Tahukah anda, membersih muka secara berkala dapat mengurangkan habuk dan kotoran
daripada tersumbat ke dalam liang pori wajah? Namun, membilas wajah dengan air
sahaja tidak mencukupi! Menggunakan sabun badan untuk membersih wajah?! Oh
tidak! Pastikan anda mendapatkan pembersih muka kerana ianya diformulasi khas
agar sesuai dengan tekstur kulit wajah.
Kini, SAFI jenama Halal No.1
Malaysia memimpin gadis menyusuri fasa perubahan diri agar kulit
wajah kelihatan segar dan bermaya sepanjang hari dengan SAFI Fruity Fresh.
Diperkaya dengan 100% buah-buahan SAFI Fruity Fresh sesuai untuk setiap
jenis kulit wajah. Mulakan pagi anda dengan gel pembersih muka SAFI Fruity Fresh.
Dengan gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam pori wajah
agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis. Formulasi khas ini senang dibilas, membersih dengan
mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak
sepanjang hari. Dengan tiga variasi berbeza Safi Fruity Fresh, ia memberikan
anda aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.
Reka bentuk produk yang unik dan trendy,
serta rona yang ceria ini amat selari dengan jiwa gadis muda yang sentiasa
aktif, bergaya dan berkeyakinan.
Variasi SAFI Fruity Fresh Anggur yang berwarna hijau ini amat sesuai dengan personaliti gadis yang ringkas dan “down to earth”. Rona yang tenang dan mendamaikan ini menjadikan seorang gadis mudah didekati memandangkan si dia sentiasa tampil yakin bersahaja.
Pembersih Muka Safi Fruity
Fresh Anggur (Menyegarkan & Skrub)
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Jangan biarkan kulit anda
lesu dan kusam! Dapatkan kebaikan anggur yang mampu menanggalkan kulit mati
dengan mendalam. Tekstur gel yang sesuai untuk kulit gadis muda ini juga mampu
menyamaratakan tona wajah agar tampil sekata.
Nikmati kesegaran wajah dengan
kulit yang bersih sepanjang hari!
Untuk si gadis yang aktif, variasi SAFI Fruity Fresh Lemon yang berwarna kuning ini pasti menambah keceriaan anda sepanjang hari. Warnanya yang terang memberikan pesona inspirasi dan semangat agar tampil cerah dan yakin di mana sahaja.
Pembersih Muka Safi Fruity
Fresh Lemon (Mencerah)
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Inilah rahsia cerah berseri! Dengan
manfaat sari lemon, pembersih ini mampu membersihkan
kotoran secara mendalam, membuatkan kulit semakin segar dan cerah alami.
Rasakan
kecerahan kulit jelas terpancar!
Bagi si manis yang gemarkan personaliti lembut dan ayu, variasi SAFI Fruity Fresh Strawberi yang berwarna merah jambu ini amat sesuai dijadikan teman di sisi. Warna kegemaran majoriti gadis ini menyerlahkan sifat mesra dan ayu agar selesa bergaul bersama rakan sebaya. Kadangkala, gaya tidak semestinya berlebihan.
Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Strawberi (Bebas Minyak)
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Tampil yakin dengan kulit
bebas minyak. Khasiat kandungan Strawberi yang aktif ini mampu mengurangkan
minyak pada kulit wajah. Terkenal sebagai ajen pengurangan minyak secara
semulajadi, buahan Strawberi yang manis ini pasti menjadikan anda ceria
berseri.
Kini kulitmu bebas minyak dan lembut umpama sutera!
Produk SAFI Fruity Fresh ini boleh di dapati di seluruh
Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita
nikmati khasiat buah-buahan untuk tampil segar dan manis sepanjang hari.
Untuk
maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI FRUITY FRESH sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA,
laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
No comments:
Post a Comment