Buffet Ramadhan 2018 : 13 Keistimewaan 'IFTAR' di Bangi Golf Resort - Blog Eyzamiel

24.4.18

Buffet Ramadhan 2018 : 13 Keistimewaan 'IFTAR' di Bangi Golf Resort

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort | Alhamdulillah.. Tahun ni Eyza masih berkesempatan untuk join Preview Buffet Ramadhan 2018 di Bangi Golf Resort. Tiap-tiap tahun BGR memang tak pernah kecewakan Eyza sebab banyak sangat pilihan makanan yang sedap.

Ada 13 keistimewaan Buffet Ramadhan BGR yang bermula 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.

1. Harga Istimewa Untuk DURIAN!!
BGR akan menerima tempahan untuk durian Musang King (RM 110 sekotak) dan D24 (RM 55 sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya. Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/




2. Disahkan Halal
Sejak tahun 2009, Restoran BGR ni telah disahkan HALAL oleh JAKIM. BGR juga telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Dato' Menteri Besar Selangor pada 2017.

3. Sajian Eksklusif 
Tetamu akan dihidangkan dengan Kambing Bakar dan pelbagai makanan lain yang menarik. Tahun ni, BGR juga memperkenalkan menu Laksa Sarawak.





4. Masakan Melayu Tradisional
Menggunakan bahan mentah yang ditanam sendiri di "Kebun dalam Bandar" berlokasi di Premis Bangi Golf Resort sendiri.







5. Hidangan Barat Moden
Tiap-tiap tahun sajian dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma memang jadi kegemaran Eyza. Tak lengkap berbuka kat sini kalau tak rasa signature Dish BGR.








6. Sajian Timur yang disediakan dengan sempurna
Jangan lupa try Daging Masak Hitam dan Filet Ikan goreng dengan Sos Mentega.






7. Pelbagai Pencuci Mulut
Eyza kalau datang sini memang akan cari pencuci mulut sebab kat sini ada pelbagai jenis pencuci mulut yang sedap seperti Tiramisu, kuih muih melayu, Salted Caramel Brownies, Red Velvet Durian Mousse dan macam2 lagi. Pilih je yang mana suka.






8. Persembahan secara langsung
Untuk memeriahkan suasana, ada persembahan muzik yang dimainkan secara langsung dari 6.30 petang hingga 9.30 malam.

9. Tempat Letak Kereta PERCUMA!!
Ada lebih dari 800 lot parking disediakan di sini. Jangan risau tau..

10. Surau disediakan
Ruang solat yang luas juga disediakan untuk tetamu.

11. Buat Baik!
Masa bulan Ramadhan ni, Restoran BGR akan menyumbangkan 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi membantu mereka yang kurang baik.

12. Suka Makan Benci Kepada Pembaziran
Restoran BGR mengamalkan konsep sifar pembaziran dan akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan dari Buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

13. Nilai untuk wang anda!
Restoran BGR menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidangan melayu, barat dan timur. Harga untuk tempahan dalam talian di web https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM 59 nett untuk dewasa dan RM 29.50 nett untuk kanak-kanak.

Happy sebab menang Contest di FB dari BGR.

Dah la banyak makanan, murah plak tu. Cepat-cepat buat tempahan, takut baucer Sold Out nanti.

GIVEAWAY!!!!
Giveaway ni khas untuk follower ig Eyza iaitu @eyzamiel ... Korang just follow IG Eyza dan IG Bangi Golf Resort . Tag 3 orang rakan dekat komen gambar Giveaway ni. Nanti Eyza akan cari seorang pemenang untuk memenangi sepasang baucer Buffet Ramadhan di Restoran Bangi Golf Resort. Senang je kan cara nak menang.Ikut je semua syarat. Tarikh tutup adalah pada 30 April 2018. InsyaAllah Eyza akan umum pemenang pada 1 Mei 2018 nanti ye.


1 comment:

  1. durian mahal tu.bestnya. kambing golek dan menu lain semua menyelerakan.
    Janji Kita

    ReplyDelete