Blog Eyzamiel: ::Nuffnang::
Showing posts with label ::Nuffnang::. Show all posts
Showing posts with label ::Nuffnang::. Show all posts

2.10.14

Poto Bugil Liana Port..

Thursday, October 02, 2014 1
Poto Bugil Liana Port..
Yang ni lawak.. bila plak blog aku bertukar jadi blog lucah ni...  blog ni xde pun gambar bogel.. sekali, hari ni sampai 7 kali orang search... ranking paling atas plak tu.. xpe la.. at least... ada gak orang masuk blog aku.. walaupun dia search gambar bogel.. Hahaha.. 

3.9.14

Alhamdulillah.. Syukur ada rezeki aku..

Wednesday, September 03, 2014 5
Alhamdulillah.. Syukur ada rezeki aku..

Korang ingat lagi tak ngan entry aku gi Melaka?.. ala..yang gi melawat Kilang Mamee Chef tu? Kalau tak ingat takpe, Klik Sini... Pihak Nuffnang memang dah bagitau yang nanti Pihak Mamee Chef akan pilih beberapa entry terbaik untuk menang RM 200.00.. Aku sebenarnya dah lupa ada contest ni....

Tapi, tadi aku tgk kat insta Mek Onie.. Dia salah sorang pemenang.. aku pun dah tgk tu cam semangat la.. saja-saja bukak Nuffnang.. tak mengharap pun nak menang.. tapi..bila bukak..Alhamdulillah.. Aku salah sorang yang dapat... Syukur Ya Allah.. rezeki ni... Tq Mamee Chef.. Tq Nuffnang.. 

Mood : Happy sangat-sangat.. lalala..

19.8.14

Terima Kasih Nuffnang..

Tuesday, August 19, 2014 1
Terima Kasih Nuffnang..

Alhamdulillah.. banyak iklan dok menari kat blog aku ni.. Rezeki..  ada 5 iklan semuanya.. Iklan Invest Smart Campaign , Iklan B.liv Brand Visibility , Iklan iH Media Liese , Iklan IKEA-SISAN dan Iklan Macau Tourism.. Yeay.. aku ada target.. tak lama jer lagi target aku dah nak tercapai.. pastu, baru la aku nak cash outkan duit dalam akaun Nuffnang ni.. TQ Nuffnang sebab bagi iklan-iklan yang banyak dan best.. Harap-harap, pasni lagi banyak la iklan lain datang bertandang yer..

22.7.14

Dapat 4 CPUV dari Nuffnang...

Tuesday, July 22, 2014 2
Dapat 4 CPUV dari Nuffnang...
Aku suka Page Nuffnang yang baru..kemas dan menarik.. Dan sejak-sejak Nuffnang buat pembaharuan ni... Makin banyak pulak CPUV untuk blog aku.. Alhamdulillah... Rezeki...

Sekarang ni ada 4 lagi CPUV yang tengah menari-nari kat blog aku... Ada CPUV Invest Smart Campaign , Tesco Delivery Lab , Kastam Malaysia ngan uMobile Prepaid Free Meal..

Harap-harap makin banyak la iklan yang sudi singgah kat blog aku ni.. TQ Nuffnang..

24.6.14

CPUV dari Nuffnang

Tuesday, June 24, 2014 1
CPUV dari Nuffnang

Alhamdulillah.. walaupun blog aku ni biasa-biasa jer... tapi tetap dapat CPUV dari Nuffnang.. TQ Nuffnang.. kalau korang nampak iklan-iklan ni menari-nari kat blog aku.. tolong la klik yer.. :)

12.6.14

Mamee Chef Day di Melaka

Thursday, June 12, 2014 22
Mamee Chef Day di Melaka
48 hours sponsored post
for next entry..please scroll down..tq..

Amaran! Entry ni ada banyak giler gambar.. jangan muntah tengok tau... :)

Seperti yang korang tahu... hari tu aku ada citer kan yang aku dapat jemputan dari Nuffnang untuk melawat kilang Mamee Chef kat Melaka.. Ha.. nak tau apa citer menarik sepanjang lawatan tu?... meh sini aku citer..

Lawatan kali ni melibatkan lebih kurang 60 blogger. Kami semua kena berkumpul kat Kilang Mamee Chef Subang.. Aku ni dah la tak berapa tahu sgt jalan Subang sana..kalau tanya KL ke, Cheras ke bole la aku jawab.. Aku tanya membe aku.. dia bagi peta.. tapi, masa hari kejadian, aku jadi tak confident dengan peta dia bagi.. aku ikut arahan Waze.. nak tau apa yang jadi? AKU SESAT! hahaha.. tu la.. tak nak percaya orang... Masa tu jam dah pukul 8 pg.. aku dah gelabah..maunya tak gelabah, ikut jadual yg Nuffnang bagi, pukul 8 tepat, bas akan gerak..masa ni aku dh pasrah.. nasib baik aku ada bw no fon Sam ngan Janice (Nuffnang).. aku call diaorang n diaorang hantar lokasi kat aku... Alhamdulillah..berjaya sampai.. Sampai kat Kilang Mamee Subang, tengok dah ramai blogger yang sampai... daftar dulu..kat sini kami dibahagikan kepada 4 kumpulan.. ada kumpulan oren, kuning, pink dan hijau.. Aku dapat kumpulan kuning.. kami dibawa dengan menaiki 2 buah bas... kumpulan kuning bergabung dengan kumpulan pink dan kumpulan hijau bersama oren...kami jugak diberi tugasan untuk masukkan sebanyak mungkin gambar2 menarik sepanjang aktiviti ni dengan taip #mameechefday di Instagram.. sebab pihak Mamee akan pilih 6 pemenang bertuah untuk dapat hamper mamee..

daftar dulu..
Antara blogger yang dah sampai..
sementara tunggu bas, kita posing dulu...
Rupanya ramai jugak yang sesat sebab ikut waze.. ingatkan aku sorg je..  ops lupa plak.. aku pg event ni dgn adik aku, ILA.. masa atas bas, aku nampak Nani dan Sue.. Diaorang ni aku kenal masa Ephyra Treasurehunt hari tu...

Selfie..
Perjalanan ke melaka lancar je walaupun jammed sikit.. biasala cuti sekolah... ramai la orang balik kampung ngan pegi bercuti..

Tugasan pertama bila sampai Kilang Mamee Chef Melaka mestila... GROUP PHOTO.. yeay.. aku suka...

Semua blogger yang terlibat..
Lepas bergambar, kami semua dibawa masuk ke dalam.. kat sini kami diberi penerangan tentang sejarah awal penubuhan Kilang Mamee ni sampaila sekarang...

semua kusyuk dok dengar...
kami diberi Welcome Drink.. Nutrigen Lite Yo... best tau.. sebab... ni minuman kegemaran aku...
Chef dari Mamee  tengah buat demo Mee Tarik... macam senang jer tgk dia buat.. kalau suruh aku buat, cornfirm x jadi..
ada jugak demo masakan dari Chef.. untuk perencah  mamee chef..bau dia.. sedap sangat..

Sebelum kami dibawa masuk ke kilang, kami sarapan dulu.... Pihak Mamee Chef ni macam tau-tau je yang kami semua ni lapar la..

salah sorang blogger bersama Pengasas Mamee, Datuk Pang Chin Hin ...
ada jugak photobooth kat sini...
Kami dibawa melawat ke dalam kilang mengikut group.. supaya tak sesak sangat dalam kilang nanti.. kami dibawa melawat dan diberi penerangan tentang produk yang dihasilkan oleh Kilang Mamee... banyak jugak la yang kami tahu pasal Mamee chef ni... Mamee-Double Decker diasaskan pada 1971.. Mamee Chef pulak diperkenalkan pada hujung tahun 2012 dan kini mempunyai 3 jenis perisa iaitu Tom Yam Ayam Thai, Ayam Pedas Shitake dan laksa Kari... tahun lalu Mamee menguasai 14.7% pasaran mee segera di Malaysia yang dianggarkan bernilai RM550 juta setahun.  











Suasana dalam kilang memang bersih dan tersusun...  kami dibawa melawat seksyen pembuatan, steam, sejukkan dan packing.. selama ni kita hanya tahu makan jer.. macam mana produk ni dihasilkan, tak pernah kita ambil tahu.. aku rasa bertuah bila diberi peluang macam ni..bukan senang tau...

sekarang ni kan banyak isu tentang status Halal kan? korang jangan risau..produk Mamee telah diiktiraf halal...

Dah habis melawat kilang, kami dijamu dengan makanan yang sedap-sedap untuk Lunch... kenyang sangat-sangat...

                                      

Nasi ayam yang dikepal menjadi bulat..1st time aku try..sedap jugak...

kek ni mmg sedap..rasa x cukup....mcm nak lagi jer..
lepas tu, kami diminta berkumpul sebelum kami semua ke Mamee Jonker House pulak..

aku bersama blogger pemes..Namee.. cantik sangat dia..putih melepak..

Yeay..dapat Goodie Bag dari Mamee Chef...

MU.. pasukan kegemaran aku n hubby...
Memandangkan bas kami adalah bas kedua, kami semua kena menunggu kat tempat lain dulu..bukannya apa, kalau semua masuk sekali, sesak la kat dalam mamee Jonker House tu..

Melepak kat sini dulu..

kebetulan pulak, ada pertandingan perahu naga peringkat Antarabangsa... dapat la kami cuci mata dulu..
tak lama pun kat situ..dalam 15 minit jer.. kami semua berjalan je ke Mamee Jonker House..dekat je pun..

Untuk ke sana, kena lalu depan Hard Rock Cafe Melaka..
Sampai sana, bermula la sesi lawatan dalam tu pulak..

Aku bersama Mamee Monster...

semua tekun je dengar penerangan dari staff mamee ni...
Kami juga diberi peluang untuk warnakan sendiri Cup Mamee Chef.. kiranya ni doorgift untuk kami la...satu pengalaman yang bukan senang nak dapat tau..kat sini je ada..


tekun mewarna..

dah siap.. 1 aku punya..1 adik aku punya..
Bila siap. bawa ke kaunter.. kat sana.. diaorang akan tanya, apa bahan yang kita nak tambah dalam tu... aku pilih kobis, cili, tauhu kering ngan jagung.... pastu.. dia pekkan.. yeay.. aku ada mamee Chef ciptaan sendiri.. sementara tunggu kawan2 yang lain siap, kami pun jalan-jalan la kat dalam tu..


kat sini juga ada dijual pelbagai barangan yang dihasilkan oleh Mamee... harga pun lebih murah dari kedai biasa...
Aku sempat jugak shopping.. semua ni baru RM20. murah kan?

Dah habis, semua blogger berkumpul untuk umumkan 6 blogger bertuah yang letakkan gambar menarik di #mameechefday dan akan dapat hadiah hamper.. aku tak menang pun.. takpela... x de rezeki.. pastu, semua gerak ke tempat bas untuk balik ke KL.


dalam perjalanan nak ke tempat bas, sempat bergambar kat sini dulu..
Sampai kilang Mamee Subang, hubby dah siap tunggu... hepi sangat..macam-macam pengalaman yang aku dapat sepanjang lawatan tu...

barang-barang dari Goodie bag Mamee Chef.. unik jer sebab diaorang bagi Chopstik... cantik pulak tu.. siap ada ucapan lagi..
Memandangkan Mamee Chef yang aku nak ikut selera aku tu x tahan lama sebab tak dibuat kat kilang.. aku pun terus je la nak makan.. nak rasa sedap ke tak..

siap ada expired date..
Senang je nak buat Mamee Chef ni..


masukkan semua serbuk perisa...

masukkan air panas... tunggu sekejap...

tara.. dah boleh makan... sekejap je kan.. Cepat, Mudah dan sedap... berbaloi-baloi..
Terima kasih pada Pihak Mamee Chef dan Nuffnang sebab sudi jemput Eyza join event yang ohsem ni... Banyak pengalaman best sebab dapat tahu pasal Mamee Chef dan dapat kenal dengan blogger-blogger otai..

Nak tau lebih lanjut? Klik jer bawah ni

OH! Saya Sayangkan Mamee.