Eau De Toilet dan Deodoran Dashing Sport untuk lelaki Aktif - Blog Eyzamiel

16.4.18

Eau De Toilet dan Deodoran Dashing Sport untuk lelaki Aktif

Eau De Toilet dan Deodoran Dashing Sport untuk lelaki Aktif | Hubby suka betul rangkaian produk dari Dashing. Baru-baru ni Dashing dah lancarkan produk khas untuk lelaki iaitu Dashing Sport dengan wangian yang lebih maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan lelaki aktif.


Berpeluh merupakan perkara biasa.Kita tidak dapat mengelak untuk berpeluh, tambah-tambah dengan cuaca seperti di Malaysia ni. Bau badan adalah masalah yang sering dihadapi oleh lelaki terutama yang aktif bersukan.Sebab tu la lelaki aktif perlu ada Deodoran dan Eau De Toilet Dashing Sport ni.


Ada 2 variasi baru dalam Rangkaian Dashing Sport iaitu Hitman dan Golden Boot terdiri daripada Deodoran semburan Badan dan Eau De Toilet. 


Dashing Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana saja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan lavender beserta Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan lelaki yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


Dashing Golden Boot pula mempunyai haruman menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.


Keluaran Edisi Terhad rangkaian Dashing Sport boleh didapati pada harga RM 12.90 untuk semburan Deodoran 125ml dan RM 24.90 untuk Eau De Toilet 50 ml.

No comments:

Post a Comment