Blog Eyzamiel: ::Baby::
Showing posts with label ::Baby::. Show all posts
Showing posts with label ::Baby::. Show all posts

11.12.17

Pregnancy : Macam mana tahu pregnant?

Monday, December 11, 2017 29
Pregnancy : Macam mana tahu pregnant?
Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah...

Kalau uolls dah lama follow dan baca blog Eyza mesti tau yang Eyza ni tengah Trying To Conceive. Masuk tahun ni dah 10 tahun Eyza TTC. Eyza dengan suami tak pernah putus asa cuma kami tak fikir sangat macam masa 5 tahun pertama perkahwinan.. Sekarang ni kami enjoy je.. kalau ada rezeki ada la.. 

Tapi... bulan 10 hari tu Eyza tak period.. Eyza ingatkan period dah ting tong balik.. biar la.. malas nak fikir.. Nanti2 period la tu...

Sampai la bulan 11, eh.. still tak period jugak..  Last period 22/9.. ikutkan dah delay 14 hari..  Masa delay 7 hari tu hubby dah suruh check UPT tapi Eyza tak mau sebab takut kecewa lagi. Ye la.. sepanjang 10 tahun kami kawin tak pernah sekalipun UPT positif. So, Eyza pun tak nak la buat. Eyza fikir period buat hal je.

5 Nov tu Birthday Eyza, ingat nak buat UPT tapi bila fikirkan balik tak nak la...kang kalau negatif spoil mood masa birthday pulak.. Sampai la tarikh 10 November hari Jumaat, pagi tu sebelum pergi kerja Eyza beranikan diri untuk test UPT. Tu pun sebab anak buah Eyza jumpa UPT yang dh lama Eyza beli dulu. Eyza sendiri pun dah lupa.

Masuk bilik air, kencing dan celup. Sekejap je naik 2 line terang. Eyza pandang result UPT tu tak berkelip. Tak puas hati, ambik lagi satu test, pun sama jugak naik 2 line terang. Eyza keluar dari bilik air sambil pegang UPT tu dan tunjuk pada adik Eyza. Dia dah nangis tengok n cakap positif ni along. Eyza boleh pandang dia macam takde perasaan. Jadi blur kejap tak tau nak buat apa.

2 UPT yang Eyza buat pagi 10/11/2017

Eyza tak puas hati.. dalam hati dok fikir maybe UPT tu rosak sebab dah lama. Lunch tu keluar pergi farmasi beli UPT jenama Guardian. Petang tu balik kerja terus test lagi. Sama jugak, naik 2 line terang. Tak puas hati celup lagi yang biasa sama jugak 2 line terang.

Erm. Dok fikir betul ke ni. Sabtu (11/11/2017) Eyza pergi Watson beli lagi UPT, dah buat still sama keputusan. 


Dan.. last sekali yang buat Eyza rasa Eyza tak mimpi dan keputusan ni tak silap bila Eyza sanggup keluar pergi Farmasi beli jenama Clearblue pulak. Tengok harga memang rasa nak menangis tapi untuk kepastian punya pasal sanggup beli dan Alhamdulillah keputusannya PREGNANT!

Ya Allah.. masa ni baru Eyza menangis sebab rasa bersyukur dan terima kasih pada Allah akhirnya makbulkan jugak doa Eyza dan hubby. 


Malamnya Hubby balik baru bagitau hubby dan hubby menangis. Eyza apa lagi, dah meraung dah sebab terlalu happy dengan rezeki Allah bagi. Terus kami buat sujud syukur atas rezeki yang kami tunggu selama 10 tahun. Hadiah Birthday yang paling mahal untuk Eyza tahun ni.

Masa Eyza dapat tahu tu Eyza baru pregnant nak masuk 7 minggu. Isnin tu Eyza ngan hubby terus ke Klinik Kesihatan. Kat sana diaorang just bagi appoinment untuk datang buka buku Pink nanti. Tarikh yang diaorang bagi ialah pada 23/11.. dan nurse minta bawak gambar scan masa bukak buku.. So, seminggu lepas tu Eyza pergi scan dekat Klinik Mutiara, Bukit Indah.. Doktor cakap kecik lagi dan masih tak dapat dengar degup jantung. Tapi baby duduk dalam kantung semua elok. Alhamdulillah.


Dr bekalkan obimin untuk sebulan. Tapi Eyza tak makan lagi Obimin still makan Folic Asid je. Bila dah masuk 10 minggu baru la makan Obimin ni.


Terima kasih ya Allah. Doakan kandungan Eyza ni sihat dan sempurna dan dipermudahkan hingga Eyza melahirkan nanti

Next entry Eyza cerita pengalaman buka Buku Pink kat Klinik Kerajaan pulak ye.

*dah lama Eyza draft entry ni.. terfikir patut atau tak Eyza tulis sbb... nnt la Eyza inform di entry berikutnya. Eyza selalu doakan kawan-kawan TTC jugak akan menjadi ibu satu hari nanti. Amin...

20.11.17

Baby Balm dari Tasneem Natural

Monday, November 20, 2017 0
Baby Balm dari Tasneem Natural
Eyza dah lama nampak iklan pasal Baby Balm Tasneem Natural ni kat FB. Sambil-sambil tu try la google. Wah.. Banyak kegunaan rupanya Tasneem Natural ni.


Ada 4 jenis Balm ni. Tak tahu nak pilih yang mana terus grab empat-empat sebab tiap-tiap satu ni kegunaannya lain-lain. Rugi pulak kalau ada satu je untuk guna.


Balm dari Tasneem Natural ni bukan saje sesuai untuk kanak-kanak, kita yang dewasa ni pun boleh pakai. Hari ni seharian Eyza sakit kepala. Eyza pakai Sleep Time. Sempat la lelap sekejap. Hahaha.

SLEEP TIME


Sleep Time ni dapat membantu kanak-kanak tidur lena, bantu kanak-kanak bangun dalam mood ceria dan dapat baiki kualiti tidur kanak-kanak.

Ye la, budak-budak ni kalau kita paksa suruh bangun memang la diaorang akan meragam tapi bila dah pakai Tasneem Natural Sleep Time ni, bangun pagi dah senang dah. Tak perlu banyak drama. Hihihi.

Sleep Time ni mengandungi Carrier Oil, shea Butter, Beeswax, Cedarwood, Lavender, Vetiver, Chamomile, Orange, Marjoram, Bergamot dan Ylang-Ylang.


Cara pakai :
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga serta pergelangan tangan.

Testimoni:



TUMMY TIME


Tummy Time dapat membantu membuang angin dalam perut serta membantu melegakan sebu dan kembung.

Eyza selalu akan rasa perut tak sedap kalau lambat makan, sapu je Tummy Time terus rasa lega.

Tummy Time mengandungi Carrier Oil, shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, fennel, Lemongrass, Anise, Patchouli,Tangerine dan Lavender.


Cara Pakai:
Sapu pada perut dan Tapak Kaki.

Testimoni:



CALM TIME


Calm Time dapat memberi keselesaan kepada bayi, megurangkan keletihan dan tekanan serta bantu anak lebih tenang.

Calm Time mengandungi Carrier Oil, shea Butter, Beeswax,  Lavender, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoram, Frankinsence, Bergamot dan Roman Chamomile.


Cara Pakai:

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga serta pergelangan tangan.

Testimoni:


CF RUB (COUGHFLU TIME)


CF Rub dapat  membantu kurangkan selsema dan cairkan kahak, bantu melegakan asma serta mengurangkan suhu ketika demam.

CF Rub mengandungi Carrier Oil, shea Butter, Beeswax,  Lemon, Orange, Eucalytus Lavender, Cypress, Tea Tree dan Frankinsence.


Cara Pakai:

Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada.

Testimoni:


Setiap satu kotak cuma berharga RM 49.00 (SM) / RM 52.00 (SS)


Maklumat lanjut boleh layari:



19.4.17

Drypers / Lampin Pakai Buang dan Baby Wipes jenama Goo.N Friend boleh dibeli di Lazada dengan harga kombo lebih jimat

Wednesday, April 19, 2017 0
Drypers / Lampin Pakai Buang dan Baby Wipes jenama Goo.N Friend boleh dibeli di Lazada dengan harga kombo lebih jimat

Sekarang ni rumah Eyza meriah sangat sebab anak buah Eyza 2 orang tinggal dengan eyza. Takde la sunyi rumah.

Bila dah ada anak kecik kat rumah ni, Eyza kena la jugak ambik tahu susu apa diaorang minum, drypers apa diaorang pakai, apa yang diaorang suka dan apa yang diaorang  tak suka.

Sebut pasal drypers/lampin pakai buang, baru-baru ni Eyza ada nampak satu jenama dekat Lazada ni. Harga pun berpatutan. So, Eyza pun semangat nak bagi anak buah Eyza try.


Drypers ni jenama Goo.N Friend  edisi Doraemon. Kiut sangat. Anak-anak buah Eyza pun happy bila nampak Drypers ni. Semangat diaorang nak pakai.



Ada macam-macam saiz iaitu dari saiz S hingga la ke XXL Anak buah Eyza ni dua-dua pakai saiz XL. So, memang senang la. Boleh share. Yang saiz XL sesuai untuk 12 hingga 17 kg. Diaorang ni pulak memang suka jenis pant. Yang kakak dah pandai pakai sendiri, sebab tu dia prefer yang Pant. Sarung je terus.





Antara kelebihan Drypers Goo.N Doraemon Edition ni ialah:

~ Corak kartun Doraemon yang menarik sesuai untuk kanak-kanak
~ Fleksible dan senang untuk kanak-kanak bergerak
~ Lebih selesa dan kering
~ Lembut dan selesa
~ Pengudaraan yang baik sesuai untuk kanak-kanak yang senang kena ruam lampin
~ Nak buka? Just koyak je. Senang kan?

Selain dari Drpers, jenama Goo.N juga ada juga Baby Wipes. Senang satu jenama ada macam-macam barang. Siap ada bekas bentuk kepala Penguin lagi. Satu pek ada 55 helai.



Baby Wipes ni:
~ Tak menyebabkan elergi
~ Tak mudah kering
~ Lembut
~ Boleh digunakan seluruh badan
~ Bebas Alkohol, Paraben dan pewangi

Kat mana nak beli? Kat Lazada la. Ada pelbagai diskaun. Kalau beli set kombo lagi banyak yang kita boleh jimat.Nak tahu detail boleh layari :

https://www.facebook.com/GOONDiaperMY/


24.12.16

Bedak Ruam Bayi penawar kepada masalah ruam dan Psoriasis

Saturday, December 24, 2016 0
Bedak Ruam Bayi penawar kepada masalah ruam dan Psoriasis

Bayi dan ruam memang tak dapat dipisahkan. Jangankan bayi, kita yang dah dewasa ni pun kekadang akan kena ruam kalau cuaca panas sangat.

Nasib baik la sekarang ni ada Bedak Ruam Bayi. 

Bukan Sekadar Bedak Sejuk Biasa.
Alhamdulillah ianya dapat membantu memulihkan hampir semua jenis masalah penyakit kulit. 
💯%dari Tanah Liat Putih terbaik dunia & air galian semulajadi

💯% semulajadi serta sunnah nabi S.A.W. Ini kerana ia salah satu cara Nabi SAW mengubati penyakit kulit

Pembuatan secara homemade warisan semulajadi turun temurun serta pembuatan bedak sejuk tanah liat yang diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL  yang mana selamat digunakan dari bayi hingga dewasa


Apa yang buat Eyza yakin dengan produk ni ialah bila banyak pulak testimoni pelanggan yang berjaya ubati masalah diaorang.






Bila ada sesuatu jenama yang bagus, mesti akan ada orang yang nak untung atas angin je dengan buat produk tiruan. So, kita sebagai pembeli dan pengguna kena bijak menilai. Jangan sampai terbeli yang palsu. Nanti penyakit lain pulak yang datang.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari :


Atau boleh hubungi :
En. Hafis - 0134806787 (Pemasaran)
Atau
Puan Nurul - 0176239935 (owner)

#bedakruambayi #ruambayipowder #psoriasis #eczema

5.9.14

Lara Alana ! Nama anak Awal dan Scha.

Friday, September 05, 2014 7
Lara Alana ! Nama anak Awal dan Scha.

Aku memang peminat Scha... sejak dia berlakon dalam Awan Dania lagi.. memang aku tak pernah miss citer tu...  Tadi, masa aku bkk FB, nampak la gambar baby kat FB Scha.. Yeay.. akhirnya Awal ngan Scha dah dedahkan wajah baby diaorang.. Comeynya.. putih merah-merah gitu... geram jer tgk.. rasa nak cubit-cubit.. Scha pilih nama Lara Alana Ahmad Awaluddin... Sedap nama.. Moga Lara membesar menjadi seorang yang comel dan bijak macam mak ayahnya....

19.8.14

Bertambah orang baru dalam family aku..

Tuesday, August 19, 2014 6
Bertambah orang baru dalam family aku..
Alhamdulillah... 2 hari lepas aku dah jadi Mak Long... Adik aku yang aku citer kat sini dah selamat bersalin.. Dapat baby girl.. kira ni cucu pertama la dalam family aku..maunya tak happy..Yeay.. adik aku hantar gambar kat whatsapp family.. comelnya.. mata sepet macam anak cina.. geram betul.. tak sabar nak balik tengok..minggu ni tak boleh balik sebab ada hal..maybe Hari Merdeka nanti baru balik..lagipun cousin aku kawen time tu.. senang sikit.. 

Tahun depan, aku dapat sorang lagi anak menakan.. wife adik aku, Ida pun dah pregnant.. due dalam bulan Januari tahun depan.. tak tau la kalau baby nak kuar awal.. sebaya la anak alang ngan angah nanti..

Aku tumpang happy dengan adik-adik aku..bole la aku tumpang kasih sayang anak-anak diaorang lepas ni.. 

Dan nak mintak tolong korang.. doa-doakanlan agar satu hari nanti sampai rezeki untuk aku ada anak sendiri.. Amin..




18.9.12

::Comelnya::

Tuesday, September 18, 2012 3
::Comelnya::
Kredit : Senang Hamil


Notakaki: Moga Allah memberi peluang untukku merasai semua nikmat ini.. Amin...

23.2.12

::Ambik Berkat Lagi::

Thursday, February 23, 2012 6
::Ambik Berkat Lagi::
Alhamdulillah...
Sorang lagi ofismate aku selamat Bersalin.....
Aku kalau dengar orang bersalin ni rasa best sangat....
Sebab aku suka bau baby...
bole dukung 'ambik berkat' orang kata...
Mudah2an lepas ni rezeki berpihak pada aku dan hubby pulak...
Amin....







23.12.11

::Bahagiakah Tanpa Zuriat::

Friday, December 23, 2011 3
::Bahagiakah Tanpa Zuriat::
Bahagiakah Tanpa Zuriat... tu la tajuk Semanis Kurma semalam... Bahagiakah? Yup.. aku bahagia... walaupun kami belum dikurniakan zuriat, tapi kami terasa semakin lama semakin sayang... kami saling melengkapi antara satu sama lain... kami saling menasihati antara satu sama lain.. kami saling berkongsi rasa antara satu sama lain...

Bagi sesiapa yang tak sempat nak tengok Rancangan tu semalam.. Meh sini aku share sikit tips2 yg Ustazah & Ustaz bagi... Antaranya:

- Walau apapun usaha yang kita buat, jangan sesekali kita lupa untuk berdoa kepada Allah...
- Banyakkan beristiqfar dan bersedekah..
- Jangan dengar kata negatif dari orang lain.
- saling meyokong antara satu sama lain.
- Banyakkan bersedekah pada bayi baru lahir.

Ustaz jugak ada bagi cara2 nak bagi anak angkat jd muhrim dengan kita:

- anak angkat yg hendak diambil mesti berumur kurang dr 2 tahun.
- mesti disusukan oleh kita sehingga 5 kali kenyang
- kalau selepas kita dah makan ubat pun susu tak nak keluar, kita bole mintak kakak @ adik perempuan sebelah isteri susukan (kalau anak angkat lelaki), begitu jugak sebaliknya....

Antara surah2 yang Ustazah bagi untuk kita amalkan ialah:
- surah Ali-Imran ayat 38
- surah Mariam ayat 4-6
- surah An-Anbiya ayat 89
- surah As-Saafat ayat 100
- surah Marian ayat 100
- surah mariam ayat 5

Dan petua:
- tiap2 hari minum air suam campur dengan madu asli...

Semoga semua ini dapat membantu kita yang inginkan zuriat... Moga2 kita semua berjaya.. Amin...

26.11.11

::Jalan-jalan tengok baby::

Saturday, November 26, 2011 0
::Jalan-jalan tengok baby::
Bahagianya kalau ada anak kan? Tengahari semalam aku n gang pegi tengok membe aku... baru pas bersalin baby boy.... 4.15 kg... Besar kan? best betul bila dukung, rasa cam baby 2 bulan...

mata sepet...

Macam-macam yang kitaorang buat untuk bagi dia bangun, tapi satu pun tak berkesan....

Baby ke3 untuk kawan aku....

comel sangat...

Rasa cam nak ambik bawak balik...

Nak jugak dukung....

Ambik berkat...