Eyza suka sangat pergi melancong ke Sabah. Setakat ni dah 3 kali Eyza ke sana. First pergi berdua dengan hubby, Second pergi dengan kawan-kawan dan third Eyza bawak satu family berjalan kat sini.
Yang First and second Eyza blogkan, tapi third time tu Eyza lupa nak update padahal dah 2 tahun dah pergi. Hahaha.
Eyza pun dah tak ingat mana Eyza letak gambar-gambar masa kat Sabah tu. Maybe dalam phone lama. Takpe la.. tak yah la Eyza cerita pasal trip family tu sebab sama je dengan trip yang sebelum ni.
Eyza sebenarnya nak cerita tentang homestay yang kami tempah masa dekat Kundasang. Banyak yang Eyza survey tapi D'S Homestay yang paling Eyza rasa macam nak sewa.
D'S Homestay ni terletak kat Kundasang. 1 jalan dengan Desa Dairy Farm. Tapi, kita akan jumpa Desa Dairy Farm dulu, depan lagi baru akan jumpa D'S Homestay. Kalau tengok jalan rasa macam give up nak naik sebab tinggi.. tapi bila dah sampai rasa tak nak balik.
D'S Homestay ni sebenarnya 2 pintu. Makudnya ada 2 rumah sebelah menyebelah. Masa Eyza sewa dulu harganya RM 250 semalam. Satu rumah ada 2 bilik. Eyza ambik dua-dua rumah sebab kami pergi 10 orang. Memang sedang elok rumah tu dengan kami.
Owner pun peramah dan senang nak berurusan. Eyza rasa macam berada dekat kampung sendiri.
Dekat luar rumah ada kerusi meja untuk kita duduk lepak2 makan cucur ke apa.
Dalam rumah pulak, owner dah sediakan dapur, rice cooker dan ada jugak minyak, sos dan garam. Kita boleh masak.. memang jimat. Petang masa mula2 sampai tu Eyza masak tomyam dan bancuh teh o panas. Memang best la dengan cuaca sejuk dekat sana. Habis tomyam seperiuk.
Siap ada tanda halal tau. So, muslim jangan was was nak guna semua kelengkapan dalam rumah ni. Malamnya kami siap buat BBQ lagi kat depan rumah. Memang syiok. Dah la kat sini sejuk dia lain macam. Macam dekat overseas.
Kalau yang jenis tak boleh hidup tanpa internet, jangan risau tau sebab kat sini ada juga wifi percuma.
Ruang tamu pun besar. Adik Eyza siap angkat tilam tambahan dan tido kat ruang tamu.
Dalam bilik dah disediakan katil Queen dan tilam single. Memang sesuai homestay ni untuk percutian yang ramai.
Bangun pagi2 pulak boleh nampak Gunung Kinabalu dari depan Homestay. Ya Allah.. masa ni Eyza rasa best sangat. Kalau bangun awal.. boleh nampak kabus... Cuaca jangan cakap la.. memang sejuk..
Eyza memang recommed sangat untuk sesiapa yang mencari Homestay di sekitar Kundasang untuk menginap kat sini. Memang best dan berbaloi.
Kredit Gambar : FB D'S Homestay