May 2021 - Blog Eyzamiel

19.5.21

Senang sangat nak Tempah T-SHIRT Dan CANVAS ikut citarasa kita dekat Printcious.Com

Wednesday, May 19, 2021 0
Senang sangat nak Tempah T-SHIRT Dan CANVAS ikut citarasa kita dekat Printcious.Com
Assalammualaikum.

Sekarang ni nak keluar mana-mana pun takut sebab kes Covid-19 dekat Selangor dan KL tinggi sangat. Hari ni je dah cecah 6 ribu lebih kes seluruh Malaysia. Eyza sekarang memang banyak beli online dari pergi kedai. Kalau tak betul-betul mendesak memang duduk rumah je la.

Tahun ni tahun pertama Eyza sambut Syawal dengan Anak Eyza. Alhamdulillah setelah bertahun-tahun raya berdua je dengan suami. Bila dah ada anak ni dah tentu la kita teruja nak buat macam-macam persiapan raya untuk dia.

Tahun ni Eyza dh plan nak buat Baju T-Shirt untuk 1 Family selain dari Baju Raya kitaorang. Cari punya cari Eyza pun jumpa la khidmat printing baju tshirt dengan Printcious.com. Eyza pun decide nak print dekat sini sebab ada sekali rompers baby. Eyza pun terus la design untuk baju Anggun.


Sekarang ni pulak tengah ada promo untuk Fathers day. Kalau nak cari hadiah untuk ayah, masa ni la yang sesuai. Mesti orang yang kita sayang happy kan bila dapat hadiah yang direka khas untuk kita je. Nak lagi best kalau ada gambar 1 keluarga sekali.


Ok, jom kita tengok T-shirt. Eyza baru pilih Tshirt untuk Eyza, Hubby dan Anggun. Semua cantik-cantik sampai rambang mata la.



Ni antara design yang Eyza berkenan nk buat. Tapi kena minta approval Husband dl, kalau on terus order untuk printing malam ni jugak. Hihihi. Nampak sangat tak sabar kan. Nak tengok design T-Shirt boleh klik Sini




Selain T-Shirt, Eyza berkenan jugak nak buat Canvas. Gambar Anggun banyak sangat dalam Fon. Nak jugak la abadikan dalam Canvas dan letak dekat rumah. Ni pun sama, banyak design yang cantik. 



Eyza pilih design ni sebab Eyza rasa comel. Ada bajet nanti nak buat design lain pulak. Nak tengok design canvas klik Sini

Dekat sini jugak bukan setakat ada T-shirt dengan Canvas, ada juga Mug, Bantal, Door Gift, Corporate Gift dan Macam-macam la. Boleh buat hadiah atau pakai sendiri. Percaya la korg pun akan rambang mata macam Eyza jugak nanti. Kalau korang nak tengok design lain yang cantik-cantik boleh tengok dekat https://www.printcious.com/my/ dan kalau nak beli banyak untuk Door Gift atau Corporate Gift boleh tengok dekat https://www.printcious.com/my/bulk-order .Ok, selamat rambang mata macam Eyza jugak ye.