Blog Eyzamiel: safi
Showing posts with label safi. Show all posts
Showing posts with label safi. Show all posts

30.11.16

Jatuh Cinta dengan Masker dari Safi Balqis dan Safi Rania Gold

Wednesday, November 30, 2016 1
Jatuh Cinta dengan Masker dari Safi Balqis dan Safi Rania Gold
Dari dulu lagi Eyza ni memang penggemar barangan dari Safi. Bila Safi keluarkan Mask dari Safi Rania dan Safi Balqis memang Eyza nak la cuba. 


Ada 2 mask yang dikeluarkan iaitu Masker Pencerah Safi Balqis dan Masker Keremajaan Wajah Safi Rania Gold.

Masker Pencerah Safi Balqis
 (RM 5.90)

Manjakan kulit wajah dan rasai kombinasi Nano Biowhite, Arbutin dan Kiwi yang kaya dengan vitamin C bertindak menyerap masuk ke dalam 3 lapisan kulit bagi menghasilkan kulit wajah yang halus mulus dan cerah dengan efektif. Hialuronik Asid pula membekalkan lembapan berpanjangan agar kulit wajah terasa lembab dan lembut. Gunakan masker ini selama 20 minit sebelum tidur dan nikmati kesegaran kulit wajah yang halus, mulus & cerah sempurna keesokan harinya! 


Masker Keremajaan Wajah Safi Rania Gold
(RM 6.90)


Diperkaya dengan Bio Nano Emas 24K & Bio Hialunorik dengan Vitamin B3, masker unik 3D ini memberikan kesan efektif dan menyeluruh dengan menambahkan keanjalan kulit muka agar tidak lesu & kusam, serta sentiasa segar bermaya bermula dari dahi hinggalah ke bahagian leher. Masker ini juga bertindak mengunci lembapan pada kulit wajah sehingga 24 jam. Kehebatan Nano Gold Technology pula menghasilkan kolagen bagi mengurangkan garis halus agar kulit tampil muda remaja sebelum usia. Hasilnya wajah lebih segar, anjal dan cerah. 

Disebakan Eyza pun dah 30an, memang Masker Keremajaan Wajah Safi Balqis la yang sesuai. Nak pakai pun senang je sebab just tepek je kat muka dalam sejam camtu. Pastu cuci.


Eyza suka sangat-sangat sebab muka Eyza jadi lembut dan lembap. Tak perlu dah mekap tebal-tebal.


Produk ni boleh dibeli di semua pasaraya besar, farmasi dan kedai runcit terpilih.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari :

19.5.16

Rangkaian Pembersih Wajah SAFi diperkaya 1001 Manfaat Habbatus Sauda

Thursday, May 19, 2016 4
Rangkaian Pembersih Wajah SAFi diperkaya 1001 Manfaat Habbatus Sauda

Jenama SAFI dah tak asing lagi dengan eyza. Dari muka banyak jerawat sampai lah pulih semuanya kerana pembersih SAFI. SAFI kini telah mengorak langkah dengan mengeluarkan pelbagai rangkaian pembersih wajah hasil dari sentuhan semulajadi.


SAFI telah mengeluarkan produk dari hasil alam seperti gamat, pokok lidah buaya dan mentimun yang telah diperakui ramai sejak zaman-berzaman bagi memberikan khasiat kepada kulit wajah.

Memahami keperluan wanita moden masa kini, SAFI menggenggam manfaat kehebatan alamiah dan diolah menjadi produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan semulajadi. SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian pembersih wajah SAFI yang diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan.

Rangkaian Produk Pembersih Muka SAFI

Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!
Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI

50gm - RM6.10 / 100gm - RM10.80

Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar dan berseri.Sel kulit mati juga akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda!

Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmat kelembapan kulit wajah berpanjangan!
Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI

50gm - RM6.10 / 100gm - RM10.80

Inilah rahsia cerah berseri semulajadi! Terkenal dengan gelaran "Ratu buah-buahan", rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering.

Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat
Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI

50gm - RM6.10 / 100gm - RM 10.80

Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalaman rawatan tradusional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat disamping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela.

Rangkaian Produk Pelembap muka SAFI

Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kukit wajah anda!
Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI

80gm - RM8.90

Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat.

Kulitmu pasti terasa lebih lembap dan sihat dengan terapi wajah ini!

Pelembap Muka Sari  Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI

80gm - RM8.90

Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit.

Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI



16gm - RM7.40

Rumusan khas kini dipertingkatkan dengan gabungan Sari Pokok Lidah Buaya dengan Habbatus Sauda mengandungi nutrien semulajadi agar kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari. Ia membantu kulit wajah tampil halus, lembut dan berseri. Krim kecantikan ini amat sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan.

Produk SAFI ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hyper utama. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY , laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia


30.11.15

RANGKAIAN PEMBERSIH MUKA TERBARU SAFI MEN KESEGARAN YANG NYATA

Monday, November 30, 2015 2
RANGKAIAN PEMBERSIH MUKA TERBARU SAFI MEN KESEGARAN YANG NYATA
Baru-baru ni aku sempat ke  Glasshouse Seputih  untuk Majlis Pelancaran produk baru dari Safi.Teruja aku bila dapat tahu yang SAFI keluarkan produk untuk lelaki.


Memahami impian semua lelaki untuk tampil segak bergaya tanpa kulit muka yang bermasalah, SAFI jenama halal no.1 tempatan berbangga memperkenalkan sebuah kelahiran baru dalam legasi keluarga SAFI, rangkaian penjagaan wajah khusus untuk lelaki- SAFI Men.



SAFI Men diinspirasikan oleh gambaran seorang lelaki yang berjaya. Personaliti yang seimbang dan menyeluruh menjadikan mereka individu yang mudah bergaul, dihormati dan disenangi rakan- rakan. Bagi SAFI Men, keseimbangan dalam lapangan kerjaya, kewangan serta sukan dan rekreasi adalah faktor utama untuk maju kehadapan. Beliau tidak mementingkan urusan duniawi, malah menjadikan agama sebagai tiang utama dalam urusan seharian. Penampilan diri yang kemas dan rapi menjadi pelengkap diri agar tampil yakin di khalayak ramai.


Sebagai seorang lelaki, penampilan diri bermula dengan pakaian yang kemas  serta muka yang bersih dan segar. Namun begitu, mendapatkan raut wajah yang bersih bukanlah satu perkara yang mudah. Di Malaysia, iklim cuaca yang panas dan lembab serta keadaan jalan raya yang berhabuk merupakan cabaran besar kaum lelaki untuk menjaga kulit muka agar bersih dan tidak kusam. Hiruk piruk metropolitan yang penuh pencemaran boleh menyebabkan pori mudah tersumbat dengan kotoran dan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Permasalahan ini ternyata memberikan kesan kepada konsentrasi serta keyakinan diri kaum lelaki di tempat kerja. Keadaan muka yang berminyak turut memberikan gangguan terhadap keselesaan berkomunikasi dengan rakan sekerja mahupun orang awam.



Mencoret lakaran baharu dalam salasilah keluarga SAFI, Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy berkata “Sejurus melihat keluasan pasaran penjagaan wajah lelaki yang semakin besar, SAFI mengambil peluang untuk mengembangkan portfolio perniagaan ini melalui kelahiran terulung SAFI Men. Kami percaya produk yang tepat serta didikan yang betul terhadap penjagaan kulit wajah lelaki di Malaysia mampu menyelesaikan permasalahan yang sentiasa membelenggu sang jejaka. Kini, SAFI Men adalah jawapannya”


Puan Mahsuri Sulaiman, Konsultan SAFI turut menerangkan, “Adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai jenama halal no.1 tempatan untuk menghasilkan produk pencuci muka halal untuk kaum adam. Seiring dengan moto jenama SAFI, Selamat & Suci, SAFI Men semestinya memenuhi kehendak penjagaan penampilan mereka seiring dengan arus pemodenan tanpa mengkompromi kehendak syarak”.


3 variasi baharu SAFI Men yang mampu menentang 3 masalah kulit wajah lelaki hadir dalam kombinasi reka bentuk penuh moden dan trendy. Tiub pembersih wajah berwarna perak dengan seni hiasan khat kufi memberi gambaran islamik kontemporari terhadap rangkaian SAFI Men. Tampil dengan 3 rona maskulin; biru, jingga dan hijau amat selari dengan jiwa sang arjuna yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan.



SAFI Men mengandungi formulasi baharu H2O Cool Cactus yang bukan sekadar melindungi kulit wajah, malah memberikan sensasi kesegaran berpanjangan agar diri kekal aktif dan fokus sepanjang hari. Kami memberikan yang terbaik kepada para lelaki dengan inovasi produk pembersih wajah yang dirumus dari formulasi terbaik oleh pakar dari makmal penyelidikan dan pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Setiap variasi SAFI Men kami padankan dengan bahan kandungan yang berbeza supaya setiap masalah kulit wajah lelaki dapat ditentang secara spesifik” Tambah Puan Mahsuri.

Katanya lagi, “Menurut kajian yang dijalankan pihak penyelidikan & pembangunan SAFI, kaum lelaki cenderung mengalami masalah kulit berminyak kerana hormon testosterone lelaki mempengaruhi pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak di kulit. Lebih tinggi hormon testosterone seseorang, lebih banyak pengeluaran minyak yang berlaku. Selain itu, lelaki mempunyai pori yang agak besar berbanding kulit muka wanita menyebabkan kulit mudah tersumbat dan penghasilan jerawat mudah berlaku. Atas kesedaran inilah kami tampilkan satu solusi buat kaum adam.”


Melengkapkan lagi majlis pelancaran ini, duta  produk SAFI Men- Fattah Amin yang sedang meningkat naik dalam industri lakonan tanah air berkongsi pengalaman beliau menggunakan rangkaian produk SAFI Men.



“Sebagai seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup yang aktif, saya sentiasa menyiapkan diri agar berada dalam keadaan yang sihat dan bersedia. Perkara ini termasuklah penjagaan kesihatan kulit wajah agar tampil segar dan bertenaga. Walaupun sibuk di lokasi penggambaran, saya sentiasa memastikan kulit wajah segar dengan pembersih wajah SAFI Men. Formulasi H2O Cool Cactus memberi sensasi kedinginan yang optimum terhadap kulit wajah lelaki terutamanya ketika cuaca panas terik dan keadaan udara yang berhabuk. Kini wajah saya sentiasa segar dan tidak kusam.” Kongsi Fattah kepada tetamu yang hadir.




3 Variasi SAFI Men memberikan perlindungan yang spesifik serta kesegaran yang berpanjangan kepada setiap lelaki; Pembersih Wajah SAFI Men Dynamic White, Pembersih wajah SAFI Men Oil Control Clay, dan Pembersih Wajah Acne Buster. Kini panas terik, kotoran dan kulit kusam bukan lagi masalah! SAFI Men, terokai kekuatan diri...

Pembersih Muka SAFI Men Oil Control Clay
Ciptaan khusus buat jejaka yang mempunyai masalah kulit muka berminyak.
Kombinasi unik H2O Cool Cactus dan Kaolin dapat mengawal pengeluaran minyak serta memberikan kesegaran yang nyata kepada kulit muka. Dengan kehebatan Bamboo Charcoal yang menyerap pantas kedalam kulit dan pori tersumbat, ia dapat mengeluarkan toksin secara efektif.

Tampil segak bergaya dengan kulit bebas minyak! Raut wajahmu kini sihat tanpa kilat muka yang berlebihan.



Pembersih Muka SAFI Men Acne Buster
Rekaan spesifik buat jejaka yang mengalami masalah jerawat
Gabungan inovasi H2O Cool Cactus dan Anti-Bac memberikan kesegaran sepanjang masa serta melindungi kulit daripada pembiakan bakteria. Dengan tambahan Mushroom Extract, ia membantu mengecilkan pori bagi menghalang habuk dan kotoran daripada tersumbat yang menyebabkan penghasilan jerawat.  

Rasai kenikmatan kulit bebas jerawat dan bersih alami. Kini potensi dan keyakinan dirimu tiada batasan! 

Pembersih Muka SAFI Men Dynamic White
Direka khas untuk jejaka yang mempunyai masalah kulit kusam. 
Formulasi H2O Cool Cactus melindungi kulit daripada cuaca panas dan kering. Dengan kandungan Whitenol, pembersih ini mampu menyerap jauh kedalam lapisan epidermis bagi mengurangkan penghasilan melanin  yang menjadi punca kulit kusam. Saiz Micro Beads yang kecil mampu membersih dengan mendalam serta menanggalkan sel kulit mati

Ayuh mengorak langkah penuh berani dengan kulit cerah dan segar bermaya! Cerah semula jadi, barulah “ori”!

Hubby la yang paling happy sebab aku bagi dia pakai produk SAFI Men ni... Alhamdulillah.. sesuai dengan dia.. dah nampak perubahan... ye la sebelum ni muka dia berminyak pastu gelap.. maklum la kerja kat site.. tapi, Alhamdulillah la SAFI Men ni dapat hilangkan masalah hubby tu.. Asyik dok tanya aku.. Hensem ke tak dia sekarang.. hahaha...




Produk SAFI Men ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kesegaran yang nyata dengan formulasi H2O Cool Cactus!. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men sila layari laman web SAFI, www.safi.com.my

9.9.15

Tampil segar dan manis sepanjang hari dengan SAFI Fruity Fresh

Wednesday, September 09, 2015 0
Tampil segar dan manis sepanjang hari dengan SAFI Fruity Fresh

Tahukah anda, membersih muka secara berkala dapat mengurangkan habuk dan kotoran daripada tersumbat ke dalam liang pori wajah? Namun, membilas wajah dengan air sahaja tidak mencukupi! Menggunakan sabun badan untuk membersih wajah?! Oh tidak! Pastikan anda mendapatkan pembersih muka kerana ianya diformulasi khas agar sesuai dengan tekstur kulit wajah. 

Kini, SAFI jenama Halal No.1 Malaysia memimpin gadis menyusuri fasa perubahan diri agar kulit wajah kelihatan segar dan bermaya sepanjang hari dengan SAFI Fruity Fresh.

Diperkaya dengan 100% buah-buahan SAFI Fruity Fresh sesuai untuk setiap jenis kulit wajah. Mulakan pagi anda dengan gel pembersih muka SAFI Fruity Fresh. Dengan gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis. Formulasi khas  ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari. Dengan tiga variasi berbeza Safi Fruity Fresh, ia memberikan anda aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.


Reka bentuk produk yang unik dan trendy, serta rona yang ceria ini amat selari dengan jiwa gadis muda yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan. 


Variasi SAFI Fruity Fresh Anggur yang berwarna hijau ini amat sesuai dengan personaliti gadis yang ringkas dan “down to earth”. Rona yang tenang dan mendamaikan ini menjadikan seorang gadis mudah didekati memandangkan si dia sentiasa tampil yakin bersahaja. 


Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Anggur (Menyegarkan & Skrub)

100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00

Jangan biarkan kulit anda lesu dan kusam! Dapatkan kebaikan anggur yang mampu menanggalkan kulit mati dengan mendalam. Tekstur gel yang sesuai untuk kulit gadis muda ini juga mampu menyamaratakan tona wajah agar tampil sekata. 

Nikmati kesegaran wajah dengan kulit yang bersih sepanjang hari! 

Untuk si gadis yang aktif, variasi SAFI Fruity Fresh Lemon yang berwarna kuning ini pasti menambah keceriaan anda sepanjang hari. Warnanya yang terang memberikan pesona inspirasi dan semangat agar tampil cerah dan yakin di mana sahaja. 


Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Lemon (Mencerah)

100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00

Inilah rahsia cerah berseri! Dengan manfaat sari lemon, pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuatkan kulit semakin segar dan cerah alami. 

Rasakan kecerahan kulit jelas terpancar!


Bagi si manis yang gemarkan personaliti lembut dan ayu, variasi SAFI Fruity Fresh Strawberi yang berwarna merah jambu ini amat sesuai dijadikan teman di sisi. Warna kegemaran majoriti gadis ini menyerlahkan sifat mesra dan ayu agar selesa bergaul bersama rakan sebaya. Kadangkala, gaya tidak semestinya berlebihan. 



Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Strawberi (Bebas Minyak)


100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00

Tampil yakin dengan kulit bebas minyak. Khasiat kandungan Strawberi yang aktif ini mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah. Terkenal sebagai ajen pengurangan minyak secara semulajadi, buahan Strawberi yang manis ini pasti menjadikan anda ceria berseri. 

Kini kulitmu bebas minyak dan lembut umpama sutera!


Produk SAFI Fruity Fresh ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat buah-buahan untuk tampil segar dan manis sepanjang hari. 

Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI FRUITY FRESH sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia


7.7.15

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Duta-Duta Safi

Tuesday, July 07, 2015 0
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Duta-Duta Safi
SAFI, jenama halal no.1 Malaysia mengimarahkan kemuliaan bulan Ramadan dengan menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa dan solat tarawih yang bertempat di Royale Ballroom, Royale Chulan, Mutiara Damansara baru-baru ini.




Didalam sesi takzirah SAFI yang mengangkat tajuk “Halal Toyyiban”, Imam Muda Asyraf berkongsi tentang pentingya mencari rezeki yang halal dan melengkapkan kehidupan seharian dengan barangan yang halal. Selain dari itu beliau juga turut menyentuh topik “Ikhlas dalam memberi”, mengingatkan kepada para hadirin pentingnya berkongsi rezeki,ilmu yang diperolehi sesama insan dalam mengecapi hidup yang barakah.


SAFI  serta solat tarawih yang diketuai oleh Imam Muda Asyraf dan semestinya ruang untuk kita merapatkan ukhwah silaturahim sesama hadirin dengan majlis berbuka puasa”, Cik Nor Aziani Azizan , Pengurus Kanan Produk SAFI berkongsi lebih lanjut tentang keunikan majlis tersebut.


Seterusnya sesi bicara Srikandi SAFI telah membawakan dua wanita SAFI yang menjadi inspirasi setiap wanita, Nora Danish – Duta SAFI RANIA GOLD dan Hanis Zalikha- duta SAFI BALQIS berkongsi pendapat perihal penampilan, keyakinan serta keindahan bulan Ramadan.

Kedua-dua duta SAFI ini turut berkongsi bersama para tetamu tips-tips kecantikan dan penampilan penuh keyakinan. 


“Sebagai seorang ibu, kesibukan kerjaya sebagai seorang anak seni saya ketepikan pada bulan Ramadan dan menjadikan ia sebagai masa yang terbaik untuk saya meluangkan masa bersama anak saya serta mendidik beliau rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa. Mendidik anak-anak berpuasa di zaman moden ini berbeza sedikit, jika dia dapat bertahan separuh hari, saya tambah masa bermain Ipad beliau serta dapat  duit poket”, Nora berkongsi perihal melatih anaknya berpuasa. 

Duta SAFI RANIA GOLD – Nora Danish pula berpendapat bahawa tiada jalan mudah untuk kecantikan. “Pada pendapat saya seorang wanita yang cantik adalah wanita yang cantik dari segi luaran dan juga dalaman. Aura kejelitaan seseorang wanita itu terzahir daripada sifat displin mereka dalam memelihara dan merawat kulit muka dengan penggunaan rangkaian produk yang bersesuaian secara berterusan agar kulit muka mendapat manfaat sepenuhnya”. Tambah beliau lagi, “setiap hari adalah hari yang baru untuk kita memperkayakan diri dengan ilmu dan memperindah personaliti kita dan itu tidak berlaku dalam masa yang singkat”.

Bebicara soal rejim kecantikan, beliau bersetuju bahawa wanita seusia beliau perlu menggunakan produk penjagaan kulit muka yang sesuai dengan keperluan kulit diusia tersebut. “Ada wanita yang beranggapan rejim kecantikan anti penuaan hanya diperlukan apabila usia menjangkau 40an, namun tidak ramai yang mengetahui Apabila usia anda mencecah pertengahan 20an, kolagen yang dihasilkan secara semulajadi di bahagian dermis kulit mula berkurangan. Akibatnya, kulit akan kelihatan kusam, kurang anjal dan tidak bermaya”.

“Pada hari ini saya ingin kongsikan dua produk SAFI RANIA GOLD yang menjadi kunci keyakinan diri saya dan rahsia raut wajah cerah dan remaja. Produk yang pertama semestinya Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD. Serum No.1 di Malaysia ini efektif dalam mengembalikan Keremajaan Kulit. Ia mengandungi 50x lebih BIO NANO EMAS untuk meningkatkan penghasilan kolagen dengan lebih efektif. Selain daripada itu ia mengandungi molekul lebih kecil dan efektif untuk menyerap jauh ke dalam kulit agar memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah. Gunakan ia selepas mengguna penyegar dan sebelum memakai krim pelembap”, ujar Nora lagi.

“Produk kegemaran saya yang kedua ini amat membantu dalam mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit terutamanya di dalam bulan Ramadan ini. Losyen Minuman Wajah SAFI RANIA GOLD mengunci lembapan & meremajakan kulit serta mengekalkan lembapan dan melicinkan kulit wajah. Bio Hialuronik di dalam produk ini mengunci lembapan dengan optimum sehingga 24 jam. Ia umpama meminum Sehingga 8 gelas air”, Nora berkongsi Rahsia kulit kelihatan lembap dan bermaya.



“Bagi Hanis pula, Ramadan kali ini berbeza buat saya, kalau dulu soal berpuasa dan berbuka semua ibu yang aturkan kini giliran saya menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam menguruskan hal-hal yang sama. Dulu bangun sahur pun ibu yang kejut, sekarang semua diuruskan sendiri dan ibu sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya”, kongsi Hanis Zalikha duta SAFI BALQIS.


“Pada pendapat Hanis, kunci keyakinan diri seorang wanita itu adalah yakin dengan keunikan personaliti dan kebolehan mereka yang tersendiri dan serlahkan ia dengan penampilan menarik bermula dengan kulit muka cerah sempurna dan tona sekata. SAFI BALQIS WHITE TRILOGY melengkapkan transformasi keyakinan dan penampilan diri saya sekaligus menyerlahkan personaliti dari luar dan dalam”, Hanis berkongsi pendapat mengenai kunci keyakinan diri seorang wanita.

“Hanis percaya di dalam bulan Ramadan ini, selain daripada pengamalan diet yang seimbang untuk memastikan kesihatan tubuh badan kelembapan kulit wajah juga harus dititik beratkan bagi memastikan kita kelihatan segar dan berasa bermaya dalam menguruskan agenda sibuk seharian.

Bagi individu yang mempunyai jenis kulit muka biasa, Hanis sarankan penggunaan Krim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGYKrim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.


Bagi individu yang mempunyai jenis kulit muka berminyak, Hanis sarankan mereka menggunakan Pelembap Muka Hydragel SAFI BALQIS WHITE TRILOGY. Uniknya produk ini ia berasaskan air dengan tekstur gel yang sesuai untuk kulit berminyak. Formulasi yang bertekstur ringan ini meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Kandungan asid hialuronik di dalamnya mengekalkan lembapan dan kesegaran pada kulit” Hanis Zalikha berkongsi rahsia kulit cerah sempurna, lembap dan bermaya dibulan Ramadan.


Nurani setiap insan terus diperkaya dengan alunan Dzikrullah oleh Hafiz Hamidun dan silaturahim setiap insan dieratkan dengan sesi berbuka puasa bersama-sama Duta SAFI BALQIS– Hanis Zalikha dan Duta SAFI RANIA GOLD Nora Danish dengan menikmati seleksi hidangan citarasa tempatan serta pemanis mulut istimewa yang diinspirasikan oleh tiga rangkaian produk SAFI seperti Pulut Tai Tai SAFI BALQIS, Bingka Ubi  dan Talam  Emas SAFI RANIA GOLD  serta  Kuih Seri Muka, Talam Keladi dan Kuih Lapis Pelangi SAFI SHAYLA.









Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.