Eyza ni kalau bab basuh baju memang rajin (guna mesin basuh la) tapi... bab melipat baju tu malas banyakkk... Hahaha..
Kekadang bila tengok baju kering susah hati sebab nak lipat tu. Kalau la ada bibik, Eyza nak cari bibik yang just lipat baju jer.. Yang lain-lain takpe Eyza boleh buat...
Kalau nak pergi hantar dobi pun macam tak sempat je. Ye la.. hari2 jadual memang padat giler. 8 pagi hingga 5 petang dekat opis. Lepas tu balik ambik anak buah kat Taska, gegas-gegas balik rumah masak pulak. Huh. Penat betul. Dah malas dah nak keluar rumah lepas tu.
Nasib baik la ada kedai Dobi yang offer servis laundry ambik dan hantar dekat rumah. Best kan? memang sesuai untuk wanita bekerjaya macam kita ni.
Ha.. Nama Dobi yang buat perkhidmatan best ni ialah MAMA WOSH.
Mama Wosh ni ialah kedai Dobi yang menawarkan servis All In One Laundry and Dry Cleaning yang terletak di Bandar Utama.
Mama Wash menawarkan 4 jenis servis yang boleh kita pilih iaitu:
- Basuh dan Lipat (Wash & Fold)
- Cucian Tangan (Hand Wash)
- Cucian Kering (Dry Cleaning)
- Cuci Langsir (Curtain Cleaning)
Harga bagi setiap cucian adalah adalah berbeza. Untuk senarai harga boleh rujuk dekat bawah:
Untuk pickup dan delivery, MAMA WOSH ada sediakan map dan cas delivery mengikut kawasan seperti di bawah tapi untuk sekitar KL dan PJ free tau. Takde cas untuk Pick up.
FREE:
Kuala Lumpur
Bangsar, Bukit Bintang, Bukit Damansara Heights, KL Sentral, KLCC, Mont Kiara dan Sentul.
Petaling Jaya
Ara Damansara, Bandar Utama, Damansara Perdana, Damansara Utama, Kota Damansara dan Mutiara Damansara.
Untuk kawasan lain, akan dikenakan charge RM5 hingga RM 1o. Bagi Eyza cas ni still murah jika nak dibandingkan minyak dan parking jika kita pergi kedai dobi.
MAMA WOSH menggunakan Pencuci Organik mengikut keselesaan kulit pelanggan. Bukan setakat baju, mereka juga menerima bantal, sarung tilam serta langsir.
Senang je kalau nak tempah, ikut je step by step macam kat bawah ni:
1. Tempah Secara Online
Boleh tempah secara online dekat website Mama Wosh dan Mama Wosh ni dibuka 24/7.Kita cuma perlu tetapkan tempat dan slot masa yang sesuai untuk pekerja Mama Wosh pick up pakaian kita.
2. Laundry Pickup
Lepas buat tempahan, pekerja Mama Wosh akan datang dalam masa 60 minit untuk ambil pakaian dekat tempat yang kita dah tetapkan.
3. Pembersihan Premium
Semue pekerja Mama Wosh terlatih dan professional. Semua pakaian akan dicuci oleh pekerja-pekerja Mama Wosh yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini dan juga penggunaan mesin cucian kering yang bagus,
4. Pembayaran
Selepas pakaian siap dicuci, Mama Wosh akan emailkan invois dan kita boleh terus bayar. Kita boleh pilih sama ada nak bayar melalui online payment ataupun secara COD semasa pakaian dihantar.
5. Penghantaran
Selepas pakaian dah diperiksa- bersih dan baik, Mama Wosh akan menghubungi kita untuk set waktu penghantaran. Penghantaran tidak kira waktu sebab Mama Wosh dibuka 24/7.
Kalau Eyza, Eyza lebih suka bayar masa COD. Kiranya kita dapat barang baru bayar.
So.. Kalau kita nak baju bersih dan siap lipat tanpa perlu susah payah ke kedai Dobi, bolehlah contact Dobi MAMA WOSH.
Uolls boleh guna code MWONREF7URM0H untuk Diskaun!!! Masukkan code tu dekat Special Instruction. Jangan lupa tau..
Untuk keterangan lanjut boleh layari:
terbaik..bw pagi 4 ramadan..)
ReplyDeleteservis terbaik
ReplyDeleteAda lagi buat servis cuci baju?? Ampang pandan indah ??
ReplyDelete