Blog Eyzamiel: ::Hubby::
Showing posts with label ::Hubby::. Show all posts
Showing posts with label ::Hubby::. Show all posts

27.10.18

Surprise Orang tersayang dengan bantuan Teddyprank

Saturday, October 27, 2018 4
Surprise Orang tersayang dengan bantuan Teddyprank

Eyza dah lama teringin nak surprisekan hubby. Tapi sebelum ni susah sikit sebab hubby kerja site. Tak menentu tempat kerja dia. Nanti macam susahkan team surprise plak nak cari. 

Kebetulan hari Khamis tu Hubby lambat sikit nak pergi kerja, so kita pun decide la nak surprisekan dia dekat rumah. Mula-mula ingat nak buat petang, sekali dia ada "on call" pulak. Nasib baik team surprise ni boleh tukar time. Thanks sangat. Sorry susahkan uolls.


Sebenarnya takde tarikh istimewa pun. Eyza saja-saja surprisekan hubby sebab dia dah banyak berkorban untuk Eyza. Ni je cara Eyza nak tunjuk yang Eyza hargai sangat apa yang hubby buat untuk Eyza.

Hubby memang terkejut sangat dapat surprise ni. Mau tak terkejut, tak pernah Eyza buat prank sepanjang kahwin selama 11 tahun ni. Ni first time. Memang dia tak sangka sangat.

Eyza terpaksa tipu sunat kata Eyza beli barang online, pastu dia kena turun ambik sebab Eyza blom bayar. Hahaha. Dia pun dengan percaya ikut je cakap wife ni. Sorry sayang. Terpaksa tipu.


Rasa happy sangat sebab prank ni berjaya. Alhamdulillah. Eyza pulak yang sebak bila tengok video tu. Over sangat tau.


Eyza amik pakej coklat sebab hubby n Eyza hantu coklat. Sambil tengok tv boleh makan coklat. *sebenarnya sebab Eyza nak makan jugak

Pakej Ohsem ni Eyza tempah dekat Teddyprank. Suka sangat sebab diaorang dapat ikut masa kita walaupun last minit ubah masa. Nasib baik jugak masa tu tak ada penghantaran kat tempat lain.


Pakej semua boleh tengok kat IG dengan FB diaorang. Pakej macam Eyza ambik tu just RM 75.00. 


Yang palingggg best bila ada...
FREE BELON, FREE KAD & FREE DELIVERY IN KL‼

Maklumat lanjut:
🎈 Facebook: @teddyprank4u
🎈 Instagram: @ teddyprank
🎈 019-7564019
📞 http://www.wasap.my/60197564019

n lagi satu yang best.. diaorg siap record video.. Yeay.. boleh simpan buat kenang-kenangan..

Lepas ni kalau ada nak surprise sesapa lagi sekitar KL & Selangor, Eyza memang akan cari diaorag sebab team ni memang best. Harga pun sangat berpatutan dengan service. Terbaik!


26.3.16

Night Market Krabi meriah!

Saturday, March 26, 2016 6
Night Market Krabi meriah!
Orang kata kalau pergi Krabi jangan lupa pergi Pasar Malam kat sana. Meriah. Memandangkan kami sampai sana hari Sabtu, moh la kita ke Night Market Krabi. Eyza ambik pakej kat akak yang sama di Krabi travel Information. 

Pasar malam ni memang ada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau weekdays tak da ye. Nak pergi ke sana, kita boleh sewa motor, naik tuk tuk atau naik van. Eyza ambik naik van je sebab kalau naik tuk-tuk pun harga lebih kurang. Lagipun jauh jugak Pasar malam tu dari Aonang. Biarlah selesa sikit.

Dalam pukul 6 petang kami dah tunggu depan hotel. nanti driver van akan cari kita kat hotel. So, takyah risau takut kena tinggal ke apa.


Diaorang akan pick up setiap penumpang tak kira la hotel kat mana. Tapi best, boleh tengok hotel orang lain.

Sampai kat pasar Malam, tengok dah ramai orang. driver van bagi masa sampai pukul 9 malam. Maknanya kami ada 2 jam nak berjalan dalam tu.

Pasar Malam diaorang lebih kurang je dengan Pasar malam kita. Cuma, pasar malam diaorang lebih pelbagai. Bukan setakat jual makanan dan pakaian.



Ada juga aktiviti mewarna untuk kanak-kanak.






Ada persembahan kebudayaan dan muzik.


Menyesal beli selipar kat Aonang, kat sini lagi murah 100 baht je satu.


Ayam goreng ni sedap. Ala-ala KFC


Pad Thai.


Ni ala-ala macam sireh. Dah siap bungkus semua.


Ada jugak air dalam buluh macam kat Hatyai. Cuma kat sini tak halal, ada alcohol.



Ada juga tempat permainan kanak-kanak macam kat Tesco tu.

Pusing punya pusing. tengok jam baru pukul 8 malam. banyak masa lagi. Tapi kami dah malas berjalan. kat situ ada KFC, lepak je situ sampai van datang ambil balik.


Tak banyak pun yang kami beli. 



Pad Thai-First time makan. Sedap jugak cuma tak pedas n manis sikit.


beli Pad Thai dapat sekali tambahan sayur, cili flakes dan gula. 


kalau pergi Thailand jangan lupa rasa mangga sana. Sedap dia lain tau. sambil taip ni pun kecur liur eyza. Rasa lemak, tak manis sangat, tak masam sangat dan rangup je. pencicah pun sedap.

Malam tu, kami tertido kekenyangan. puas hati dapat pegi Pasar Malam.

Kira-kira di Pasar Malam:
Souvenir Krabi - 200 Baht (RM 23.90)
Tshirt Krabi 2 helai - 280 Baht (RM33.46)
Mangga - 50 Baht (RM6.00)
Tako-30 Baht (RM3.60)
Phad Thai- 50 Baht (RM6.00)
Ayam Goreng-40 Baht (RM 4.80)
KFC - 199 Baht (RM23.78)

Total : RM 101.54


14.5.15

Mandi Manda di Air Panas Sg. Klah

Thursday, May 14, 2015 1
Mandi Manda di Air Panas Sg. Klah
Sebenarnya ni citer dah berbulan yang lalu.. Baru teringat blom citer lagi..hihihi... Masa ni aku tak ingat cuti apa.. Raya Cina kalau tak silap aku.. Aku ngan hubby dah boring tahap gaban dok kat rumah tak de buat apa.. kebetulan membe aku baru balik dari Air Panas Sg. Klah ni.. tgk gambar2 dia pg sana cam best jer.. So, aku pun ajak la hubby gi sana...



Dari KL tak jauh sangat pun.. aku pakai Highway PLUS.. exit je Sungkai... lebih kurang dalam 2 jam camtu... Sampai sana, parking terus gi beli tiket...



Tiket Dewasa Sorang cuma RM 15.00... Pastu nnt dia akan bagi kertas untuk dipakai macam gelang.. menandakan kita dah beli tiket dan bole masuk ke Taman Rekreasi...


Dari pintu masuk ke Tempat Mandi lebih kurang 500m camtu la.. Tapi jangan risau sebab diaorang ada sediakan TRAM.. free jer..




Kat sana ada disediakan tandas dan loker untuk kemudahan kita... Tandas bersih... sewa loker cuma RM 3.00 jer... simpan je barang2 dlm tu.. selamat...



Kat sana ada pilihan untuk mandi kat air sejuk atau panas... Kami decide mandi kat air sejuk dulu sebab tgk kat situ meriah jer...



Dah puas berendam kat situ... kami pun trs gerak ke tempat air panas... sasaran utama ialah tempat untuk rebus telor.. nampak macam best jer..



Kat sini ada disediakan pondok menjual telor.. aku dah tak ingat berapa ringgit harga telor tu..  kalau tak silap, 5 biji RM 6 kut..



Ada signboard utk kita tahu berapa lama nak rendam telor dlm tu...


Hubby gigih dok masak telor.. aku tgk dr atas jer...


Tapi betul la.. telo yang direbus secara semulajadi ni rasa sedap dia lain macam.. ke aku yang kebulur pas berendam.. hahahah...

Habis makan telor.. rendam kaki jer dlm air panas.. tak lama pastu, trs gi tukar baju.. nak balik KL...


Sebab dah lewat. tram pun takde.. kami decide jalan kaki ke tempat parking... takde la jauh mana pun .. saje ngengada nak naik Tram...


Aku memang rekemen tempat ni untuk sesapa yang nak lari dari sibuk n jammed kat bandar.. kat sini tenang jer... 

Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah dilindungi oleh ketenangan hutan subur menghijau, dikelilingi oleh bukit-bukau dan anak sungai yang jernih. Dengan keluasan 6.5 hektar, anda boleh menikmati pemandangan indah ladang kelapa sawit dan dusun durian, sambil bersantai di kawasan ini.

Konsep unik yang direka khas bagi air mengalir dari mata air panas ke Kolam Renang dan Taman terapi di kaki Banjaran Titiwangsa berketinggian 200 kaki di atas paras laut sememangnya kejuruteraan yang kreatif untuk menarik pengunjung yang menghargai keajaiban semulajadi. Keluarga yang melawat taman itu boleh mencuba tempat mandi yang tersedia di sini bersama- sama keluarga. Satu lagi aktiviti terkenal yang harus dicuba ialah pengalaman merebus telur dalam air panas.

Bagi pengunjung yang berminat untuk merasai pengalaman urutan Melayu tempatan, pihak taman menawarkan pakej terbaik urutan tradisional yang boleh dimanfaatkan.

Untuk mengikuti aktiviti yang lebih mencabar, para pelawat boleh mengikuti cabaran menelusuri Sungai Sungkai atau berlari di trek sekitar taman rekreasi ini sambil menikmati alam semulajadi.

 Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Melalui Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), keluar ke Tol Sungkai dan kemudian belok ke kiri di simpang. Hanya sejauh 1km di jalan utama, belok ke kiri dan ikut papan tanda. Taman ini terletak selepas perkampungan FELDA Sungai Klah.

 Sila Hubungi

FELDA Residence Hot Springs

Telefon: +605 438 8801/438 8803

21.11.14

Candle Light Dinner di Bora Ombak

Friday, November 21, 2014 18
Candle Light Dinner di Bora Ombak
Kita rehat jap dari cerita Langkawi.. ni aku nak citer tentang Sambutan Besday aku hari tu.. #Throwback..

Besday aku tahun ni jatuh hari kerja.. malas la aku nak ambik cuti.. kerja lagi best.. dok umah pun bosan gak sebab hubby kerja.. Aku memang dah tau perangai laki aku tu.. dia ni bukan jenis yang romantik... sebelum-sebelum ni.. dia akan bagi duit.. pastu aku beli la apa yang aku nak.. sebab.. dia pernah beli hadiah kat aku masa anniversary yang pertama dulu... dia beli handbag... mahal gak la...tapi.. aku tak berkenan... tak kena ngan citarasa aku.. sejak dari tu.. dia akan bagi duit atau dia akan bayar apa yang aku berkenan.. tu la.. cerewet lagi.. memang non ado la dia nak buat surprise-surprise bagai... kekadang teringin jugak, masa hari besday ke anniversary ke.. datang jer opis.. tengok2 ada orang hantar bunga.. ala.. macam dalam drama tu..hihihi.. tapi, memang takde la.. sepanjang 13 tahun aku kenal dia.. baru 3 kali aku dapat bunga... First masa mula-mula kenal.. second masa konvokesyen aku n third masa Anniversary pertama.. pastu, memang dah tak dapat... nak buat macam mana.. terima la seadanya...

Takpe la.. walaupun hubby tak romantik.. yang penting dia ingat besday aku... Hubby ni senang jer.. dia siap cakap.. bagi bunga tak kenyang.. abg belanja sayang makan la... lagi kenyang... hahaha... macam mana la bini dia ni tak makin bulat.. asyik dok bagi makan jer.... So, tahun ni.. dia kata nak blanja aku Candle Light Dinner.. dia suruh aku pilih nak makan kat mana.. Tengok! aku gak nak kena bagitau... dia memang bukan jenis yang suka buat surprise.. aku ada cadangkan 2 tempat.. Bora Ombak ngan Flora Cafe.. Tapi, last-last kami pilih Bora Ombak sebab dekat ngan rumah.. lagipun hari kerja kan.. malas nak pergi jauh-jauh..nnt jammed..

Hubby serahkan kat aku untuk buat tempahan... mula-mula, aku ingat nak ambik pakej Candle Light Dinner.. yang tu harga RM 150.00 je satu couple.. tapi.. hanya boleh ambik menu yang ada dalam pakej.. terus aku tak jadi.. aku nak pilih menu sendiri.. Aku call buat tempahan jer dulu.. menu semua aku nak tengok kat sana sebab aku ambik ala-carte... pastu, kalau nak tambah setting meja untuk Candle Light Dinner.. pihak Bora Ombak cuma cas RM 50.00 satu table.. ok la tu.. tapi kena call dulu bagitau nak setting meja.. yang ni diaorang tak paksa pun.. nak ambik bole, taknak ambik pun takpe.

Dalam pukul 8 malam baru kami gerak ke Bora Ombak.. sebelum tu hubby singgah Tesco Ampang dulu.. beli kek.. beli 2 slice jer sebab nanti sape yang nak makan kek kalau beli banyak-banyak.. lagipun sambut berdua je kan... 

Masa otw tu hujan gerimis.. aku dah mula rasa macam.. ala.. x best la.. mesti semua tempat basah.... aku tak pernah pergi Bora Ombak ni.. so, aku tak dapat bayang macam mana.. aku ingatkan kat sana konsep terbuka takde bumbung.. :)


Sampai jer Bora Ombak.. aku tengok environment dia memang tenang.. cantik... macam kat Bali...


Pintu gerbang pun cantik.. kat tepi pintu tu ada gong.. kalau rajin ketuk la.. tu tanda nak umumkan ada customer...


Masuk jer dalam.. cakap kat waiter yang aku dah buat tempahan.. bagitau nama dan nanti diaorang tunjuk meja... Wah.. ni baru betul candle light dinner..


Menu dia pun menarik... ada western.. dan jangan risau.. nasi n tomyam pun ada tau.. bukannya makanan omputih jer ada kat sini.. ;)



Dah order semua.. kami lepak-lepak makan kek sambil berborak.. heaven sangat.. rasa macam zaman bercinta plak.. tapi masa bercinta dulu mana ada bercandle light bagai..



Aku pilih kek Chocolate Indulgence ngan Blueberry Cheese dari SR.. sedap.. 





Aku order air Lemongrass Chiller ( RM 6.90 ++) hubby plak order watermelon juice ( RM 6.90 ++ ) ngan Orange Juice ( RM 7.90 ++)... hubby memang.. kalau minum mesti akan order 2 jenis.. kalau kat rumah, aku memang akan bancuh sejag air untuk makan malam .. hubby sorang jer minum... aku kurang sikit minum air manis kalau kat rumah... 

Air serai tu, aku memang tak rekemen sebab rasa serai ngan air gula semata-mata.. aku pernah minum kat restoran Indonesia, sedap gak.. sebab dia campur Lemon.. yang ni ngak ada lemon yer.. :) tapi.. aku rekemen kalau korang order air buah.. memang betul-betul terasa buah.. pekat dan puas hati....


Chicken Chop ( RM 18.90 ++ ) hubby punya.. abaikan la rupa dia yang buruk tu.. hubby dah kuis2.. aku cakap.. jap! nak ambik gambar dulu.. hahaha.. sabar je la..


Ni plak aku order... Asmara Grilled Chicken ( RM 20.90 ++ ) rasa? ok la.. kurang kick sebab takde rasa pedas.. maklum la.. aku ni kan kuat pedas..


Crispy Chicken Wing ( RM 12.90 ++ ) ni sedap... rasa BBQ.. rekemen... sambil makan.. sambil dok borak-borak santai ngan hubby..


Malam tu.. orang tak ramai sangat.. sebab hujan kut.. 



yang paling best kat sini bila ada live band... diaorang siap pergi dari satu meja ke satu meja untuk nyanyi.. meja pertama dah tentu2 la meja aku.. diaorang nyanyi 3 lagu.. kita boleh request nak lagu apa.. tapi hubby kata ikut suka... haish.. aku baru ingat dia nak buat romantik sikit.. suruh diaorang nyanyi lagu Happy Birthday.. tapi.. nan hado.. hahaha.. budak-budak tu nyanyi lagu Teratai , Permata untuk Isteri ngan lagu apa ntah satu lagi.. tak ingat... rasa touching plak bila diaorang nyanyi lagu Permata Untuk Isteri.. ntah tak tau nape...


Diaorang ni memang sporting.. tambah2 budak yang dok belakang aku tu...


Bila aku ambik gambar, dia siap ke tepi sikit supaya gambar dia masuk sekali..


Suara pun sedap.. memang sesuai la lagu-lagu yang diaorang nyanyi.. Masa aku gi tu ada satu group macam mak-mak datin je gayanya.. siap mintak lagu-lagu dangdut.. bebudak ni nyanyi jer.. memang happening la..


Sambil layan lagu sambil makan aiskrim Banana Boat ( RM 10.90 ++ ) .. memang best la.. tambah2 pulak masa tu tengah hujan gerimis.. rasa cam kat Cameron plak.. eh.. mood berangan.. *mata keatas*


So far, aku suka ngan environment kat sini... memang rekemen untuk korang yang nak bercandle light dinner... makanan pun not bad.. pekerja peramah.. dan yang paling best.. Band nyanyi sedap.. :)


Last but not least... Mesti la kena ada gambar Besday girl women yang puas hati sangat..



Rating : Makanan ~ 7/10
               Suasana   ~ 9/10


Bora Ombak
G1, Persiaran Mamanda 1,
Ampang Point,
68000 Ampang,
Selangor.

03-42516303

Landmark : sebelah sport planet Ampang