Blog Eyzamiel: product review
Showing posts with label product review. Show all posts
Showing posts with label product review. Show all posts

22.6.22

SLAÉ Cosmetics dapat menjimatkan masa untuk cantik

Wednesday, June 22, 2022 0
SLAÉ Cosmetics dapat menjimatkan masa untuk cantik



SLAÉ Cosmetics dapat menjimatkan masa untuk cantik - Simple macam mana pun kita, mesti nak juga mekap walaupun sikit kan?. Cukup hanya pakai bedak dan secalit lipstik pun dah buat kita rasa lebih Confident nak keluar dari rumah.Tambah-tambah bila kita jadi mak-mak ni, nak mekap beria tak ada masa. So, kita mekap simple-simple je tapi still nak cantik. Kadang-kadang memang terpaksa mekap dalam kereta la jawabnya.

Eyza ni pulak sejenis suka mekap. Selalu wajib akan pakai Cushion Faoundation, Maskara, Blusher dan lipstik. Tapi kalau nak mekap Heavy sikit memang akan tambahkan dengan foundation dan Compact Powder. 

Hari tu Eyza try la cari Produk Local tapi setanding dengan produk-produk antarabangsa yang lain. Nak cari yang memudahkan kita mekap dan mesra Wuduk sebab senang nak mekap dan cuci kat mana2 pun. Dalam mencari tu, Eyza jumpa dengan koleksi mekap dari SLAÉ Cosmetics. Sangat sesuai untuk wanita zaman sekarang yang sentiasa sibuk. Guna beberapa item je pun dah cantik.


SLAÉ Cosmetics ni rupanya diasaskan oleh anak tempatan iaitu Datin Dr. Nik Sarina Hashim. Apa yang buat Eyza suka dengan produk ni ialah ianya 100% inspirasi kecantikan semulajadi dan Mesra Wuduk.

Pertama kali Eyza pakai, Eyza dah jatuh cinta dengan produk ni. Antara Set Mekap yang Eyza dah pakai ialah:

Bare & Boujee Cushion Foundation (Natural Beige) 

~ Bare & Boujee Liquid Foundation (Light Beige)

~ Bare & Boujee Compact Powder (Natural Beige)

~ Summerkiss Liquid Lipmatte (Tropical Pink)

~ Bloom This Way Powder Matte Lipstick (Dusty Peony)

~ Feline Triple Threat Mascara



Bare & Boujee Cushion Foundation best sebab ada SPF 50 yang dapat melindungi kulit dari sinaran matahari yang berbahaya. Ianya juga sesuai untuk menutup cela atau kulit kusam dan buatkan kulit berseri dan sekata.Yang bestnya ialah ianya  Medium Coverage dan dapat tahan sehingga 12 jam dan buatkan kulit nampak Natural tanpa bercapuk. Eyza suka sebab BB Cushion ni ringan dan dapat merawat kulit muka sebab salah satu bahan di dalamnya ialah daun pegaga yang memang sesuai untuk kulit muka. Tak hairan la kalau Cushion Foundation ni adalah terpaling Hot Selling dari jenama ni sebab ianya menggunakan Formula Korea. Terdapat 3 warna mengikut kesesuaian kulit muka iaitu Light Beige, Natural Beige dan Coco Beige. Untuk kulit muka Eyza, Natural Beige sesuai sebab kulit tak cerah sangat dan tak gelap sangat. Sedang-sedang gitu. 


Bare & Boujee Liquid Foundation ni Eyza gunakan untuk buat Concealer di bawah mata dan kawasan-kawasan yang perlu ditutup. Tekstur dia pekat dan memang sesuai untuk buat concealer untuk kening jugak bagi menutup lebihan kening supaya kening terbentuk cantik. Letak sikit je dah cukup untuk cover tempat yang kita nak tutup tu.


Bare & Boujee Compact Powder dapat membantu mencantikkan lagi wajah selepas kita pakai Cushion Foundation. Eyza suka sebab ianya tak buat kulit berminyak dan buat kulit muka glowing. Teksturnya pun ringan serta ada SPF 20.



Summerkiss Liquid Lipmatte ni tekstur dia ringan dan warna dia cantik. Eyza suka sebab bila pakai tak rasa melekit pun kat bibir dan tak mengeringkan bibir. Warna tahan lama sepanjang hari dan terasa bibir mungil je . Eyza pilih Tropical Pink sebab warna dia ala-ala pink and nude gitu.





Bloom This Way Powder Matte Lipstick ni adalah lipstik dengan teknologi ultra colour Natural yang dirumus khas minyak alpukat dan minyak biji delima untuk melembapkan dan mencantikkan bibir.Tekstur dia berkrim dan licin untuk memudahkan kita sapu dan nampak rata di bibir. Pakai mask pun tak melekat warna di mask.


Feline Triple Threat Mascara ni menggunakan berus kecil dan buatkan kita mudah nak sapu. Eyza suka sebab pakai sekali je dah buatkan bulu mata panjang dan lentik. Apa yang paling best ianya buat mata rasa selesa, galak, bulu mata rapi dan tak berat serta yang paling penting ianya tak comot.


Boleh kata semua produk dari SLAÉ Cosmetics ni Eyza suka. Cushion Foundation dia Coverage, Compact Powder ringan dan tak bercapuk, Foundation dia boleh cover eye bag semua, Liquid Lipmatte dan Matte Lipstick warna cantik dan Pigmented sampai boleh buat eyeshadow dan blusher la dan Mascara dia memang the best sebab bulu mata eyza lentik giler dan tak comot.

Bagi yang berminat untuk dapatkan produk SLAE Cosmetics, jangan lupa guna code diskaun yang tertera di bawah untuk dapatkan 10% diskaun bagi pembelian SLAE Cosmetics ini.

[Coupon Code for 10% OFF : Eyza]
[First Time Purchase, will get extra 15%!]

[Coupon Code for 10% OFF :  SLAEEyza)

Jom join Telegram Channel #SLAEBabe : https://t.me/+_uj1IpbAl3k5YzQ1 untuk SLAE's OFFERS, DISCOUNT, FREE GIFT, CONTEST, GIVEAWAY etc, 

Kalau ada nak bertanya pasal produk ke, warna apa yang sesuai ke atau apa-apa berkaitan boleh wasap Beauty Consultant di   http://wasap.my/60192225712/SLAECosmetics

Untuk maklumat lanjut mengenai SLAE Cosmetics boleh layari :

Website : www.SLAE.com.my


5.7.19

Dashing keluarkan 1st Semburan Deodoran + Wangian Badan Untuk Lelaki

Friday, July 05, 2019 0
Dashing keluarkan 1st Semburan Deodoran + Wangian Badan Untuk Lelaki

Eyza suka kalau Hubby wangi-wangi. Rasa tak puas nak cium. Hihihi. Tapi dulu kena beli deodoran 1, pewangi 1. Kiranya 2 item la kan. Sekarang ni dah tak perlu nak beli sampai 2 sebab Dashing dah keluarkan 1st Semburan Deodoran + Wangian Badan untuk lelaki dalam 1 botol je. Senang sangat. Just beli 1 item dapat 2 kegunaan.

Guna 2 produk untuk bau yang hebat selalunya mencabar tau. Mencabar sebab susah nak cari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Dah la minyak wangi sekarang ni mahal, sebab tu sesetengah lelaki just guna 1 produk je iaitu deodoran sebab janji dapat hilangkan bau badan. Tapi, kekadang deodoran je tak dapat cover masalah bau badan hi kalau berpeluh yang terlalu banyak.

Pastinya lebih best kalau semuanya ada dalam SATU! Ringkas,mudah dan cepat untuk lelaki. Sebab tu la DASHING melancarkan semburan badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME BODY SPRAY berkesan memberikan perlindungan selama 24 jam terhadap bau badan.

Semburan Deodoran biasa cuma dapat bertahan 2 ke 3 minggu je, tapi DASHING DEO +PERFUME ni adalah 100% deodoran. Ianya jimat sebab dapat bertahan lama kerana 1 botol boleh menyembur sehingga 800 semburan dan tahan sehingga 146 hari!

DASHING DEO + PERFUME SPRAY ni ada 4 variasi iaitu:


ULTIMATE KICK
- Wangian sebenar sang juara. Ianya menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan lelaki moden.Wangian ini menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


HITMAN
- Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana saja. Didahului dengan kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan Pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


HATTRICK
- Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


SPEED
- Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma Klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


Hubby pun suka dengan semua haruman dari DASHING ni. Last-last semua dia ambik. Puas hati la dapat empat-empat. Eyza pun suka sebab hari-hari hubby wangi. Balik dari kerja pun still rasa bau fresh gitu.

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120 ml dan dijual pada harga RM 12.20. Produk ni boleh didapati di seluruh negara termasuk Pasaraya Utama, Pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari :



12.2.19

Forever Dewi HQ mencari ejen dan Dropship untuk Minuman Sarang Burung

Tuesday, February 12, 2019 1
Forever Dewi HQ mencari ejen dan Dropship untuk Minuman Sarang Burung

Hari tu pergi Hatyai, aku tak sempat nak pergi tempat untuk minum sarang burung. Aku memang penggemar minuman sarang burung ni. Tapi, nak cari yang Halal tu yang susah sikit.

Bila balik KL, aku dok cari jugak dekat mana aku boleh minum air sarang burung ni. Bukan apa, aku suka sebab dapat sejukkan badan. 

Dalam dok cari tu, aku pun jumpa dekat IG foreverdewi.official . Rasa macam tertarik je nak try. Aku pun terus la order sekotak terus. 

Dalam sekotak tu ada 6 botol. Harga sekotak cuma RM 120 je. Ada perisa Longan Red Dates, Extra Collagen Rock Sugar dan Chrysanthemum Rock Sugar. Kalau tanya aku, semua perisa aku suka. Tambah-tambah kalau sejuk. Rasa heaven je masuk kat tekak.


Sarang burung yang boleh dimakan adalah sarang burung yang dihasilkan oleh burung walit ketika ia nak bertelur dengan guna air liur je. Lagipun masyarakat cina di South East Asia dah amalkan minum sarang burung sejak hampir 400 tahun dulu.

Ada banyak khasiat produk sarang burung ni. Antaranya :

1.Meningkatkan daya ingatan, meningkatkan pengaliran saraf dan penyerapan vitamin D dari cahaya matahari.

2.Mengandungi karbohidrat dan lipids serta bahan yang dapat merangsang pembahagian dan peetumbuhan sel, meningkatkan pertumbuhan tisu dan regenerasi dan dapat menghalang jangkitan influenza.

3.Kandungan Tirosin dapat membantu mempercepat pemulihan daripada terapi radiasi dan kemoterapi bagi pesakit kanser dan pesakit baru yang menjalani pembedahan.

4.Threonine yang terdapat dalam sarang burung menyokong pembentukan kolagen dan boleh mencegah kedutan serta anti penuaan, anti jerawat, mengurangkan pembentukan bintik-bintik pigmentasi dan seterusnya menjadikan kulit licin dan halus.

5.Khasiat untuk warga tua dimana membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, meningkatkan ingatan, mengurangkan masalah hati dan usus, mengawal gula dalam darah, meningkatkan keupayaan untuk menyerap kalsium, anti penuaan tulang belakang dan anti-arthritis.

6.Boleh membantu melegakan penyakit berkaitan pernafasan seperti asma atau batuk kronik.

Minuman Kolagen Sarang Burung dari Forever Dewi ni adalah produk yang sangat berkualiti dan berkhasiat. Produk ini juga mematuhi Sijil Pensijilan GMP, Sijil Pensijilan HACCP, Skim Pensijilan MESTI dan yang paling penting Sijil Halal JAKIM.

Produk ni boleh diamalkan oleh semua golongan tak mengira umur dan jantina.


Sekarang ni pihak syarikat tengah cari agen dan dropship. Kalau korang berminat nak tambah pendapatan boleh la contact diaorang. Jangan lupa mention nama kod ni FDEYZAMIEL kalau korang berminat jadi agen atau dropship, korang akan dapat diskaun 10-30% dalam tempoh tertentu.

Maklumat lanjut, korang boleh tengok dekat:


10.2.19

Permainan Menarik Untuk Kanak-Kanak dari Happy Go KL

Sunday, February 10, 2019 1
Permainan Menarik Untuk Kanak-Kanak dari Happy Go KL

Hai korang. Pernah dengar tak tentang Happy Go KL? 

Happy Go KL ni adalah laman web untuk aktiviti keluarga yang menyeronokkan di KL dan perjalanan mesra kanak-kanak di Asia. Ia ditulis oleh sekumpulan ibu bapa yang ingin berkongsi apa yang kita ketahui dan suka tentang bandar tempat kita sekarang ini, juga menyebarkan idea yang baik untuk menjadikan kehidupan seharian lebih seronok. 

Ha.. sebab tu la sekarang ni Happy Go KL keluarkan permainan untuk kanak-kanak iaitu Lizards and Ladders dan Game On The Go Playing Cards.

Lizards and Ladders


Permainan ni didatangkan dalam kotak keras yang cantik. Dalam tu ada papan permainan, kad durian, buah dadu dan boling kecil utk 5 pemain.


Ianya mengetengahkan tema Hutan Hujan Malaysia. 


Anak-anak buah aku pun happy je dapat main permainan ni. Diaorang suka sebab papan permainan tu cantik.


Harga Permainan ni hanya RM 70.00.

Games On The Go Playing Cards


Bukan je budak-budak, orang dewasa pun suka Permainan kad ni sebab ianya menguji daya ingatan kita untuk hafal dan simpan dalam memori.


Didatangkan dalam packaging yang cantik, dan kad yang menarik. Sebab tu la budak-budak suka.

Harga Kad ni cuma RM 35.00.


Semua permainan ni boleh dibeli di:

- The Batik Boutique
- ILHAM Gallery Shop
- TriBeCa and TriBeCa Artism in Bangsar Village 2
- The Hive in Ampang and Bangsar
- Buah Tangan at KL City Walk
- Online boleh klik sini

Untuk keterangan lanjut boleh layari website https://happygokl.com/ atau emailkan ke info@happygokl.com

30.1.19

Tampil Cantik Dengan Pim'Pal Away Dan Whitenin B.B. dari Kitsui

Wednesday, January 30, 2019 3
Tampil Cantik Dengan Pim'Pal Away Dan Whitenin B.B. dari Kitsui


Aku ni jenis sempoi je. Tak berapa gemar sangat berhabis untuk cantik. Tapi nak cantik. Macam mana tu kan. Hahaha.

Sebenarnya bukan semua supplement untuk cantik tu mahal. Macam produk dari Kitsui ni. Bagi aku harga memang mampu milik. Kiranya kalau ko nak cantik senang je. Bajet tak sampai seratus.

Atas misi nak cantik, Aku pun apa lagi. Pergi la survey-survey dekat Guardian dengan Watsons. Dekat dua2 outlet ni aku jumpa produk Kitsui ni. Tengok harga. Ok. So, jom la kita try.


Pim'Pal Away

Ok. Aku dah try Pim'Pal Away dan Whitenin B.B. Aku ni kalau nak period memang cik jerawat akan tumbuh la. Tapi dengan Pim'Pal Away ni. Jerawat pun macam segan-segan nak naik. Dalam erti kata lain, tak tumbuh la kali ni.



Packaging : 

Satu kotak ada 15 packs (10g)

Cara Pengambilan :

Guna air suam. Kalau nak senang larut better guna shaker. Tapi kalau tak ada , kacau dalam cawan pun ok. Boleh ambil 2 sachet satu hari untuk kesan optimum seawal 7 hari

Price :

RM38.80



Bahan-bahan:

Alpha Lipoic, Tricalcium Phosphate, Vitamin C+

Fungsi :

- Mengecilkan ruang pori.
- Mencegah dan menghilangkan jerawat.
- Membaiki strukur kulit ( hilang parut ).
- Mengatasi masalah kulit berminyak.
- Mengatasi kulit berjerawat bengkak dan bernanah.
- Menghilangkan ‘blackheads & whitehead’ di muka.
- Mengurangkan kemerahan kesan dari keradangan.

Tekstur :

Serbuk , dicampur dengan air

Dirumus khas untuk mereka yang ada masalah jerawat. Bantu mengurangkan jerawat di muka. Bantu mengurankan jerawat yg bernanah. Mengurangkan jerawat pasir.


 

Whitening B.B.

Bahan-bahan:

Alpha lipoid Asid, Ekstrak Campuran Beri, Ceri Acerola dan Ekstrak Oren

Fungsi :

- Mencerah & memutihkan seluruh wajah
- Menghalang pembentukan blackhead & whitehead
- Membantu mengurangkan jerawat muka dan badan.
- Mengawal minyak berlebihan di muka.
- Menaikkan seri wajah.
- Mencerahkan mata.
- Menghalang penghasilan melanin kulit.
- Memutihkan kulit menjadi putih pink & gebu
- Menutup liang pori muk.a
- Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1-2 minggu.

Tekstur:

Serbuk , dicampur dengan air

Packaging : 

Satu kotak ada 15 packs (10g


Cara Pengambilan :

Guna air suam. Kalau nak senang larut better guna shaker. Tapi kalau tak ada , kacau dalam cawan pun ok. Boleh ambil 2 sachet satu hari untuk kesan optimum seawal 7 hari. Rasa Oren. Sedap.

Price :

RM38.80



Sesuai utk mereka yg ada alahan kolagen , bantu mengurangkan muka berminyak , mengecilkan pori pori besar , mencerahkan kulit muka , melicinkan muka kulit .

* Sesuai untuk mereka yang ada alahan makanan laut.


Produk Kitsui ni diformulasi dan dikilangkan di Jepun untuk menjaga standard kualitinya yang tinggi. Kitsui ni merupakan produk keluaran Gemini Beauty Resources (M) Sdn. Bhd dan pernah menang dalam Super Health Brand Asia Pacifik. Produk keluaran mereka adalah 100% semulajadi dan mempunyai kelulusan GMP. Jadi anda boleh amalkan dengan rasa selamat.



Apa yang aku suka sebab produk ni selamat dan senang nak beli. Kesan pun ok. Sesuai dengan aku.

Maklumat Lanjut boleh layari:

Facebook : Kitsui
Instagram : Kitsui

Selain dari Watsons dan Guardian, Produk juga boleh dibeli di Shopee

17.12.18

Rahsia Kecantikan Janna Nick dengan Colla-Plus 3

Monday, December 17, 2018 1
Rahsia Kecantikan Janna Nick dengan Colla-Plus 3

Korang suka tak minum Beauty Drink? Apa favourite Beauty Drink korang? Ha.. baru-baru ni Eyza sempat la ke Meet & Greet bersama Duta NH Colla-Plus 3 ni dekat IOI Mall Putrajaya iaitu Janna Nick.


Patut la Janna ni makin lama makin cantik, rupanya dia amalkan minum NH Colla-Plus 3 ni.


NH Colla Plus 3 ni adalah minuman kecantikan yang ada Yis Seramida dan ekstrak zaitin untuk beri perubahan kulit yang menakjubkan dengan berkesan dan pantas.


Minuman ni sesuai untuk lelaki dan wanita dengan semua jenis kulit. Taknkira umur berapa, semua boleh amalkan minum NH Colla Plus 3.


Dalam sekotak ni ada 6 botol.  Boleh diambil dengan cara berikut:

Hari pertama hingga ke 6:
Ambil satu botol setiap selang sehari

Hari ke 7:
Ambil satu botol setiap selang sehari



NH Colla-Plus 3 boleh didapati di semua outlet Watsons seluruh negara.

19.8.18

Pakai Susuk Untuk Cantik?

Sunday, August 19, 2018 1
Pakai Susuk Untuk Cantik?
IMAAN Serum Susuk Beradu dan IMAAN Jardin Cushion Foundation- Lately ni Eyza tak berapa sihat sebab tu la jarang sangat update blog. Ni pun baru je baik demam. Nasib baik la tak melarat sampai kena ambik darah. Kalau tak, jenuh la. Serik dah rasanya masa kes denggi dulu. Hari-hari kena ambik darah.

Sebenarnya kan, Eyza sekarang ni dah jatuh cinta. Eh! Bukan dengan lelaki lain. Eyza setia kat Abg J sorang je. Eyza sebenarnya dah jatuh cinta dengan Susuk. 

Ish.. Eyza tau pakai Susuk tu haram. Tapi, Susuk yang Eyza pakai ni dijamin Halal tau sebab ni bukan susuk yang bomoh tu. Dak aih. Ni susuk moden, susuk kecantikan iaitu IMAAN Susuk Beradu 24K Gold yang diilhamkan oleh Syarikat IMAAN WORLD!

Haih hangpa ni. Eyza tau lagi halal haram. Simpang malaikat 44 la nak pakai susuk bukan-bukan. Lagi satu, Eyza bukan saja jatuh cinta dekat Susuk tu, Eyza jugak dah jatuh Cinta dekat IMAAN Jardin Cushion Foundation. Kalau x percaya hangpa try la. Mesti jatuh cinta jugak macam Eyza.


IMAAN SUSUK BERADU 24K GOLD


Packaging pun dah ekslusif tau. Eyza suka diaorang gunakan warna Hitam + Gold utk kotak tu. Sesuai sangat.

Kulit kita ni pun perlukan perlindungan. Macam Eyza, memang dah jadi rutin sebelum mekap mesti akan pakai Serum. Sekarang ni hari-hari pakai Serum Susuk Beradu ni. Kulit rasa Moist je.

Hanya perlu guna 2 kali sehari, pagi dan malam untuk dapat kesan yang terbaik.


Banyak kebaikan kita pakai Serum Susuk Beradu ni tau. Antaranya:
🌼 Memudakan dan menegangkan kulit
🌼Merawat Kerosakan Akibat Sinar      Matahari
🌼 Meningkatkan keanjalan kulit
🌼 Melambatkan Penipisan Kolagen
🌼 Merangsang Kolagen Baru
🌼 Melambatkan penuaan
🌼 Memudarkan jeragat & Kesan Jerawat
🌼 Mengurangkan Kedutan


Serum ni diformulasikan dari Emas tulen tau tapi harga mampu milik je. Memang berbaloi untuk kita beli.

IMAAN Jardin Cushion Foundation


Foundation ni best sangat sebab senang nak pakai dan cover satu muka. Eyza just calit dengan tangan kat muka dan sapu guna beauty blender. Kalau nak pakai span yang disediakan pun boleh. Ikut keselesaan masing-masing.

Nak tengok cara pakai boleh tengok dekat IG Eyza : Eyzamiel


Bahan-bahan yang ada dalam ni dapat membantu merawat dan menghalang muka kita dari cahaya matahari sebab ada SPF50++.


Antara bahan-bahan penting yang ada dalam Foundation ni ialah:
🌼 Argan Oil
🌼 Vitamin E
🌼 Sweet Almond Oil
🌼 SheaButter
🌼 Chamomile Oil
🌼 Aloe Vera

Eyza tengok bahan-bahan yang digunakan pun dah buat Eyza rasa selamat guna foundation ni. Lagipun ianya setanding Liquid Foundation, High Coverage, Tahan lebih 8 jam dan lepas ni kita dah boleh Selfie tanpa Filter dah.


Eyza dah jatuh cinta dengan 2 produk hebat ni. Tak sabar nak try produk lain dari IMAAN WORLD NI.

Untuk keterangan lanjut, boleh tengok dekat:
Website : WWW.IMAANWORLD.COM
Telefon : 03-42854919 / 019-2862828
Email : wowmissionsdnbhd@gmail.com