Buffet Ramadhan 2018 : Chakri Palace menawarkan Buffet Ramadhan bertemakan makanan Thailand - Blog Eyzamiel

17.4.18

Buffet Ramadhan 2018 : Chakri Palace menawarkan Buffet Ramadhan bertemakan makanan Thailand

Buffet Ramadhan 2018 : Chakri Palace menawarkan Buffet Ramadhan bertemakan makanan Thailand | 9 April lepas, Eyza sempat ke Chakri Palace Pavillion untuk menyambut Ulangtahun Chakri Palace yang ke 19 tahun sekaligus untuk preview Buffet Ramadhan.


Tahun ni Chakri Palace mengetengahkan Buffet Ramadhan "Tantalizing Taste of Thailand" di Chakri Palace KLCC dan Pavillion bermula 18 Mei 2018.

Terdapat lebih dari 50 jenis makanan moden dan authentic Thai serta makanan tempatan seperti ulam-ulam, kerabu,Thai Mango Salad, Thai Papaya Salad dan makanan yng paling popular dekat Chakri iaitu "Mieng Kam".






Ada macam-macam jenis makanan yang buat Eyza terliur. Eyza ni dah la gemar makanan Thailand. Makanan kat Chakri ni memang menepati selera Eyza.



Pulut mangga kat sini memang terbaik. Tahun lepas banyak Eyza makan, tahun ni Eyza masih dalam pantang Eyza terpaksa la tengok saje Sally makan.. Huhuhu. Nasib baik la ada Red Ruby, dapat la Eyza makan.
















Lagi satu, kalau datang Chakri korang wajib try "Mieng Kam". Ianya adalah daun kaduk yang dimakan bersama sos khas dan kita boleh pilih nak letak bahan-bahan apa atas tu. Sedap tau! Eyza belajar makan "Mieng Kam" ni pun masa buffet Ramadhan Chakri tahun lepas la. Tahun ni memang wajib kena cari lagi.



Ya Allah.. tengok la susun atur kuih tu.Semua nampak sedap. Sampaikan Eyza jadi rambang mata tak tahu nak pilih kuih apa. 


So, kalau korang nak kelainan dan lari dari kebiasaan berbuka dengan lauk pauk kampung, korang bolehlah berbuka di Chakri Palace dengan hidangan Authentic Thai. Gerenti puas hati!

Buffet Ramadhan di sini bermula pada 18 May 2018 di Chakri Palace KLCC dan Pavillion. Menu akan berubah setiap hari supaya kita tak rasa bosan kalau datang lebih dari sekali. Buffet Ramadhan akan dibuka pada pukul 7 petang .

HARGA
Harga untuk dewasa RM 98.90++(KLCC)/RM 88.90++(PAVILLION) dan kanak-kanak RM 49.90++(KLCC)/ RM 42.90++(PAVILLION) berumur dari 6 hingga 12 tahun dan untuk warga emas (umur lebih dari 56 tahun) dan kanak-kanak bawah 6 tahun adalah PERCUMA!!! Wah.  Bestnya..

EARLY BIRD OFFER
(Minimum order 4 orang)
Beli sebelum 14 Mei 2018 - RM 78.90++ seorang dewasa (KLCC)
Beli sebelum 14 Mei 2018 - RM 68.90++ seorang dewasa (PAVILLION)
Early Bird Offer ni boleh dibeli pada 8 April hingga 14 Mei 2018 sahaja.
Kalau group booking pulak, beli 5 baucer PERCUMA 1 baucer.

TEMPAHAN
Untuk pertanyaan dan tempahan boleh call 03-23827788 (KLCC) / 03-21431141 (PAVILLION)
atau 
Email : marketing@chakri.com.my

5 comments:

  1. Sedapnya ya Allah...

    Eyza pakai camera apa..lawa gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza pakai camera phone je.. Huawei Nova 2i 😊

      Delete
  2. Ya Allah! Ya Allah!...dugaan betul tgk entry Eyza time-time tengah berpantang ni....telan air liur banyak-banyak....habis berpantang nanti dah seminggu lebih berpuasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani dah bersalin? Bestnya... takpe pantang dl nanti raya boleh makan puas2.. Tahniah Yani.. 😊

      Delete
  3. There is no single solution but tons of options like I stated in the start, there's no hard and quick manual that says into the point solutions into all your issues.
    Today in the event that you present a particular problem into some panel of experts, you are certain to find many diverse comments and solutions at yield.
    This can prove to be confusing.

    ReplyDelete