Hai.. Hari ni dah Ramadhan yang kedua. Sekejap je rasanya kan? Tup..tup.. Eh... dah nak raya... hihihi..
Uolls dah ada rancangan berbuka ke untuk sebulan ni? Mesti ada jugak yang plan untuk bawa family berbuka dekat luar. Lokasi yang famous kalau kat KL ni dah tentu la Kampung Baru. Jangan kata orang lain, Eyza pun suka.
Sebut pasal Kampung Baru, kat sini ada Restoran yang menyediakan Ikan Sungai tau! Dibawa khas dari Temerloh Pahang lagi. Ha.. sape penggemar ikan Sungai mesti suka dengan kedai ni. Nama kedai ni ialah Restoran Patin Tempoyak Kg. Baru yang dulunya dikenali dengan nama Samudra Exotic River Fish Restaurant.
Sejajar dengan penukaran nama, Restoran ni jugak telah berpindah dari lokasi lama ke lokasi baru yang hanya sebelah dengan lokasi lama. Boleh jalan kaki je sebab dekat sangat.
Bermula 3 Ramadhan (29 Jun) ni, Restoran Patin Tempoyak Kg. Baru akan buat Buffet Ramadhan hingga la penghujung Ramadhan nanti.
Ha...setakat Eyza dok pergi Buffet Ramadhan, tak pernah lagi la Eyza pergi Buffet Ramadhan yang menu utamanya adalah ikan sungai. Macam yang kita semua tahu la, ikan sungai ni kan mahal. Kira berbaloi sangat la bila kita pergi Buffet macam ni. Boleh makan ikan sungai banyak-banyak. Kalau order menu ala-carte dah tentu2 la lagi mahal.
Ni adalah sebahagian menu yang ada dekat Buffet Ramadhan di Patin Tempoyak Kg. Baru.
IKAN LAMPAM MASAK LEMAK |
Eyza suka kuah masak lemak ni. Pekat dan cukup rasa. Isi ikan pun manis. Tak ada rasa hanyir. Ikan fresh gitu.
IKAN LAMPAM BAKAR |
IKAN LAMPAM GORENG |
PEKASAM IKAN PATIN |
Eyza ni dah la penggemar pekasam. Tak kisah la ikan apa pun tapi ni first time Eyza makan pekasam Ikan Patin. Eyza suka sampaikan semalam masa sahur dok teringat kat pekasam ni. Hahaha.
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK |
Ha... ni la Signature Dish dekat sini. IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK! Eyza ni dulu tak pandai makan ikan patin. Tapi masa bujang Eyza duduk sebilik dengan akak yang asal dari Pahang. Dia selalu bawak Patin Masak Tempoyak ni. Lama-lama makanan ni dah jadi kegemaran Eyza sampai la sekarang. Nasib baik hubby pun makan. Ada la gang kalau kami nak makan ikan patin ni.
Apa yang Eyza boleh bagitau, Patin Tempoyak dekat sini memang sedap. Cukup rasa masin, manis, pedas dan ikan pun manis. Fresh gitu. Berlemak betul bila makan. Ikan Patin part lemak tu yang sedap.
Bagi penggemar ikan patin, Buffet Ramadhan ni memang berbaloi sebab ikan patin kalau beli sepotong pun dah mahal kan. Kalau buffet uolls boleh makan sampai kenyang. Tak payah risau tentang bill. Sekali bayar makan la puas-puas.
Untuk yang tak makan ikan sungi jangan la pulak susah hati. Ada je menu untuk uolls.. Jangan sedih-sedih. Ha.. kalau x makan ikan sungai boleh je makan Ikan mabong masak sambal dengan ayam masak merah. Sedap jugak pada tekak Eyza. Tambah-tambah ayam masak merah tu. I like.
IKAN MABONG MASAK SAMBAL |
AYAM MASAK MERAH |
Selain lauk pauk utama, ada juga masak lemak pucuk ubi,kangkung goreng belacan,masak lemak rebung dengan perut lembu.
MASAK LEMAK PUCUK UBI |
SAYUR KANGKUNG BELACAN |
MASAK LEMAK REBUNG DENGAN PERUT LEMBU |
Ada jugak yang tak suka makan nasi waktu berbuka, jangan risau tau sebab ada juga disediakan Koay Teow Goreng, Bihun Goreng dan kalau nak Nasi Goreng pun ada.
KOAY TEOW GORENG |
NASI GORENG |
Ada juga beberapa pilihan kerabu kat sini macam kerabu taugeh, kerabu perut dan juga kerabu kacang botol. Semua kerabu ni kegemaran Eyza pulak tu.
KERABU TAUGEH |
Tak lengkap la kan kalau makan masakan melayu tak ada sos pencicah. Kat sini pun ada. Barulah kick bila makan nasi. Antara sos pencicah yang ada ialah cili kicap, sambal belacan, budu dan sambal tempoyak.
ANEKA SAMBAL (sambal belacan, sambal tempoyak, budu & sambal kicap) |
Untuk pencuci mulut ada pelbagai jenis kuih muih dan buah-buahan kat sini. Setiap hari kuih muih dan buah akan dipelbagaikan.
KUIH SERI MUKA |
KURMA |
BUAH-BUAHAN |
Untuk First round Eyza cuma ambik Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Tempoyak dan Pekasam Ikan Patin. Makan ni je dah sedap. Belum tambah lauk lain lagi. Serius Patin Tempoyak kat sini antara yang terbaik Eyza pernah makan. Tak payah dah nak pergi sampai Temerloh untuk makan Patin Tempoyak.
Restoran Patin Tempoyak ni diusahakan oleh 3 orang adik beradik iaitu En. Kamarul Ariffin Hamzah, En. Hishammuddin Hamzah dan Puan Hamizatun Hamzah. Masakan kat sini asli dari Pahang sebab owner berasal dari Pahang. Resepi turun temurun tau ni!
Sebelum ni, Restoran yang dibuka sejak April 2012 ini terletak di Wisma Rohas, Jalan Raja Alang Kg. Baru tapi sekarang telah berpindah ke alamat baru. Tak jauh pun dari kedai lama. Boleh jalan kaki je sebab sebelah menyebelah.
Harga Buffet Ramadhan :
Dewasa - RM 65nett
Kanak-kanak - RM 30nett
Alamat :
No. 63D
Jalan Raja Abdullah
Kg. Baru
Untuk tempahan boleh hubungi :
018-2916250 (call)
019-6116933 (whatsapp)
Waktu Operasi :
4.00 petang (bungkus ala carte)
6.30 petang (buffet Ramadhan)
So, apa tunggu lagi. Kalau uolls memang tengah mencari Buffet Ramadhan di Kg. Bharu yang menyediakan Ikan Sungai kat sini la tempat yang paling tepat.
Selamat Berbuka Puasa uolls!
masyaAllah.. sedapnyaaaa.. x sabar nak terjah. mcm2 ada. berbaloi dgn harga. makan puas2.. kalau ala cart mau kira sekilo berapa.. berbaloi2
ReplyDeleteblogwalking tgk makanan siang2 hari ni buat lapar la pulak huhuu
ReplyDelete