Blog Eyzamiel: ramadhan
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

19.5.18

Berbuka Puasa di Restoran Warung Makcik Kiah, Sri Petaling

Saturday, May 19, 2018 0
Berbuka Puasa di Restoran Warung Makcik Kiah, Sri Petaling
Berbuka Puasa di Warung Makcik Kiah, Sri Petaling| Alhamdulillah, hari ni dah hari ketiga kita semua berpuasa. First day berbuka Eyza masak je kat rumah. So, untuk second day puasa (semalam), Eyza dengan hubby berbuka dekat Warung Makcik Kiah. Sesekali berbuka kat luar ok la kan. Nak jugak rehat dari masak. Hihihi.

Warung Makcik Kiah (MCK) ni baru je beroperasi selama 5 bulan dan masakan dekat sini diinspirasi dari masakan Allahyarhamah Cik Kiah iaitu ibu kepada Y.Bhg. Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi owner restoran ni sendiri yang memang dikenali ramai dengan masakannya di kuantan lebih 4 dekad dah pun. 


MENU RAMADHAN
Untuk Bulan Ramadhan ni, MCK ada buat beberapa set menu yang kita boleh pilih untuk berbuka. Ni set menu yang akan ada dekat MCK sepanjang Ramadhan ni.

Set A
Hidangan untuk 2-3 orang makan
Menu:
Kurma
Nasi Putih
Daging Padprik
Sayur Campur
Tomyam Ayam
Sirap
Buah-buahan potong
Harga : RM 29.90

Set B
Hidangan untuk 4-5 orang makan
Menu:
Kuih-Muih
Nasi Putih
Ayam Padprik
Sayur Campur
Tomyam Campur
Telur Dadar
Sirap
Buah-buahan potong
Harga : RM 59.90







MCK menyediakan pelbagai masakan tempatan dan Thailand bermula dari jam 11 pagi hingga jam 10 malam. Kalau kita tak sempat nk pergi ke Restoran, boleh je just order dengan Food Panda. MCK terima bayaran tunai dan online seperti Fave.








MAKANAN LAUT SEGAR DARI SANDAKAN
Selepas ni, MCK akan perkenalkan masakan makanan laut segar dari Sandakan. Sabah memang terkenal dengan makanan laut yang fresh. Eyza kalau pergi Sabah, memang takkan lepaskan peluang makan Seafood. Lepas ni, dah x payah sampai ke Sabah, kita makan je dekat MCK. Best tu.

Diantara makanan laut yang akan ada dekat sini ialah Ikan Kerapu, Jenahak, Merah, Tenggiri, Siakap Liar, Pari, Udang Laut, Ketam Bunga dan macam-macam lagi  Semua ni akan diterbangkan harian dari Sandakan untuk dimasak segar oleh Chef dari dapur MCK kepada pelanggan dengan harga yang sangat berpatutan.

So, kalau korang mencari tempat berbuka untuk berbuka petang ni, korang boleh lah ke Restoran Warung Makcik Kiah di Sri Petaling. Waze je Warung Makcik Kiah.

Warung Makcik Kiah
No. 15, Jalan Radin Bagus 9,
Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Email : info@premia.com.my atau hubungi En. Rizal di talian 017-2767273

31.3.18

Buffet Ramadhan 2018 : Sheraton Imperial Kuala Lumpur memperkenalkan menu "Ramadhan Chefs Out" untuk Buffet Ramadan tahun ini

Saturday, March 31, 2018 2
Buffet Ramadhan 2018 : Sheraton Imperial Kuala Lumpur memperkenalkan menu "Ramadhan Chefs Out" untuk Buffet Ramadan tahun ini
BUFFET RAMADHAN 2018| Hai Korang.. Hari ni dah penghujung bulan Mac. Rasanya macam baru lagi kita sambut New Year 2018 kan? Tup tup... dah tinggal tak sampai 2 bulan pun lagi kita dah nak mula berpuasa.

Bila bulan puasa, banyak la hotel yang akan tawarkan Buffet Ramadhan dengan makanan dan harga yang sangat berpatutan. Salah satu hotel yng tawarkan Buffet Ramadhan tahun ni ialah Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Hotel ni sangat strategik kerana terletak berhadapan dengan Quill City Mall dan berdekatan Kg. Bharu. Lepas berbuka puasa, boleh terus sembahyang terawih dekat Masjid Kg. Bharu.

Tahun ni, Restoran Essence Hotel Sheraton Imperial mengetengahkan hidangan Malaysia Klasik dan korang akan rasai pengalaman berbuka dengan menu "Ramadhan Chefs Out".


"Ramadhan Chefs Out" ni adalah hidangan makanan laut yang dimasak oleh Chef dan dihidangkan kepada pelanggan. Kiranya ni ala-ala Shell Out la. Tak pernah lagi rasanya Buffet Ramadhan dekat mana-mana hotel buat konsep macam ni. 

Lepas je Azan Maghrib, Chef akan hidangkan "Chefs Out" ni dari satu meja ke satu meja. Untuk hidangan ni korang tak perlu bangun sebab ianya akan dihidangkan depan mata. Ada 6 jenis sos istimewa iaitu Butter Sauce, Coriander Thai Sauce, Kam Heong Taucu, Aglio Olio dan masala Curry. Best kan?


Dalam satu hidangan ni ada pelbagai jenis makanan laut macam udang, pepahat, kepah, siput sedut, sotong dan macam-macam la. Korang kena try kalau berbuka kat sini.

Selain dari pengalaman ber "chefs out", dekat sini juga ada lebih dari 300 jenis makanan yang terdiri daripada masakan melayu, makanan tempatan juga antarabangsa.

Tak lengkap Buffet Ramadhan tanpa kambing golek

Pelbagai jenis kerabu

Nangka Muda.. Yums..

Kerabu Betik

Pelbagai jenis Ikan Kering pembuka selera

Ulam-Ulaman.. Kat hotel pun ada petai tau.

Pelbgai jenis sambal belacan

Sate Ayam dan Daging

Roasted Whole Lamb with Mandy Rice

Essence Ayam Panggang Percik Ala Kelantan


Asam Pedas

Ikan Bakar


Sambal daging batang pinang dengan terung pipit

Selain dari lauk pauk yang pelbagai, kita juga boleh pilih hidangan seafood segar yang ada kat sini. Sushi pun ada tau! Penggemar Sushi tolong jangan susah hati. Hihihi.



Kari Ikan Salmon ni wajib try bila berbuka kat sini.


Rojak buah terbaik! Eyza suka kuah rojak ni. Just nice.


Tapai pun ada

Cheese Cake

Eyza dah la penggemar desert. Tengok desert yang pelbagai terus Eyza jadi tak tahu nak pilih yang mana. Semua nampak sedap.









Bread Butter puding dan kuih-muih tradisional pun ada kat sini. Pilih je yang mana berkenan.








Harga Buffet kat sini ialah RM 158 nett seorang dan kalau nak jimat baik korang tempah awal sebab harga early bird cuma RM 111 nett seorang (early bird dari sekarang hingga 16 Mei 2018). Jimat kan?

Kanak-Kanak bawah 9 tahun percuma dan 9 hingga 12 tahun hanya perlu bayar 50% dari harga dewasa. 

Buffet Ramadhan ni akan bermula di Essence pada 17 May 2018 hingga 12 Jun 2018.

Kalau korang buat group booking (30 orang dan ke atas), ada diskaun lagi tau iaitu sebanyak 30%. Ha.. apa tunggu lagi. Bos-bos tu apa salahnya belanja anak buah berbuka puasa kt hotel tahun ni. Kalau nak buat family gathering pun ok sebab tempahan berkumpulan berbaloi sangat.

Boleh juga enjoy 15-30% diskaun untuk participating bank card holder dan membership program member.

So, tunggu apa lagi. Jom la buat booking sekarang untuk berbuka puasa di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Essence Restoran. 

Untuk tempahan boleh hubungi :
03-27179933
atau emailkan ke:
Essence.Venue@Sheraton.com