai eyeliner atau eye glitter. Eyza rasa macam comot je. Tapi orang kata praktis makes perfect kan.

Bila dah try pakai, rasa macam cantik plak. Tapi kalau nak pakai hari-hari macam over plak. Maybe ada event ke boleh la pakai. Kang kalau pakai pegi keje kang. Ada plak yang mengata. Hihihi.


Eye Glitter ni didatangkan dalam 2 warna iaitu :

√ #01 Gold Light
√ #02 Pink Light

Bila dah pakai, aku rasa cantik tau Eye Glitter ni. Takde la over pun. Mata pun nampak menarik gitu.

Kalau nak beli, boleh klik sini


Maklumat lanjut dan pembelian boleh layari Web  Althea

25.12.18

Pore Purifying Serum Cleanser dari Althea ni memudahkan kita menanggalkan mekap

Tuesday, December 25, 2018 0
Pore Purifying Serum Cleanser dari Althea ni memudahkan kita menanggalkan mekap

Ok, hari tu aku ada cerita pasal Stay Fresh Body Sparkling Mist kerjasama antara Althea dan Artis Indonesia terkenal iaitu Titi Kamal. Baca kat sini.

Ok, sebenarnya bukan tu je produk terbaru dari Althea. Ada satu lagi yang tak kurang bestnya.


Bagi wanita bekerja macam aku ni, kalau boleh semua nak cepat. Kalau dekat pejabat tu, time nak sembahyang jenuh nak sental muka utk hilangkan mekap.

Dengan adanya Pore Purifying Serum Cleanser ni senang sangat. Bawak sebotol ni je selesai masalah. Boleh mencuci mekap sambil segarkan muka sekali sebab ianya boleh jugak jadi serum untuk muka. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit.


Cara nak guna :

Cara Pertama 
- Tuangkan sikit dekat tapak tangan, urut muka perlahan-lahan dalam 5-10 saat dan bilas muka.

Cara kedua (cara guna kalau dekat opis) 
 - Ambik kapas muka, tuangkan dan sapu perlahan-lahan dekat muka. Bagi tanggal mekap semua dan bilas.


Bahan-Bahan:

Mint Leaf Extract
- Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan.

Jojoba Seed Oil
- Melembapkan kulit yang kering

Tea Tree Leaf Extract
- Bertindak sebagai antibakteria


Aku memang recommend produk ni untuk memudahkan korang. Sebotol 150 ml cuma berharga RM 33.00.

Boleh beli di laman web Althea. Klik sini

#AltheaSerumCleanser
#AltheaAngels
#AltheaKorea

23.12.18

Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal

Sunday, December 23, 2018 1
Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal

Nape la Althea ni suka keluarkan produk yang best-best. Aku rasa tak keruan kalau tak masuk web Althea tu. Ada je benda aku nak cuci mata. Tapi, kalau dah cuci mata takkan la tak cuci poket sekali kan. Ha.. camtu la aku.

Tambah-tambah pulak sekarang ni Althea ada produk baru yang diaorang buat kolaborasi dengan Artis Indonesia yang tekenal iaitu Titi Kamal. Stay Fresh Body Sparkling ni memang best.

Aku memang dah lama nak beli Body Mist dekat Althea tu. Tapi takut bau tak sedap. Tapi bila ada je haruman kerjasama antara Althea dan Titi Kamal ni, aku terus teruja nak try. Haruman ni adalah pilihan dari Titi Kamal sendiri sebab dia suka bau yang manis dan segar macam aku.


Body Mist ni tak melekit dan mempunyai esktrak gabungan bunga dan buah-buahan. 



Bahan utama yang terdapat dalam Stay Fresh Body Sparkling ni ialah :

🎀 Damask Rose Water
- Kulit terhidrat dan memberikan aroma yang cukup lembut.

🎀 Sweet Orange Oil
- Bau yang cukup menyegarkan

🎀 Elder Flower Extract
- Selain memberikan bau yang feminin, ianya juga turut menyejukkan dan melegakan kulit.


Cara nak guna pun mudah je. Lepas je mandi, korang boleh semburkan dekat badan untuk dapat kesegaran berpanjangan.



So,sebelum keluar rumah jangan lupa ye sembur dulu dengan Stay Fresh Body Sparkling ni.


Dapatkan sebotol Stay Fresh Body Sparkling Mist (100 ml) dengan harga RM 35.00 sahaja di laman web rasmi ALTHEA . Klik sini untuk shopping hari ini juga! 

#TitixAltheaKorea 
#AltheaAngels
#AltheaKorea.