Hai uolls. Eyza ni jenis yang suka juga pakai mekap tapi tak la heavy sangat. Asal muka tak pucat dah la.
Eyza suka kalau pakai foundation guna berus sebab nampak lagi kemas. Kalau dah hari-hari kita guna berus, dah tentu-tentu la warna berus tu pun berubah. Dah tu, takkan la nak pakai je berterusan tanpa cuci kan.
Ha.. ni Eyza nak bagitau cara Simple je nak cuci Berus Make Up kita ni supaya bersih. Kalau korang banyak bajet boleh la beli pencuci berus mekap tu. Tapi harganya agak mahal la bagi Eyza. Lagipun kita bukannya Mua yang selalu mekapkan orang. Just muka kita sendiri je. Rugi pulak beli mahal-mahal.
Untuk jimat, ikut je cara Eyza ni.
Ambik berus yang kita nak cuci tu. Eyza ni bukan Mua, so koleksi berus mekap pun x banyak. Boleh la kalau setakat nak mekap diri sendiri.
Tengok! Sampai berus tu semua dah berkaler-kaler. Memang patut la bagi dia mandi.
Sediakan Make Up remover (x kisah jenama apa). Tapi kalau nak pakai baby bath pun boleh. Lagi best sebab ada buih. Eyza takde baby bath tu yang guna make up remover je. Takpe.. mana-mana pun boleh.
Tuang dalam 10 titik make up remover dalam bekas berisi air paip. Air jangan banyak sangat sebab nanti kita nak rendam berus tu tak nak air kena batang banyak sangat.. Nanti berus cepat rosak.
Rendam dan godek-godek lembut berus dalam air tu sampai air tukar kaler. Tengok air dalam bekas tu pun dah berubah jadi coklat. Maknanya kotoran semua dah keluar.
Ambik towel kecil. Lap lembut-lembut dan jemur je berus tu. Depends la sama ada nak letak bagi berdiri atau tido. Eyza baringkan je berus-berus tu. Biar je sampai kering.
Selamat Mencuba uolls!
Berus makup kne cuci selalu..takut effect pulak kat muka kan.
ReplyDelete