GUGUR LAGI BUAT KALI KEDUA / Assalammualaikum dan hai korang. Dah baca entry Eyza pasal eyza mengandung lagi buat kali kedua? Kat situ Eyza ada bagitau yang ada sesuatu yang buat Eyza risau.
Ye! Buat kali kedua Eyza gugur lagi. Allahhuakbar! Subhanallah! Eyza cuba kuat kali ni. Lebih kuat! Eyza Redha atas Ujian Allah pada kami.
22 Mac 2018
Pagi tu Eyza bangun tidur dan nampak ada darah kat pantyliner. Hati dah mula rasa tak sedap. Tapi, Eyza gagahkan juga pergi kerja sebab baca kat Internet ada yang cakap tu tanda-tanda nak menempel. Ok, siap-siap pergi kerja walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.
Dalam pukul 10.00 pagi, Eyza dapat rasa macam darah banyak keluar. Hati dah tak sedap dan terus drive balik ke rumah ambik husband dan kitaorang pergi Klinik Sri Permaisuri sebab member suggest pergi situ. Masa sampai dah nampak ramai orang. masuk je dalam, nurse cakap kena tunggu sebab ada 12 orang lagi patient. Maybe dalam sejam atau lebih kena tunggu. Hubby tak nak. Kami pun keluar dan cari Klinik dekat sekitar Cheras. Kebanyakan klinik tak buat scan. Lepas tu, nampak Klinik Putrijaya dekat area ni. Takde orang. Ok. tanya dia ada buat scan? Nurse cakap ada. So, Eyza proceed nak check kat situ.
Masuk jumpa Doktor, cerita sikit-sikit kat dia n dia scan. Tau tak apa doktor cakap? Eyza tak mengandung. Ha???? Dia kata dah scan xde baby pun. Rahim pun tak ada tanda-tanda macam mengandung. Padahal, dia godek 2,3 kali dah cakap macam tu. macam tak ada effort pun nak check. At least ko suruh buat upt ke apa untuk sahkan. eyza pulak dah blur plus risau memang tak terfikir nak buat UPT kat situ. eyza tunjuk UPT yang Eyza buat sebelum tu kat Doktor, Dia pandang macam tu macam tu je. Pastu decide Eyza tak mengandung.Tanya doktor, perlu ke Eyza ambik Duphaston, dia kata tak mengandung buat apa nak ambik. Eyza pun keluar dari bilik Doktor dengan muka sedih dan confius. Check ala kadar macam tu, tanpa ubat apa terus kena bayar RM 68.00. Bayar je la.Ok, dapat MC sehari, tu pun lepas Eyza tanya. Kalau tak memang dia tak bagi.Eyza memang tak suggest korang scan pregnancy kat sini. Huhuhu.
23 Mac 2018
Eyza decide ambik cuti untuk berehat dekat rumah sebab darah masih keluar. Lagi banyak dari semalam. Buat UPT still positif. Eyza just baring je apa pun tak buat. Sambil tu dok fikir jugak, betul ke aku tak mengandung tapi UPT POSITIF.
24 Mac 2018
Sama jugak macam semalam, still bleeding. eyza just baring je seharian.
25 Mac 2018
Still sama. Darah turun tapi macam dah tak banyak.
26 Mac 2018
Eyza rasa macam tak sedap hati. eyza decide ke HUKM. Buat UPT. Tapi masa tu tak dapat kencing. Air kencing sikit sangat-sangat. Nurse buat UPT dia kata negatif. Ok, masa ni Eyza rasa tak mengandung la ni. Tapi eyza still ada rasa loya dan sakit kepala. Pastu alah bau masakan n bau vape. Lepas ke HUKM Eyza masuk opis sebab dapat time slip je.
27 Mac 2018
Pagi ni still bleeding. pergi kerja macam biasa. Pagi tu ok, dok happy-happy dengan kawan-kawan. Petangnya dalam pukul 2.30 makin banyak bleeding dan perit sakit macam masa gugur yang first. Eyza dah rasa tak sedap hati sebab kalau period tak macam ni.Eyza terus minta kebenaran bos ke Klinik Kesihatan Tanglin.Bila sampai sana, daftar semua tunggu turn. Lepas nombor dah dipanggil, jumpa Nurse untuk saring sebelum jumpa doktor. Cerita semua kat Nurse, dia dah risau. terus dia bawa eyza pergi makmal untuk check urine. Dapat je result, keputusannya posiif. Terus masuk bilik Doktor. Doktor pun risau bila positif tapi bleeding banyak. doktor terus bagi surat rujukan ke Hospital. Eyza minta nak ke HUKM je.
Balik tu, terus pergi toilet sebab nak kencing. Terasa ada benda keluar. Eyza teringat yang masa gugur first, doktor suruh bawa kalau ada yang keluar macam ketulan. Eyza pun ambik letak dalam bekas nak bawak ke Hospital.Bentuk macam hati ayam tu.Lepas tukar pad semua, Eyza ajak husband makan dulu baru ke Hospital sebab Eyza tak makan tengahari tu.
Selesai makan, terus ke Hospital. Lepas jawab soalan lebih kurang dengan student barulah Doktor check Eyza. Eyza kena TVS Scan (Scan ikut bawah). Doktor masukkan muncung itik, dan check kat bawah.Lepas tu Doktor cakap ah clear. Semua dah keluar sendiri.Tiub dua-dua ok. masa ni, Eyza hanya mampu bersyukur sebab bukan mengandung luar rahim. Sedih memang la sedih, tapi Eyza fikir positif sekurang-kurangnya Eyza masih ada harapan untuk mengandung lagi.Kalau mengandung luar rahim, Eyza kena operate. takutnya. Eyza bersyukur Allah lindung eyza untuk ujian yang lagi berat.
Lepas ambik darah, Doktor pun terangkan yang Eyza dah gugur. Masa tu kandungan Eyza baru masuk 6 minggu.Menitik juga airmata. Bohong la akalu tak sedih, 10 tahun kami tunggu cahayamata ni. tapi Allah sayangkan kami dengan anak-anak kami. Takpelah.. Sekurang-kurangnya ada 2 anak syurga kami nanti tunggu kami kat Syurga.
Doktor bagi MC 3 hari je sebab dia kata gugur bawah 10 minggu.Nasib baik la MC tu sampai Jumaat, Sabtu Ahad tu memang cuti. dapat la rehat. Isnin tu masih tak sihat, so Eyza ambik Cuti Rehat. Gugur kali ni Eyza hilang banyak darah dan muka pucat giler sampaikan Doktor suh continue makan Obimin.
Sekarang ni pun Eyza masih berpantang. Datang kerja pun pakai stokin, makan pun masih jaga. Ais memang tak sentuh langsung. Dah 2 anak syurga Eyza. Doakan Eyza masih ada peluang untuk dapat zuriat satu hari nanti.
Sekarang ni pun Eyza masih berpantang. Datang kerja pun pakai stokin, makan pun masih jaga. Ais memang tak sentuh langsung. Dah 2 anak syurga Eyza. Doakan Eyza masih ada peluang untuk dapat zuriat satu hari nanti.
Ya allah..kesian Eyza..takpe..insyaallah..nanti allah bagi lagi rezeki buat Eyza dan suami...jaga diri dan pemakanan ye
ReplyDeleteTq kak.. Amin... Doakan Eyza dapat baby lagi ye.. 😊
DeleteInsyallah ade la tu sis..Bersabar.. agar kite sama2 dapat baby tahun ini...Amin.. Lambat cpt ade hikmah dia..Abaikan apa org kata.. selagi ade rahim..Slagi tu boleh hamil
ReplyDeleteInsyaAllah. Ye awak. Selagi ada rahim harapà n kita masih ada. Sama2 kita usaha ye. Moga2 ada rezeki kita thun ni.
Deletetabahlh sis..sy pun lm dh mrancang nak baby..8 thn lps sy kgugurn..dokt kt hsptl bolh kt yg sy ada ktumbuhan luar pntu rahim..sy x puas hati & cek ke specialist, rupany sy kgugurn..dokt bg ubt keluarkn darah & hentikan pdarah..msa tu, mcm ada benda jatuh msa sy tgh mndi sis..sbesar tauhu..lps tu,dlm thun 2016 sy lm ktggln period..tba2 sy period byk..ingtkn period biasa..skit sgt trsa mcm ada sstu yg nak keluar ttpi x dpt..sy cba baring & brehat sis..tba2 bnda yg nak keluar tu bjaya jga kluar..sy pegi toilet & cek, nmpk bnda tu seakan2 spt kantung..skecil ibu jari..bnda kecil tu yg nak keluar tp rsa skit yg t'amat..bla tnya2 kzn mazen, dorang kta tu kantung janin yg x mjadi..ada 3 kali mcm tu sy m'alami kgugurn dlm thun tu..tahun ne, sy try ambik asid folik apeton..smga smua prancang kta sbg wanita yg inginkn chya mata dberkati Yang Maha Esa..
ReplyDeleteInsyaAllah.. Tabah ye sis.. sekurang-kurangnya kita tahu kita boleh mengandung.. cuma rezeki melahirkan belum ada...mudah2an ada rezeki kita dapat baby tahun ni..
DeleteMoga akak kuat ya , InsyaAllah ada rezeki nnti 😊
ReplyDeleteInsyaAllah.. Amin...tq ye.. 😊
ReplyDeletesalam..eyza nak tnya..eyza mengandung tu lpas amal folic acid appeton 2 ka..?
ReplyDeleteW'salam.. Tak awak.. Eyza makan asid folic biasa yg sepapan seringgit. Tu pun makan on off
Deleteyaka..untuk suami eyza ada bgi mkn skli x..?ke eyza sorg ja yg mkn..?
Deletesalam..eyza pregnant lpas makn folic acid appeton tu ka..?
ReplyDeleteW'salam.. tak.. Eyza skrg amik folid asic klinik je.. yg sepapan seringgit tu je.. tak larat nak beli jenama appeton tu dah.. hahaha
DeleteBetter makan husband n wife.. tapi husband eyza makan on off.. klu kita x ingatkan idok la dia makan.. hihihi
DeleteSalam, kak. Takziah. Saya pun warded 18-23/4/18 lepas sebab demam denggi + keguguran. Sedih, sakit, seksa diuji dengan kesakitan berganda. Nak tanya, kak eyza berpantang selepas keguguran tu macam mana?
ReplyDeleteSalam Takziah awak.. akak cuma pantang makan lepas tu berurut dekat Alam Damai. Ais akak pantang 44 hari. 2 minggu akak pantang makan dan pakai stokin. Pantang Lebih kurang orang bersalin cuma x lama macam bersalin.
DeleteInsyaAllah.. Lepas ni harap akak dapat pregnant lagi sehingga selamat bersalin.. Saya pernah spotting masa minggu ke 8 xslp, pg klinik pakar wanita taman medan.. Dr scan dan zoom nmpk degupan.. Terus dia bg injection progesteron untuk kuatkan rahim.. Tapi kos di klinik tu agk mhl.. Klo next jadi mcm tu lg akak pg klinik pakar,atleast diorg blh selamatkan kandungan dengan bg injection kuatkan rahim dan rest.. InsyaAllah ada rezeki lg lepas ni.. Take care
ReplyDeletesya bleding upt still positive dr da kasi bersih and benar kan pulang..brapa lama kak eyza ada kluar darah..sya dari bulan9 tanggal1 smpai la hari ni..bleding 2 hari deras mcm haid
ReplyDeletedr korek pkai mulut itik sakit selepas di korek amat sangat
mrs secreto story,
ReplyDeleteInsyaAllah kalau ada rezeki lagi akak nak ambik Cuti Tanpa Gaji dan rehat je kat rumah. Doakan akak dapat rezeki mengandung sampai melahirkan nnt ye. :) Thanks.
Unknown,
ReplyDeleteAkak masa gugur yang first kejap je dlm 7 hari. Tapi gugur kali kedua ni lama. Dekat 5 minggu jugak.Tapi akak ada baca mmg ada yang berpanjangan. Cuba tgk dalam 45 hari. Kalau lebih, kena check dengan Dr balik.