Ada ke Pakej Murah ke Singapore?/Eyza dah lama teringin sangat nak ke Singapore. Angan-angan nak pergi Universal Studio tapi tak sempat lagi nak pergi.
Dalam dok berkira-kira nak pergi Singapore, nampak pulak Pakej Murah dari Raini Travel buat Day Trip pegi sana. Tengok harga macam mampu bayar je. Terus decide nak pegi.
Eyza cuma tukar 40 Dolar bersamaan dengan RM 120 duit kita. Masa Eyza tukar tu rate 1 Dolar = RM 2.972 duit kita. Nak senang kira Eyza jadikan RM 3 terus la.
Cukup ke tukar banyak tu? Kalau ko rasa tak nak shopping dan just untuk makan memang cukup. Tapi Eyza ada la jugak beli T-shirt 2 helai dan 1 Fridge Magnet siap dapat beli makanan lagi. Baki dalam tangan masih ada 9 Dolar. Ok la kan.
Untuk pakej ni, bas akan bertolak dari KL Sentral pada Jumaat malam dan akan sampai kat Singapore waktu pagi. Sebelum masuk tu kita akan rehat, solat dan mandi dekat R&R Gelang Patah.
Sentosa Island
Masuk je Singapore, kami ke Sentosa Island dulu. Sentosa Island ni memang terkenal dengan Universal Studio.
Tapi kali ni kami tak masuk pun.Nama pun day trip.. Memang tak sempat la.. Maybe next time sebab dalam tu je makan masa sehari.
Tapi, Walaupun kita tak masuk Universal Studio... korang jangan susah hati pulak. Banyak je tempat lain yang korang boleh jalan-jalan dekat area ni.
Kalau nak pergi Pantai pun boleh. Siap ada Sentosa Express dan ianya FREE! Yes.. Free tau. Naik je.
Korang boleh pilih nak ke Palawan Beach, Tanjong Beach atau Siloso Beach.
Kami pilih ke Siloso Beach. Pasir kat sini putih je.
Kat sini toilet dia Unik sangat. Buat dari kayu lagi. Tak tergerak hati plak nak masuk tengok dalam.
Dah settle jalan2 dalam tu, kita balik semula naik train tadi tu.
Kat sini ada Hard Rock Cafe jugak tau.
Kalau korang rasa nak makan makanan Malaysia walau di Singapore, boleh la makan dekat Malaysia Food Street.
Istana Kampung Gelam
Dulunya bangunan ni adalah Istana Kampung Gelam.Tapi sekarang ni dah jadi Malay Heritage Centre.
Dari Istana ni kami just jalan kaki je ke Masjid Kampung Gelam. Cantik masjid ni.
Masjid ni dibina hasil sumbangan orang ramai. Ada yang sumbangkan wang ringgit, ada sumbangkan barang dan juga ada yang menyumbangkan keringat. Bukan setakat senibina yang cantik, Masjid ni jugak ada lif bagi memudahkan kita naik ke tingkat atas untuk solat. Telekung pun banyak disediakan.
Haji Lane
Dekat sini ada deretan kedai-kedai dan Eyza suka tengok cara diaorang menghias. Dengan bangunan yang unik dan kedai yang menarik buat kita rasa seronok jalan dekat sini.
Bugis Street
Kalau nak shopping Eyza suggest beli kat sini. Kami teruja bila masuk kedai 1 Dolar. Bayangkan Rexona harga 1 Dolar je.Murah!! Apa lagi terus la borong.Bukan setakat tu je. Ada macam2 la dalam kedai ni.Ala-ala kedai 2 ringgit kat Malaysia.
Dah penat berjalan,wajib singgah gerai Jus 1 Dolar.Murah wei. Eyza sampai rambang mata tak tau nak pilih air apa. Semua nampak sedap.
Merlion Park
Kat sini la yang selalu jadi tumpuan orang untuk bergambar kalau ke Singapore. Kira tempat wajib singgah la.
Garden by the Bay
Taman ni adalah Taman tercantik dekat Singapore dan jadi tarikan pelancong. Tiap-tiap malam ada Light Rhapsody Show dan setiap hari ada tema yang lain-lain. Best tau!
Restoran Zam Zam
Kalau datang Singapore, korang tak perlu risau pasal makanan Halal. Banyak je kedai. Dan salah satunya kedai yang pemes dengan Murtabak Singapore dah tentu la Restoran Zam Zam.
Eyza tak makan kat situ tapi Eyza tapau bawak balik Mutabak Daging dan air katira. Total 2 tu cuma 10 Dolar.
Kalau korang tengah fikir nak bercuti, tapi bajet ciput.. Eyza memang suggest korang ambik Pakej Day Trip dengan Raini Travel ni.
Cuma RM 135, korang dapat Transport dari KL-Singapore-KL. Siap pakej jalan-jalan dalam Singapore tau. Berbaloi-baloi.
kredit: Raini Travel |
Untuk Maklumat Lanjut:
Whatsapp : 016-774 4594
Instagram : https://www.instagram.com/rainitravel/
cantiknya bangunan tu. port boek kalau nak ootd
ReplyDeleteBestnyaaa pi Singapore! Eh...ada Sally laa...dia g jugak ke? >.<
ReplyDelete