Blog Eyzamiel: nivea
Showing posts with label nivea. Show all posts
Showing posts with label nivea. Show all posts

9.6.16

NIVEA EMPOWER RUN 2016~Langkaui Batasan dengan NIVEA Pearl & Beauty

Thursday, June 09, 2016 4
NIVEA EMPOWER RUN 2016~Langkaui Batasan dengan NIVEA Pearl & Beauty
Eyza suka buat aktiviti luar. Tapi, bila dah kat luar tu tahu je la, mesti berpeluh pastu rasa tak selesa. 

Berpeluh merupakan fungsi utama semula jadi yang terdapat pada badan manusia bagi mengekalkan suhu badan. Ia mengelakan kita daripada mengalami kepanasan melampau terutamanya ketika melakukan aktiviti-aktiviti luar dalam cuaca yang panas terik. Walaupun berpeluh itu baik dari aspek kesihatan, air peluh yang bercampur dengan bakteria di sekitar kawasan kulit akan mengeluarkan bau yang kurang meyenangkan. Pelbagai jenis deodoran dalam saiz, haruman dan formulasi boleh didapati di rak-rak pasar raya, pasar mini, dan farmasi, namun pilihan yang banyak ini bukan sahaja tidak memberi penyelesaian tetapi menyukarkan pengguna untuk memilih deodorant yang sesuai.



Memilih deodoran yang sesuai dengan anda kadangkala memberikan tekanan, tetapi dengan deodoran NIVEA Pearl & Beauty, anda tidak perlu lagi risau! Dengan formulasi yang lembut pada kulit serta ekstrak mutiara yang menyuburkan bahagian bawah lengan, ia memberikan kulit segar, halus dan cerah bagaikan mutiara. Dengan perlindungan selama 48 jam daripada peluh dan bau badan, ia memastikan bahagian bawah lengan anda kekal segar dan yakin sepanjang hari. 

Selama bertahun-tahun, NIVEA sering menggalakkan para wanita untuk menggapai aspirasi, merialisasikan matlamat serta menyerlahkan potensi yang ada dalam diri mereka. NIVEA sentiasa menyokong semua inisiatif bagi memperkasa golongan wanita dan membantu mereka yang memerlukan. Bantuan diberikan melalui bekalan kemahiran serta keyakinan bagi mendapatkan pekerjaan supaya mampu memperbaiki taraf hidup serta membina masa depan yang lebih cerah.


Tahun ini, dengan semangat untuk memperkasa wanita, NIVEA Pearl & Beauty menganjurkan NIVEA EMPOWER RUN 2016 pada 5 Jun (Ahad). Terbuka kepada semua, orang ramai diberikan peluang untuk mengambil bahagian bagi memperkasa wanita melalui pendaftaran atas talian. Pada bulan Mei, peserta akan diberikan kit larian yang mengandungi semburan deodoran NIVEA Pearl & Beauty, Sehelai baju-T NIVEA Empower Run, sehelai skirt tutu, sehelai bib larian dan pelbagai barangan dari Watson. Para peserta digalakkan untuk memakai skirt tutu yang dibekalkan dalam kit larian sebagai simbol kewanitaan dan menunjukkan bahawa wanita mampu mencapai apa jua keinginan dengan cara sendiri yang paling elegan. 


Seramai 2,000 peserta hadir seawal pagi bagi menyertai acara NIVEA EMPOWER RUN 2016 di Setia City Mall, Oval Field. Sedia untuk beraksi, para peserta berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan selebriti-selebriti tempatan kegemaran mereka seperti penyanyi R&B dan pengamal kesihatan terkemuka Atilia Haron, pelakon dan model yang sedang meningkat naik, Eyka Farhana dan juga pemenang Miss Malaysia 2010 Nadia Heng yang turut berperanan sebagai pengacara pada hari tersebut!


Sebelum larian dimulakan, setiap peserta diberikan belon NIVEA yang bio-degradable. Larian bermula dengan peserta mengangkat tangan penuh yakin dan melepaskan belon ke udara. Aktiviti ini merupakan simbolik melangkaui segala batasan. Semasa acara larian, peserta akan melalui kawasan kiosk foto bagi merakamkan aksi penuh teruja & bersemangat bersama rakan larian mereka. 


Setelah larian sejauh 5km ini, peserta mengakhiri larian dengan aktiviti terakhir di stesen ketiga menerusi Pearl & Beauty Experience. Di stesen ini, mereka dapat merasai kesegaran dan nafas baru dengan deodoran NIVEA Pearl & Beauty. Selain daripada activiti yang terdapat di dalam larian ini, para peserta turut bergembira dengan acara White Ball Treasure Hunt yang memberi mereka peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. 


Sambil menghilangkan dahaga dengan minuman 100 Plus dan Air Mineral Ice Mountain yang tersedia di stesen minuman, peserta dihiburkan dengan persembahan istimewa dari Atilia Haron. Beliau menyampaikan sebuah lagu tema NIVEA Women Empowerment. Selain membawa pulang pingat diatas kejayaan menamatkan larian yang penuh dengan keterujaan, beberapa perserta yang bertuah juga turut membawa pulang hadiah cabutan bertuah pada akhir acara.

Menjadi sebahagian dari aktiviti larian ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada peserta serta menyuntik kesedaran tentang kehadiran deodoran NIVEA Pearl & Beauty, malah aktiviti ini sebenarnya membantu golongan wanita yang kurang bernasib baik untuk membina masa depan yang lebih cerah. 




Para peserta secara tidak langsung telah menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan. NIVEA telah mendermakan hasil keuntungan yang diperoleh melalui acara larian ini kepada organisasi kebajikan “For Wisdom & Revolutionary Development (FORWARD)”. Forward merupakan organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang cenderung untuk membantu komuniti yang memerlukan melalui bekalan latihan kemahiran yang bersesuaian agar mereka dapat memperoleh pendapatan serta memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak.


“Kami ingin menyeru orang ramai supaya mengambil bahagian bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. Kita tidak mahu memberikan bantuan yang mampu memberikan faedah jangka masa pendek, sebaliknya melengkapkan diri mereka dengan kemahiran serta latihan yang bersesuaian agar mereka dapat mencari nafkah dan mencipta pendapatan dengan usaha sendiri” kata Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapura pada acara NIVEA Empower Run.

Jelas beliau lagi, “Kempen Memperkasa Wanita sentiasa menjadi tapak bagi NIVEA menggalakkan wanita mencapai impian mereka. Wanita tidak seharusnya meletakkan batasan ke atas diri mereka kerana kami percaya dengan tunjuk ajar yang betul, segala impian tidak mustahil untuk dikecapi.”

Melalui kerjasama ini, matlamat NIVEA dan FORWARD adalah membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan dari kemelut kemiskinan. 


NIVEA Pearl & Beauty boleh didapati dalam botol roll-on bersaiz 25ml pada harga RM5.50 (Kawasan Semenanjung & Sabah Sarawak), botol roll-on bersaiz 50ml pada harga RM10.50 (Kawasan Semenanjung & Sabah Sarawak)dan botol semburan 150ml pada harga R,16.90. NIVEA Pearl & Beauty juga terdapat di pasaraya terkemuka & farmasi di seluruh Negara.

Untuk maklumat lanjut berkenaan NIVEA Pearl & Beauty, sila layari www.NIVEA.com.my dan laman Facebook rasmi www.facebook.com/myNIVEA

1.4.16

NIVEA EMPOWER RUN 2016

Friday, April 01, 2016 2
NIVEA EMPOWER RUN 2016
Sape suka pakai produk NIVEA? Eyza suka deodorant NIVEA sebab bau wangi, tahan lama dan harga mampu beli.

NIVEA memperkenalkan NIVEA Pearl & Beauty Deodorant yang mengandungi ekstrak mutiara yang menjadikan ketiak lebih licin dan seputih mutiara.Ia juga memberi perlindungan 48 jam terhadap peluh dan lembut pada kulit kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia dan membuatkan kita segar dan berkeyakinan.


NIVEA percaya apabila kita yakin, tiada apa yang dapat menghalang kita untuk mencapai impian. NIVEA memberi kuasa kepada wanita dengan membantu mereka merealisasikan potensi dalam diri mereka dan menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama!

NIVEA akan menganjurkan NIVEA EMPOWER RUN 2016. Jadilah sebahagian dari larian ini bagi membantu wanita miskin dan kurang berkemampuan dengan menderma keuntungan dari larian ini kepada Badan-badan Kebajikan, For Wisdom And Revolutionary  Development (FORWARD)  dan NGO yang membantu masyarakat yang kurang mampu untuk membeli makanan


NIVEA juga bertujuan untuk menghulurkan bantuan dengan melengkapkan mereka dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan supaya mereka boleh menyara anak-anak mereka ke sekolah, sesuatu yang tidak dapat mereka lakukan sebelum ini kerana tidak mampu.Hanya dengan perubahan ini, mereka dapat membebaskan diri dari belenggu kemiskinan.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita sama-sama memeriahkan Larian ini dan jangan lupa tandakan kalendar anda! bersedia untuk memimpin dan diberi kuasa! Mari kita beramai-ramai merentasi sempadan untuk lebih maju kehadapan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
http://www.themarathonshop.com.my/niveaempowerrun

21.4.15

Nivea Men Triple Shield Challenge

Tuesday, April 21, 2015 3
Nivea Men Triple Shield Challenge


Sape suka produk Nivea? Angkat tangan cepat.. Jangan tipu tau.. aku sure mesti ramai yang suka kan ngan produk ni.. tambah-tambah pulak NIVEA MEN.. bau dia memang maskulin...Peminat tegar produk Nivea Men ni mesti tau yang Nivea ada menganjurkan Triple Shield Challange yang bermula dari Januari hingga April 2015. 

12 April hari tu, Aku sempat hadir untuk  Finale Triple Shield Challange  di Blue Concourse, Sunway Piramid. Program ini bertujuan untuk membuktikan bahawa Nivea Men Cool Kick mampu menentang Bakteria, Peluh dan Bau Badan walaupun kita aktif bersukan.


Cabaran ni ada dalam bentuk digital dan medan pertempuran sebenar.. Untuk digital, bole akses melalui facebook.. tapi, pertempuran sebenar lagi mencabar...




Permainan ini memerlukan 2 pasukan dan setiap pasukan ada 3 ahli.. Setiap pasukan juga akan diberi bola tenis untuk dibaling ke arah pasukan lawan... Semua Pemain perlu memakai pelindung untuk melindungi diri dari bola yang akan dibaling oleh pasukan lawan... 


Permainan ni mempunyai maksud simbolik tau.. bola-bola tu mewakili peluh, bakteria dan bau badan. Manakala Triple Shield adalah penghalang untuk ketiga-tiga benda tersebut.Pasukan yang mempunyai ahli paling banyak terselamat akan memenangi pertandingan tersebut...

kredit : Ayue Idris
Para media jugak diberi peluang untuk bertanding dalam perlawanan ini... best pulak tengok diaorang main... rugi plak rasanya tak join...Dah la diaorang dapat peluang jadi juruterbang dan bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur.. Best tau. 


Man Raja Lawak pun ada.. Dia group 3M .. mewakili media... Ligat jugak bila dah ada di medan pertempuran...



Pada hari tu jugak, Watson dan Nivea telah bekerjasama.. Banyak offer best hari tu... memang berbaloi.. sebab ada free gift dengan pembelian RM 25 ke atas..



Nivea juga ada sediakan Photobooth.. kat situ, kita boleh bergambar, masukkan dalam instagram dengan hashtag #niveatripleshield .. Nanti pihak Nivea akan print gambar tersebut.. Bole la kita buat kenang-kenangan...

 
Ni antara hadiah yang menanti para pemenang... Best tau teruja aku tengok hadiah... Grand Prize adalah hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000.00 , kedua RM 5000.00 dan ketiga RM 3000.00. Semua pemenang juga akan dapat barangan Nivea berharga RM 500.00.

Dan pemenangnya adalah.....

2nd Runner Up

First Runner Up

Grand Prize

Pemenang untuk Media- kumpulan 3M
kredit : NiveaMen
Alhamdulillah.. happy semua yang menang.. aku yang tak join ni pun happy.. Program ni akan dianjurkan tiap-tiap tahun.. InsyaAllah, tahun depan aku nak join la.. rugi tau tak join...




Nivea Men Cool Kick boleh di beli di mana-mana pasaraya dan Kedai runcit seluruh Malaysia. Ada yang jenis sembur (150ml-RM 15.90), jenis roll-on (25ml-RM 4.90 , 50ml-RM 9.80) dan jenis stick (40ml-RM 11.90) ...  Murah kan? Yang mana satu pilihan hati? :)



Maklumat lanjut bole layari :

Homepage : NiveaMen
Facebook : NiveaMen