Buffet Ramadhan 2018 : Baazar Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail - Blog Eyzamiel

12.4.18

Buffet Ramadhan 2018 : Baazar Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail

Baazar Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail| Alhamdulillah.. Tahun ni adalah tahun kedua Eyza dapat jemputan untuk Majlis Pelancaran Buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail.

Restoran Rebung ni cukup sinonim dengan Masakan Tradisional Dapur Melayu disamping resepi yang diilhamkan oleh Selebriti Chef Malaysia iaitu Dato' Chef Haji Ismail yang juga adalah pemilik restoran ni.

Tahun ni Buffet Ramadhan di Restoran Rebung bertemakan "Baazar Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail".

Di majlis ni juga, Chef Ismail sempat tunjukkan kami cara-cara buat Nasi Ulam. Sedap tau. Rugi tak cuba.



Kat bawah ni Eyza sertakan video demo Chef tengah buat Nasi Ulam yang sedap ni.


Ok, dah kata temanya ialah Baazar Ramadhan, dah tentu la kat sini berkonsepkan bazar atau gerai. Ada pelbagai seleksi makanan yang sedap-sedap.

Restoran Rebung mengetengahkan makanan kaki lima atau "Hawker Food". Kalau kita ke Baazar Ramadhan, mesti rambang mata sebab ada macam-macam makanan. Ha.. macam tu la konsep kat Rebung ni.

Dekat sini, terdapat 9 bazar dan setiap bazar mewakili satu negeri di Malaysia dan makanan yang sinonim dengan negeri tersebut. Antara makanan yang popular di Baazar Ramadhan dan ada di Restoran Rebung ialah Roti Jala, Murtabak, Mee Goreng Mamak, Char Koay Teow, Ayam Percik, Bubur Lambuk, Buah Melaka @ Onde-onde, aneka ikan bakar serta air asam dan macam-macam lagi la makanan yang best. Setiap satu bazar tu ada keunikan yang tersendiri dan makanan pulak di masak panas-panas dekat bazar.


















Eh.. nanti dulu.. bukan tu je menu yang ada kat sini, ada lauk pauk utama yang dihidangkan di sini. Terdapat lebih dari 80 jenis hidangan bermula dari pembuka selera sampailah ke pencuci mulut. Ha.. ada orang kalau berbuka mesti ada nasi. Kita jadi tak tahu nak pilih lauk apa sebab banyak sangat pilihan dan semuanya sedap!

Ada antara menunya yang sangat jarang kita jumpa di mana-mana kedai macam Rendang Pucuk Ubi, Tempoyak Daun, Aneka Kerabu dan lauk pauk kampung yang lain. 

Hidangan utama boleh dimakan dengan Nasi Putih, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi beriani atau Nasi Hujan panas. Lauk pauk pula ada Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Pari Masak Asam Pedas, Ikan Patin Masak Tempoyak, Masak Lemak Rebung dan Perut, Ayam Percik, Sambal Belacan dan Ulam-ulaman.











Air pun ada 5 jenis iaitu 3 jenis sejuk dan 2 jenis panas. Untuk minuman Panas, Restoran Rebung menyediakan Teh Tarik Rebung dan Kopi 'o'. Manakala untuk air sejuk akan berubah setiap hari. Antara air yang ada dekat sini ialah Cendol, Mata kucing, Barli Limau, Cincau, Sirap Selasih, Sirap Bandung, Bandung Soda dan lain-lain.


Penggemar dodol boleh makan dodol puas-puas dekat sini.


Untuk tahun 2018 ni, Restoran Rebung juga kini beroperasi di Banquet Hall, Universiti Putra Malaysia untuk sepanjang bulan Ramadhan ini.

Restoran Rebung masih kekalkan harga macam tahun-tahun sebelum ni iaitu RM79.50 nett untuk dewasa dan RM 53.00 nett untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi:

No. Tel : 03-22763535 / 03-22762525
Email:restoranrebungchefismail@gmail.com

1 comment:

  1. fulamakkk,,sedapnyyaaaaa..... terliur tengokk lama2 . hahaha..

    ReplyDelete