Blog Eyzamiel: Butterfly Project
Showing posts with label Butterfly Project. Show all posts
Showing posts with label Butterfly Project. Show all posts

19.10.19

Teruja wei bila first time dapat join Butterfly Coachella Party

Saturday, October 19, 2019 6
Teruja wei bila first time dapat join Butterfly Coachella Party
Sekarang ni Eyza memang jarang join event dengan komuniti blogger. Tapi, bila Tammy dari Butterfly Project inform nak buat Butterfly Cochella Party, terus je Eyza daftar. Teruja nak join sebab Eyza tau apa je party yang Butterfly Project buat memang best. Rugi la kalau tak join.

Event kali ni dibuat dekat Hearty Party yang terletak di Setia Alam. Mula-mula segan jugak nak pergi, tapi akhirnya ada Emi dan Sally. Baru la tak bosan nak drive dari KL ke Setia Alam kan bila ada kawan berborak.

Party Venue | Hearty Party Sdn Bhd 


Sampai je kat tempat Event, Eyza dah agak kagum sebab aktiviti ada di setiap tingkat. Macam Photobooth dekat tingkat bawah sekali dengan pendaftaran. Senang sangat. Daftar dan terus boleh bergambar.


Party Photobooth | Tagbooth Photobooth 

Eyza tak sempat bergambar kat sini sebab masa sampai tu sibuk nak pergi toilet, pastu buat task lagi kat tingkat 2 sampai lupa nak turun balik ambik gambar kat booth. Tapi Eyza tengok ramai yang bergambar kat situ. Cantik-cantik gambar diaorg. Rugi sangat tak sempat. Excited Eyza tengok dress up masing-masing. Semua ikut tema. Eyza je rasa pakai apa yg ada je.


Ops..lupa plak nak cerita pasal task yang kami kena buat. Setiap orang kena pergi setiap booth, buat task macam tangkap gambar dengan produk, buat video then upload dekat ig atau ig stories. Lepas tu tunjuk kat diaorang dan boleh claim goodies bag. 

Best sangat sebab datang cuma bawak handbag. Balik bawak berbag-bag. Heaven beb.

Kalau ada Butterfly Projects, memang wajib ada Althea Korea. Yes! Althea Korea. Eyza ni dah la memang suka sangat produk dari Althea ni. 


K-Beauty | Althea Korea 


Kami semua dapat barang-barang Althea dan paling best kami dapat produk terbaru iaitu A'Bloom Brow Wow Eyebrow Pencil. Ada 3 pilihan warna iaitu 01-Grey Brown, 02-Dark Brown dan 03-Soft Brown. Nanti bebila free Eyza buat video tutorial ye untuk semua warna Eyebrow ni. Tak sabar nak try tau.

Mini Gallery Voir pun ada kat sini. Eyza ni antara yang suka handbag voir ni. Bilik Voir ni la paling crowded sekali sebab semua sayang nak tinggalkan bilik ni sebab susun atur cantik ditambah pulak dengan barangan voir yang pelbagai dan menarik.



Fashion | Voir Gallery

Eyza pun dapat satu handbag tau. Warna coklat lagi. So cute dan cantik. I love it! Bag ni boleh pegang ala-ala datin dan boleh galas/sling kat bahu sebab dia ada tali panjang sekali.


Kalau snack kudap-kudap Eyza memang suka kekacang dari Signature Market. Selalu Eyza beli online je. 

Heatlhy Snacks | Signature Market Healthy Snacks 

Kat sini baru la Eyza dapat tengok sendiri setiap paket produk ni. Banyak rupanya barangan di bawah Signature Market. Eyza baru tahu. Tapi yang pasti, semua sedap dan menyihatkan. Memang tak rugi la kalau beli.



Eyza suka tengok bunga-bungaan yang ada kat sini. Cantik tau. Eyza pun dapat bawak balik sekuntum. Kami boleh pilih nak warna apa. Eyza ambik kuning. Rare sikit kan. Pink dah biasa.



Flowers | Avantgarde Blooms Flowers 


Eyza ni bukan la penggemar kopi tapi Eyza suka betul Mocha dari Curmudgeon's Brew. Yang paling best tak manis pun tau. Memang menjaga kesihatan sangat. Satu lagi Eyza try coklat. Dan kalau korang nak yg rare, jangan lupa try Peanut Butter. Unik sangat.

Cold Brew Coffee | Curmudgeon's Brew Cold Brew Coffee


Dah puas jalan-jalan dalam tu, kami pun terus naik ke tingkat 3 untuk makan dan rilek santai sambil dengar nyanyian.



Tempat dia memang santai la. Sambil makan sambil tengok sunset. Pastu borak-borak ngan kengkawan. Rasa macam tengah pergi bercuti gitu. Padahal kat Setia Alam je pun.

Memang sesuai sangat kami minum-minum sambil borak dengan jus dari Lerz. 

Fruit Tea | Lérz' Tea & Coffee Fruit Tea



Serius sedap minuman dari Lerz. Eyza sorang je sampai 2 cawan. Memang terasa fresh je bila lalu kat tekak.

Kalau dah minum mesti ada makan kan. Ha.. Bab makan ni bukan Eyza nak puji la. Tapi semua sedap. Sampaikan kenyang betul kami malam tu. Tq Party Caterer buat kitaorang kekenyangan sangat.

Party Caterer | JomParty


Sambil-sambil makan tu kami dihiburkan dengan nyanyian dari Sidh Haizad Yusuf. Memang best la. 


Dengan party ala-ala taman, dengar lagu live lagi. Rasa tak mau balik. Tapi apakan daya, kena la balik.

Party Live Music | Sidh Haizad Yusoff

Untuk sape yang tak nak balik lagi, diaorang join painting workshop. Eyza n gang terpaksa balik lepas makan dan tak join workshop sebab rumah jauh dan tak nak lewat sangat sampai rumah.

Painting Party | Hearty Party Sdn Bhd


Serius tak rugi join Butterfly Cochella Party walau agak jauh. Berbaloi dengan semua goodies bag dan dapat jumpa ramai kawan-kawan baru. Tq Tammy dan Butterfly Project sebab anjurkan party yang ohsem. Tak lupa jugak Tq pada Eros (www.fishmeatdie.com)  untuk sebahagian gambar-gambar yang cantik ni.


Thanks jugak untuk semua Sponsor. Happy Me!

27.8.19

Party Coklat dengan Butterfly Project di Belgische Chocolatier

Tuesday, August 27, 2019 4
Party Coklat dengan Butterfly Project di Belgische Chocolatier

Hai korang! Sape kat sini hantu coklat macam Eyza? Eyza ni kalau dengar je pasal coklat, teruja lain macam. Selalu kalau stress pun, Eyza akan makan coklat untuk tenangkan diri. Memang coklat ni terapi yang baik la untuk Eyza. Sentiasa serasi bersama gitu.

Ahad lepas, Eyza sempat join gang Butterfly Project berparty coklat dekat Belgische Chocolatier yang terletak di 163, Mont Kiara.

Sampai je kat kedai, Eyza dah teruja. Dengan bau wangi coklat tu buat Eyza terus jadi lapar. Haish la Eyza. Tak sabar kalau tengok coklat.


Masuk je dalam kedai, benda pertama yang Eyza nampak dah tentu la Chocolate Fountain yang tinggi ni.  Ada 3 jenis coklat iaitu Milk, Dark dan White. Coklat-coklat kat sini diimport dari Belgium tau.


Pastu, ada pulak buah-buahan segar yang dah disusun cantik. Buat Eyza tak sabar nak celup buah-buah tu dalam coklat. Sabar Eyza sabar. Hahaha.

Three Musketeers
Three shot glasses of milk chocolate, white chocolate and dark chocolate to satisfy any chocoholic’s cravings.

Serius Eyza cakap, tiga-tiga jenis coklat ni ada rasa dan keunikan yang tersendiri. Siapa yang berani, boleh minum je coklat2 ni. Sally try la. Eyza tak berani sebab pekat.

Ada beberapa hidangan yang Eyza sempat cuba. Mana satu yang Eyza suka? Aci tak kalau Eyza cakap semua Eyza suka. Betul! Tak tipu. Semua best. 

Tapi.. kalau korang suruh jugak Eyza pilih satu yang terbaik, dah tentu la Eyza pilih Churros dia. Terbaik! Garing kat luar, lembut kat dalam. Sampai sekarang dok teringat.

Fettucini Crepe
 Strips of Fettucine served with velvety chocolate sauce and your choice of ice cream flavour.

French Fries Churros
Freshly made churros that’s similar to French fries, coated in a dash of sugar and cinnamon which is served with our signature milk chocolate sauce.

Belgium's Finest
Waffles coated with Belgian milk chocolate, white chocolate and dark chocolate. The rich texture of the chocolate combined with our own secret waffle recipe will blow you away.

Walnut Brownie
Walnuts add textural variety to this freshly made brownie served with ice cream. You’d be NUTS not to try it!

Triple Heart Doughnut
Three heart shaped doughnuts coated in milk chocolate, dark chocolate and white chocolate respectively that will win your heart immediately.

Chocolate Sushi Crepe
Strawberries, cream, rice krispies and chocolate sauce all wrapped in mini crepes. The combination will guarantee you a hot pleasurable sensation.

Volcanic Lava Cake
A moist chocolate cake which holds a delicious creamy filling that will drive chocolate lovers insane due to its rich texture and overpowering flavour.

Sizzling Brownie
A freshly made brownie served on a hot pan with ice cream sending a rush through your tastebuds. It’s paired with a milk chocolate sauce to smooth over your tongue.


Ni antara coklat yang Eyza makan kat sana. Semua ada rasa dan keunikan yang tersendiri. Memang rugi la kalau korang tak try. Harga pun sangat berpatutan.


Untuk pelajar, ada diskaun 30% kalau korang tunjuk kad student korang. Untung sangat jadi student kan.


Lepas ni kalau ada Birthday Party atau perjumpaan dengan kawan-kawan, Eyza nak lepak sini je la. Dah la tempat cozy, makanan pun sedap. Happy Coklat uolls.


Alamat :
1F-16 Kiara, 163, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Website:

Facebook:

Instagram: 

Contact for booking:
+603-64125175