Blog Eyzamiel: ::jalan-jalan::
Showing posts with label ::jalan-jalan::. Show all posts
Showing posts with label ::jalan-jalan::. Show all posts

12.6.15

Kuala Lumpur International Hijab Fair 2015

Friday, June 12, 2015 2
Kuala Lumpur International Hijab Fair 2015
Hari tu, sebelum aku gi Event Sembonia.. aku sempat la gi PWTC untuk Kuala Lumpur International Hijab Fair... First time tau aku gi KLIHF ni..


Gigih tau.. pkl 9 lebih dah keluar rumah.. parking kat LRT n gi sana naik LRT je.. malas nak bawak kereta.. takut susah cari parking.. Naik LRT senang.. siap ada driver.. hihihi... 


Sampai sana, dalam pkl 10 camtu... tengok tak ramai lagi datang.. sebab tu la aku datang awal-awal.. malas nak berebut-rebut... 

Sebelum masuk ke ke KLIHF ni.. kena isi borang n bayar seringgit kat kaunter pendaftaran.. Ok la dia buat macam tu.. tak ada la sesak sangat.. siap dapat goodies bag, pelekat dan diaorang akan cop kat tangan kita... 


Sebelum masuk.. aku diinterview oleh petugas KLIHF ni.. nebes jap.. hahaha..


Naik atas.. sebelum pintu masuk ada banyak photobooth.. apa lagi.. aku pun bergambar sakan la...




Kat sana jugak.. ada dibuat lelongan baju-baju artis...


dan kalau ada yang nak menderma tudung pun bole.. ada disediakan kotak kat sana...


Sebelum masuk kita kena tunjuk tangan yang dh dicop tu.. baru lepas masuk.. sape yang takde, kena trn bawah dan bayar dulu seringgit.. baru dapat masuk...


Kat luar aku dah teruja tengok macam-macam jenama ada.. bila masuk dalam lagi la teruja.. dek terlampau teruja.. tak banyak gambar yang aku ambik..hihihi...


Ada pelbagai Booth jenama terkenal macam Sugarscraf, Yatt Hamzah , Aidijuma dan Madeena By Mizz Nina...



Selain dari menjual tudung.. ada jugak booth yang membuat tutorial tudung... lama gak aku kat sini.. dok belajar teknik ikatan tudung yang trendy...


Selain itu, para artis seperti Aizat dan Mizz Nina turut turun padang bagi mengutip derma untuk Aman Palestin...




Para artis jugak tak nak melepaskan peluang untuk menderma di KLIHF ini... banyak artis yang menderma koleksi baju mereka untuk dijual dan duitnya akan disalurkan ke badan amal...



Bukan sahaja dari Malaysia.. ada jugak Booth dari Indonesia dan Brunei.. meriah... koleksi tudung-tudung diaorang pun teruja aku tengok.. cantik...


Aku sempat jugak beli syampu Sari Ayu ni... rambut selalu gugur.. nak try koleksi ni..mana tau sesuai dengan aku...


Semua nampak menarik.. masa kat rumah aku ingat nak beli 2 helai je tudung.. bila sampai sana, terus jadi berhelai-helai.. hihihi...



Bagi aku, KLIHF ni memang patut dibuat selalu sebab banyak pilihan... pastu harga lebih murah dari biasa tau.. memang berbaloi... lepas ni, kalau ada lagi.. aku jugak antara terawal yang nak gi terjah.. ada sesapa nak ikut.. :)

kredit : instgram @KLIHF

14.5.15

Mandi Manda di Air Panas Sg. Klah

Thursday, May 14, 2015 1
Mandi Manda di Air Panas Sg. Klah
Sebenarnya ni citer dah berbulan yang lalu.. Baru teringat blom citer lagi..hihihi... Masa ni aku tak ingat cuti apa.. Raya Cina kalau tak silap aku.. Aku ngan hubby dah boring tahap gaban dok kat rumah tak de buat apa.. kebetulan membe aku baru balik dari Air Panas Sg. Klah ni.. tgk gambar2 dia pg sana cam best jer.. So, aku pun ajak la hubby gi sana...



Dari KL tak jauh sangat pun.. aku pakai Highway PLUS.. exit je Sungkai... lebih kurang dalam 2 jam camtu... Sampai sana, parking terus gi beli tiket...



Tiket Dewasa Sorang cuma RM 15.00... Pastu nnt dia akan bagi kertas untuk dipakai macam gelang.. menandakan kita dah beli tiket dan bole masuk ke Taman Rekreasi...


Dari pintu masuk ke Tempat Mandi lebih kurang 500m camtu la.. Tapi jangan risau sebab diaorang ada sediakan TRAM.. free jer..




Kat sana ada disediakan tandas dan loker untuk kemudahan kita... Tandas bersih... sewa loker cuma RM 3.00 jer... simpan je barang2 dlm tu.. selamat...



Kat sana ada pilihan untuk mandi kat air sejuk atau panas... Kami decide mandi kat air sejuk dulu sebab tgk kat situ meriah jer...



Dah puas berendam kat situ... kami pun trs gerak ke tempat air panas... sasaran utama ialah tempat untuk rebus telor.. nampak macam best jer..



Kat sini ada disediakan pondok menjual telor.. aku dah tak ingat berapa ringgit harga telor tu..  kalau tak silap, 5 biji RM 6 kut..



Ada signboard utk kita tahu berapa lama nak rendam telor dlm tu...


Hubby gigih dok masak telor.. aku tgk dr atas jer...


Tapi betul la.. telo yang direbus secara semulajadi ni rasa sedap dia lain macam.. ke aku yang kebulur pas berendam.. hahahah...

Habis makan telor.. rendam kaki jer dlm air panas.. tak lama pastu, trs gi tukar baju.. nak balik KL...


Sebab dah lewat. tram pun takde.. kami decide jalan kaki ke tempat parking... takde la jauh mana pun .. saje ngengada nak naik Tram...


Aku memang rekemen tempat ni untuk sesapa yang nak lari dari sibuk n jammed kat bandar.. kat sini tenang jer... 

Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah dilindungi oleh ketenangan hutan subur menghijau, dikelilingi oleh bukit-bukau dan anak sungai yang jernih. Dengan keluasan 6.5 hektar, anda boleh menikmati pemandangan indah ladang kelapa sawit dan dusun durian, sambil bersantai di kawasan ini.

Konsep unik yang direka khas bagi air mengalir dari mata air panas ke Kolam Renang dan Taman terapi di kaki Banjaran Titiwangsa berketinggian 200 kaki di atas paras laut sememangnya kejuruteraan yang kreatif untuk menarik pengunjung yang menghargai keajaiban semulajadi. Keluarga yang melawat taman itu boleh mencuba tempat mandi yang tersedia di sini bersama- sama keluarga. Satu lagi aktiviti terkenal yang harus dicuba ialah pengalaman merebus telur dalam air panas.

Bagi pengunjung yang berminat untuk merasai pengalaman urutan Melayu tempatan, pihak taman menawarkan pakej terbaik urutan tradisional yang boleh dimanfaatkan.

Untuk mengikuti aktiviti yang lebih mencabar, para pelawat boleh mengikuti cabaran menelusuri Sungai Sungkai atau berlari di trek sekitar taman rekreasi ini sambil menikmati alam semulajadi.

 Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Melalui Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), keluar ke Tol Sungkai dan kemudian belok ke kiri di simpang. Hanya sejauh 1km di jalan utama, belok ke kiri dan ikut papan tanda. Taman ini terletak selepas perkampungan FELDA Sungai Klah.

 Sila Hubungi

FELDA Residence Hot Springs

Telefon: +605 438 8801/438 8803

31.10.14

Cara-cara nak ke KLIA2

Friday, October 31, 2014 64
Cara-cara nak ke KLIA2
Tadi aku baca kat blog Eida tentang parking mahal kat KLIA2. memang pun. cekik darah... kalau pg sekejap takpe la..kalau lama.. masak la nak membayar parking nanti...


Sebenarnya ada banyak cara untuk korang ke KLIA2..  Antaranya, korang boleh :-

Memandu sendiri ke KLIA2

~ Kalau korang pergi ramai dan ada warga emas, lebih baik la memandu sendiri ke sana.. tapi, perlu diingatkan yang kadar parking di Klia2 agak hazab jugak la nak membayarnya..

1-3 jam   RM 4.00 /jam
4-5 jam   RM 3.00 / jam
6-9 jam   RM 3.00 / jam
> 10 jam   RM 2.00 / jam

kadar sehari maksima RM 46.00
Kalau tiket hilang pulak kena bayar RM 50.00 sehari

Klia Transit / Klia Ekspress

~ Untuk sesiapa yang nak cepat dan mengejar masa, memang sesuai sangat naik Klia Ekspres.. aku pernah naik.. memang laju.. sekejap jer dah sampai airport.. tapi, harga agak mahal la..

Kl Sentral ke Klia2 :- 
harga sehala RM 35.00 (dewasa)
harga sehala RM 15.00 (kanak-kanak 2-12 tahun sahaja)

~ dan kalau nak naik Klia Transit pun boleh.. cuma tren ni ada berenti-renti la.. tapi yang bestnya, korang bole naik kat mana-mana stesen yang terdekat dengan rumah.. ada 4 stesen yang akan dilalui sebelum sampai ke Klia2..
KL Sentral-Bandar Tasik Selatan-Putrajaya/Cyberjaya-salak Tinggi-KLIA-KLIA2

Kl Sentral ke Klia2 :-
harga sehala RM 35.00 (dewasa)
harga sehala RM 15.00 (kanak-kanak)

Bandar Tasik Selatan ke Klia2:-
harga sehala RM 26.50 (dewasa)
harga sehala RM 13.00 (kanak-kanak)

Putrajaya / Cyberjaya ke Klia2 :-
harga sehala RM 6.20 (dewasa)
harga sehala RM 3.00 (kanak-kanak)

Salak Tinggi ke Klia2 :-
harga sehala RM 3.20 (dewasa)
harga sehala RM 1.60 (kanak-kanak)

Klia ke Klia2 :-
harga sehala RM 2.00 (dewasa)
harga sehala RM 1.00 (kanak-kanak)

Teksi

Kalau korang ada bajet lebih dan kejar masa, bolehla naik teksi.. untuk teksi aku tak berapa sure plak berapa tambangnya.. maybe dalam harga RM 70.00  hingga RM 100.00 sehala.

Bas

Dan cara yang paling jimat dan menjadi pilihan aku... adalah dengan menaiki bas..

Aku ni kalau boleh jimat mmg akan jimat...Kalau korang nak jimat macam aku.. boleh la ikut cara aku ngan hubby ni... tapi, kalau korang ada anak kecik.. macam leceh sikit la.. sebab kena transit dulu kat TBS... Masa kitaorang balik raya hari tu.. kitaorang naik AirAsia.. masa tu pulak, AirAsia baru lagi pindah ke KLIA2.. mula-mula ingat nak parking kat Airport.. pastu..fikir punya fikir.. tak jadi la.. sayang duit jer utk bayar parking.. baik duit tu aku buat belanja kat kampung...

Korang boleh naik bas dari KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS)... tapi bas ni hanya untuk orang yang masih banyak masa.. kalau korang nak naik bas, kena la keluar awal.. sebab ianya makan masa lebih kurang sejam macam tu la..

Sebelum ni.. kalau gi LCCT, aku naik bas jer kat KL Sentral.. tapi, KL Sentral pun parking dia mahal gak.. tak berbaloi.. dah la jauh gak dari umah aku...  dan kebetulan plak, sebelum balik raya hari tu aku ada nampak Banner kat TBS.. Yeay ni yang aku tunggu-tunggu.. ada perkhidmatan JETBUS.. dr TBS ke KLIA2...


Aku parking je kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan).. 


Kat TBS ni mengamalkan semua kaunter kita boleh beli tiket.. tak kisah la kita nak pergi destinasi mana pun.. tapi make sure la destinasi ke Selatan jer.. jangan pulak korang mintak tiket nak ke Pantai Timur plak..mmg tak bole nak tolong la.. 

So, pergi je kat kaunter.. cakap nak pergi KLIA2.. penjual tiket tu akan mintak ic untuk key in nama kat tiket... Tiket cuma RM 9.00 je sehala.. Bas pulak ada setiap setengah jam.. So, korang tak payah risau...



TBS to KLIA2
KLIA2 to TBS
Departures
Arrivals
Departures
Arrivals
TBS
KLIA2
KLIA2
TBS
3:00 am
4:15 am
4:30 am
5:45 am
4:00 am
5:15 am
5:30 am
6:45 am
5:00 am
6:15 am
6:30 am
7:45 am
6:00 am
7:15 am
7:30 am
8:45 am
7:00 am
8:15 am
9:00 am
10:15 am
8:30 am
9:45 am
10:30 am
11:45 am
10:00 am
11:15 am
11:30 am
12:45 pm
11:00 am
12:15 am
12:30 pm
1:45 pm
12:00 pm
1:15 pm
1:30 pm
2:45 pm
1:00 pm
2:15 pm
2:30 pm
3:45 pm
2:00 pm
3:15 pm
3:30 pm
4:45 pm
3:00 pm
4:15 pm
4:30 pm
5:45 pm
4:00 pm
5:15 pm
5:30 pm
6:45 pm
5:00 pm
6:15 pm
7:00 pm
8:15 pm
6:30 pm
7:45 pm
8:30 pm
9:45 pm
8:00 pm
9:15 pm
9:30 pm
10:45 pm
9:00 pm
10:15 pm
10:30 pm
11:45 pm
10:30 pm
11:45 pm
12:00 am
1:15 am




Dah dapat tiket.. turun je bawah.. kat tiket tu ada tulis gate berapa.. kat bawah nanti ada banyak tempat duduk.. korang duduk la tunggu ikut no gate yang tertera kat tiket tu...  Jetbus ni setakat ni tak pernah kecewakan aku.. dia akan sampai 15 minit awal dan akan gerak ikut waktu yang kita beli.. penuh ke tak penuh ke.. bas tetap jalan..


Sampai kat KLIA2, bas akan berhenti kat bahagian bawah.. jalan sikit.. naik lift untuk sampai dalam Mall Klia2... dari mall tu, korang jalan la lagi untuk ke Balai berlepas... tapi kan, KLIA2 ni korang kena berjalan agak jauh la.. kalau dapat gate yang hujung sekali, masak gak la.. boleh pitam dibuatnya...

Kalau rumah korang lebih dekat ngan TBS, aku cadangkan korang buat macam aku jer...senang kan.. jimat pun jimat... 

kadar parking TBS : sehari (24 jam)  RM 3.00 .. korang kali la sendiri berapa hari korang nak tinggalkan kat situ..
Tambang Jetbus : RM 9.00 sehala seorang

Kalau korang nak tau lebih lanjut, klik bawah ni :