BUFFET RAMADHAN 2018| Hai Korang.. Hari ni dah penghujung bulan Mac. Rasanya macam baru lagi kita sambut New Year 2018 kan? Tup tup... dah tinggal tak sampai 2 bulan pun lagi kita dah nak mula berpuasa.
Bila bulan puasa, banyak la hotel yang akan tawarkan Buffet Ramadhan dengan makanan dan harga yang sangat berpatutan. Salah satu hotel yng tawarkan Buffet Ramadhan tahun ni ialah Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Hotel ni sangat strategik kerana terletak berhadapan dengan Quill City Mall dan berdekatan Kg. Bharu. Lepas berbuka puasa, boleh terus sembahyang terawih dekat Masjid Kg. Bharu.
Tahun ni, Restoran Essence Hotel Sheraton Imperial mengetengahkan hidangan Malaysia Klasik dan korang akan rasai pengalaman berbuka dengan menu "Ramadhan Chefs Out".
"Ramadhan Chefs Out" ni adalah hidangan makanan laut yang dimasak oleh Chef dan dihidangkan kepada pelanggan. Kiranya ni ala-ala Shell Out la. Tak pernah lagi rasanya Buffet Ramadhan dekat mana-mana hotel buat konsep macam ni.
Lepas je Azan Maghrib, Chef akan hidangkan "Chefs Out" ni dari satu meja ke satu meja. Untuk hidangan ni korang tak perlu bangun sebab ianya akan dihidangkan depan mata. Ada 6 jenis sos istimewa iaitu Butter Sauce, Coriander Thai Sauce, Kam Heong Taucu, Aglio Olio dan masala Curry. Best kan?
Dalam satu hidangan ni ada pelbagai jenis makanan laut macam udang, pepahat, kepah, siput sedut, sotong dan macam-macam la. Korang kena try kalau berbuka kat sini.
Selain dari pengalaman ber "chefs out", dekat sini juga ada lebih dari 300 jenis makanan yang terdiri daripada masakan melayu, makanan tempatan juga antarabangsa.
Tak lengkap Buffet Ramadhan tanpa kambing golek
Pelbagai jenis kerabu
Nangka Muda.. Yums..
Kerabu Betik
Pelbagai jenis Ikan Kering pembuka selera
Ulam-Ulaman.. Kat hotel pun ada petai tau.
Pelbgai jenis sambal belacan
Sate Ayam dan Daging
Roasted Whole Lamb with Mandy Rice
Essence Ayam Panggang Percik Ala Kelantan
Asam Pedas
Ikan Bakar
Sambal daging batang pinang dengan terung pipit
Selain dari lauk pauk yang pelbagai, kita juga boleh pilih hidangan seafood segar yang ada kat sini. Sushi pun ada tau! Penggemar Sushi tolong jangan susah hati. Hihihi.
Kari Ikan Salmon ni wajib try bila berbuka kat sini.
Rojak buah terbaik! Eyza suka kuah rojak ni. Just nice.
Tapai pun ada
Cheese Cake
Eyza dah la penggemar desert. Tengok desert yang pelbagai terus Eyza jadi tak tahu nak pilih yang mana. Semua nampak sedap.
Bread Butter puding dan kuih-muih tradisional pun ada kat sini. Pilih je yang mana berkenan.
Harga Buffet kat sini ialah RM 158 nett seorang dan kalau nak jimat baik korang tempah awal sebab harga early bird cuma RM 111 nett seorang (early bird dari sekarang hingga 16 Mei 2018). Jimat kan?
Kanak-Kanak bawah 9 tahun percuma dan 9 hingga 12 tahun hanya perlu bayar 50% dari harga dewasa.
Buffet Ramadhan ni akan bermula di Essence pada 17 May 2018 hingga 12 Jun 2018.
Kalau korang buat group booking (30 orang dan ke atas), ada diskaun lagi tau iaitu sebanyak 30%. Ha.. apa tunggu lagi. Bos-bos tu apa salahnya belanja anak buah berbuka puasa kt hotel tahun ni. Kalau nak buat family gathering pun ok sebab tempahan berkumpulan berbaloi sangat.
Boleh juga enjoy 15-30% diskaun untuk participating bank card holder dan membership program member.
So, tunggu apa lagi. Jom la buat booking sekarang untuk berbuka puasa di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Essence Restoran.
Untuk tempahan boleh hubungi :
03-27179933
atau emailkan ke:
Essence.Venue@Sheraton.com
Belum puasa lagi ni dah rasa nak makan kat sini.. Semua menu menarik betul lahhh! Sedap! Allah lapar dah ni. hahahaha
ReplyDeletePerut bunyi² dah ni heheh
ReplyDelete