Buffet Ramadhan 2018 : Citarasa Kampung di Ancasa Residence Port Dickson | Asyik cerita Buffet Ramadhan kat KL je Eyza ni kan? Ok, kali ni Eyza nak bagitau yang untuk sesiapa yang di kawasan Port Dickson atau merancang untuk bercuti di sana pada Ramadhan nanti, korang boleh berbuka puasa di ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON.
Tahun ni, Ancasa Residences telah memilih tema 'Kampung Boy' bertepatan dengan Kempen 'Stay,Dine & Win' yang sedang berlangsung da akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.
Harga Buffet
Harga Buffet kat Ancasa Residences ni sangatlah murah sebab bawah RM 50 je pun. Kalau korang beli baucer sebelum 12 Mei, harga yang perlu dibayar cuma RM 40. Tapi, kalau selepas tarikh tu, harga dah jadi RM 48 untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak.
Menu
Tema 'Kampung Boy' ni betul-betul menggamit kenangan masa kat kampung. Menu-menunya kebanyakannya adalah masakan tradisionl Melayu khususnya masakan tradisional Negeri Sembilan.
Ada lebih dari 120 menu sajian dan kalau kita ke Negeri Sembilan, tak sahlah kalau tak ada Masak Lemak Cili Api kan. Dekat sini ada Masak Lemak Cili Api ala Ancasa dengan pilihan makanan laut, daging, perut dan sayur-sayuran yang kita boleh pilih sendiri ikut citarasa kita. Kalau datang sini, korang wajib try masak lemak ni. Sedap sangat. Eyza hirup kuah macam tu pun dah rasa best.
Selain dari Masak Lemak Cili Api, ada juga Kambing Masala, pelbagai jenis kerabu, Nasi Beriani, Ikan Bakar, Kambing Panggang dan macam-macam lagi.
Masak Lemak Pucuk Ubi |
Sambal Tumis Udang Petai |
Ikan Jenahak Asam Pedas |
Rendang Itik Salai |
Kambing Gulai Kawah |
Paru Berlado |
Keladi Asam Rebus |
Aneka Sambal |
Ikan Bakar |
Aneka Kerabu |
Aneka Ulam-Ulaman |
Selain itu, Ancasa Residences turut menyajikan pelbagai aneka air, kuih muih seperti apam balik, roti john, roti jala, murtabak, pisang goreng, cucur dan juga pelbagai manisan seperti Ais Kacang, aneka bubur serta puding yang pastinya mengubat rindu anda pada masakan bonda di Kampung halaman.
Pada tahun ni, diaorang masih kekalkan konsep gerai dan 'live cooking' di mana 14 gerai dihias bertemakan 'Kampung Boy' dengan harapan pelanggan dapat merasai 'homely dining experience' semasa berbuka puasa di sini.
Untuk maklumat lanjut atau pun nak buat tempahan di Ancasa Hotels & Resorts sila layari laman sesawang www.ancasahotels.com atau hubungi 03-20266060 untuk mendapat harga terbaik.
No comments:
Post a Comment