March 2023 - Blog Eyzamiel

16.3.23

Restoran Rebung menyajikan Buffet Ramadan 2023 Bertemakan Sajian Hidangan Istana!

Thursday, March 16, 2023 0
Restoran Rebung menyajikan Buffet Ramadan 2023 Bertemakan Sajian Hidangan Istana!
Assalammualaikum and Hai..

Rata-rata mesti dah tau kan tentang Restoran Rebung Chef Ismail ni? Mustahil tak kenal Chef Selebriti ni kan? Restoran milik Chef Ismail ni sentiasa penuh tak kira la utuk breakfast, lunch atau Dinner. Dan seperti tahun-tahun sebelum ni, Restoran Rebung ada menyediakan Buffet Ramadan dengan harga di bawah RM 100 untuk berbuka puasa.



Menariknya pada tahun ni, tema "santapan Di-Raja" telah dipilih. Terdapat lebih daripada 90 jenis makanan untuk pelanggan berkunjung ke Restoran rebung Bulan Ramadan nanti. Sajian utama yang memang menjadi Signature Dish kat sini tiap-tiap tahun ialah Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Patin Masak Tempoyak, Pari Masak Asam pedas dan macam-macam menu menarik.


Sambil pelanggan menjamu selera, pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer.

Kemudahan-Kemudahan yang terdapat di Restoran Rebung

Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 450 orang pada satu masa. mengikut Terdapat juga bilik-bilik seperti Orange Room untuk 10-12 orang, Blue Room berkapasiti 15-18 orang, Red Room berkapasiti 60-80 orang, Green Room berkapasiti 90-110 orang, Stage Area berkapasiti 110-130 orang, Yellow Room berkapasiti 45 orang manakala Anjung boleh menampung sehingga 60- 80 orang








.

Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa.

Kemudahan Lift (Mesin angkut barang) dan juga kawasan Restoran yang mesra OKU.

Selain itu, parking kereta disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM 4.00 sekali masuk. (Parking awam)


Harga Bufet Ramadhan 2023

Dewasa : RM 99 nett Kanak-kanak : RM 69 nett (umur 5-12 tahun)

Pakej Bufet Ramadhan Restoran Rebung 2023 akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan, bermula dari 23 Mac hingga 20 April 2023. Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai tempahan berbuka puasa di Restoran Rebung :-

Alamat          :5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480, Kuala Lumpur.

Tempahan    : +6 03 2276 3535

Office             : +6 03 2276 2525

Emel               : restoranrebungchefismail@gmail.com 

Facebook   : Restoran Rebung Chef Ismail

Instagram     : rebung_taman_botani

Waze              : Restoran Rebung Dato Chef Ismail